You are on page 1of 3

Refleksi Tentang Ativiti Masyarakat

Aktiviti lawatan membersihkan pusat sumber telah dijalankan pada 15 Julai 2011. Program Bina Insan Guru (BIG) ini banyak memberikan manfaat kepada para guru pelatih. Program ini amat bermakna dalam diri saya kerana saya boleh mendapat pengalaman dan ilmu pengetahuan dalam aktiviti lawatan membersihkan pusat sumber. Pengalaman dan ilmu pengetahuan seperti ini adalah tidak dapat pelajari dalam buku. Sebelum ini, saya tidak pernah melibatkan diri dalam aktiviti membersihkan pusat sumber dan ini merupakan kali pertama saya melaksanakan aktiviti seperti ini.

Program ini lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah dan melatih kepimpinan guru-guru pelatih semasa aktiviti ini. Dalam aktiviti tersebut, guru-guru pelatih diminta merancang, melaksanakan, memimpin aktiviti ini dan bekerjasama antara satu sama lain. Hal ini demikian kerana guru-guru pelatih dikehendaki dibahagikan kepada 2 kumpulan yang berlainan dan diiringi oleh dua orang staf pusat sumber. Kumpulan kami bertanggungjawab melekat Tattle-Tape pada setiap tengah buku-buku di dalam pusat sumber. Staf pusat sumber menerangkan kegunaan Tattle-Tape tersebut sebelum kami mula melakukan aktiviti khidmat kemasyarakatan ini. Rupa-rupanya Tattle-Tape adalah digunakan untuk sistem keselamatan di pusat sumber. Selepas itu, staf pusat sumber menjelas perkara yang patut kami berkhidmat di pusat sumber lalu kami pun bermula menjalankan tugas yang diberi. Kumpulan kami bekerjasama untuk melekatkan Tattle-Tape pada buku buku. Hal ini memang sejajar dengan objektif program BIG ini iaitu untuk membina kepimpinan dan kebolehan guru-guru pelatih menyelesaikan masalah serta secara tidak langsung semua orang mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan. Hal ini demikian kerana semua guru pelatih akan menjalankan tugasan masing-masing dan tidak mendapati bahawa ada guru pelatih yang berat tulang.

Di samping itu, program ini merupakan satu inisiatif bagi para guru pelatih untuk menghayati dan menampilkan ciri-ciri kerohanian, nilai, etika dan akhlak keguruan. Guru berperanan sebagai role model kepada murid-murid. Oleh itu, guru-guru perlulah mempunyai nilai-nilai, etika dan akhlak keguruan yang terpuji. Kami dikehendaki tiba di pusat sumber pada tepat masa oleh tutor kami. Hal ini dapat melatih guru-guru pelatih menepati masa. Selain itu, nilai bekerjasama dan sifat tolong-menolong juga dapat dipratikan semasa aktiviti ini. Bolehkah saya katakan, tanpa kerjasama pastilah aktiviti membersihkan pusat sumber tidak dapat disiapkan dalam masa yang ditetapkan.

Tambahan pula, aktiviti ini juga dapat membina kemahiran berfikir aras tinggi dalam menganalisis masalah. Dalam hal ini, kami semua kekurangan pengalaman ketika menyusun buku dan membahagikan buku mengikut jenisnya. Oleh itu, kami semua pergi meminta tunjuk ajar dari perpustakawan. Perpustakawan juga memberi bimbingan dan penjelasan yang teliti kepada kami semua. Hal ini secara tidak langsung telah mengembangkan kemahiran berkomunikasi guru-guru pelatih. Aktiviti ini telah memberi peluang kepada semua guru pelatih mendapat pendedahan tentang guru dan hubungan komuniti. Kemahiran dalam pengurusan hubungan dengan pihak berkaitan adalah amat penting bagi seseorang guru terutamanya dalam melaksanakan peranan.

Akhir sekali, saya berasa amat seronok semasa program BIG. Aktiviti lawantan membersihkan pusat sumber telah memberikan banyak manfaat kepada saya. Adalah wajar sekiranya aktiviti ini dijalankan sebagai satu bentuk cara untuk mendidik bakal guru. Saya berharap agar segala yang saya pelajari dapat dipraktikan kelak. Pengalaman yang sebegini bukan sahaja tidak dapat dipelajari didalam kelas namun ia sememangya satu pengalaman yang berharga. Sememangnya program ini banyak mendatangkan faedah kepada para guru

pelatih. Walau bagaimanapun, saya berharap kelemahan yang telah saya nyatakan di depan boleh diperbaikkan supaya program ini boleh berlaksanakan dengan lebih baik dan sempurna.

You might also like