You are on page 1of 2

Yang Berbahagia, Naib Canselor UMS, Professor Dr. Mohd.

Harun Abdullah Yang Berusaha, Pengarah Pusat Persediaan Sains dan Teknologi (PPST), Dr. Sazmal Effendi Arshad Pegawai-pegawai utama universiti Pensyarah-pensyarah PPST Kakitangan-kakitangan PPST Rakan-rakan seperjuangan Asasi Sains Sesi 2011/2012 Para pelajar Asasi Sains Ambilan ketiga serta Tuan-tuan dan Puan-puan yang dihormati sekalian. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Alhamdulillah atas keredaan Allah swt, dapat kita bersama-sama berkumpul pada pagi ini dan memeriahkan lagi Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains sesi 2011/2012. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PPST kerana memberi peluang kepada saya mewakili para mahasiswa Asasi Sains ambilan kedua, untuk menyampaikan ucapan sempena majlis ini. Mewakili para pelajar yang lain, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak PPST, kerana telah memilih dan membuka peluang kepada kami untuk meneruskan pengajian, agar kami dapat melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi dalam kursus-kursus pilihan yang berasaskan sains. Terima kasih juga kepada para pensyarah dan tutor yang dikasihi, yang telah banyak membantu kami dalam merealisasikan cita-cita kami untuk mendapat segulung ijazah. Segala sumbangan, usaha gigih dan pengorbanan para pendidik PPST akan sentiasa dikenang. Tidak lupa kepada semua kakitangan PPST yang sentiasa cekap memastikan segala urusan pelajar berjalan dengan lancar dan dalam masa yang sama bersabar dengan segala rungutan dan karenah kami. Penghargaan yang tidak terhingga turut dituju kepada para ibu bapa yang banyak berkorban semasa kita berusaha mengejar impian kita. Tanpa sokongan dan pengorbanan mereka, tidak mungkin kita berada di sini pada hari ini. Pertolongan rakan-rakan seperjuangan ketika menempuhi pelbagai pengalaman bersama juga turut akan sentiasa diingati kerana semestinya kejayaan tidak dapat dicapai tanpa bantuan disertai sokongan sesama sendiri. Hadirin yang dihormati sekalian, Pengalaman sebagai pelajar Asasi Sains PPST dalam tempoh satu tahun banyak mencabar minda dan kesabaran, dipenuhi dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis. Cabaran utama termasuklah masa yang terhad serta pemberian jumlah tugasan yang agak banyak. Namun, sistem pembelajaran yang telah dirangka PPST adalah fleksibel dan agak serupa dengan corak pembelajaran pelajar prasiswazah. Hal ini bukan sahaja telah melatih kami untuk berdikari dan bersedia apabila memasuki kursus ijazah kelak, tetapi seterusnya menyedarkan kami agar lebih bersemangat untuk menimba ilmu memandangkan persaingan dalam dunia kini kian meningkat. Kemudahan-kemudahan yang telah disediakan seperti bilik kuliah dan tutorial, kelengkapankelengkapan makmal di samping kolej kediaman juga adalah sangat kondusif untuk pembelajaran dan turut memberi lebih gambaran kepada kami tentang keadaan semasa meneruskan pengajian ijazah nanti. Semestinya pengalaman pahit dan manis semasa bergelar pelajar Asasi Sains PPST akan terus kekal dalam ingatan kami. Saya percaya segala pengalaman suka duka dan pengetahuan yang diperolehi menjadi memori dan panduan dalam menjalani hidup kita di masa hadapan. Majlis Penyampaian Sijil Asasi Sains ini merupakan simbol kejayaan para pelajar yang berjaya dihasilkan PPST, namun, ia bukanlah titik penamat perjuangan atau pembelajaran kami Malah ia adalah titik permulaan untuk kami terus berusaha dan berjuang untuk memajukan diri, masyarakat dan negara yang dicintai. Akhir kata, saya ingin mengucapkan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang yang rakan-rakan seperjuangan saya bakal ceburi. Anggaplah perjalanan hidup yang akan kita lalui ini adalah satu cabaran baru dan diharap supaya kita terus cemerlang dalam aspek akademik. Curahkanlah bakti demi kesejahteraan Negara kerana kita tidak seharusnya mensia-siakan peluang untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi lagi. Saya juga berharap agar hubungan silaturrahim antara kita semua akan terus terjalin erat walaupun semestinya masingmasing akan turut mengejar impian sebagai individu.

Sekian dan terima kasih.

You might also like