You are on page 1of 14

Abu Bakr Muhammad Ibn Zakariya Al-

Razi

864-925 M
KEHIDUPAN AL-RAZI

A
bu Bakr Mohammad Ibn Zakariya al-Razi atau lebih dikenali sebagai Al-

Razi dilahirkan di Ray, Iran1. Dilahirkan pada 1 Sya’aban 251H2

bersamaan dengan 27 Ogos 864 M3. Mulanya beliau meminati muzik,

pandai menyanyi dan main gitar, rebab serta rebana tetapi kemudian telah mempelajari

alkimia, kimia, perubatan, matematik, sastera, astronomi dan falsafah.4

Beliau kali pertama mempelajari perubatan samasa lawatan kali pertamanya di

Baghdad dengan Ali Ibn Rabban At-Tabari5. Selain itu dia juga mempelajari falsafah dari

Al-Balkhi6. Juga merupakan anak murid Ali bin Sahl, Yahudi yang memasuki Islam,

tergolong kepada sekolah perubatan Tabaristan atau Hyrcania.7 Beliau juga pernah

belajar di bawah Hunayn Ibn Ishaq, yang mahir dalam sistem perubatan Greek, Parsi dan

India. 8
1
Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Hal. 117-118
2
Al-Razi. Lihat pada 13 Jun 2011 dari http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id5.html.
3
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lihat pada
16 Jun 2011 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi.
4
On Da Street. (24 Julai 2009). Lihat pada 16 Jun 2011 dari
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/24/tazkirah-jumaat-tokoh-ilmuwan-islam-al-razi/
5
Ibid
6
Ibid
7
Abu Bakar Muhammad bin Zakaria al-Razi - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lihat pada
16 Jun 2011 dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi
8
Abuyya. (Novenber 2006). Lihat pada 16 Jun 2011 dari
http://abuyya.multiply.com/journal/item/36/ILMUWAN_PERUBATAN_ISLAM_DALAM_MEMORI.

1
Beliau pulang ke Ray dan terkenal sebagai pengamal perubatan di tempatnya.

Namu, beliau sering berulang-alik di antara Ray dan Baghdad. Dia dilantik menjadi

Pengarah Hospital di Ray selama 6 tahun dari 902M-908M semasa pemerintahan

Gabenor Abu Salih Mansur bin Ishaq. 9Semasa inilah beliau memberikan karyanya

seperti Al-Mansuri Fi at-Thibb kepada Gabenor Mansur.

Semasa Al-Razi berusia 40-an, Khalifah Al-Mu’tadhid Billah (Khalifah Al-

Mu’tafi) timbul idea untuk mewujudkan Bimaristan Adhdi di kota Baghdad. Khalifah

memanggil seluruh doktor terkenal yang ada di kota Baghdad. Maka, Al-Razi kembali

berpindah ke Baghdad. Doktor-doktor tersebut disaring mengikut kemampuan dan

kemahiran mereka, bermula daripada 100 orang kemudian 50 orang kemudian 10 orang

kemudan 3 orang. Dan daripada 3 orang, Al Razi sekali lagi dilantik untuk menjadi

pengarah hospital kerana beliau mempunyai kebolehan dan menonjol di antara mereka. 10

Beliau telah ditugaskan oleh khalifah untuk mencari tapak bagi rumah sakit.

Beliau telah memberikan pelayan-pelayannya sepotong daging dan menyuruh mereka

untuk menggantungkan daging-daging tersebut di tempat-tempat tertentu. Daging yang

paling lambat menjadi busuk dipilih sebagai tempat yang strategik untuk dibina rumah

sakit kerana berpendapat udara di situ kurang pencemaran dan kurang kuman.11

Beliau kemudiannya kembali ke Ray setelah kewafatan Khalifah Mu’tafi. Hal ini

demikian kerana beliau juga mempunyai banyak pelajar di sana. Pelajar- pelajarnya

mengelilingi beliau dengan beberapa bulatan. Bulatan paling dekat atau paling dalam

sekali merupakan pelajar-pelajarnya yang pintar. Beliau selalu memberikan masalah atau

soalan untuk diselesaikan kepada pelajar-pelajarnya yang daripada bulatan terluar sekali.
9
Tazkirah Jumaat Tokoh Ilmuwan Islam – Al-Razi « On Da Street. Lihat pada 15 Jun 2011 dari
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/24/tazkirah-jumaat-tokoh-ilmuwan-islam-al-razi/
10
Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Hal. 118-119.
11
Ibid. Hal. 119

