You are on page 1of 22

ISI KANDUNGAN

Tajuk 1.0 2.0 Pengenalan Latar Belakang Tunku 2.1 2.2 2.3 3.0 4.0 5.0 6.0 7.0 Latar keluarga Latar pendidikan Latar organisasi

Muka Surat 3 4

Keistimewaan Tunku Dasar-dasar Utama Impak Pemikiran Pembangunan Tunku Kepada Malaysia Kenangan Terhadap Tunku Kini Kesimpulan Rujukan

9 11 17 19 22

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |2

1.0

PENGENALAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj adalah seorang pemimpin yang digeruni oleh rakyat Malaysia ketika zaman pemerintahannya dahulu, kini dan selamanya. Beliau telah meninggalkan satu nostalgia buat rakyat Malaysia khususnya dalam pengorbanan beliau sebagai seorang yang memperjuangkan kemerdekaan agar rakyatnya merasai keamanan yang tidak berbelah bahagi lagi. Beliau adalah seorang tokoh yang sangat berjasa bukan sahaja kepada rakyatnya malah juga buat bangsa dan negara. Pengorbanan beliau kepada negara telah menyebabkan beliau sehingga kini digelar sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Kecerdikan beliau dalam menangani segala masalah rakyat dan negara telah menyebabkan akhirnya Tanah Melayu yang dahulu dijajah oleh beberapa kuasa asing bermula tahun 1511 sehingga 1957 iaitu selama 446 tahun yang merupakan suatu tempoh yang agak lama negara kita dijajah. Dalam tempoh ini rakyat Tanah Melayu dikatakan hidup dalam suasana yang terkongkong oleh kuasa asing yang sentiasa mengawal segala gerak-geri rakyat serta mengaut kekayaan Tanah Melayu dan dihantar ke negara asal mereka untuk dibangunkan sedangkan, orang-orang di Tanah Melayu sendiri yang berusaha mencari kekayaan tersebut. Walaubagaimanapun, akhirnya Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah pada 31 Ogos 1957. Ini kerana bagi beliau untuk mencapai kermerdekaan dan keamanan tidak perlu dengan kekerasan tetapi cukup dengan perundingan dan perbincangan. Melalui prinsip beliau, akhirnya Tunku berjaya memerdekakan Tanah Melayu dan dapat menyatukan semua kaum di Malaysia yang terdiri dari tiga kaum utama iaitu Melayu, China dan India serta lain-lain.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |3

2.0

LATAR BELAKANG TUNKU

2.1

Latar Keluarga

Nama sebenar Tunku adalah Tengku Abdul Rahman Putera ibni Abdul Hamid Halim Shah atau nama gelaran beliau adalah Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau dilahirkan dengan berdarah keturunan raja iaitu pada 8 Februari 1903 dan beliau meninggal pada 6 Disember 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan Ketua Menteri Tanah Melayu dari tahun 1955 dan juga Perd4ana Menteri pertama sejak negara mencapai kemerdekaan tahun 1957 sehingga perletakan jawatan beliau pada tahun 1970. Pada tahun 1963 beliau telah menunjukkan keupayaannya dalam pembentukan Malaysia. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan tetapi juga sebagai Bapa Malaysia. Tunku dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang juga dikenali sebagai Istana Pelamin. Beliau merupakan anak yang ke-7 serta anak yang ke ke-20 kepada Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu Sultan yang Ke-24 negeri Kedah. Bondanya dikenali sebagai Cik Menyalara yang berketurunan Siam dan Burma namun telah menukarkan namanya setelah memeluk Islam kepada Sharifah Fatimah, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara iaitu anak perempuan Luang Naraborirak (kleb) seorang pegawai daerah Thailand. Tunku dilahirkan atau disambut dalam keadaan biasa sahaja kerana beliau bukan bakal pengganti Sultan

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |4

Kedah. Pengganti Sultan Kedah ialah Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang telah berumur 30 tahun pada masa itu. Ketika kecil, Tunku

dipanggil dengan panggilan Awang kerana rupa parasnya tidak sesegak adikberadiknya yang lain. Beliau juga bebas bermain-main di luar istana bersama-sama orang kampung. Pada tahun 1933, Tunku telah berkahwin dengan seorang wanita kacukan Cina-Siam yang merupakan anak perempuan tauke lombong di Alor Setar bernama Mariam. Beliau mendapat dua orang cahaya mata hasil dari perkahwinan tersebut iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Tahun 1934 Mariam telah meninggal dunia kerana menghadapi penyakit malaria di Kuala Nerang, Kedah. Setelah itu, Tunku telah mengahwini Violet Coulson iaitu bekas tuan rumahnya di England. Oleh kerana kerabat diraja Kedah dilarang berkahwin dengan wanita Inggeris atas peristiwa penipuan di Pulau Pinang oleh Kapten Francis Light iaitu seorang Inggeris, Tunku dititahkan menceraikan Violet. Kemuadiannya Tunku berkahwin pula dengan Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah seorang rakan sekuliahnya sewaktu di England yang berketurunan Arab. Perkahwinan mereka direstui kerana berketurunan Arab yang ternama dan kaya di Kedah namun, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Oleh sebab itu, mereka mengambil 3 orang anak angkat iaitu Faridah, Sulaiman dan Mariam. Selain itu, Tunku juga telah mengahwini secara rahsia dengan wanita berbangsa Cina pada tahun 1963 dan mendapat dua orang cahaya mata yang diberi nama Tunku Noor hayati dan Tunku Mastura.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |5

