You are on page 1of 11

RMI (DANA KCM) - 2008

PERJANJIAN
BAGI MENJALANKAN PROJEK PENYELIDIKAN DANA KECEMERLANGAN
BERTAJUK :
PERJANJIAN INI DIBUAT PADA .. haribulan . tahun DI ANTARA

(di sini disebut sebagai Penyelidik) bagi satu pihak DAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA melalui INSTITUT PENGURUSAN PENYELIDIKAN, 40450 Shah Alam, Selangor dikenali sebagai RMI) bagi pihak yang satu lagi. (selepas ini

BAHAWASANYA RMI berhasrat untuk menggalakkan penyertaan usaha-usaha penyelidikan dan perundingan di kalangan kakitangan Universiti Teknologi MARA.

BAHAWASANYA Penyelidik berminat untuk menjalan dan menyempurnakan kerja-kerja penyelidikan mengikut butir-butir sepertimana yang tercatat di dalam Kertas Cadangan Projek Penyelidikan (di sini disebut sebagai Projek Penyelidikan) (Lampiran Satu).

BAHAWASANYA Penyelidik telah membuat permohonan kepada RMI untuk mendapat kelulusan serta pembiayaan bagi melaksanakan kerja-kerja yang berkaitan dengan Projek Penyelidikan.

BAHAWASANYA RMI bagi pihak Kementerian Pendidikan tinggi (KPT) bersetuju untuk meluluskan dan membiayai Projek Penyelidikan berdasarkan butir-butir dan syarat-syarat yang terkandung di dalam surat kelulusan RMI yang bertarikh Ruj di sini disebut sebagai (Surat Kelulusan RMI): (Lampiran Dua).

RMI (DANA KCM) - 2008

SEBAGAI BALASAN pihak RMI bersetuju untuk membiayai Projek Penyelidikan, maka Penyelidik bersetuju dengan syarat-syarat yang tercatat di bawah ini :

1.

TAKRIF

Di dalam Perjanjian ini dan di dalam syarat-syarat penentuannya, melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain :

1.1

Penyelidik bererti orang perseorangan atau kumpulan orang yang akan menjalankan Penyelidikan; usaha-usaha/kerja-kerja penyelidikan di dalam Projek

1.2

Pihak Institut Pengurusan Penyelidikan, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA merupakan badan yang diberikan hak dan kuasa oleh UNIVERSITI Projek

TEKNOLOGI MARA untuk meluluskan, mengurus dan mengendali Penyelidikan di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

1.3

Projek Penyelidikan bererti projek yang diluluskan oleh RMI/KPT yang terkandung di dalam Lampiran Satu.

1.4

Kadar

yang

ditetapkan

bererti

perbelanjaan

sebenar

yang

telah

dibelanjakan dan lain-lain perbelanjaan yang ketara dan yang tidak ketara.

1.5

Harta intelek bermakna hak keatas hak cipta, paten, cap dagangan, rekabentuk perindustrian, litar bersepadu, petunjuk geografi dan maklumat sulit.

2.

TANGGUNGJAWAB PENYELIDIK Penyelidik berakujanji bahawa penyelidikan yang akan dijalankan belum pernah dilakukan oleh sesiapa sebelum penyelidikan ini dijalankan dan berhak penyelidik tidak

RMI (DANA KCM) - 2008

mendapat sebarang bantuan kewangan jika sekiranya penyelidikan telah pun dilakukan samada projek tersebut mendatangkan hasil atau tidak.

2.1

Penyelidik bersetuju untuk mengambil/menjalankan segala usaha yang perlu dan sesuai untuk menyempurnakan Projek Penyelidikan di dalam tempoh yang tercatat di bawah ini.

2.2

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik berjanji akan memberi segala tumpuan yang diperlukan untuk mengurus apa-apa perkara yang ada kaitan dengan Projek Penyelidikan supaya Projek Penyelidikan tersebut dengan berkesan dan jayanya. dapat dilaksanakan

2.3

Jika Penyelidik/Kumpulan Penyelidik enggan atau gagal untuk menyerahkan Laporan Kemajuan Semasa di bawah Fasal 2.2 di atas, RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA berhak untuk mengambil apa-apa tindakan yang dikira sesuai termasuk menggantung atau menghentikan bayaran perbelanjaan untuk Projek Penyelidikan.

