You are on page 1of 9

Literasi Nombor

JOSEPH PApIN HAAMIRISYUAN NUING

Soalan (Masalah Abu Nawas)


Satu cerita dalam One thousand and One night, Abu Nawas hanya membenarkan perantau untuk mengambil air dari perigi di padang pasir selepas perantau itu dapat menyelesaikan masalah berikut: Perantau-perantau itu diberi sebuah bekas 3-liter dan sebuah bekas 5-liter. Mereka dikehendaki menyukat dengan tepat 4 liter dan 7 liter air dengan menggunakan bekas ini. Anda dikehendaki membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

Kaedah Penyelesaian
Menggunakankan Model Polya untuk menyelesaikan masalah. 1. Memahami dan mentafsir sesuatu masalah 2. Merancang strategi penyelesaian 3. Melaksanakan Strategi Penyelesaian 4. Menyemak semula penyelesaian

Memahami dan mentafsir sesuatu masalah


Bekas yang digunakan untuk mengukur bekas bersaiz 5 liter dan 3 liter. Hanya terdapat dua bekas sahaja iaitu 5 an 3 liter.

Merancang strategi penyelesaian


Menggunakan konsep tolak dan tambah. Hanya menggunakan dua bekas tersebut

Melaksanakan Strategi Penyelesaian

Cara mendapatkan 4 liter air


1. Penuhkan bekas 3 liter dengan air dan tuangkan ke dalam bekas 5 liter yang kosong. 2. Sekarang, bekas 5 liter mempunyai 3 liter air dan ada 2 liter yang kosong. 3. Sekali lagi, penuhkan bekas 3 liter dan tuang ke dalam bekas 5 liter yang mengandungi 3 liter air sehingga penuh. 4. Baki air dalam bekas 3 liter ialah 1 liter. 5. Selepas itu, air dalam bekas 5 liter dibuang dan diisi dengan baki air dari bekas 3 liter. 6. Isi penuh bekas 3 liter dan tuang ke dalam bekas 5 liter yang mengandungi 1 liter air untuk menjadi 4 liter air.

Cara mendapatkan 7 liter air


1. Isi penuh bekas 5 liter 2. Pindahkan isipadu air tersebut kedalam bekas 3 liter 3. Buang air di dalam bekas 3 liter dan simpan baki air yang terdapat di dalam bekas 5 liter ke dalam bekas 3 liter 4. Kemudian, isi penuh bekas 5 liter 5. Akhir sekali, isipadu kedua-dua bekas akan bersamaan dengan 7 liter jika dicampur bersama 6. Langkah kerja: 5 liter 3 liter =2 liter 5 liter + 2 liter =7 liter

Menyemak semula penyelesaian


Untuk memastikan hasilnya betul, air tersebut boleh diukur dengan menggunakan bekas yang mempunyai skala 7 dan 4 liter.

You might also like