2.2

Latar Pendidikan Awal Tunku Tunku Abdul Rahman memulakan pendidikan awalnya di sekolah rendah melayu Jalan Baharu, Alor Setar pada tahun 1909. Beliau biasanya berbahasa siam di rumah dan berbahasa melayu di sekolah. Tunku Abdul Rahman kemudiannya

berpindah pula ke sekolah kerajaan Bahasa Inggeris yang kini dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid. Sewaktu beliau belajar di sini, pada waktu siangnya bersekolah dan membaca Al-Quran pada waktu petang. Tahun 1913 sewaktu beliau berumur 10 tahun, Tunku telah dihantar ke Bangkok untuk menetap bersama Tunku Yusuf ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah iaitu abang sulungnya dan belajar di sekolah Thebsiritrawat (Debsirindir School). Tahun 1916 iaitu beliau berumur 13 tahun pula, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Pada tahun 1919 iaitu ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St. Catharine di University Cabridge. Beliau sebenarnya merupakan penuntut pertama yang menerima pendidikan di bawah tajaan Kerajaan Negeri Kedah. Sewaktu di sana Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama kerana dasar apartheid (kulit berwarna) masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, iaitu penasihat British kepada Kedah. Sewaktu beliau berada di sana, beliau tiada sepasang pun baju melayu yang dibawa. Tunku amat berlainan dengan sultan Perak yang berbaju Melayu siap dengan tengkolok.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |6

Pada mulanya Tunku mengambil jurusan undang-undang bersama rakannya, tetapi telah menukarkan kepada jurusan sastera (sejarah). Beliau menamatkan ijazah B.A Sastera tahun 1925 ketika berumur 22 tahun. Namun, pada tahun 1927 beliau kembali ke England untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang di Inner Temple, England dan telah lulus semester pertama ketika berumur 27 tahun pada tahun 1930. Pada tahun 1938 beliau ke England semula tetapi malangnya telah berlaku Perang Dunia Kedua menyebabkan beliau terpaksa balik ke Kedah. Demi menyempurnakan hasratnya untuk menjadi peguam maka pada tahun 1949 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya dalam Pengajian Undangundang di Cambridge University dan tamat pada tahun 1950. Apabila pulang ke tanah air, beliau telah bertugas sebagai Pegawai latihan di Pejabat Penasihat Undang-Undang Kedah pada tahun 1931 dan pada tahun berikutnya beliau telah dilantik sebagai Pegawai Jajahan di Kuala Nerang. Pada 19 Disember 1941, Jepun mengiktiraf Tunku sebagai Sultan Kedah tetapi pentadbirannya di bawah Gabenor dan Tentera Jepun. Walaubagaimanapun, pada tahun 1943 ayahnda Tunku iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah meninggal dunia.

2.3

Latar Organisasi Tunku

Tunku merupakan seorang pemimpin yang disegani oleh rakyat kerana sifat beliau yang sentiasa ingin memahami dan menghayati hati rakyat jelata dan beliau juga dipanggil sebagai pembela nasib rakyat. Ketika Zaman Pendudukan Jepun, Tunku berkesempatan membela nasib rakyat dalam permasalahan pelajaran rakyatnya tidak kira bangsa, bahasa dan kepercayaan mereka kerana beliau telah dilantik sebagai Penyelia Pelajaran negeri Kedah. Pada tahun 1931, Tunku telah berkhidmat sebagai

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |7

pegawai latihan di pejabat Penasihat Undang-undang Kedah kemudiannya beliau bekerja di Kulim sebagai Penolong Pegawai Jajahan. Setelah itu, beliau bertugas pula di Sungai Petani sebagai Pegawai Jajahan dan bertindak sebagai hakim daerah itu serta Lembaga Kebersihan Sungai Petani dalam tahun 1937. Ketika tahun 1940 pula Tunku menjadi Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah. Selain itu, ketika Kongres Melayu Se Malaya pada tahun 1946 yang diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Tunku telah hadir sebagai wakil Kesatuan Melayu Kedah. Pada tahun 1949 pula, Tunku ditugaskan untuk bekerja di sebuah pejabat Pegawai Undang-undang di Alor Setar kemudian beliau menjadi Timbalan Pendakwa Raya di Kuala Lumpur selepas itu Tunku dilantik pula sebagai Yang Dipertua Mahkamah Sesyen. Pada ketika itu semangat nasionalisme semakin hebat dalam kalangan kaum Melayu ketika penubuhan Malayan Union sehingga memaksa Datuk Onn Jaafar meletakkan jawatannya dalam UMNO (United Malays National Organisation). Tunku pula dilantik menjadi Pengerusi UMNO negeri Kedah seterusnya Tunku menggantikan Dato Onn Jaafar apabila beliau meletak jawatannya sebagai Pengerusi UMNO pada 26 Ogos 1951. Tunku sentiasa mementingkan keamanan dan kesederhanaan dalam segala tindakan beliau, ketika zaman pemerintahannya beliau telah mengadakan sebuah Perikatan bersama MCA (Malaysia Chinese Acssosiation) pada tahun 1952 yang majoritinya terdiri daripada kaum Cina dan pada tahun 1955 pula Perikatan mula bergabung dengan MIC (Malaysia Indian Congress) iaitu terdiri daripada kaum India. Perikatan ini telah dianggap sebagai suatu langkah yang mempunyai keistimewaannya tersendiri apabila 3 kaum majoriti Tanah Melayu bergabung dalam mencapai kemerdekaan ketika itu dan Parti Perikatan telah menunjukkan kehebatannya kerana telah menang majoroti dalam pilihanraya ketika itu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |8