2
Kemudian, jika tidak dapat diselesaikan, soalan itu berpindah kepada pelajar-pelajar

daripada bulatan yang lebih dalam, hinggalah sampai kepadanya.12

SIFAT DAN KEPERIBADIAN

Antara sifat-sifat Al-Razi yang patut dicontohi ialah berwawasan. Semasa zaman

mudanya, dia ialah seorang pemuzik dan penyanyi. Namun, beliau sedar dan tidak mahu

mensia-siakan masa mudanya serta ingin melakukan perkara yang berfaedah.

Al-Razi merupakan seorang yang sangat rajin menuntut ilmu. Di Baghdad, beliau

mencari ilmu dalam pelbagai bidang seperti falsafah, matematik, kimia, astronomi dan

sastera selain perubatan. Malah, beliau rajin membaca buku meskipun dengan cahaya

lilin sehinggakan mengurangkan daya penglihatannya. Beliau juga rajin menulis buku-

buku dalam pelbagai bidang.

Semasa menjalankan tugas sebagai doktor, beliau sangat lemah lembut dan murah

hati terutamanya terhadap orang fakir dan miskin. Beliau sering memberikan rawatan

secara percuma atau bayaran yang minima kepada pesakitnya.

PENYAKIT MATA DAN KEWAFATANNYA

Semasa Al Razi berada di penghujung kehidupannya, beliau mengalami masalah

penglihatan yang menyebabkan beliau menjadi buta. Terdapat banyak pendapat tentang

sebab beliau menjadi buta. Ada pendapat mengatakan bahawa Al Razi menulis sebuah

buku yang bertajuk Al Manshuri fi Shinaa’atidz Dzahab (Kitab al-Manshur dalam


12
Ibid

3
Pembuatan Emas) dalam bidang kimia. Penguasa Khurasan, Abu Shalih Manshur bin

Ishaq tertarik dengan penerangan Al Razi tentang kemungkinan diubahnya barang logam

murah menjadi emas dan perak. Al Razi telah menolak permintaan Al Mansur yang

menyuruhnya membuktikan kata-katanya. Sehubungan itu, beliau dipukul dengan

bukunya di kepala sehingga keluar cecair daripada matanya sehingga menjadi buta. 13

Ada pendapat mengatakan bahawa Al Razi menjadi buta kerana beliau selalu

melakukan ujikaji kimia. Wap-wap daripada bahan kimianya telah meresap ke dalam

matanya dan sedikit sebanyak mengurangkan penglihatannya.

Tetapi pendapat paling diterima ramai adalah kerana Al Razi merupakan seorang

yang rajin membaca walaupun dengan bantuan cahaya lilin pada malam hari sehingga

penglihatannya berkurang. Pendapat ini sesuai dengan kata-katanya, “Aku telah

menghinpunkan pengetahuan selama 15 tahun. Aku melakukannya siang dan malam,

sehingga penglihatanku berkurangan. Aku juga diserang rasa ngilu pada otot-otot di

tanganku.14

Al-Razi pernah ditawarkan anak muridnya yang paling pintar untuk merawat

kebutaannya. Namun, beliau menolaknya kerana merasakan ajalnya semakin hampir. Al

Razi meninggal dunia pada 5 Sya’aban 313H bersamaan Oktober 925M. Ada juga

berpendapat beliau wafat pada tahun 930M. Sesetengah berpendapat beliau wafat di

Baghdad dan sesetengahnya berpendapat di kota Ray kerana beliau hanya merantau di

antara dua kota ini sahaja.15

13
Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Hal 120
14
Ibid
15
Ibid Hal 121

4
KOD ETIKA SEORANG DOKTOR MENGIKUT PENDAPAT AL RAZI16

 Seorang doktor harus mengelakkan dari bermain-main dan melakukan perkara

yang tidak berguna kerana bidang ini sangat berat dan tidak layak bila menjadi

bahan tertawa orang ramai.

 Seorang doktor tidak harus mengambil minuman yang memabukkan atau

mengganggu kewarasan fikiran kerana seorang doktor yang mabuk tidak mampu

mengesan dengan baik sebab penyakit seseorang.

