You are on page 1of 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN (PISMP) 2012 TUGASAN

KERJA KURSUS
TAJUK PROGRAM: PISMP TAJUK KURSUS: ASAS KEPIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONALISME GURU KOD KURSUS: EDU3108 TARIKH MULA NAMA GURU PELATIH: SEMESTER: 2 (Ambilan Januari 2009)

30.07.2012

TARIKH HANTAR

24.08.2012

A. Hasil Pembelajaran Kursus 1. Menjelaskan konsep profesion,etika, akauntabiliti dan kesantunan profesionalisme keguruan. 2. Mengenal pasti ciri-ciri guru sebagai seorang profesional 3. Menganalisis peringkat perkembangan kerjaya dari guru permulaan ke peringkat yang lebih tinggi. 4. Merancang perkembangan diri sebagai profesional. 5. Melaksanakan peranan dan tugas guru dalam pelbagai aspek pengurusan di sekolah. 6. Menampilkan ciri-ciri kepimpinan yang bersesuaian dengan profesion. 1

Kerja kursus ini bagi menilai pembelajaran 4, 5, dan 6. B. Objektif Kerja Kursus 1. Menjelaskan konsep dan asas-asas kepemimpinan (1.1) 2. Mengenalpasti dan menghuraikan jenis-jenis kepemimpinan dalam konteks persekolahan (6.3) 3. Menghuraikan kepentingan kepemimpinan guru dan kepemimpinan sekolah dalam organisasi pendidikan (3.1, 5.3) 4. Memberi satu rumusan atau cadangan perubahan yang mungkin diperkenalkan dalam organisasi sekolah (2.3, 2.4)

C. Tugasan Projek (100%: Wajaran 50%) Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab mengarah dan menyelaraskan aktiviti untuk mencapai matlamat sesuatu kumpulan (Ibrahim Mamat, 2001). Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti yang bertujuan mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di dalamnya. Maka sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya seorang pemimpin yang berwibawa. Bahagian A: Penulisan Akademik Berlandaskan kepada bacaan dan kefahaman anda, sediakan hasil kajian berikut dalam bentuk esei akademik. 1. Huraikan dengan jelas konsep asas kepemimpinan. Berikan contoh untuk setiap huraian. 2. Bincangkan bagaimanakah seorang Guru Besar atau Pengetua sekolah boleh menggunakan hubungan pemimpinahli, struktur tugasan dan kedudukan kuasa untuk mewujudkan situasi kepemimpinan yang menyenangkan. Bahagian B: Penulisan Reflektif 2

1. Anda dikehendaki renung kembali program internship yang telah anda lalui, apakah bentuk perubahan yang mungkin anda perkenalkan dalam organisasi sekolah tersebut? 2. Apakah masalah yang dihadapi semasa menjalankan kerja-kerja pentadbiran sekolah? 3. Huraikan bagaimana pengalaman anda dalam internship mampu meningkatkan kefahaman anda tentang perkembangan profesionalisme guru. D. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus Pendek. 1. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan bagi soalan 1 dan 2 (Bhg. A: Penulisan Akademik) manakala soalan 3 (Bhg. B: Penulisan Reflektif) hendaklah dibuat secara individu 2. Tugasan dinilai berdasarkan keupayaan anda mengemukakan bukti-bukti dan bahan-bahan yang menyokong hujah-hujah anda. 3. Format penulisan adalah seperti berikut: a. Fon Arial b. Saiz fon ialah 12 c. Langkau: satu setengah baris d. Rujukan mengikut format APA e. Lampiran (sekiranya ada) 4. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50% 5. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian, kematangan hujah dan sokongan ilmiah. Amalan PLAGIAT TIDAK DIBENARKAN 6. Panjang tugasan tidak melebihi melebihi 15 muka surat. 7. Bahagian kulit luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut: a. Nama Pelajar b. Angka Giliran c. NO.K.P d. Kumpulan/Unit e. Kod dan Mata Pelajaran f. Nama Pensyarah Pembimbing g. Tarikh Serahan:

E. Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria-kriteria berikut: 1. 2. 3. 4. 5. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation yang dapat menyokong hujah-hujah anda hendaklah dikemukakan. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kajian dan sokongan ilmiah. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. Penulisan akademik harus menunjukkan kefasihan bahasa, kematangan hujah dalam menterjemah maklumat secara kritikal dan analitikal.

F. Kriteria Pentaksiran Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan. Disediakan oleh ... (TEH HANG LENG) Penyelaras EDU 3108 Tarikh: Disahkan oleh ... (Ketua Jabatan) Tarikh:

You might also like