3.0

KEISTIMEWAAN TUNKU

Seorang pemimpin yang sejati seharusnya memiliki akhlak yang mulia, budi pekerti yang baik, dihormati dan segani oleh kawan dan juga lawan serta memiliki pemikiran yang jernih lagi jauh memandang ke hadapan. Kesemua ini dilalui oleh seseorang pemimpin melalui proses pemupukan dari keluarga, alam persekolahan, kerjaya dan rakyat jelata yang dijadikan teman diperingkat akar umbi. Tunku mempunyai keistimewaan seperti yang dinyatakan selain sebagai seorang pemimpin yang berjiwa rakyat atas kesanggupan beliau menyuarakan bantahan terhadap Malayan Union dan telah menghadiri perjumpaan-perjumpaan untuk menentang Malayan Union di Alor Setar, Kedah. Tunku juga bersifat mahaguru yakni menjadi guru yang memberi tunjuk ajar kepada sahabat dan generasi muda tentang nilai dan makna erti kehidupan. Selain itu, walaupun Tunku banyak mengamalkan dasar pro-barat dalam

pemerintahannya namun, Tunku juga sangat menitikberatkan soal keislaman dan menjaga hal kebajukan rakyatnya melalui penglibatan Tunku dalam sosialnya iaitu Tunku telah menubuhkan badan atau agensi seperti Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) iaitu sebuah pertubuhan atau badan yang bertujuan untuk mendakwahkan Islam kepada orangorang bukan Islam terutamanya Cina, India, dan Bumiputera Sabah dan Sarawak. Di sini dapat dilihat bahawa Tunku sebernarnya mempercayai secara bersungguh-sungguh bahawa agama Islam atau lain-lain agama adalah milik individu, dan beliau tidak mahu memasukkan agama Islam sebagai pencaturan urus tadbir negara. Selain daripada itu, sebagai seorang anak yang terdidik dalam sistem persekolahan Inggeris, Tunku mempunyai pandangan dunia yang terbuka dan kadang-kala bebas nilai. Ini bermaksud, Tunku lebih bercenderung untuk melihat sesuatu dari kacamata sejagat dan

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj |9

bukannya dipengaruhi oleh agama, budaya, dan dari sudut etnik Melayunya. Ini menyebabkan beliau disenangi oleh semua lapisan rakyat yang berbilang kaum. Selain itu, sikap cintakan kedamaian yang diterap dalam diri Tunku sejak kecil lagi menjadikan Tunku seorang yang dipercayai oleh rakyat jelata atas tampuk pemerintahannya. Semangat cintakan kedamaian Tunku dapat dilihat apabila beliau yang ketika itu sebagai Ketua Menteri telah mewakili Kerajaan British dalam menghadiri Rundingan Baling pada tahun 1955 yang dianjurkan oleh pihak Parti Komunis Malaya. Semangat perpaduan yang ada pada diri Tunku lain berbeza dengan orang lain kerana walaupun Tunku sangat aktif dalam kerjayanya tetapi Tunku sanggup meninggalkan kerjayanya dan menyahut harapan rakyat untuk beliau mengambil alih teraju kepimpinan dalam UMNO setelah Dato Onn Jaafar meletakkan jawatannya daripada UMNO. Oleh kerana Tunku dilahirkan dalam suasana yang sederhana dan menjalani kehidupan yang sederhana walaupun beliau adalah berketurunan Raja Kedah menjadikan beliau seorang yang mudah memahami kesusahan orang lain dan sangat prihatin terhadap apa segala musibah yang berlaku di dunia contohnya beliau sanggup menghantar misi pendamai dan keamanan ke Congo, Afrika yang ketika itu menjadi mangsa dalam perang saudara pada tahun 1991. Tunku juga mempunyai kelebihan dari segi kesanggupan untuk bersama rakyat bagi merealisasikan sebuah perjuangan serta mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dalam diri beliau, ini dapat dilihat dari awal perjuangan Tunku dan perjuangan Tunku bukan hanya sekadar di dalam parti, tetapi juga dalam bidang penulisan, misalnya beliau pernah mengarang rencana dalam majalah Watan yang diterbitkan di Alor Star pada tahun 1946. Melalui majalah tersebut Tunku telah meniupkan semangat nosianalisme dalam kalangan orang Melayu. Semangat nasionalisme Tunku tidak pernah luntur walaupun Tunku telah meletakkan jawatannya dalam UMNO dan sebagai Perdana Menteri Malaysia namun, Tunku tetap dengan penulisannya dan mempunyai ruangan mingguannya sendiri dalam akhbar The