 Meminta murid-muridnya menjadi teman terdekat para pesakit, menjaga harga

diri mereka, menyimpan rahsia mereka dan membatasi gerak-geri ketika

mengubati para pesakit terutama pesakit wanita.

 Seorang doktor tidak harus sombong agar pesakit-pesakit tidak membenci doktor.

KARYA-KARYA AL RAZI

Antara karya-karya Al Razi dalam bidang perubatan ialah Kitab al- Mansuri fi at-

Thibb, Al-Hawi Fi at-Thibbi, Kitab al-Mulooki, Kitab al-Judari wa al-Hasabah, Shukuk

‘ala Nazariyyat Jalinus dan Manafi’ al-Aghdhiya’ Wa Daf’u Madhariha.

Kitab Al Manshuri fit Thibb telah diterjemahkan dalam bahasa latin pada abad ke

15. Kitab ini mengandungi sepuluh jilid dan membincangkan tentang perubatan Greco-

Rom. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau di Khurasan di bawah

pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Buku ini didedikasi kepada Gabenor al-

16
Ibid Hal. 118.

5
Mansur. Dalam buku ini terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan dan sains

perubatan. 17

Sebahagian daripada jilid-jilidnya telah diterbitkan di Eropah secara berasingan.

Kitab ini membincangkan mengenai teori perubatan dan definisinya secara umum; diet

dan dadah serta kesannya kepada badan manusia; penjagaan ibu dan anak, penyakit kulit,

kebersihan mulut dan kesan persekitaran kepada kesihatan. Ia juga memperkatakan

mengenai anatomi di mana ia membincangkan mengenai kepelbagaian organ badan

manusia dan ransangan terhadap saraf motor.

Al-Hawi Fi at-Thibb (Kitab Perubatan Kontemporari) merupakan ensiklopedia

perubatan terbesar yang diterbitkan pada waktu itu. Buku tersebut mengandungi

maklumat-maklumat perubatan penting yang terdapat pada sumber-sumber Arab dan

Greek seperti cara menjaga kesihatan, cara mengubat penyakit melalui pemakanan dan

cara-cara mengenal tanda-tanda penyakit. 18

Buku Al-Judari Wa al-Hasabah merupakan karya yang pertama yang

membincangkan tentang cacar dan campak. Buku ini telah diterjemahkan ke dalam

pelbagai bahasa Eropah. Melalui karya ini Al Razi merupakan orang pertama yang dapat

membezakan antara cacar dan campak. Kitab ini dianggap penghias buku-buku Arab.19

Di dalam kitab ‘Al-Murshid’, Al-Razi menekankan aspek kepentingan

terapi.Beliau menerangkan mengenai pelbagai jenis demam termasuk demam berterusan,

demam berulang dan demam melampau. Beliau menyatakan demam merupakan tanda

kepada suatu penyakit atau demam itu sendiri merupakan satu jenis penyakit. Dia adalah
17
On Da Street. (24 Julai 2009). Lihat pada 16 Jun 2011 dari
http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/24/tazkirah-jumaat-tokoh-ilmuwan-islam-al-razi/
18
Alha Kelantan. (t.t.). Lihat pada 13 Jun 2011 dari http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id5.html
19
Abuyya. (26 November 2006). Lihat pada 13 Jun 2011.
http://abuyya.multiply.com/journal/item/36/ILMUWAN_PERUBATAN_ISLAM_DALAM_MEMORI

6
orang pertama dalam sejarah yang memperkenalkan raksa sebagai ubat terapeutik yang

kemudiannya diamalkan di Eropah. Beliau menyedari seseorang tidak mahu sakit dan

jika sakit, ingin pulih secepat mungkin.Walau bagaimanapun jika pesakit tidak

mempunyai kekuatan atau kemahuan untuk sembuh, doktor tidak akan dapat berbuat apa-

apa untuk menolongnya. Al-Razi menekankan keperluan seseorang doktor mempelajari

perubatan secara berterusan dan menyarankan para doktor merekodkan semua

pemerhatian mereka. Beliau juga menyarankan supaya para doktor berbincang tentang

masalah perubatan dan menyelesaikan permasalahan tersebut tanpa bergantung kepada

orang untuk mencari penyelesaian.20

Al-Razi juga menulis buku Shukuk ‘ala Nazariyyat Jalinus. Di dalam buku ini

beliau telah membetulkan kesilapan dalam konsep, prosedur, dan teori yang berkaitan

tentang perubatan, fisioiologi dan terapeutik seperti yang telah dinyatakan oleh Galen.21

