You are on page 1of 22

ALAT PENGUKURAN

OBEJEKTIF
1.
2. 3.

4.

Memberitahu tujuan alat pengukuran elektrik di adakan. Menerangkan binaan meter gegelung bergerak. Menghuraikan prinsip kendalian meter gegelung bergerak. Menyebut meter-meter yang menggunakan gegelung bergerak
2

1- Tujuan Alat pengukuran

Menyukat sesuatu kuantiti seperti arus, voltan, Kuasa dan rintangan mengikut kegunaannya seperti ammeter, voltmeter dan ohmeter.

Jenis Binaan meter

Binaan meter terbahagi kepada 2 iaitu:A) Meter gegelung bergerak B) Meter besi bergerak

2) Binaan meter gegelung bergerak.


Terdiri daripada lilitan wayar halus pada geledong yang disertakan dengan spring rerambut dan jarum penunjuk. Rangkaian ini ditempatkan di antara dua kekutuban magnet kekal ladam kuda yang di letakkan di dalam meter
5

Binaan meter gegelung bergerak


skala

Magnet kekal

Rangka aluminium yang di gelungkan

Punca
6

3) Prinsip kendalian meter gegelung bergerak


a) Apabila a.t dilalukan pada gegelung, medan magnet yang terhasil akan bertindak dengan medan magnet kekal. Daya tolakan medan magnet akan menolak gelendong beserta jarum penunjuk. Jarak penolakan jarum menunjukkan amaun arus yang melalui gegelung.
7

Binaan meter gegelung bergerak

Prinsip kendalian meter gegelung bergerak


B) Di bahagian hujung jarum terdapat skala yang berlabel. Pergerakan jarum berkadar terus dengan nilai arus yang melalui gegelung. Pergerakan ini membolehkan jarum menunjukkan bacaannya. c) Spring rerambut berfungsi untuk membawa balik jarum penunjuk dan gelendong ke kedudukan asal setelah tiada aliran arus.
9

Binaan meter gegelung bergerak

10

4) meter-meter yang menggunakan gegelung bergerak


ammeter, voltmeter, ohmmeter , multimeter,

11

AMMETER (JANGKA ARUS)


Digunakan untuk menyukat arus dalam sesuatu litar. Terdapat dua jenis iaitu jenis Arus Terus ( A.T) dan Arus Ulang-alik(A.U.). Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat. Dipasang sesiri dengan beban atau litar yang hendak diuji. Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat berfungsi.
12

AMMETER (JANGKA ARUS)


Meter Ampere IM

IP

VP

Perintang Pemirau
dimana:

Im = bacaan skala penuh (meter) Vp = voltan yang merentangi rintangan pemirau

13

VOLTMETER (JANGKA VOLT)

Digunakan untuk mengukur kadaran voltan yang merintangi beban atau kadaran voltan bekalan. Dipasang merintangi beban /sumber bekalan atau selari dengan beban/ sumber bekalan. Terdapat dua jenis iaitu jenis Arus Terus ( A.T) dan Arus Ulang-alik(A.U.). Dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat sesuai dengan litar yang hendak disukat. Litar yang hendak disukat mesti dalam keadaan hidup bagi memastikan ia dapat berfungsi
14

Meter volt
I = 1mA
R pendarab = ?

Ri = 150

15

VOLTMETER (JANGKA VOLT)


Bagi meningkatkan julat ukuran meter volt, satu perintang yang dikenali sebagai pendarab disambungkan secara sesiri dengan gegelung. Nilai rintangan pendarab ini mestilah diketahui bagi membolehkan ianya membawa voltan yang ditetapkan tanpa merosakkannya. Perintang pendarab ini adalah sebagai penghad arus yang mengalir ke dalam meter. Ianya dapat menghadkan pengaliran arus kepada nilai yang tidak lebih daripada pesongan penuh (full scale) meter tersebut.
16

OHMETER (JANGKA OHM)

Digunakan untuk mengukur rintangan pada sesuatu beban atau mengukur nilai perintang dalam litar elektronik. Dipasang merintangi beban atau selari dengan beban dan dibuat dalam berbagai-bagai jenis julat bergantung kepada beban yang akan disukat. Untuk penjagaan yang baik pastikan beban yang hendak disukat diputuskan bekalan terlebih dahulu.
17

OHMETER (JANGKA OHM)


METER GEGELUNG BERGERAK PERINTANG DALAM

BATERI

PELARAS SIFAR

PERINTANG YANG HENDAK DIUKUR


18

OHMETER (JANGKA OHM)

Meter ohm sebenarnya hanya menggunakan satu elemen gegelung bergerak, bateri dan perintang yang disambung secara siri. Apa yang perlu bagi satu meter ohm ialah mengalirkan arus kepada suatu perintang yang nilainya tidak diketahui. Perintang pendarab ini bertindak sebagai penghad arus yang mengalir ke dalam meter. Ianya dapat menghadkan pengaliran arus kepada nilai yang tidak lebih daripada pesongan penuh (full scale) meter tersebut.
19

Rumusan
Tujuan pengukuran meter bergantung kepada jenis meter yang di gunakan.Pengukuran yang biasa di gunakan ialah ukuran arus, volt dan ohm.Binaan meter terdiri daripada 2 iaitu gegelung bergerak dan besi bergerak. Biasanya meter besi bergerak di pasang secara tetap manakala meter gelung bergerak tidak di pasang secara tetap.
20

Soalan
1- Sebutkan 3 contoh meter gegelung bergerak ? 2- Apakah nama perintang yang di pasang pada meter volt? 3- Apakah nama perintang yang di pasang pada meter amp?

21

Jawapan
1- meter volt, meter amp, meter ohm
2- perintang pendarab 3- perintang pirau

22

You might also like