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 10

Star, dan rencana-rencana beliau telah dibukukan di antaranya ialah Peristiwa 13 Mei, Lest We Forget, Baling Talk dan lain-lain lagi. Karya-karya Tunku telah dijadikan panduan dalam membina jati diri dan kekuatan orang-orang Melayu bagi menangkis aliran-aliran kekirian yang terdapat secara minima dalam masyarakat Melayu dan karya beliau juga merupakan maklumat sumber primer kerana ditulis oleh orang yang menuntut kemerdekaan.

4.0

DASAR-DASAR UTAMA

Ketika pemerintahan Tunku Abdul Rahman, beliau banyak menjalinkan hubungan dengan negara luar bermula dari tampuk pemerintahannya iaitu tahun 1950 sehingga tahun 1970. Hubungan yang baik di antara sesebuah negara dalam konteks dunia pada hari ini amat penting dalam menjaga kepentingan, keselamatan dan kemakmuran sesebuah negara tersebut. Kita dapat lihat di mana kebanyakkan dunia pada hari ini banyak mengamalkan sikap saling bergantung di antara satu sama lain dalam pelbagai aspek seperti dalam aspek politik, ekonomi, keselamatan dan juga dalam penciptaan teknologi. Menurut Jayum A. Jawan Karisma (2003), dasar luar merupakan satu kesinambungan daripada dasar domestiknya. Di mana ia merupakan satu refleksi kepada corak hubungan luar dengan sesebuah negara. Terdapat dua corak hubungan yang dominan pada hari ini, antara corak hubungan yang pertama ialah hubungan bilateral yang membawa maksud yang hanya melibatkan perjanjian di antara dua buah negara manakala bagi hubungan yang kedua pula ialah hubungan multi-bilateral yang merupakan satu bentuk kerjasama yang melibatkan sekumpulan negara tertentu. Sebagai contoh yang dapat dilihat disini ialah penubuhan

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 11

ASEAN (Kesatuan Negara Asia Tenggara) pada tahun 1967 dan melibatkan lima buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesia, Filipina dan juga Thailand. Manakala menurut M. Ghazali Shafie (1982), dasar luar berkait rapat dengan kepentingan serta keperluan dalam menjaga serta mempertahankan kepentingan nasional. Selain itu, dasar luar juga perlu

bersifat dinamik, tidak kaku dan juga streotaip tetapi berupaya mengubah corak dan orentasinya dari semasa ke semasa selaras dengan keperluan serta kepentingan negara. Oleh itu, dasar luar dilihat sebagai satu medium bagi sesebuah negara itu dalam mewujudkan satu hubungan dengan negara lain. Dasar pro-barat dan anti komunis terkesan dengan jelas di dalam 3 aspek utama dasar luar iaitu aspek politik, ekonomi, dan pertahanan. Dari aspek politik dasar pertama yang dibuat ialah Tunku menjadikan Tanah Melayu sebuah negara anggota Komanwel iaitu pertubuhan yang dianggotai oleh negara-negara bekas jajahan Inggeris yang menjalinkan hubungan baik dengan Inggeris serta Tunku tidak langsung berkompromi terhadap fahaman komunis dan sebagainya. Dalam aspek ekonomi pula Tunku memberi penekanan yang tinggi terhadap usaha bagi mendapatkan perlindungan dan harga yang seimbang dari negara Barat serta permintaan pelepasan cukai dan ini telah memberi keuntungan kepada Tanah Melayu dari sudut ekonomi kemajuan teknikal. Selain itu, jika dilihat dari aspek pertahanan pula, hubungan yang dijalinkan dengan negara luar membolehkan Tanah Melayu mengadakan perjanjian pertahanan dengan Britain untuk penerimaan segala bantuan ketenteraan serta menyertai Anglo Malaysian Defence Agreement (AMDA) yang merupakan perjanjian pertahanan dan bantuan ketenteraan dari Barat. Tuntasnya, dasar luar yang diwujudkan oleh Tunku adalah merupakan satu usaha sesebuah negara dalam menjalinkan hubungan baik dengan sesebuah negara lain. Ini adalah bertujuan untuk mewujudkan satu usaha sama dalam pelbagai aspek dan juga untuk menjamin keamanan serta kemakmuran sejagat. Lantaran itu, pembentukan dasar luar biasanya tidak bersifat rigid dan sentiasa berubah-ubah mengikut keperluan nasional sesebuah negara itu. Ia

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 12

banyak bergantung kepada faktor-faktor ekonomi, sejarah, penduduk, kedudukan geografi dan juga kepimpinan sesebuah negara.