Beliau juga menulis buku dalam bidang kimia, antaranya Sirr al-Asraar. Dalam

Sirr al-Asraar, beliau membincangkan tentang kegunaan bahan kimia terkenal, sifat-

sifatnya, cara penyulingan dan membezakannya. Dalam alkimia pula, beliau menulis

kitab Al-Manshuri Fi as-Shina’ati ad-Dzahab. Kitab ini menerangkan tentang teori

membuat emas daripada logam-logam mineral yang murah. Kitab inilah yang

mencetuskan idea mengenai penghasilan aloi. 22

Malah beliau pernah menulis buku berkenaan astronomi yang bertajuk Haya`tul

‘Alam. Buku ini menceritakan tentang bumi yang berbentu sfera dan berada di tengah-

tengah galaksi serta mengenai saiz matahari, bumi dan bulan.


20
Abuyya. (26 November 2006). Lihat pada 13 Jun 2011.
http://abuyya.multiply.com/journal/item/36/ILMUWAN_PERUBATAN_ISLAM_DALAM_MEMORI
21
Ibid
22
Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Hal. 123-124

7
Selain itu, beliau pernah menulis buku Sam’ul Kiyaan untuk memudahkan

pemahaman istilah-istilah yang berbeza dalam buku-buku Biologi untuk para

pembacanya.

Antara karya utama yang membincangkan persoalan falsafah ialah al-Sirah al-

Falsafiyyah, Amarah al-lqbal al-Dawlah, Kitab al-Ladzdzah, Kitab al-llmi al-Ilahi,

Maqalah fi ma baid al-Thabiiyah, dan al-Syukuk 'ala Proclus.23

Karya beliau dalam bidang falsafah yang berjudul Al-Thib al-Ruhani merupakan

karya teragung beliau dalam bidang falsafah. Karya ini berkisar tentang cara pengubatan

penyakit jiwa dan pengubatan metafizik yang menyembuhkan tubuh badan.24

Alt Sami al-Nasysyar telah mengesan sebanyak 97 buah buku yang telah

dihasilkan oleh al-Razi yang merangkumi bidang-bidang al-Quran (tafsir) lima buah,

ilmu kalam 40 buah, falsafah 26 buah, Bahasa Arab tujuh buah, Fiqh dan Usul Fiqh lima

buah, Perubatan tujuh buah, Geometri lima buah, dan Sejarah dua buah.25

Brockelman seorang pengkaji biografi orientalis pula membahagikan penulisan

tokoh ini kepada 13 bidang dengan hanya menemui 38 buah karya sahaja, antaranya

sejarah dua buah, fiqh tiga buah, Al-Quran tiga buah, dogmatics 13 buah, falsafah lapan

buah, astrologi satu buah, cheiromancy satu buah, rhetoric satu buah, ensiklopedia satu

buah, perubatan satu buah, fisionomi dua buah, alkimia satu buah, dan mineralogi satu

buah.26

SUMBANGAN AL-RAZI

23
Ibid
24
Ibid
25
Ibid
26
Ibid

8
Al-Razi digelar bapa Pediatrik atau pakar kanak-kanak kerana kesungguhannya

dalam mengubat penyakit yang dialami kanak-kanak. Al-Razi juga merupakan antara

tokoh yang produktif dalam lapangan penulisan. Hal ini terbukti dengan banyak hasil

karya beliau ditemui termasuk yang telah hilang. Tidak kurang daripada 200 buah

karangan termasuk buku, makalah, dan surat-surat telah dihasilkan oleh al-Razi

dicatatkan para pengkaji. Karya-karya beliau banyak membincangkan persoalan falsafah,

perubatan, sains, ketuhanan, al-Quran, ilmu kalam, bahasa Arab, fiqh dan usul fiqh,

geometri, dan sejarah.27

Beliau juga telah menemui kaedah pengasingan alkohol 28, penggunaan

plaster Paris untuk menyimen29 dan penghasilan antiseptik30. Kedua-dua bahan ini sangat

