You are on page 1of 34

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di Kawasan Setempat

Nama Tingkatan No. K/P Nama Sekolah Tajuk Kerja Kursus Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di Kawasan Setempat Guru penilai 2

ISI KANDUNGAN 1.0 2.0 3.0 4.0 Penghargaan Pendahuluan Objektif kajian Kawasan kajian 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 6.0 Latar belakang kawasan kajian Jarak dari bandar terdekat Lokasi kawasan kajian Lampiran peta daerah Peta lakar kawasan kajian 2 3 4 5 5 5 5 6 7 8 9 9-13 14-16 17-19 20-25

Kaedah kajian Hasil kajian 6.1 6.2 6.3 6.4 6.5 6.6 Jenis-jenis kegiatan ekonomi Faktor-faktor kegiatan ekonomi Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar

Langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar 26-28 Data-data dalam bentuk jadual dan grafik 29-30 31 32

7.0 8.0

Rumusan Lampiran 8.1 8.2 8.3 Lampiran 1: Surat pemberitahuan Lampiran 2: Surat makluman Lampiran Surat kebenaran

9.0

Rujukan

33

1.0 PENGHARGAAN Kerja Kursus Geografi (KKG) ini telah berjaya disiapkan dengan jayanya dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama lapan minggu. Namun disebalik kejayaan saya dalam menyiapkan kajian ini, banyak pihak telah terlibat samada secara langsung mahupun tidak langsung.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Hj. XXXX selaku pengetua XXXX, yang memberi galakan dan kebenaran kepada saya untuk melaksanakan kajian yang menarik ini. Tidak lupa juga kepada XXXX sebagai guru Geografi yang banyak memberi bimbingan, tunjuk ajar serta memberi keyakinan kepada saya dalam menyiapkan kajian ini mengikut piawaian yang telah ditetapkan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penduduk di kawasan sekitar Kampung XXXX dan pekan XXXX, serta semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menjayakan kajian pada kali ini dengan memberi kerjasama yang cukup membanggakan. Tidak ketinggalan juga saya merakamkan ucapan jutaan terima kasih buat kedua ibu bapa tersayang iaitu XXXX serta rakanrakan seperjuangan yang banyak membantu dari segi moral dan idea kepada saya sepanjang menyiapkan kajian ini. Tanpa kerjasama daripada semua pihak mungkin tugasan ini tidak dapat disiapkan oleh saya.

2.0 PENDAHULUAN Kajian Geografi Tempatan (KGT) adalah kerja kursus Geografi yang wajib dijalankan oleh pelajar. Tajuk kerja kursus yang diberikan ialah Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di kawasan kajian. Pelajar telah diberi kebebasan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang dipilih sendiri.

Saya telah memilih kawasan Kampung XXXX dan kawasan sekitarnya sebagai kawasan kajian. Kawasan ini telah dipilih kerana ianya mempunyai ciri-ciri yang bersesuaian dengan tajuk kerja kursus yang diberikan iaitu terdapat pelbagai kegiatan ekonomi yang dijalankan disini. Kawasan kajian ini juga adalah kampung halaman saya. Oleh yang demikian, ia memudahkan saya membuat kaji selidik dan pemerhatian di kawasan ini.

Tempoh yang diberikan untuk menjalankan dan menyiapkan kerja kursus ini ialah selama lapan minggu iaitu bermula dari bulan Jun sehingga bulan Julai. Setiap pelajar menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang telah dijalankan. Saya berharap kajian dan laporan ini akan memberi manfaat dan faedah khususnya kapada saya serta rakan-rakan sekolah, juga secara amnya kepada masyarakat di kawasan tempat tinggal saya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif Kajian Geografi Tempatan (KGT) bertajuk Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Pembangunan di kawasan kajian adalah seperti berikut:

1) Mengenalpasti jenis - jenis kegiatan ekonomi di kawasan kajian dan persekitarannya serta faktor yang mempengaruhinya.

2) Mengkaji dan mengenalpasti sumbangan kegiatan ekonomi tersebut terhadap pembangunan di kawasan kajian.

3) Mengenalpasti kesan-kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.

4) Membincangkan langkah-langkah mengurangkan kesan kegiatan ekonomi setempat terhadap alam sekitar.