4.1

Dasar Pro-Barat.

Dasar luar Malaysia berkait rapat dengan Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di mana ia mendukung idea keamanan sejagat, melindungi hak asasi manusia, mewujudkan keadilan dan kesaksamaan dalam sistem perundangan, kerjasama dalam membangunkan ekonomi negara anggota di dalam satu-satu situasi yang bebas daripada diskriminasi dan juga penindasan. Lantaran daripada itu, kita secara tidak langsung telah menyokong PBB di dalam isu kebebasan sesebuah negara dalam menentukan idealoginya dan juga sistem sosial serta ekonomi tanpa campur tangan daripada negara lain. Setelah Malaysia mencapai kemerdekaan dan Tunku telah dilantik menjadi Pedana Menteri, beliau telah mengambil langkah-langkah untuk membina kuasa-kuasa yang lebih kukuh dengan bekas kuasa yang pernah menjajah negara ini. Beliau telah mengambil langkah yang aktif untuk memastikan sistem pentadbiran Inggeris ynag berakar-umbi dalam negara seharusnya diteruskan. Lantaran daripada itu, sistem

parlimen yang pada ketika itu menjadi puncak pemerintahan negara telah mengikuti model pemerintahan barat dan begitu juga dengan perlembagaan negara yang kesemuanya sama dengan negara-negara komenwel yang lain kecuali empat perkara iaitu Islam sebagai agama rasmi negara, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, hak istimewa orang Melayu dan yang terakhir ialah kedudukan Kesultanan Melayu. Menjelang tahun 1964 sehingga tahun 1966, wujudnya satu era yang penuh dengan kontroversi dan cabaran bagi Tanah Malayu yang digambarkan hanya setahun

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 13

jagung pada ketika itu. Penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 telah disambut dingin oleh negara-negara jiran khususnya Indonesia dan Filipina. Daripada itu, Indonesia telah mendakwa pembentukan Malaysia hanya akan menguatkan tentera British di rantau ini dan memberi peluang kepadanya untuk menguasai hasil bumi yang terdapat di Sabah, Sarawak dan juga Brunei melalui menguasai Malaysia yang dianggap neo-kolonialisme. Pada 13 Februari 1963,

Indonesia melalui Parti Komunis Indonesia (PKI), Presiden Sukarno dengan secara rasmi telah menentang Gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah menyebabkan hubungan Malaysia dengan Indonesia menjadi tegang sehingga Indonesia telah mengambil langkah untuk memutuskan hubungan diplomatiknya dengan Malaysia. Begitu juga dengan Filipina yang turut menentang pembentukan Malaysia kerana tuntutanya ke atas Sabah tidak membuahkan hasil. Manakala pada tahun 1967, dasar luar Malaysia telah mengalami beberapa perubahan yang amat drastik. Pengalaman yang dilalui semasa konfrontasi bersamasama dengan Indonesia telah menyedarkan betapa pentingnya hubungan serantau kepada Malaysia. Selain itu, antara tanda-tanda awal yang kelihatan ialah menerusi penubuhan ASEAN yang disertai oleh Malaysia, Filipina, Indonesia, Singapura dan juga turut disertai negara Thailand, negara-negara ini telah menyedari betapa pentingnya mengekalkan rantau ini untuk menjadi sebuah kawasan yang bebas, aman dan juga berkecuali. Sehubungan dengan itu, kejayaan penubuhan ASEAN pada Ogos 1967 telah menjadi asas kepada titik tolak perubahan dasar luar Malaysia yang probarat kepada berkecuali. Menurut Abdullah Dahana (2002), dasar luar Malaysia dari tahun 1957 sehingga tahun 1970, telah menunjukkan kepimpinan beliau dengan secara jelas yang lebih bersifat kepada pro-barat dan anti komunis. Lantaran itu, beliau dilihat

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 14

menjalinkan hubungan yang akrab dengan negara Britain, Australia, Kanada, New Zealand, Amerika Syarikat serta negara Eropah yang mengamalkan amalan demokrasi. Dan sebaliknya, beliau telah mengamalkan pendekatan yang pasif

terhadap negara-negara blok komunis dengan tidak menjalinkan sebarang hubungan diplomatik seperti negara Soviet dan China dan ini belarutan sehingga menjelang tahun 1967.