2.4

Penyelidik bersetuju untuk menyerahkan Laporan Kemajuan kepada RMI enam (6) bulan dengan menggunakan borang yang akan disediakan oleh RMI.

2.5

Penyelidik/Kumpulan

Penyelidik

bersetuju

untuk

menyerahkan

dengan

sempurnanya hasil-hasil penyelidikan yang merangkumi laporan-laporan terakhir penyelidikan (di sini disebut Hasil Penyelidikan) di dalam tempoh yang ditentukan oleh RMI.

2.6

Penyelidik/Kumpulan

Penyelidik

bersetuju

untuk

membentangkan

Hasil

Penyelidikan di Seminar Hasil Penyelidikan mengikut syarat-syarat yang akan ditetapkan oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

RMI (DANA KCM) - 2008

3.

TEMPOH PROJEK PENYELIDIKAN

3.1

Penyelidik

bersetuju

untuk

menyiapkan

dan

menyempurnakan

sepenuhnya Projek Penyelidikan di dalam tempoh .. (di sini disebut Tempoh Projek Penyelidikan).

3.2

Untuk tujuan Fasal 3.1 di atas, Tempoh Projek Penyelidikan akan bermula pada .. haribulan .. tahun .. dan tamat pada .. haribulan .. tahun

4.

KELEWATAN

4.1

Jika Penyelidik/Kumpulan Penyelidik mempunyai sebab-sebab atau asas-asas untuk mempercayai bahawa projek penyelidikan tidak dapat disempurnakan di dalam Tempoh Projek Penyelidikan, Penyelidik/Kumpulan Penyelidik hendaklah memberitahu secara bertulis kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA tidak kurang dari SATU (1) bulan sebelum tarikh tamat Tempoh Projek Penyelidikan.

4.2

Jika berlaku kelewatan seperti yang tercatat di dalam Fasal 4.1 di atas, Penyelidik/Kumpulan Penyelidik bersetuju untuk membuat permohonan secara bertulis kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA untuk

mendapatkan tempoh lanjutan (di sini disebut sebagai Tempoh Lanjutan).

4.3

Jika terdapat permohonan Tempoh Lanjutan mengikut syarat-syarat yang tersebut di atas, pihak RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA akan menimbang serta menentukan keputusan untuk meluluskan atau sebaliknya mengikut

budibicara RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA sama ada mengenakan apaapa syarat baru yang dikira sesuai.

RMI (DANA KCM) - 2008


5. HAK-HAK PENAMATAN OLEH RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA DI DALAM TEMPOH PENYELIDIKAN 5.1 Tanpa menjejas hak-hak RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA di bawah Undang-Undang, pihak RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA berhak untuk menamatkan Projek Penyelidikan:-

a.

Jika

Penyelidik/Kumpulan

Penyelidik

melakukan

pelanggaran

terhadap mana-mana syarat yang terdapat di dalam perjanjian ini;

b.

Jika RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA mempunyai sebab-sebab atau, alasan-alasan yang munasabah untuk mempercayai bahawa

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik atau sesiapa yang diambil bekerja oleh Penyelidik/Kumpulan Penyelidik atau berkerja bagi pihak

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik, sama ada dengan atau di luar pengetahuan Penyelidik/Kumpulan Penyelidik, melakukan perbuatanperbuatan yang melanggar undang-undang;

c.

Jika RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA mempunyai alasan-alasan untuk mempercayai bahawa Penyelidik/Kumpulan Penyelidik tidak memberi tumpuan atau terbukti tidak menumpukan/perhatian

terhadap kemajuan projek penyelidikan atau tiada perkembangan yang memuaskan;

d.

Jika

Penyelidik/Kumpulan

Penyelidik

gagal

atau

enggan

untuk

menyerah kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Kemajuan Semasa mengikut syarat-syarat di bawah atas;

Laporan

Fasal 2.4 di

e.