penting dalam perubatan. Selain itu, al-Razi juga mencipta benang seton untuk

penggunaannya dalam kes-kes luka.31 Untuk melawaskan buang air besar secara lembut,

beliau mencipta ubat pelawas lembut (mild pergatives). 32Al-Razi menyarankan

penggunaan air sejuk bagi demam yang melarat dan pembekaman bagi kes-kes ‘apolexy’

iaitu kehilangan deria disebabakan kepecahan urat darah di dalam otak.33

Dalam bidang pembedahan, dia juga menemukan opium sebagai ubat bius.34

Menurut Sulaiman Noordin, pakar bedah Islam pada zaman tersebut akan memberikan

27
Alha Kelantan. (t.t.). Lihat pada 13 Jun 2011 dari http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id5.html
28
The Religion Islam. (t.t.). Lihat pada 27 Julai 2011 dari
http://www.thereligionislam.com/islamicreformism/muslimscientistsandscholars/abubakarmuhammadbinza
kariyaarrazi.htm
29
Answers.com. (t.t.). Lihat pada 27 Julai 2011 dari http://www.answers.com/topic/al-razi
30
Lihat pada 27 Julai 2011 dari http://tokoh1038.blogspot.com/2009_03_01_archive.html Lihat pada 16
Jun 2011
31
Sulaiman Nordin. (1994). Perkembangan Ilmu Perubatan Umat Islam dalam Sains Menurut Perspektif
Islam. Hal. 162-163
32
Ibid
33
Ibid
34
The Religion Islam. (t.t.) Lihat pada 27 Julai 2011 dari
http://www.thereligionislam.com/islamicreformism/muslimscientistsandscholars/abubakarmuhammadbinza
kariyaarrazi.htm

9
ubat dadah dibuat daripada pokok bernama pokok darnel, hingga pesakit itu menjadi

pengsan.35

Kemasyhuran al-Razi bukan sahaja menjadi kebanggaan kepada dunia Islam

malah ketokohan dan kepakaran beliau turut diakui oleh dunia barat. Hal ini terbukti

dengan banyak karya-karya beliau telah menjadi rujukan dan panduan dunia barat

Kitab al-Hawi Fi at-Thibb(Liber Contines) merupakan sebuah ensiklopedia

amalan perubatan terapeutik yang dihasilkan olehnya menjadi rujukan dunia Eropah.

Minat yang mendalam dunia Eropah kepada karya agung yang seberat 10kg ini terbukti

dengan penerbitannya beberapa kali sejak abad ke-12M lagi sehingga abad ke-17M.36

Penemuan al-Razi berkenaan sakit cacar (smallpox) dan campak biasa (measles)

turut menjadi bahan rujukan perubatan di dunia Barat malah turut diulangi penerbitannya

beberapa kali sehingga abad ke-18M. Kedua-dua karya ini juga merupakan sumber

kurikulum tradisional di kalangan para pengamal perubatan Islam. Antara huraiannya

adalah, “Pengidap cacar didahului oleh demam yang bertererusan, sakit pada pinggang

belakang, gatal pada hidung dan gelisah tidur (insomnia.). Ini ialah gejala khusus sewaktu

onsetnya. Kemudian terjadi sakit pada belakang diiringi oleh demam, kemudian rasa

sengal di seluruh badan, bengkak muka, kadangkala susut muka, kulit merah, pipi sangat

merah, mata merah, rasa berat di seluruh badan, sakit tekak dan dada beserta dengan

susah bernafas, kekeringan mulut, air liur pekat, serak suara, pening, berat kepala,

35
Sulaiman Nordin. (1994). Perkembangan Ilmu Perubatan Umat Islam dalam Sains Menurut Perspektif
Islam. Hal. 164
36
The Religon Islam. (t.t.) Lihat pada 27 Julai 2011 dari
http://www.thereligionislam.com/islamicreformism/muslimscientistsandscholars/abubakarmuhammadbinza
kariyaarrazi.htm

10
gelisah, pemarah, loya (nausea), putus harapan. Loya dan putus harapan lebih umum

dijumpai pada campak daripada cacar.” 37

Al-Razi telah menghuraikan tentang sindrom berkenaan bauan bunga ros yang

dikenali sebagai demam bunga ros atau Rose Cold. Demam bunga ros ialah kejadian

selesema alergik. Al-Razi telah membuktikan pengamatannya yang tajam apabila beliau

menulis tentang penyakit itu. Hal ini mendorong Abu Zayd Ahmad Ibnu Sahl al-Bakhli

