You are on page 1of 3

Teks Pen gacaraan Majlis Perjumpaan Waris Tahun 62010 Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...Salam sejahtera, Salam ukhwah mahabbah...

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum kalimah pembuka tirai...Alhamdulillah..... Yang Berbahagia, En.Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U) Yang Berusaha, Puan Faridah bt. Yusoff, Guru Besar Sek. Keb. R.K.T Lasah, Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir,i).ii).iii).Kami selaku wakil pihak majlis pada petang ini, turut sama merakam kanucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh hadirinwarga dewan khususnya Yang Berbahagia. En. Norizan b. Ibrahim PengurusFELDA Lasah, Sg. Siput (U) kerana telah sudi meluangkan masa bagi bersama-sama menjayakan majlis yang kita rencanakan pada hari ini.Bersyukur kita pada petang yang penuh barakah ini, sekali lagi dapat kitaberkumpul di dalam dewan Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah Tahun 2010 ini.Hari ini, tanggal 05 Februari 2010 bersamaan 20 Safar 1431 Masehi, wargadewan hadirin hadirat sekelian akan turut bersamasama menyaksikanpelancaran Skim Tuisyen FELDA tahun 2010.Hadirin warga dewan yang dihormati sekelian,Majlis seumpama ini sememangnya menjadi agenda wajib dalam acarata kwim sekolah. Sesungguhnya ianya bukan sahaja dapat memupuksemangat kerjasama antara pihak sekolah dengan waris penjaga, malahanturut juga dapat mengetengahkan segala pandangan waimma idea bernasdaripada warga sekolah mahupun para ibu bapa sekelian. Justeru, adalah menjadi harapan kami warga pendidik agar ianya menjaditonggak bagi memulakan anjakan paradigma dan pencetus revolusi dalammeningkatkan lagi mutu pencapaian anakanak kita dalam aspek duniawimahupun ukhrawi..insyaAllah.Untuk itu, majlis dengan berbesar hati mempersilakan Yang Berusaha, PuanFaridah bt. Yusof selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan R.K.T Lasah untukmenyampaikan ucaptamanya pada petang ini. Dipersilakan....~UCAPAN~ 1| Page

Adalah menjadi harapan kami agar kata-kata yang telah diluahkan tadimenjadi ren ungan dan panduan untuk kita bersama...insyaAllah. Jutaanterima kasih daripada pihak majlis turut dirakamkan kepada Puan Guru Besaratas ucapan yang telah disampaikan.Hadirin warga dewan yang saya hormati,Agenda kemuncak majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan pelancaranSkim Tuisyen Felda oleh Tuan Pengurus FELDA Lasah Yang Berbahagia, En.Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U) , Perak sekaligusmenye mpurnakan perasmian Majlis Pelancaran Skim Tuisyen Felda2010 kali ini. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan....~UCAPAN~Pihak majlis menghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhinggaatas ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, En.Norizan b. Ibrahim Pengurus FELDA Lasah, Sg. Siput (U) , Perak. PANTUN : Indah budi kerna jasa,Indah manusia kerna bahasa,Budimu tuan tidak dilupa,Semoga bahagia melimpah berkatNya....Agenda seterusnya pada petang ini, adalah merupakan satu simbolik kepadaacara penyerahan anak-anak oleh ibu bapa penjaga kepada para guru. Acaraini turut membawa pengertian bahawa para ibu bapa penjaga bersetuju untukmenyerahkan tugas mendidik kepada pihak guru di sekolah ini.Bagi melangsungkan agenda ini, pihak majlis sukacitanya mempersilakan Yang Berusaha, Tuan Haji Alias b. Mohamad selaku wakil para guru, manakala Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir selaku wakil pihak para ibubapa penjaga bagi menyempurnakan majlis penyerahan pada tahun ini. Majlisdengan ini mempersilakan...Begitulah berlangsungnya simbolik majlis penyerahan yang tel ahdisempurnakan oleh Yang Berusaha, Tuan Haji Alias b. Mohamad bersama Yang Dipertua P.I.B.G, En. Muzakir b. Hj. Tahir. Untuk itu, majlis turutmen ghimpunkan ucapan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepadakedua-dua wakil pihak.Acara yang menyusul seterusnya adalah sesi dialog ibu bapa penjagabersa ma para guru. Dalam sesi ini, sebarang cadangan dan pandangan para 2| Page

waris penjaga adalah amat dialu-alukan. Ini bukan sahaja untuk kebaikanbersama, malahan ianya juga tidak lain bermotifkan strategi peningkatanpencapaian anak-anak menjelang UPSR pada tahun ini. InsyaAllah....~Sesi Soal Jawab & Dialog~Dengan tersimpulnya kata sepakat dan idea pandangan itu tadi, makabera khirlah majlis kita pada hari ini. Saya selaku wakil pihak majlis dengantakzimnya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranyater dapat sebarang khilaf tanpa sedar sepanjang saya mengendalikan rostrumpengacaraan pada hari ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya daripadaAllah S.W.T, yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sebagaihamba Allah yang serba kekurangan. PANTUN: Majlis berakhir penuh syafaatMenjadi ingatan sepanjang zamanAmalan sepakat membawa berkatHidup beramal bertunjang iman.Sekian, wabillahi taufik.....................

You might also like