Jika

Penyelidik/Kumpulan kepada Semasa RMI

Penyelidik UNIVERSITI surat

gagal

atau

enggan MARA

untuk

menyerah Kemajuan

TEKNOLOGI atau notis

Laporan telah

apabila

peringatan

RMI (DANA KCM) - 2008


dikeluarkan oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kepada

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik.

f.

Jika Penyelidik/Kumpulan Penyelidik menamatkan perkhidmatan di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA atau Penyelidik/Kumpulan Penyelidik melanjutkan pelajaran atau berhenti berkhidmat di UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

6.

HAK RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA UNTUK MENUNTUT GANTIRUGI

6.1

Jika RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA menanggung atau mengalami kerugian akibat dari penamatan yang dilakukan mengikut Fasal 5 di atas, maka RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA berhak untuk membuat tuntutan gantirugi atau pampasan daripada Penyelidik/Kumpulan Penyelidik; dan Penyelidik/Kumpulan Penyelidik bersetuju untuk membayar gantirugi atau pampasan kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

6.2

Bagi menjelaskan hak tuntutan gantirugi atau pampasan di bawah Fasal 6.1 di atas, jumlah gantirugi atau pampasan yang akan dibayar balik oleh

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dikira berdasarkan perbelanjaan sebenarnya yang telah dibelanjakan atau jumlah bayaran-bayaran yang telah didahulukan atau dibelanjakan oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA kepada Penyelidik/Kumpulan Penyelidik.

6.3

Jika berlaku penamatan Projek Penyelidikan mengikut Fasal 5 di atas, Penyelidik/Kumpulan Penyelidik bersetuju untuk menyerahkan kepada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA segala peralatan kekal yang telah dibeli atau dibayar oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

7.

HAK PENYELIDIK/KUMPULAN PENYELIDIK UNTUK MENUNTUT PERBELANJAAN PROJEK PENYELIDIKAN

RMI (DANA KCM) - 2008


7.1 RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA bersetuju untuk mengeluarkan apa-apa perbelanjaan berkaitan dengan Projek Penyelidikan kepada

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik dan/atau RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA bersedia membuat bayaran kepada pembekal peralatan untuk Projek Penyelidikan dan/atau membayar kepada mana-mana pihak lain yang telah bekerja atau membantu Penyelidik/Kumpulan Penyelidik menjayakan Projek Penyelidikan.

7.2

Hak Penyelidik/Kumpulan Penyelidik untuk menuntut perbelanjaan dan bayaran mengikut Fasal 7.1 di atas adalah tertakluk kepada apa-apa syarat, had dan kaedah yang dikenakan oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA di dalam surat kelulusan Projek Penyelidikan dan apa-apa syarat baru yang dikira perlu oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dari masa ke masa.

8.

LAPORAN KEMAJUAN AKHIR

8.1

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik dikehendaki untuk menyerahkan Laporan Akhir Projek Penyelidikan yang lengkap kepada RMI UNIVERSITI

TEKNOLOGI MARA setelah tempoh Projek Penyelidikan tamat sepertimana tercatat di bawah Fasal 3.1.

8.2

Penyerahan lengkap hasil penyelidikan merangkumi Laporan Akhir dan pembentangan di Seminar Hasil Penyelidikan yang ditetapkan oleh RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

9.

FORCE MAJEURE

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik adalah tidak bertanggungjawab bagi sebarang ketinggalan atau kegagalan dalam menjalankan perjanjian ini, jika ketinggalan atau kegagalan itu timbul daripada keadaan-keadaan seperti rusuhan dan kekacauan

RMI (DANA KCM) - 2008


awam, mogok, kebakaran, banjir, peperangan, bahaya laut atau sebab-sebab atau bahaya-bahaya yang seumpama yang tidak dapat dikawal oleh mana-mana pihak. Dalam keadaan sedemikian yang menyebabkan mana-mana pihak tidak dapat menyempurnakan Perjanjian ini, Perjanjian ini boleh ditamatkan dengan persetujuan RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

10.

HAK CIPTA HASIL, HAK MILIK DOKUMEN DAN HAK MILIK PERALATAN

10.1

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik bersetuju bahawa segala laporan, hasil kerja dan segala peralatan dari Projek Penyelidikan akan menjadi hak milik RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA tidak kira sama ada hasil penyelidikan dan peralatan tersebut diguna atau tidak.