4.2

Dasar Anti Komunis

Pengamalan dasar pro-barat dan anti komunis telah memberi implikasi yang amat besar dalam kestabilan negara, iaitu sebuah Negara Dunia Ketiga yang hanya mampu memcapai kemerdekaan setelah selama 446 tahun negara dijajah oleh kuasa asing dan merdeka pada tahun 1957. Dasar luar Malaysia yang memihak itu amat jelas dalam beberapa persetujuan atau kerjasama yang telah dijalankan sepanjang tempoh tahun 1957 sehinggalah tahun 1970. Selain itu, dasar pro-barat Tunku dilihat condong kepada Great Britian dan juga Komenwel. Ini dapat dilihat melalui tindakan Tanah Melayu yang menyokong kemasukan Britian ke dalam pasaran bersama Eropah. Dalam membincangkan dasar luar Malaysia semenjak merdeka sehinggalah tahun 1970, ia dapat dibahagikan kepada tiga tahap utama. Menurut J. Saravanamuttu (1983) menganggap tahun pasca merdeka iaitu diantara tahun 1957 sehingga tahun 1963 sebagai dilema kemerdekaan Malaya yang mencapai kemedekaannya pada 31 Ogos 1957 dilihat tiada pilihan lain selain daripada bergntung kepada Britian dalam soal mempertahankan negara. Malaysia berhadapan dengan dua ancaman kuasa besar iaitu dari pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) dan juga ancaman dari kuasakuasa besar terutamanya dari China dan Soviet. Lantaran itu, Malaysia telah

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 15

menandatangani Perjanjian Pertahanan dengan Britian (AMDA) yang akan menjanjikan bantuan ketenteraan dan serta kelengkapan perang kepada Malaysia jika dikencam oleh negara-nagara lain. Dasar negara yang anti komunis telah menbawa kesan kepada jumlah dagangan antara Malaya dengan negara komunis iaitu China dan Soviet menunjukkan jumlah yang begitu rendah. Ini menunjukkan bahawa dasar luar negara turut memberi implikasi kepada trend dagangan negara walaupun negara kita mengamalkan corak dagangan bebas tanpa mengira ideologi sesebuah negara itu. Selain itu, dasar anti komunis yang diamalkan oleh Tunku adalah wajar dan dapat difahami sekiranya diimbas daripada pengalaman Tanah Melayu yang pernah bergelut dengan ancaman Parti Komunis Malaya (PKM). Hal ini menyebabkan berlakunya kekejaman dan kemusnahan yang diakibatkan tindakan-tindakan subvertif komunis yang telah memberi impak yang begitu besar di dalam dasar luar Malaysia. Selain daripada itu, dalam dasar anti komunis Tunku turut jelas dalam kenyataan beliau yang mengatakan bahawa dalam pergolakan antara barat dan komunis, Tanah Melayu akan timbul dan tengelam bersama-sama barat. Oleh itu, Tunku telah mengambil tindakan yang drastik dengan tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik bersama negara-negara komunis seperti Soviet, China, Yusgoslavia dan juga Bulgaria. Dalam dasar anti komunisnya, Tunku lebih dilihat anti China berbanding Soviet, ini adalah kerana berkait rapat dengan perjuangan PKM yang dipelopori oleh kaum Cina. Selain itu, Tunku turut yakin bahawa China akan sentiasa mencari peluang untuk mengembangkan ideologinya sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 16

Dasar anti komunis China juga dapat dilihat dalam krisis pencerobohan China ke atas Tibet pada tahun 1959. Persekutuan Tanah Melayu dan Ireland telah Pendirian ini jelas

membawa usul berkaitan ke Perhimpunan Agung PBB.

menunjukkan sikap anti komunis Malaya yang memperjuangkan ideologi demokrasi iaitu kebebasan rakyat dalam menentukan hala tuju negara tanpa mencampuri urusan negara lain. Selain itu, Malaysia beranggapan tindakan Republik China yang

mencerobohi Tibet dianggap sebagai satu penindasan satu kuasa besar terhadap satu kuasa kecil dan tindakan itu tidak dapat diterima oleh Malaysia. Dalam usaha

menbendung panularan ideologi komunis di Malaysia, beberapa perkembangan semasa yang berlaku sepanjang era pentadbiran Tunku jelas menunjukkan sikap anti komunis China.

5.0

IMPAK PEMIKIRAN PEMBANGUNAN TUNKU KEPADA MALAYSIA

Tunku mempunyai pandangan dunia yang terbuka dan kadang-kala bebas dunia. Beliau lebih berkecenderungan untuk melihat sesuatu dari kacamata sejagat bukannya dipengaruhi oleh agama, budaya atau dari sudut etnik Melayunya. Ini menyebabkan beliau disenangi oleh semua lapisan rakyat dari berbilang kaum. Walaubagaimanapun, kadangkala pendirian sejagat Tunku itu tidak disenangi oleh orang Melayu kerana mereka masih berpegang pada nilai Islam, budaya dan kepentingan etnik orang Melayu. Dalam konteks membina sebuah masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai keturunan, Tunku telah menjadikan institusi kesultanan Melayu sebagai penyatu dan berusaha