(Pengasas ilmu alam) menceritakan bahawa pada musim bunga ros berkembang, bauan

bunga ros boleh menyebabkan seseorang yang sensitif mendapat selsema.38

Kitab Al-Mansuri Fi at-Thibb (Liber medicinalis ad al Mansorem) juga karya

agung al-Razi dalam dunia perubatan. Al-Razi telah menghasilkan buku ini ketika beliau

di Khurasan di bawah pemerintahan Gabenor al-Mansur Ibnu Ishaq. Dalam buku ini

terkandung 10 penemuan berkaitan tentang amalan sains perubatan. Buku ini dianggap

satu karya beliau yang tulen dan mencerminkan kematangan dan kepakaran beliau dalam

amalan perubatan moden.39

Dalam buku ini juga beliau menekankan betapa pentingnya cara pemeriksaan

yang teliti sebelum membuat sesuatu kesimpulan tentang sesuatu penyakit. Satu falsafah

yang terpenting dalam karya al-Razi ini ialah kebenaran dalam ilmu perubatan

merupakan suatu yang amat sukar diperoleh dan walaupun banyak tersedia rujukan

namun kurang juga nilainya sekiranya dibandingkan dengan amalan seorang doktor yang

sentiasa menggunakan kuasa pemikiran dan logiknya.40

37
Prof Dr. Ismail bin Saad. (1988). Pengenalan Tamadun Islam Dalam Ilmu Perubatan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka. Hal. 77-78
38
Ibid
39
Cindai. (Mac 2009)Lihat pada 13 Jun 2011 dari
http://tokoh1038.blogspot.com/2009_03_01_archive.html
40
Ibid

11
Al-Razi menentang sekeras-kerasnya amalan penipuan dan penyelewengan dalam

amalan perubatan. Padanya penyakit jasmani tidak boleh dipisahkan dengan penyakit

rohani. Oleh sebab itu, dalam merawatnya kedua-dua pendekatan iaitu rohani dan

jasmani terus digemblengkan.41

Dalam bidang kimia, beliau telah berjaya satu kaedah untuk membuat asid

sulfurik. Kaedah ini dikenali sebagai Contact Process pada zaman kini. Sehingga kini

penggunaan asid tersebut sangat meluas.42 Al-Razi turut memberi sumbangan yang besar

dalam bidang kimia dengan terhasilnya Kitab Sirr al-Asrar (The Book of Secrets). Buku

ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan merupakan sumber utama maklumat

bahan kimia sehingga abad ke-14M.

41
Ibid
42
Wikipedia. (t.t.) Lihat 16 Jun 2011 dari
http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi

12
RUJUKAN

1. Khalid Haddad. (2010). 12 Tokoh Pengubah Dunia. Kuala Lumpur: Must Read

Sdn Bhd.

2. Abuyya. (26November 2006). Lihat pada 16 Jun 2011 dari

http://abuyya.multiply.com/journal/item/36/ILMUWAN_PERUBATAN_ISLAM

_DALAM_MEMORI

3. On Da Street. (24 Julai 2009). Lihat pada 16 Jun 2011 dari

http://ondastreet.wordpress.com/2009/07/24/tazkirah-jumaat-tokoh-ilmuwan-

islam-al-razi/

4. Wikipedia. (t.t.) Lihat 16 Jun 2011 dari

http://ms.wikipedia.org/wiki/Abu_Bakar_Muhammad_bin_Zakaria_al-Razi

5. Cindai. (Mac 2009)Lihat pada 13 Jun 2011 dari

http://tokoh1038.blogspot.com/2009_03_01_archive.html

6. The Religon Islam. (t.t.). Lihat pada 27 Julai 2011 dari

http://www.thereligionislam.com/islamicreformism/muslimscientistsandscholars/a

bubakarmuhammadbinzakariyaarrazi.htm

13
7. Answers.com. (t.t.). Lihat pada 27 Julai 2011 dari

http://www.answers.com/topic/al-razi

8. Alha Kelantan. (t.t.). Lihat pada 13 Jun 2011 dari


http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id5.html

14

You might also like