10.2

Hasil Penyelidikan tersebut tidak boleh digunakan oleh mana-mana pihak dalam apa jua bentuk sekalipun melainkan setelah mendapat kelulusan bertulis dari RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

11.

HAK MILIK DAN PATEN

11.1

Sekiranya Hasil Penyelidikan itu berkaitan dengan sesuatu rekaan dan penyelidikan itu telah dimajukan atas tajaan atau penggunaan kemudahankemudahan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA atau berkaitan dengan tugastugas rasmi, maka rekaan itu adalah menjadi hak milik bersama oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA dan Penyelidik/Kumpulan Penyelidik.

11.2

Segala perbelanjaan yang perlu untuk pendaftaran paten atau untuk segala urusan menjual atau melupuskan sesuatu rekaan dan lain-lain perbelanjaan

RMI (DANA KCM) - 2008


yang bersangkutan dengannya akan ditanggung oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA jika hasil penyelidikan itu berpotensi dikomersilkan.

11.3

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik bersetuju bahawa apa-apa perbelanjaan yang telah dibiayai atau ditanggung oleh UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA akan dipulangkan kepada pihak UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA daripada hasil-hasil jualan Penyelidik/Kumpulan Penyelidik tersebut sebelum pendapatan atau hasil jualan itu diagihkan menurut Perenggan 11.4.

11.4

Selepas ditolak perbelanjaan-perbelanjaan yang tersebut dalam Perenggan 11.2, wang pendapatan atau hasil jualan ciptaan akan diagihkan seperti

berikut : a. b. 80% kepada Penyelidik 20% kepada UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

11.5

Penyelidik/Kumpulan Penyelidik

yang telah berjaya memajukan sesuatu

ciptaan dikehendaki mengemukakan laporan secara bertulis mengenainya kepada Jawatankuasa Paten UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

11.6

Penyelidik/Kumpulan

Penyelidik

tidak

dibenarkan

membuat

apa-apa

penerbitan atau pengumuman

mengenai sesuatu rekaan sehingga paten

baginya sempurna didaftarkan atau sehingga pihak UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA membuat keputusan tidak akan mendaftarkan paten atas nama UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA;

11.7

Sebarang penerbitan atau pengumuman oleh Penyelidik/Kumpulan Penyelidik mengenai sesuatu rekaan hendaklah mendapat kelulusan bertulis daripada RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA.

12.

UNDANG-UNDANG

RMI (DANA KCM) - 2008


Perjanjian ini adalah tertakluk dan boleh dikuatkuasakan di bawah Undang-Undang Malaysia.

13.

PEMEGANG SERAH HAK

Perjanjian ini adalah terikat dan berkuatkuasa ke atas kedua-dua pihak serta pemegang serah hak penerima wakil dan pewaris masing-masing.

10

RMI (DANA KCM) - 2008

SEBAGAI MENYAKSIKAN PERJANJIAN INI, pihak-pihak yang mengikat Perjanjian ini telah menurunkan tandatangan dan meteri mereka pada tarikh dan tahun yang tersebut sebelum ini.

Ditandatangani Oleh : Semua Penyelidik :

Bagi Pihak RMI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

................................................ Nama : (No. K/P : ) Ketua Penyelidik

........................................................ PROF. DR. ABU BAKAR BIN ABDUL MAJEED (No. K/P : ) Penolong Naib Canselor (Penyelidikan) Institut Pengurusan Penyelidikan UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

................................................ Nama : (No. K/P : ) Timbalan Ketua Penyelidik

................................................ Nama : (No. K/P : ) Ahli Penyelidik

................................................ Nama : (No. K/P : ) Ahli Penyelidik

Disaksikan oleh : (Bagi pihak penyelidik) .. Nama : (No. K/P )

Disaksikan oleh : (Bagi pihak UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA) Nama : (No. K/P : Ketua Penyelidikan Institut Pengurusan Penyelidikan Tarikh : ..

Tarikh : ..

11

You might also like