4.0 KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian yang telah saya pilih ialah Kampung XXXX dan kawasan persekitarannya termasuk pekan XXXX. XXXX merupakan sebuah daerah yang terletak di barat laut negeri Selangor, Malaysia. Daerah ini bersempadan dengan negeri Perak di utara dan Sungai Bernam membentuk garis sempadan tersebut. Selain itu, Hulu Selangor terletak di timur, Kuala Selangor di selatan serta Selat Melaka di barat.

Bandar utama di sini adalah pekan XXXX, XXXX dan XXXX. XXXX dikatakan dibuka oleh enam orang yang bersahabat. Dari situlah munculnya nama "XXXX' iaitu 'sahabat berenam'. Kegiatan ekonomi kawasan ini bersangkut-paut dengan penanaman XXXX, kelapa dan kelapa sawit. XXXX merupakan kawasan penanaman XXXX yang penting di Selangor, yang tertumpu di sekitar XXXX. Suatu masa dahulu (1970an), terdapat banyak kebun koko diusahakan oleh pekebun kecil di daerah ini.

Kampung XXXX merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah XXXX, Selangor. Mengikut sejarah awal kampung ini, nama XXXX adalah diambil dari gabungan antara bahasa XXXX dan Jawa. 'XXXX' merupakan salah satu bahasa XXXX yang bermaksud sunyi dan 'XXXX' adalah dari bahasa Jawa yang bermaksud mendarat. Kedua- dua perkataan ini digabungkan dan diringkaskan menjadi perkataan XXXX. Perkataan XXXX seterusnya digunakan sehingga sekarang dan seterusnya lebih dikenali dengan nama Kampung XXXX.

Kedudukan kampung ini berhampiran dengan XXXX yang tanahnya sesuai untuk sektor pertanian. Penerokaan kampung ini bermula pada awal tahun 1920 setelah kehadiran peneroka yang diketuai oleh En Johari melalui jalan sungai. Hal ini terbukti dengan wujudnya beberapa perkuburan lama

yang terdapat di tebing sungai di kampung ini. Kedudukan Kampung XXXX sejauh XX batu dari pekan XXXX.

Rajah 1. Peta negeri Selangor menunjukkan kedudukan daerah XXXX.

Rajah 2. Peta Kampung XYZ dan kawasan sekitarnya.

5.0 KAEDAH KAJIAN 3 kaedah kajian telah saya gunakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang diperlukan yang berkaitan dangan sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di Kampung XXXX. Kaedah - kaedah yang telah digunakan ialah seperti berikut:

1) Pemerhatian Saya telah melawat kawasan kajian bersama - sama ahli keluarga saya untuk melihat sendiri jenis jenis kegiatan ekonomi yang ada kawasan tersebut. Bentuk muka bumi, jenis tanah; kemudahan prasarana dan kemudahan teknologi juga antara perkara yang diberi perhatian.

2) Temubual Saya telah menemubual beberapa orang penduduk di kawasan Kampung XXXX bagi mendapatkan maklumat - maklumat penting, terutamanya mereka yang terlibat secara langsung dan sepenuh masa di dalam kegiatan ekonomi. Antara yang ditemubual adalah pengusaha produk makanan, pengusaha bengkel dan seorang pemilik sawah padi.

3) Rujukan Selain dari dua kaedah diatas, saya juga membuat rujukan di Pusat Sumber (perpustakaan), menyemak buku-buku teks Geografi, membaca petikan surat khabar, menonton program bercorak rencana (dokumentari) ditelevisyen dan melayari laman sesawang (internet) bagi mendapatkan maklumat-maklumat tambahan.

6.0 HASIL KAJIAN 6.1 Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi Jenis-jenis kegiatan ekonomi yang utama yang terdapat di kawasan Kampung XXXX dan kawasan persekitarannya ialah aktiviti pertanian, keusahawanan dan pelancongan. Pertanian merupakan kegiatan ekonomi yang utama.

Pertanian

Jenis-Jenis Kegiatan Ekonomi

Keusahawanan

Pelancongan

Rajah 3. Jenis-jenis kegiatan ekononi di Kampung XXXX.

