You are on page 1of 19

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 ISI KANDUNGAN

BIL.

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.

PENGHARGAAN

2.

PENGENALAN

3.

INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN

4.

HASIL PEMERHATIAN

5.

ANALISIS PEMERHATIAN (PENILAIAN)

11

6.

CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN

13

7.

KESIMPULAN

17

8.

RUJUKAN

18

9.

LAMPIRAN

19

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Syukur Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya diberikan kesihatan dan kewarasan yang baik, kami, Noor Sheila binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti Junaidi, Izu Akma Binti Shaharom, Carina Gan Huat Feng dan Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan telah berjaya menyiapkan tugasan individu KAH 1023

PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK dapat disiapkan tepat pada masanya. Setinggi-tinggi perhargaan dan jutaan terima kasih kami terutamanya kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Zainiah binti Mohamed Isa, yang banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar, buah fikiran, panduan dan komen yang bernas kepada kami dari awal permulaan tugasan sehinggalah selesai tugasan ini. Tidak lupa juga kami tujukan ribuan terima kasih kami kepada keluarga tercinta yang banyak memberi semangat dan dorongan. Dengan doa dan restu mereka menjadi kekuatan kepada diri kami untuk berjaya di dunia dan di akhirat, InsyaAllah.

Seterusnya, tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan lain yang turut memberi pendapat untuk menyelesaikan tugasan individu ini. Hanya Allah S.W.T dapat membalas jasa dan budi baik anda semua.

Akhir kata dari kami, jutaan terima kasih kepada semua yang turut terlibat dan membantu dalam memberi idea, pandangan, mencari bahan rujukan serta dorongan dalam menyiapkan tugasan kerja individu ini sama ada secara langsung atau tidak langsung. Bagi penutup bicara, kami sekali lagi ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Puan Zainiah binti Mohamed Isa, dimana semangatnya dalam memberikan pengajaran dan pembelajaran kepada kami dan kami sudahi dengan wassalam.

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 1.0. PENGENALAN Kajian, pemerhatian dan penilaian perkembangan kanak-kanak di Taska Wafa Izzati ini dijalankan bagi memenuhi keperluan kerja kursus subjek KAH 1023 Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Awal Kanak-kanak bagi semester 4 sesi 2012/2013.

Kajian ini dijalankan oleh kami melibatkan siswi-siswi dari kumpulan B bagi subjek ini. Kajian ini telah dijalankan pada 24 Januari 2012 bertempat di Taska Wafa Izzati, Tanjong Malim, Perak. Program ini berlangsung dari pukul 9 pagi sehingga 11 pagi. Jumlah peserta yang menyertai kajian ini adalah seramai 5 orang iaitu, Noor Sheila binti Hadiz, Mastura binti Jantan, Noryusmania binti Junaidi, Izu Akma Binti Shaharom, dan Syaza Syafeeqah bt Mohammad Khasnan.

Antara objektif kajian, pemerhatian ini dijalankan ialah : a) Memerhati dan merekod perkembangan kanak-kanak dari aspek perkembangan bahasa dan komunikasi. b) Mengaplikasi pelbagai teknik bagi mempertingkatkan penguasaan bahasa, komunikasi, dan juga perbendaharaan kata dalam kalangan kanak-kanak. c) Mengaplikasikan maklumat daripada pemerhatian dan penilaian serta analisis sebagai feedback bagi membantu perancangan pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak. d) Merangka dan melaksanakan aktiviti secara kreatif dalam pengajaran bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak. e) Bekerja secara pasukan bagi melaksanakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

Bagi menjalankan kajian ini kami menggunalan 2 jenis rekod penilaian iaitu rekod senarai semak dan rekod naratif yang kami rasakan amat sesuai digunakan bagi menganalisis perkembangan bahasa kanak-kanak dengan lebih berkesan. Subjek kajian kami pula adalah seorang kanak-kanak di Taska Wafa Izzati iaitu Husna atau lebih di kenali sebagai Unna. Husna berusia 3 tahun. Pemerhatian dijalankan semasa kami melakukan aktiviti circle time di Taska tersebut.

