You are on page 1of 4

Ancaman jenayah siber

AKIBAT cinta, nafsu dan kepercayaan membuatkan rakyat negara ini mudah terdedah kepada jenayah siber dengan kerugian mencecah lebih RM49.46 juta setahun. Walaupun tidak pernah bersua muka mahupun mengenal hati budi dan latar belakang mereka, namun kebanyakan mangsa yang merupakan golongan wanita hanyut dibuai lamunan indah si penjenayah. Dengan dihidangkan dengan kata-kata dan janji-janji manis penjenayah dan juga gambar profil seorang lelaki kacak persis model membuat sesiapa sahaja jatuh hati. Semuanya bermula di laman sosial, berkenalan dan akhirnya berhubung melalui telefon dan emel mengakibatkan mangsa mudah tertipu lebih-lebih lagi mereka telah jatuh cinta pada si penipu tersebut. Wartawan MUHAMAD AMIRUL AFIQ MASTOR dan jurugambar IRWAN MAJID menyingkap jenayah di sebalik pergantungan dunia terhadap laman sosial yang akhirnya mengundang padah. Temu bual dan siasatan mendapati rata-rata mangsa jenayah siber bermula dari laman sosial dan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyifatkan bahawa jenayah komersial kini semuanya berpunca melalui Internet. KUALA LUMPUR Dengan ayat-ayat cinta dan janji berbunga-bunga menyebabkan ramai wanita menjadi mangsa penipuan yang dijalankan melalui Internet terutama di laman sosial.

Bilangan wanita yang tertipu dengan jenayah siber adalah 80 peratus berbanding lelaki yang rata-ratanya menjadi mangsa bermula dari laman sosial sebelum ke perbualan talian mahupun telefon. Penggunaan laman sosial yang semakin meluas menjadi medium penjenayah memperdaya seseorang dengan meletakkan gambar-gambar terutama model bagi menarik perhatian. Walaupun tidak pernah bersua muka mahupun mengenali hati budi masing-masing, ada di antara mangsa sanggup memberikan wang kepada penjenayah yang mereka tidak dikenali. Ada yang sanggup berhutang dengan rakan, saudara mara dan ibu bapa mahupun lintah darat Ah Long semata-mata memenuhi kehendak si penipu itu. Bukan itu sahaja, ada di antara mangsa yang telah jatuh cinta mula berkongsi gambar bogel di antara pasangan dalam laman sosial tersebut melalui emel dan akhirnya diugut akan disebarkan jika tidak membayar apa yang diminta. Jenayah seperti ini sememangnya dirancang dengan baik dan mengakibatkan kerugian hingga jutaan ringgit. Walaupun nampak remeh dan tidak membahayakan seperti jenayah ragut mahupun samun, namun jenayah siber mencatatkan kerugian sehingga RM49.46 juta tahun lalu. Jumlah tersebut sebenarnya peningkatan sebanyak 114 peratus berbanding tahun 2010, yang hanya mencatatkan RM20.5 juta.

Namun jika dilihat dalam skop yang lebih luas, negara mencatatkan anggaran kerugian sebanyak RM2.75 bilion dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini akibat daripada jenayah siber. Kerugian itu meliputi jenayah siber dalam sektor kewangan, kerugian dari sudut harta intelek dan maklumat yang dicetak rompak di alam siber. Mengulas kerugian sebanyak RM49.46 juta tahun lalu itu Penganalisis Jenayah, Kamal Affendi Hashim berkata, ia melibatkan 1,117 kes penipuan iaitu meningkat sebanyak 283 kes berbanding 834 kes tahun sebelumnya. Peningkatan ini sangat besar jumlah dari segi jumlah kes mahupun kerugian yang melihatkan masih ramai yang tidak mengendahkan bahayanya jenayah siber pada ketika ini. Jenayah ini yang lebih dikenali sebagai African Scam amat popular di kalangan warga negara Afrika yang menipu mangsanya melalui laman-laman sosial di Internet, katanya ketika dihubungi baru-baru ini. Kamal berkata, penipuan ini dijalankan di kalangan warga Afrika menggunakan profil dan nama orang lain di dalam laman-laman sosial. Menurutnya, mereka boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu jenayah bersindiket, jenayah bersiri dan lain-lain. Jenayah bersindiket didalangi oleh kumpulan penjenayah besar dan mempunyai rangkaian luas dalam melakukan penipuan terhadap pengguna Internet.

Bagi jenayah bersiri pula dilakukan oleh orang yang sama tetapi terhadap mangsa yang berbeza dengan menggunakan cara yang sama.

You might also like