1) Pertanian Pertanian adalah merupakan kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung XXXX. Kegiatan ekonomi pertanian yang dijalankan adalah seperti:

a) Tanaman Kelapa Sawit Tanaman utama penduduk di sini ialah tanaman kelapa sawit yang diusahakan secara berkelompok. Pada tahun 1991, projek penanaman sawit secara berkelompok telah bermula di Tanjung Ketum. Projek ini bagi

menggantikan pokok lama dan ianya melibatkan kawasan seluas 90 ekar. Pada tahun 1995, projek peringkat kedua telah dijalankan di Kampung XXXX. Pada peringkat kedua ini, ianya melibatkan kawasan seluas 50 ekar.

b) Tanaman Kelapa Matak Penanaman kelapa matak turut dilakukan oleh penduduk Kampung XXXX. Hal ini dapat dilihat pada tahun 2000 iaitu projek tanaman kelapa matak telah dijalankan bagi menggantikan kelapa biasa yang sudah kurang hasilnya. Projek ini melibatkan kawasan seluas 41 ekar.

c) Penanaman Padi Padi banyak ditanam di kawasan Kampung XXXX dan dikawasan sekitarnya. Kawasan bentuk mukabumi yang rata, tanah sesuai untuk penanaman padi dan sistem pengairan yang sistematik dan

10

cekap menjadikan penanaman padi kedua terpenting selepas penanaman kelapa sawit. Penanaman padi dijalankan dengan penggunaan teknologi dan kaedah moden, seperti penggunaan mesin untuk menyemai benih padi dan penuaian padi.

d) Penternakan Haiwan Penternakan haiwan dijalankan secara kecil-kecilan oleh pendudun di Kamung XXXX. Ianya merupakan kegiatan sampingan berbanding dengan kegiatan penanaman kelapa sawit, kelapa matak dan penanaman padi. Jenis - jenis kegiatan penternakan haiwan adalah seperti berikut: a) Ternakan ayam dan itik. b) Ternakan kambing. c) Ternakan lembu. d) Ternakan ikan air tawar. Antara jenis ikan yang diternak ialah talapia merah, keli dan haruan.

2) Pelancongan Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan adalah amat penting untuk memperkenalkan sesuatu tempat atau sesebuah kampung dan menjadi daya penarik kepada pelancong daripada dalam atau luar negara. Ia secara tidak langsung mampu menjana dan meningkatkan pendapatan penduduk setempat. Kawasan Pelancongan dan Kebudayaan yang terdekat adalah di pekan XXXX, antara tempat-tempat pelancongan ialah: 1) XXXX Resort, pekan XXXX 2) XXXX Resort, pekan XXXX 3) Muara Pangkalan Tanjung, XXXX 4) Homestay

11

Gambarfoto Kawasan Pelancongan di Kampung XXXX

3) Keusahawanan Keusahawanan adalah salah satu sumber yang menjana ekonomi kampung serta individu. Kegiatan keusahawanan di Kampung XXXX lebih tertumpu kepada perusahaan kecil dan sederhana sahaja. Perusahaan pembuatan makanan merupakan perusahaan yang utama dan ia mendapat galakan dan sokongan daripada pihak kerajaan. Antara perusahaan kecil dan sederhana yang dijalankan adalah seperti berikut:

Bil. Jenis produk 1 2 3 Tempe Roti pau, kucuk dan apam balik

Pasaran pemborong, tempatan, pasar malam tempatan, pasar malam dan tempahan

Makanan ringan hasil tani, kerepek, bahulu, tempatan, pasar malam dan tempahan rempeyek

4 5 6

Kraftangan Peruncitan kecil kedai serbaneka Bengkel kimpalan

tempatan, pasar malam dan tempahan tempatan tempatan dan tempahan luar

12

Gambarfoto Kegiatan Keusahawanan di Kampung XXXX

Proses Pembuatan Kuih Pau

Butik Pengantin Pengkalan Tanjung

Kedai Runcit

Bengkel Kimpalan

Peratusan Perusahaan Kecil dan Sederhana


Makanan 2% Kraftangan Kedai Serbaneka 3% 5% Bengkel

90%

Rajah 4. Peratusan Perusahaan Kecil dan Sederhana di Kampung XXXX.