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

2.0. INSTRUMEN PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Berikut adalah dua instrumen pemerhatian dan penilaian yang digunakan bagi mengkaji dan menilai tahap perkembangan bahasa dan komunikasi awal kanak-kanak : a) Borang Rekod Naratif NAMA KANAK-KANAK TEMPAT PEMERHATIAN MASA PEMERHATIAN NAMA PEMERHATI FOKUS PEMERHATIAN : : : : : Catatan UMUR TARIKH : :

Ulasan

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 b) Borang Senarai Semak NAMA KANAK-KANAK TEMPAT PEMERHATIAN MASA PEMERHATIAN NAMA PEMERHATI FOKUS PEMERHATIAN ARAHAN andakan : : : : : UMUR TARIKH : :

) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan () sekiranya

belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. ITEM KEMAHIRAN 1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks. 2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain atau orang dewasa. 3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan reaksi secara lisan trhadap cerita, puisi, lagu dan seumpamanya. 4. Boleh memberikan perhatian terhadap arahan yang diberikan. 5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang lain dengan kata-katanya. 6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu hingga 300 - 1000 perkataan. 7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan perkataan dan ayat. 8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan perasaan secara lisan. 9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik. 10. Seronok berkomunikasi dan bercerita tentang peristiwa atau objek. 11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain. 12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang pelbagai. 13. Percakapan yang lebih jelas. ( ) ( ) ( ( ) ) CACATAN

( ( ( ( ( (

) ) ) ) ) )

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 14. Boleh mengambil bahagian dalam perbualan aktif. 15. Boleh menjawab soalan mudah. 16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan lisan (prinsip abjad). 17. Boleh membezakan antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan.

( ( (

) ) )

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 3.0. HASIL PEMERHATIAN NAMA KANAK-KANAK TEMPAT PEMERHATIAN MASA PEMERHATIAN NAMA PEMERHATI : Husna (Unna) : Taska Wafa Izzati UMUR TARIKH : 3 Tahun : 24 Jan 2012

: 10.00 pagi hingga 10.20 pagi : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan Mastura Jantan

FOKUS PEMERHATIAN

: Perkembangan Bahasa dan Komunikasi Catatan

Keadaan di sebuah bilik taska pada pagi itu agak riuh rendah. Setelah Izu Akma dan Mastura mengarahkan kanak-kanak duduk dalam bentuk separuh bulatan, mereka memulakan sesi berbual dengan kanak-kanak. Menggunakan flash card, tajuk yang dipilih adalah kenderaan. Husna duduk di tepi sekali berhampiran Izu Akma. Pada mulanya Husna kurang memberi tumpuan tetapi apabila kad pertama ditunjukkan, Husna mula memberi perhatian. Husna menyebut lori selepas kanak-kanak lain menyebutnya. Selepas itu Husna berkata lori ada besar. Lori kecil. Apabila ditanya pernah tak jatuh basikal sewaktu gambar basikal ditunjukkan, Husna menjawab tak jatuh. Husna kemudian tunjuk menggunakan jari telunjuknya sewaktu gambar kereta ditunjukkan. Husna juga berkata datang naik kereta. Kereta cepat. Apabila gambar helikopter ditunjukkan, Husna tidak tahu itu adalah helikopter tetapi dia berkata, atas kipas. Dulu kecil-kecil ada. Apabila gambar sampan ditunjukkan, Husna menyebut sampan dan menunjuk kepada gambar sampan berulangulang. Ulasan Daripada analisis dan pemerhatian yang dijalankan ke atas Husna, kami dapati dia mempunyai kemahiran bahasa yang agak baik. Ini kerana Husna dapat menceritakan pengalaman dan pengetahuannya berkaitan gambar yang ditunjukkan. Walaubagaimanapun, Husna sedikit pelat dalam bertutur dan percakapannya kadang-kala kurang jelas. Husna juga boleh berkomunikasi dengan orang yang baru dikenalinya dengan agak baik.

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 NAMA KANAK-KANAK TEMPAT PEMERHATIAN MASA PEMERHATIAN NAMA PEMERHATI : Husna (Unna) : Taska Wafa Izzati UMUR TARIKH : 3 Tahun : 24 Jan 2012

: 10.00 pagi hingga 10.20 pagi : Noryusmania Junaidi, Noor Shiela Hadiz, dan Mastura Jantan

FOKUS PEMERHATIAN ARAHAN andakan

: Perkembangan Bahasa dan Komunikasi

) sekiranya kanak-kanak sudah menguasai dan () sekiranya

belum menguasai item kemahiran berdasarkan pemerhatian yang dilakukan. ITEM KEMAHIRAN CACATAN

1. Mula bertanya soalan-soalan kompleks.

Bertanya cara cikgu duduk bersimpuh.

2. Suka mendengar cerita kanak-kanak lain atau orang dewasa.

Tekun mendengar guru bercerita.

