You are on page 1of 2

Analisis Soalan Format karangan: Tajuk karangan: Fokus karangan: Tiada Amalan berjimat cermat Kebaikan-kebaikan/Faedah-faedah/kepentingan-kepentingan

Strategi Pertama: Membina pendahuluan Pendahuluan = Tajuk karangan + Huraian tajuk + Fokus karangan

= Ayat rangsangan (AR) + Ayat huraian (AH) + Ayat Arahan (AA) = 50 60 patah perkataan CONTOH PENDAHULUAN JENIS PENDAPAT TOKOH [AR] Sempena Hari Pengguna 2010, Perdana Menteri kita telah menyeru rakyat agar berjimat cermat dalam segala aspek kehidupan demi menjamin kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. [AH1] Beliau juga menasihati rakyat agar ingat sebelum kena, jimat sebelum habis agar tidak menyesal kemudian hari. [AH2] Rakyat juga digesa agar tidak menjadi hamba kepada hawa nafsu ketika membeli-belah kerana ikut hati mati, ikut rasa binasa. [AA] Pada hemat saya, pandangan Perdana Menteri ini sewajarnya direnungi kerana banyak faedahnya jika amalan berjimat cermat dijadikan agenda utama dalam kamus hidup kita. Strategi Kedua: Membina Perenggan Isi Perenggan isi = Idea karangan + Huraian idea + Contoh + Kesimpulan = Ayat topik (AT) + Ayat huraian (AH) + Ayat contoh (AC) + Ayat penyimpul (AP) = 50 60 patah perkataan [AT] Melalui amalan berjimat cermat, perbelanjaan harian dapat dikurangkan. [AH1] Hal ini demikian kerana kita membandingkan harga barang-barang yang hendak kita beli dan membeli barangan buatan tempatan yang lebih murah harganya. [AH2] Barang yang berkualiti dan mahal juga eloklah dibeli kerana alah membeli, menang memakai. [AC] Kasut sekolah Bata, misalnya, bukan sahaja tahan lama bahkan berbaloi. Pemakaian kasut ini memberikan keselesaan dan kepuasan. [AP] Dengan cara ini, bukan sahaja perbelanjaan harian dapat dijimatkan bahkan kebahagiaan terjamin. [AT] Amalan berjimat cermat juga dapat menambah simpanan kita. [AH1] Apabila kita menjimatkan perbelanjaan, wang yang dihematkan dan ditabungkan di institusi kewangan akan meningkat, bak kata pepatah sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit. [AH2] Wang simpanan ini amat berguna ketika menghadapi waktu kecemasan seperti hendak menjalani pembedahan. [AC] Menurut Dato Michael Chong, kita tidak perlu

mengemis dan menjadi mangsa ceti haram kerana lintah darat ini memang menangguk di air keruh dan menjadi duri dalam daging dalam kehidupan kita. [AP] Tegasnya, bukan sekadar wang tabung kita bertambah malah kesenangan hidup terpelihara. [AT] Seterusnya, amalan berhemat dalam pengurusan kewangan akan mendidik seseorang individu untuk berdikari. [AH] Kita tidak perlu bersandar pada ibu bapa ataupun pada kerajaan untuk mendapatkan bantuan kewangan ataupun biasiswa demi mengongkosi pengajian kita di menara gading nanti. [AC] Dewasa ini, banyak pelajar cemerlang yang menggantungkan harapan pada biasiswa tajaan JPA dan pada pinjaman PTPTN. Apabila gagal beroleh bantuan kewangan, mereka pun seolah-olah langit runtuh, bumi cair ataupun kaca terhempas ke batu. [AH] Jadi, kita patut berjimat cermat untuk berdikari agar hidup kita lebih damai dan sejahtera. Strategi Ketiga: Membina Perenggan Intiha Perenggan isi = Kesimpulan karangan + Cadangan/Pandangan + Harapan/Kesan = Ayat kesimpulan(Aksmpln) + Ayat cadangan (Acdgn) + Ayat harapan (Ahrpn) = 50 60 patah perkataan [Akspln] Intihanya, cermat masa banyak, jimat masa sedikit! [Acdgn] Kita hendaklah menghayati pesanan agama kita, yakni ingat akan kesakitan ketika sakit; ingat akan ketuaan usia ketika muda; ingat akan kematian ketika hidup; dan ingat akan kepapaan ketika kaya seandainya kita hendak bahagia sepanjang hayat. [Ahrpn1] Sehubungan ini, ibu bapa berperanan sebagai cermin perbandingan yang positif kepada si anak, dan bukannya seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul. [Ahrpn2]Dengan terpupuknya nilai positif ini dalam lubuk kalbu generasi muda, mereka akan senantiasa mampu memberi dan tidak akan meminta!

You might also like