13

6.2 Faktor - Faktor Kegiatan Ekonomi Faktor - faktor yang mempengaruhi kegiatan ekonomi di Kampung XXXX boleh dibahagikan kepada dua iaitu faktor fizikal dan faktor kemanusiaan, seperti yang berikut:

Faktor -Faktor Kegiatan Ekonomi

Faktor Fizikal

Faktor Kemanusiaan

1) Faktor Fizikal

Faktor Fizikal

Bentuk Muka Bumi

Jenis Tanah

Iklim

a) Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi kawasan Kampung XXXX adalah tanah pamah dan ia berhampiran dengan sungai dan pinggir laut. Mukabumi tanah pamah sesuai untuk penanaman padi dan kelapa sawit. Kawasan pinggir laut pula sesuai untuk tanaman pokok kelapa.

b) Jenis Tanah Jenis tanah yang terdapat disini (aluvium, laterit, pasir) sesuai untuk penanaman pokok kelapa, kelapa sawit dan padi.

14

c) Iklim Suhu di Malaysia diantara 27oC hingga 30oC dengan purata hujan tahunan sebanyak 2600mm sangat sesuai untuk kegiatan pertanian.

2) Faktor Kemanusiaan

Faktor Kemanusiaan

Teknologi Dasar Kerajaan Infrastruktur

Pasaran Modal Buruh

a) Teknologi Faktor teknologi penting untuk meningkatkan mutu dan kuantiti barangan dan perkhidmatan, dan juga mengurangkan pergantungan kepada tenaga manusia. Sebagai contoh, perkhidmatan jentera menuai padi disediakan ketika musim menuai. Ia mempercepatkan tempoh masa penuaian padi supaya padi dapat diproses dengan segera untuk memastikan kesegaran padi terjamin. Baka-baka pokok padi dan kelapa sawit yang baharu dihasilkan supaya hasil pertanian ini lebih bermutu dan mengeluarkan hasil yang lebih banyak.

15

b) Dasar Kerajaan Dasar-dasar kerajaan dan polisi kerajaan seperti Dasar Pertanian Negara, satu kampung satu produk dan kempen Zoom Malaysia telah memajukan sektor pertanian, keusahawanan (industri kecil) dan pelancongan di Kampung XXXX.

c) Infrastruktur Pembinaan jalanraya yang lebih baik, bekalan air dan elektrik yang cekap, sistem komunikasi dan sistem perbankan sanagt perlu untuk kegiatan ekonomi. Semua kemudahan ini telah dan sedang dinaik taraf di Kampung XXXX.

d) Pasaran Permintaan tinggi untuk hasil pertanian, produk keusahawanan dan kempen pelancongan agresif telah menggalakkan kegiatan ekonomi di kawasan kajian saya.

e)

Modal Pihak kerajaan sentiasa memberi bantuan kepada para pengusaha yang terlibat di dalam kegiatan ekonomi di Kampung XXXX. Antara bentuk modal yang dihulurkan adalah latihan dan seminar keusahawanan, pemberian benih padi bermutu tinggi dan bantuan kewangan untuk memulakan atau memberpesarkan kegiatan ekonomi.

f)

Buruh Tenaga kerja yang terdiri daripada penduduk kampung dan kawasan sekitarnya mampu menampung keperluan tenaga kerja di Kampung XXXX. Tenaga kerja yang mencukupi penting untuk memastikan kegiatan ekonomi dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

16

6.3 Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kampung XXXX Kegiatan ekonomi yang dijalankan di kawasan Kampung XXXX telah memberi manafaat yang banyak kepada penduduknya. Antara sumbangan utama yang dikenalpasti adalah seperti berikut:.

Peluang Pekerjaan

Kemudahan Infrastruktur

Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian

Pengurangan Pergantungan Barangan Import

Peningkatan Taraf Hidup

Rajah 5. Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian.

1) Peluang Pekerjaan Kegiatan ekonomi yang dijalankan di Kampung XXXX telah mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduknya. Ramai tenaga kerja amat diperlukan oleh para pengusaha di sektor pertanian, pelancongan dan keusahawanan untuk memastikan ia dapat dilaksanakan dengan teratur. Selain dari peluang pekerjaan secara langsung di sektor pertanian, pelancongan dan keusahawanan; peluang pekerjaan secara tidak langsung juga telah wujud. Sebagai contoh, ada pihak lain yang

17

menyediakan perkhidmatan pengangkutan seperti lori; kepada pengusaha penanaman kelapa sawit. Oleh itu, pengusaha penanaman kelapa sawit tidak perlu membeli lori untuk menghantar hasil pertaniannya ke kilang. Kegiatan pelancongan pula antara lain akan menggalakkan kewujudan warong makanan bagi memenuhi keperluan pelancong.