3. Seronok mendengar dan mula menunjukkan reaksi secara lisan terhadap cerita, puisi, lagu dan seumpamanya. ( )

Seronok bercerita dan berbual dalam kumpulan iaitu dengan guru dan rakan yang lain.

4. Boleh memberikan perhatian terhadap arahan yang diberikan.

( )

Mendengar arahan untuk duduk ke belakang sedikit.

5. Boleh mempengaruhi tingkahlaku orang lain dengan kata-katanya.

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

6. Peningkatan perbendaharaan kata iaitu hingga 300 - 1000 perkataan.

Kurang dari 1000 perkataan.

7. Boleh mengekspresikan diri menggunakan perkataan dan ayat. ( )

Tidak menunjukkan ekspresi diri dan perasaan secara lisan sepanjang aktiviti.

8. Boleh meluahkan kehendak, idea dan perasaan secara lisan. ( )

Banyak menyatakan idea tentang gambar kenderaan yang ditunjukkan.

9. Boleh menyanyi lagu mengikut lirik.

Tidak mampu menyanyi dengan lirik yang betul.

10. Seronok berkomunikasi dan bercerita tentang peristiwa atau objek.

( )

Bercerita tentang pengalamannya jatuh basikal.

11. Bercerita mengenai tingkah laku orang lain.

Digunakan untuk menerangkan situasi,

12. Menggunakan bahasa untuk tujuan yang pelbagai.

mengingat kembali, mengagak, bertanya soalan, dan mengeluarkan idea.

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 13. Percakapan yang lebih jelas. ( ) Percakapannya kurang jelas dan sebutan perkataan yang tidak lancar. ( ) Mampu mengeluarkan idea dan pendapat dalam perbualan. 15. Boleh menjawab soalan mudah. ( )

14. Boleh mengambil bahagian dalam perbualan aktif.

Mampu menjawab soalan siapa yang pernah naik basikal.

16. Boleh mengaitkan tulisan dengan perkataan lisan (prinsip abjad).

( )

Tidak dapat dilihat semasa aktiviti dijalankan.

17. Boleh membezakan antara dua atau lebih bahasa yang dipertuturkan. ( )

Tidak dapat membezakan perkataan bot dan sampan yang berbeza dalam bahasa inggeris.

10

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 4.0. ANALISIS PEMERHATIAN DAN PENILAIAN Menurut Zurida et al. (2003), ciri-ciri penilaian pada peringkat prasekolah lebih bercorak rujukan kriteria kerana ia memberi ruang bagi guru untuk memantau kemajuan kanak-kanak secara individu. Membandingkan perkembangan kanak-kanak mengikut tahap yang seharusnya patut dicapai pada peringkat-peringkat tertentu mengikut umur membolehkan guru memilih dan merancang pengalaman pembelajaran yang bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak. Proses pemerhatian , mengenal pasti, mengumpul dan menganalisis rekod perkembangan kanak-kanak membolehkan guru memahami perkembangan serta kemajuan pembelajaran kanak-kanak. Dalam pemerhatian dan penilaian yang dijalankan antara perbualan, interaksi, lisan kanak-kanak diperhati dan dinilai adalah seperti berikut: Perbualan atau interaksi antara kanak-kanak dengan guru. Perbualan atau interaksi kanak-kanak dengan kanak-kanak lain. Interaksi murid dengan bahan. Bercerita dan bersoal jawab.

Berdasarkan pemerhatian dan penilaian yang dilakukan, pemerhati telah mengenalpasti tahap perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak serta kelemahan dan kekurangan kanak-kanak yang tidak mencapai tahap yang seharusnya dicapai berdasarkan umurnya iaitu 3 tahun. Kanak-kanak yang dinilai iaitu Husna, memahami percakapan guru yang menggunakan ayat mudah dalam memberi arahan. Sebagai contoh, apabila guru

memberi arahan meminta Husna duduk dalam bentuk circle time dan juga berbaris dalam barisan. Apabila menjalankan aktiviti kad bergambar, guru cuba untuk memperkenal perkataan dan perbendaharaan baru kepada kanak-kanak. Aktiviti ini bukan sahaja digunakan bagi memperkenalkan perkataan baru kepada Husna, tetapi dalam masa yang sama adalah untuk mengenalpasti tahap bilangan perbendaharaan kata yang telah Husna kuasai. Berdasarkan sepanjang penilaian dijalankan perbendaharaan kata Husna tidak mencapai tahap yang sepatutnya dicapai berdasarkan umurnya iaitu 1000 perkataan. Namun begitu, kami tidak terus mengambil kesimpulan ini kerana sepanjang aktiviti dijalankan peluang untuk Husna berkomunikasi tidak banyak dan kami tidak dapat mengenalpasti dengan tepat jumlah perbendaharaan kata yang telah dikuasai oleh Husna. Berdasarkan temu bual dengan pengasuh di taska Wafa Izzati, Husna adalah
11

