You are on page 1of 3

SMK TAN SRI ABDUL KADIR MINIT MESYUARAT LK/TK BIL 1/TAHUN 2012 Tarikh : 2 Januari 2012 Masa

: 8.30 10.00 pagi Tempat : Bilik Sentosa, SMK Tan Sri Abdul Kadir Pengerusi : En. Mohd Masrizal b. Zakaria Kehadiran : 3 orang Nama yang hadir : 1) Pn.Wan Akma Norasyikin bt Wan Mustaffa Kamal 2) En. Mohd Masrizal b. Zakaria 3) Pn. NurAin bt. Abd Rahim Nama yang tidak hadir : Tiada Turut hadir : Tiada

Minit Mesyuarat Bilangan 1 : Disahkan oleh Pn. Wan Akma Norasyikin bt Wan Mustaffa Kamal Disokong oleh Pn. NurAin bt. Abd Rahim 1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI MAJLIS 1.1 Pengerusi memulakan majlis dengan bacaan Al-Fatihah. 1.2 Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua guru yang hadir. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 2.2 Laporan Tahun 2011 2.2.1 Semak hasil kerja pelajar Pn. Wan Akma mengingatkan kepada guru supaya menyemak hasil kerja pelajar dan menghantar kepada guru kanan untuk disemak dan mengikut masa yang ditetapkan. LAPORAN GURU LK/TK 3.1 Fail Panitia LK/TK - Fail Panitia LK/TK perlu dilengkapkan bagi tujuan pengemaskinian data mengikut keperluan semasa. 3.2 Fail Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) - Selepas mesyuarat penyelarasan Kerja Kursus Peringkat Daerah, guru LK/TK dikehendaki menjalankan kerja kursus tersebut dengan berkesan dan disiapkan mengikut tempoh yang ditetapkan. - Fail tersebut hendaklah disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Sekiranya terdapat guru yang akan cuti bersalin, fail tersebut telah dihantar kepada guru kanan.

2.0

3.0

3.3 Fail Pentaksiran PBS - Fail Pentaksiran PBS hendaklah dikemaskini sebelum bulan Mac 2012. Diharap semua guru dapat menyiapkan fail pentaksiran guru untuk semakan pentaksir daerah. 4.0 UCAPAN PENGERUSI MAJLIS 4.1 Pelaksanaan Pelan Strategik 2012 - Pelaksanaan tersebut akan diteruskan dan penambahbaikan daripada tahun sebelumnya akan dilakukan. 4.2 Pembahagian Pelajar LK dan TK - Pemilihan pada tahun ini akan dilakukan berdasarkan keputusan Matematik, Sains dan Kemahiran Hidup serta minat pelajar. - Pelajar kelas LK akan mengambil subjek Prinsip Akaun, manakala pelajar kelas TK akan mengambil subjek Ekonomi Asas. 5.0 Lain-lain Hal. 5.1 Mengemas bilik-bilik LK/TK untuk persediaan P&P. 5.2 Mengemaskini fail dari semasa ke semasa untuk disemak oleh Pengetua.

6.0 PENUTUP 6.1 Mesyuarat diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.00 pagi.

Disediakan oleh, ................................................................ (NURAIN BT. ABD RAHIM) Setiausaha LK/TK, SMK Tan Sri Abdul Kadir.

Disemak oleh, ............................................... (MOHD MASRIZAL B. ZAKARIA) Pengerusi Panitia LK/TK, SMK Tan Sri Abdul Kadir.

You might also like