2) Pengurangan Pergantungan Barangan Import Malaysia telah berusaha untuk meningkatkan produktiviti negara. Ini termasuklah di sektor pertanian terutamanya pengeluaran produk keperluan harian. Kegiatan penanaman padi Kampong XXXX dan di daerah XXXX telah dapat mengurangkan import beras daripada negara luar.

Penanaman kelapa sawit pula telah berjaya memenuhi keperluan bekalan minyak masak, malahan Malaysia adalah pengeksport utama produk ini di dunia.

3) Peningkatan Taraf Hidup Kegiatan ekonomi mewujudkan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk kampung. Taraf hidup penduduk Kampung XXXX telah meningkat hasil daripada pendapatan lumayan yang diperolehi daripada kegiatan pertanian, keusahawanan, pelancongan dan penternakan.

4) Kemudahan Infrastruktur (Prasarana) Kepesatan kegiatan pertanian, keusahawanan dan pelancongan tidak akan menjadi kenyataan tanpa kemudahan infrastruktur (prasaran) yang baik dan cekap. Kegiatan ekonomi yang terdapat dikawasan Kampung XXXX disokong oleh pihak kerajaan dengan menyediakan pelbagai kemudahan seperti sistem jalan raya, bekalan air, bekalan elektrik, balai polis, pejabat pos, perkhidmatan perbankan, pusat riadah, pusat membeli-belah dan perpustakaan desa. Sistem jalanraya yang baik amat penting untuk membawa keluar hasil pertanian untuk dipasarkan keluar

18

daerah. Tanpa sistem jalanraya, bekalan api dan air; sudah pasti kegiatan pelancungan tidak dapat dijalankan dengan jayanya.

19

6.4 Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar Di Kawasan Kampung XXXX

Kegiatan ekonomi akan memberi kesan kepada alam sekitar samada kesan yang positif atau kesan yang negatif. Saya hanya menghuraikan kesan-kesan negatif kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar yang terjadi di Kampung XXXX secara langsung dan juga kesan secara tidak langsung. Kesan secara tidak langsung adalah kesan yang disebabkan oleh kegiatan ekonomi secara menyeluruh di Malaysia.

Perubahan Landskap

Pencemaran Udara

Kesan-kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar

Pencemaran Tanah

Pencemaran Air

Rajah 6. Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam skeitar di kawasan Kampung XXXX. 1) Kesan Secara Langsung a) Perubahan Landskap

20

Kegiatan ekonomi juga akan mengubah landskap sesuatu kawasan. Kampung XXXX yang dulunya hanya mempunyai tanah yang luas dan tidak digunakan, kini telah menjadi kawasan perumahan dan pertanian. Banyak kawasan hijau (hutan) ditebang untuk memenuhi keperluan pertanian, pembakaran terbuka untuk kerja - kerja pembersihan hutan, masalah jerebu timbul. Penebangan hutan memusnahkan banyak spesis flora dan fauna, secara tidak langsung memusnahkan daya tarikan pelancongangan.

b) Pencemaran Udara Kegiatan pertanian di kawasan Kampung XXXX menyebabkan banyak kegiatan penebangan hutan dilakukan, bagi pembukaan kawasan pertanian yang baharu. Kaedah memerun digunakan untuk kerja-kerja pembersihan. Asap yang terhasil daripada kerja memerun menyebabkan pencemaran udara.

c) Pencemaran Tanah Penggunaan bahan kimia seperti racun rumpai digunakan dengan meluas untuk kerja pembersihan semak samun. Sisa racun dalam jangkamasa pancang akan meresap kedalam tanah dan menyebabkan pencemaran tanah. Sisa minyak dari kegiatan keusahawanan (bengkel kenderaan dan perusahaan makanan) juga boleh mencemarkan tanah sika sisa bahan buangan tidak dikendalikan dengan betul. Pencemaran tanah menyebabkan tanah menjadi tidak subur dan boleh menjejaskan kegiatan pertanian.