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 kanak-kanak yang kurang bercakap dan dia hanya akan bercakap dengan orang yang tertentu sahaja dan yang dia rasa selesa. Percakapan Husna kadang kala kurang jelas dan butir bicara yang cuba disampaikan tidak dapat difahami. Selain itu dia turut mengalami masalah sebutan beberapa perkataan atau pelat. Masalah sebutan ini paling jelas apabila dia cuba untuk menyebut perkataan yang mengandungi abjad r. Hal ini adalah biasa bagi kanakkanak yang berumur 3 tahun kerana dari semasa ke semasa masalah ini akan dapat diperbaiki dengan latihan dan pengulangan sebutan perkataan dengan betul. Husna, berdasarkan pemerhatian yang dilakukan begitu teruja untuk bercerita dan bercakap mengenai pengalaman dan perasaannya berkaitan gambar yang ditunjukkan oleh guru. Namun begitu dia tidak pandai menungu giliran dalam berbual dalam kumpulan dan terus bercakap ketika kanak-kanak lain sedang bercakap atau guru sedang bercakap. Sekiranya Husna berterus begini secara tidak langsung komunikasi yang berkesan tidak akan dapat berlaku. Komunikasi yang berkesan sangat penting dalam memastikan pembelajarn dan pengajaran yang disampaikan oleh guru dapat diterima dan difahami oleh Husna dengan baik, dan dalam masa yang sama untuk guru memberikan peluang untuk mendengar pendapat dan idea yang cuba disampaikan oleh Husna agar tidak berlakunya ketidak adilan sekiranya guru tidak dapat mendengar apa yang cuba disampaikan olehnya. Bagi membantu memperbaiki dan mempertingkatkan perkembangan bahasa dan komunikasi Husna beberapa tindakan susulan dapat dijalankan. Antara aktiviti yang boleh dijalankan adalah aktiviti menyanyi, main peranan, aktiviti circle time, aktiviti bercerita dan menceritakan semula, bercerita mengenai contengan dan lukisan yang dihasilkan dan sebagainya. Tindakan susulan adalah aktiviti bimbingan, pengukuhan dan pengayaan, setelah dikenalpasti kelebihan atau kekurangan perkembangan murid. Aktiviti bimbingan dirancang bagi membantu murid mengatasi masalah pembelajaran agar kelemahan murid tidak terhimpun. Proses penilaian hendaklah dilaksanakan semula bagi menegnalpasti sama ada kelemahan yang sebelumnya telah diperbaiki atau belum. Untuk Husna kami telah merangka satu rancangan pengajaran berbentuk Bercerita dan menceritakan semula yang dapat membantu Husna dalam meningkatkan kemahiran komunikasi, memperkembangkan perbendaharaan kosa kata dan

membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi.

12

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 5.0. CADANGAN RANCANGAN PENGAJARAN Tahun Bil. Pelajar Mata Pelajaran Tajuk Pelajaran Fokus Standard : 2012 : : Literasi : Bercerita dan menceritakan semula : (BM 1.0) Kemahiran Mendengar (BM 2.0) Kemahiran Bertutur Tarikh Masa : : 15 minit

Standard kandungan : (BM 1.1) Mendengar dengan penuh perhatian. (BM 2.1) Berinteraksi dengan mesra. (BM 2.4) Menceritakan perkara yang didengar.

Standard pembelajaran :(BM 1.1.1) Mendengar ucap selamat dan memberi respons yang bertatasusila dengan bimbingan (Contoh: Selamat pagi, Selamat petang). (BM 1.1.5) Mendengar lagu dan cerita serta memberi respons. (BM 2.1.2) Berinteraksi secara sopan dan bertatasusila dengan bimbingan. (BM 2.4.1) Menceritakan perkara yang didengar dengan menggunakan ayat yang mudah.

13

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 Objektif Pengajaran : Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat: 1. Meningkatkan kemahiran komunikasi. 2. Memperkembangkan perbendaharaan kosa kata. 3. Membentuk ayat lengkap dalam berkomunikasi. Bahan Pengajaran Penerapan nilai : Kad bergambar. : 1. Memupuk sifat sabar menunggu giliran. 2. Mewujudkan sikap berdisiplin dan mendengar arahan secara tertib.