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 17

untuk menarik orang bukan Melayu supaya menerima dan menghormati institusi kesultanan itu. Beliau membentuk institusi baru iaitu Yang Di Pertuan Agong sebagai raja bagi semua kaum, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara, toleransi agama, dan membenarkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil di sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan dan kegunaan persendirian. Di samping itu, beliau giat melakukan penyemaian patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat berbilang kaum. Antarnya setiap kaum digalakkan mengamalkan budaya dan adat resam masing-masing. Selain itu, dasar dan kaedah pemerintahan Inggeris diteruskan kerana pada padangan beliau rakyat dari semua kaum senang dengan cara yang demikian. Tanpa beliau sedari, orang Melayu masih memerlukan campurtangan kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Bagi Tunku, tindakan beliau adalah untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Namun, hakikatnya orang Melayu tidak mampu untuk bersaing dengan bukan Melayu dan mereka jauh ketinggalan di belakang. Tunku mengambil tindakan melambatkan proses pelaksanaan pengajaran Bahasa Melayu untuk menjaga keharmonian kaum di negara yang baru merdeka. Walaubagaimanapun, niat beliau tersebut telah menyebabkan timbul penentangan dari orang Melayu. Sebagai rakyat Malaysia, kita berbangga kerana Tunku telah meletakkan asas sebuah negara yang kukuh dan terbukti dapat meningkatkan kemajuan dan kemakmuran rakyat. Tunku tidak terpengaruh dengan aliran zamannya yang lebih cenderung kepada radikalisme atau terlalu condong kepada sesuatu ideologi. Beliau dengan pendiriannya telah melakukan tiga perkara utama yang berasaskan kesesuaian zaman, iaitu memilih sistem pemerintahan demokrasi sebagai kaedah untuk mengurus tadbir negara; memilih sistem ekonomi pasaran bebas, sehinggan setiap rakyat berasa berpeluang untuk meningkatkan kedudukan sosialnya; tidak bermusuh dengan bekas penjajah atau mana-mana kuasa dalam dunia ini sehingga Malaysia memperoleh manfaat dari pelbagai aspek.

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 18

6.0

KENANGAN TERHADAP TUNKU KINI

Sepanjang Tunku memerintah, telah banyak sumbangan yang Tunku hasilkan dan sehingga kini ia menjadi satu kenangan yang abadi buat rakyat Malaysia tidak mengira generasi. Antara kenangan terhadap Tunku hingga kini adalah melibatkan gelaran Bapa Kemerdekaan. Seperti yang diketahui umum, inilah kenangan terbesar yang Tunku telah tinggalkan buat generasi seterusnya. Sejarah lepas yang sehingga kini masih disebut-sebut dan dijadikan sukatan pelajaran sejarah bagi tujuan generasi sekarang dan akan datang tahu siapa yang telah menjadikan negara Malaysia yang makmur dan aman kini mencapai detik kemerdekaan suatu masa yang lalu. Kini sudah 54 tahun negara Malaysia telah mencapai kemerdekaan hasil dari pengorbanan seorang pemimpin yang bernama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selain kenangan itu, masih terdapat banyak kenangan yang telah ditinggalkan oleh Tunku buat kita antaranya adalah penulisan beliau. Tunku merupakan seorang penulis yang sangat berbakat. Karya-karya beliau telah mampu menarik banyak perhatian dari orang ramai. Meskipun Tunku bersara ketika berusia 85 tahun akan tetapi beliau masih bergiat aktif dalam bidang penulisan. Terdapat banyak hasil karya beliau sebagai contohnya dalam ruangan akhbar The Star yang bertajuk Looking Back dan juga As I See It. Dari 16 September 1974 sehinggalah 16 Ogos 1975, sebanyak 53 artikel yang telah dihasilkan oleh beliau dalam artikelnya dalam ruangan Looking Back. Kemudiannya pada tahun 1969, beliau telah menghasilkan buku sulungnya pada 13 Mei yang bertajuk 13 May:Before and After. Kebanyakan artikel yang beliau hasilkan dalam ruangan akhbar adalah berkenaan masyarakat dan isu-isu semasa. Antara tajuk-tajuk artikel beliau adalah Viewpoints (1970), Looking Back (1977), As Matter of Interest (1981), Something to Remember (1983), Challenging Times (1986) dan Political Awakening (1986).

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 19

Kenangan seterusnya yang ditinggalkan oleh Tunku adalah melalui bidang kesenian. Tunku juga berminat dalam bidang seni dan kebudayaan negara. Sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, beliau bercita-cita untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat kebudayaan. Oleh kerana itu, beliau telah menganjurkan Persidangan Antarabangsa Drama dan Muzik Tradisonal Asia Tenggara pada 27 Ogos hingga 30 Ogos 1969. Tujuan penganjuran itu adalah ingin menonjolkan Kebudayaan Melayu di mata dunia. Selain daripada penganjuran tersebut, Tunku juga telah menghasilkan tiga karya yang telah difilemkan. Filem tersebut terdiri daripada Mahsuri, Raja Bersiung dan juga Sumpahan Mahsuri. Tunku bukan sahaja meninggalkan kenangan kepada kita dari segi duniawi, malah beliau juga telah memberi kita sumbangan terhadap perkembangan Islam. Apa yang telah beliau lakukan pada negara kita adalah beliau telah mengharumkan nama negara Malaysia di persada dunia. Beliau banyak melibatkan diri dalam penganjuran Pertandingan Membaca AlQuran. Malah bukan itu sahaja, beliau juga telah menjadi Presiden PERKIM pada Ogos 1960. Atas usaha gigih beliau, PERKIM telah menjadi sebuah pertubuhan yang terkemuka dan dihormati oleh semua umat Islam. Banyak yang telah beliau catatkan kenangan dalam PERKIM, salah satu yang menjadi kekal sehingga kini adalah rumah anak-anak yatim dan orang-orang tua yang telah beliau bina dan diberi nama Darul Aliam Wal Masalan Tunku Abdul Rahman Putra. Beliau juga yang telah mencetuskan idea supaya diadakan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) bagi menjaga kepentingan negara-negara Islam. Kenangan terhadap Malaysia yang kini sebuah parti ini masih kuat memerintah Malaysia adalah dengan penubuhan UMNO dan kenangan atau jasa yang tidak boleh dilupakan semasa Tunku memerintah UMNO. Zaman pendudukan Jepun telah benar-benar melahirkan semangat kebangsaan dalam jiwa Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Beliau adalah salah seorang yang telah hadir di Kongres Melayu Se Malaya yang diadakan di Kelab