21

d) Pencemaran Air Penggunaan bahan kimia seperti baja dan racun rumpai untuk tanaman padi telah menyebabkan pencemaran air sungai. Sisa-sisa bahan kimia mengalir ke sungai melalui sistem pengairan sawah padi, mengakibatkan kepupusan banyak spesis ikan air tawar dan pengurangan jumlah ikan yang sangat ketara. Air sungai yang tercemarkan juga menyebabkan ianya tidak lagi sesuai untuk mandi manda dan mencuci pakaian.

e) Hakisan Tanah Kegiatan penebangan hutan dilereng bukit menyebabkan hakisan tanah berlaku. Hakisan tanah berlaku kerana batang-batang dan akar-akar pokok yang menjadi penyokong struktur tanah telah tiada. Ketiadaan atau pengurangan pokok-pokok dilereng bukit juga menyebabkan kuasa titisan hujan tidak dikurangkan menghakis tanah dengan lebih cepat.

Rajah 7. Pokok-pokok dicerun dan fungsinya untuk menahan hakisan tanah.

22

2) Kesan Secara Tidak Langsung a) Hujan Asid Kegiatan perindustrian dan asap kenderaan yang melibatkan pembakaran bahan api fosil seperti arang batu dan petroleum melepaskan gas sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan karbon dioksida ke udara. Sulfur dioksida dan nitrogen oksida bertindak dengan wap air di atmosfera lalu menghasilkan wap air di atmosfera lalu menghasilkan wap asid nitrik dan asid sulfurik lemah yang menyebabkan pembentukan hujan asid.

Rajah 8. Pelepasan asap dari kilang-kilang menyebabkan hujan asid.

b) Penipisan lapisan ozon CFC dan gas nitrus oksida boleh terlepas ke atmosfera akibat kegiatan perindustrian dan penggunaan baja kimia yang tidak terkawal. Apabila klorin bercampur dengan gas nitrus oksida ia menyebabkan penipisan lapisan ozon. Lapisan ozon berfungsi untuk menapis dan memantulkan

23

sinar ultra unggu dari matahari. Akibat daripa penipisan lapisan ozon, sinar ultra unggu akan sampai kepermukaan bumi. Sinar ultra unggu berbahaya kepada manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Rajah 9. Penipisan ozon menyebabkan sinar ultraungu sampai ke bumi dan mengakibatkan kesan yang negatif kepada alam sekitar.

c) Kesan rumah hijau Kegiatan ekonomi seperti pembakaran hutan, perindustrian dan pembakaran bahan api fosil melepaskan gas karbon dioksida, nitrogen oksida dan metana ke atmosfera. Kewujudan gas rumah hijau yang tidak terkawal menyebabkan bahang bumi menyebabkan suhu bumi meningkat. melantun semula ke bumi dan ia

24

Rajah 10. Kesan dari gas rumah hijau yang tinggi permukaan bumi.

menyebabkan peningkatan suhu suhu

25

6.5 Langkah - Langkah Mengurangkan Kesan - Kesan Kegiatan Ekonomi Terhadap Alam Sekitar di Kawasan Kampung XXXX

Kesan-kesan negatif terhadap alam sekitar yang berpunca daripada kegiatan ekonomi tidak dapat dihindarkan atau dielakkan sepenuhnya. Saya telah membuat rujukan dan semakan melalui laman sesawang berkaitan isu ini dan menyenaraikan langkah - langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar di kawasan Kampung XXXX dan juga ditempat - tempat lain diseluruh malaysia, seperti berilut:

1) Penguatkuasaan Undang - Undang Kerajaan Malaysia telah menggubal pelbagai undang-undang untuk melindungi alam sekitar. Undang-undang bertujuan mengawal semua pihak supaya tidak melakukan perkara-perkara yang boleh menyebabkan pencemaran. Beberapa akta yang digubal adalah: Akta Kualiti Alam Sekitar 1974: perundangan yang menyeluruh tentang alam sekitar.

EIA (Penilaian Kesan Alam Sekitar): Projek yang mungkin menjejas alam sekitar mesti menjalankan Akta Pembangunan Mineral 1994: bertujuan memajukan industri tempatan berasaskan

mineral secara terkawal. Akta Perikanan 1985: mengawal kegiatan perikanan supaya tidak pupus.