14

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 Langkah / Masa Set Induksi (1 minit) Guru bertanya khabar dan Kanak-kanak menjawab Isi kandungan Aktiviti guru Aktiviti murid Catatan / Bahan

memastikan

kanak-kanak

soalan guru dan memastikan kedudukan mereka dalam

dalam keaadaan yang selesa.

keadaan yang selesa.

Langkah 1 (2 minit)

Tema: aktiviti bersama keluarga.

Guru memberi sekeping kad bergambar yang berlainan

Kanak-kanak mengamati gambar

cuba yang

Kad bergambar.

kepada setiap orang pelajar.

diberikan oleh guru mereka.

Langkah 2 (5 minit)

Bercerita menggunakan kad bergambar.

Guru menyuruh setiap kanakkanak membina satu cerita pendek berdasarkan kad

Kanak-kanak akan bangun dan berdiri dihadapan. Kanak-kanak mengikut bercerita dan

Kad bergambar.

gambar yang mereka perolehi secara bergilir-gilir. Guru akan membantu kanakkanak membentuk kosa kata dan ayat yang lengkap.

kefahaman

kreativiti masing-masing.

15

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

Langkah 3 (5 minit)

Menceritakan semula.

Guru menyuruh kanak-kanak untuk menceritakan semula kad bergambar yang telah

Kanak-kanak

cuba

Kad bergambar.

menceritakan semula dengan bantuan guru.

diceritakan oleh rakan-rakan yang lain. Guru membantu kanak-kanak untuk mengingat semula cerita yang disampaikan oleh kanakkanak tersebut.

Penutup (2 minit)

Guru menyuruh kanak-kanak memulangkan bergambar. semula kad

Kanak-kanak semula kad

memulangkan bergambar

kepada guru.

Guru menyuruh kanak-kanak bercerita mengenai dijalankan. dengan ibu bapa yang

aktiviti

16

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 6.0. KESIMPULAN Bahasa adalah anugerah istimewa bagi setiap individu. Ia juga adalah saluran yang membolehkan manusia menyusun dan mengutarakan idea serta pengalaman. Perkembangan dan penggunaan bahasa penting bagi membolehkan manusia berhubung antara satu sama lain, malah ia membolehkkan kita membina konsep berkenaan alam dan manusia di sekeliling. Bahasa adalah sistem lambing pertuturan yang terdiri daripada leretan bunyi-bunyian yang diucapkan dan digunakan oleh masyarakat sebagai alat bagi berhubung dan berkerjasama. Perkembangan bahasa yang baik memerlukan suasana sosioemosi yang tenteram dan selamat. Bahasa juga dikaitkandengan pengalaman yang gembira dan ceria. Komponen utama dalam perkembangan kanak-kanak adalah penguasaan bahasa kerana menguasai bahasa penting dalam proses pembelajaran. Ia dapat diperoleh melalui kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kecekapan berbahasa membantu kanak-kanak berfikir, memahami konsep, berimaginasi, melahirkan idea, berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan. Sebagai pendidik dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak, seorang pendidik haruslah melakukan pemerhatian dan penilaian mengenai perkembangan bahasa dan komunikasi kanak-kanak agar ianya sentiasa sejajar dengan tahap perkembangan yang seharusnya dicapai pada sesuatu tahap umur. Sekiranya terdapat sebarang kekurangan dan kelemahan, bantu kanak-kanak dengan menjalankan aktiviti dan pembelajaran dan pengakaran yang dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa dan berkomunikasi kanak-kanak disamping memperbaiki kelemahan dan kesilapan kanakkanak.

17

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023

7.0. RUJUKAN Aminah Ayob, Mastura Badzis, Rohani Abdullah, Azizah Lebai Nordin & Mahani Razali (2008). Kurikulum PERMATA Negara: Asuhan dan didikan awal kanakkanak (0-4 tahun). Perak : Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-Kanak Negara (NCDRC) Diane Godwin & Margaret Perkins (2002). Teaching Language and Literacy in the Early Years. London : David Fulton Publishers. Rohani Abdullah (2001). Perkembangan Kanak-kanak : Penilaian secara portfolio. Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia. Saayah Abu (2009). Menjadi Guru Tadika. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing.

18

[PERKEMBANGAN BAHASA DAN KOMUNIKASI AWAL KANAK-KANAK] KAH1023 8.0. LAMPIRAN

19

You might also like