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 20

Sultan Sulaiman pada tahun 1946. Namun pada tahun 1949, Singapura, Sabah dan Sarawak menyertai cadangan Tunku akan tetapi akhirnya Singapura terpaksa Tunku singkirkan dari Malaysia pada tahun 1965. Tunku beranggapan, Singapura adalah sebuah negara barah yang harus dibuang bagi mengelakkan kacau-bilau politik yang merebak ke seluruh negara. Akhirnya pada 21 September 1970, beliau telah bersara dari jawatan Perdana Menteri dan menerima perlawaan Raja Faizal untuk menjadi Setiausaha Agung Seketariat Islam di Jeddah. Pada Perhimpunan Agung ke-22, Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan beliau sebagai Yang Di-Pertua UMNO.

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 21

7.0

KESIMPULAN

Tunku telah banyak menyumbangkan jasa dan baktinya kepada negara sejak dari beliau berkhidmat dengan kerajaan selepas mula-mula beliau tamat pengajiannya tahun 1931 sehinggalah ke akhir hayat beliau tahun 1990. Walaupun beliau menamatkan tempoh pemerintahannya pada tahun 1970, namun beliau masih lagi memperjuangkan bangsa negaranya melalui hasil karyanya sehingga kini hasil karya beliau masih digunakan dan dijadikan rujukan oleh sejarawan dan pengkaji-pengkaji negara. Kejayaan Tunku dalam menebus kemerdekaan dari jajahan Inggeris memang boleh dibanggakan kerana Tanah Melayu merupakan satu-satunya negara yang dapat mencapai kemerdekaan tanpa sebarang pertumpahan darah. Sungguhpun beliau bukanlah perintis kebangkitan politik Melayu dalam UMNO seperti Dato Onn dan rakan-rakan seperjuangan UMNO 1946 namun, warisan parti yang diterajui Tunku bukanlah sebuah lombong emas. Tunku seorang yang berjiwa rakyat telah sanggup berkorban darjatnya sebagai anak raja untuk turun padang bersama-sama rakyatnya bagi merealisasikan perjuangan UMNO. Sungguhpun Tunku telah menerima kritikan yang dasyat selepas peristiwa 13 Mei 1969 iaitu disebabkan pergaduhan antara kaum Melayu dengan Cina sehingga Tunku meninggalkan jawatannya sebagai Perdana Menteri namun, tiada sebab untuk kita menafikan beliau yang turut sekian banyak jasa dan bakti yang sebahagian daripadanya telah menjadi khazanah dan keagungan yang menjadi milik dan kebanggaan generasi hari ini.

T u n k u A b d u l R a h m a n P u t r a A l - H a j | 22

RUJUKAN

Abdul Rahman Aziz. (2006). Falsafah Pembangunan. Sintok : Universiti Utara Malaysia. Biografi Tunku. (2011). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada

http://www.arkib.gov.my/mpkm Dato Abdullah Ahmad. (1985). Tengku Abdul Rahman and Malaysians foreign policy, 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing.

Perbandingan antara Tunku abdul Razak. (2011). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/11379554/SPW-209-POLITIK-PERBANDINGANTentang-Tunku-Abdul-Razak

Ramlah Adam (2004). Biografi Politik Tunku Abdul Rahman Putra. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Syariff Ahmad (1991). Tunku Abdul Rahman: memoir patriotik. Kuala Lumpur: Penerbitan Pustaka Antara. Sejarah Hidup Tunku Abdul Rahman. (2010). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada http://www.scribd.com/doc/13416649/ Tunku Abdul Rahman dan Perpustakaan Negara Malaysia (2003). Bibliografi Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia. Tunku Abdul Rahman (2007). 13 Mei Sebelum dan Selepas Tunku Abdul Rahman. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors. Tunku Abdul Rahman. (2011). Diakses pada 20 Oktober 2011, daripada

http://newpaces.com/forum/topic/724

You might also like