26

2) Pendidikan Alam Sekitar Pendidikan alam sekitar boleh disampaikan secara formal di sekolah melalui subjek seperti Geografi dan Sains. Kursus-kursus alam sekitar juga boleh diadakan di peringkat universiti. Melalui kaedah ini, lepasan sekolah atau universiti yang terlibat dengan kegiatan ekonomi akan memahami kepentingan penjagaan alam sekitar.

3) Kempen Kesedaran Penjagaan Alam Sekitar Kempen kesedar an dan kepentingan menjaga alam sekitar boleh diadakan melalui media massa seperti surat khabar, televisyen dan radio. Ceramah, kem dan juga pameran boleh diadakan. Penduduk kampung atau kawasan yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan kegiatan ekonomi diberi penerangan tentang kesan terhadap alam sekitar, yang berpunca dari kegiatan ekonomi yang mereka jalankan dan kaedah - kaedah bersesuaian untuk mengawalnya. Contohnya, pengusaha bengkel kenderaan diberi penerangan tentang kesan pembuangan minyak pelincir terpakai secara sembarangan yang mungkin akan mencemarkan tanah atau sungai; yang akan menjejaskan kesuburan tanah atau menyebabkan kemusnahan hidupan air seperti ikan. Pengusaha bengkel akan diajar kaedah pembuangan minyak pelincir terpakai yang bersesuaian.

4) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) Penyelidikan dan Pembangunan (P & P) ialah aktiviti untuk menghasilkan teknologi yang baharu atau lebih baik dan juga untuk menghasilkan teknologi yang mesra alam. P & P dalam bidang bioteknologi sebagai contoh, boleh menghasilkan bahan kimia seperti baja dan racun rumpai yang

27

berkesan tetapi tidak membahayakan alam sekitar dan juga orang yang menggunakannya. SIRIM, MARDI dan universiti - universiti tempatan banyak melakukan P & P.

5) Kitar Semula Bahan Buangan Kita semula adalah proses menggunakan semula atau memproses barang yang telah diguna menjadi barang baru. Jenis barangan yang boleh dikitar semula ialah: kertas, kaca, plastik, aluminium dan pakaian. Kitar semula akan mengurangkan pembuangan bahan terpakai di kawasan pengumpulan atau pelupusan sampah yang seterusnya mengurangkan kesan pencemaran tanah. Contoh kitar semula bahan buangan adalah proses mengitar semula kertas terpakai, buku dan surat khabar lama untuk dijadikan kertas baharu dan juga lain-lain produk berasaskan kertas seperti kotak. Oleh itu, penebangan hutan dapat dikurangkan.

28

6.6 Data-Data Dalam Bentuk Jadual Dan Grafik Peta Guna Tanah Daerah XXXX

29

Peratusan Pecahan Kegiatan Ekonomi

% Pecahan Kegiatan Ekonomi


Pertanian Pelancongan Perikanan Keusahawanan

3% 6%

11%

80%

30

7.0 RUMUSAN Hasil daripada kajian telah saya lakukan, pertanian, keushawanan dan pelancongan merupakan kegiatan ekonomi yang utama di kawasan Kampung XXXX. Kegiatan ekonomi yang di jalankan di kawasan ini memberikan kesan yang positif kepada penduduk kampung dan juga negatif kepada alam sekitar. Saya juga mendapati bahawa kegiatan ekonomi di sesuatu kawasan perlu dijalankan dengan cara yang terkawal agar ianya tidak menjejaskan alam sekitar.

Saya berasa amat bangga dengan kegiatan ekonomi yang di jalankan di kampung halaman saya iaitu Kampung XXXX, terutamanya kegiatan penanaman padi, kelapa, kelapa sawit dan pelancongan. Negeri Selangor merupakan pengeluar utama beras di Malaysia di mana Kampung XXXX adalah di antara kawasan penanaman padi yang utama di Selangor. Beras merupakan makanan utama rakyat Malaysia. Kelapa sawit pula merupakan antara produk eksport Malaysia yang utama. Kegiatan pelancongan menyebabkan kawasan Kampung XXXX dikenali di seluruh Malaysia dan dunia. Saya berharap agar kawasan Kampung XXXX akan semakin berkembang maju hasil dari kegiatan ekonomi di kawasan ini.

31

8.0 LAMPIRAN

32

9.0 RUJUKAN

Sumber rujukan adalah seperti berikut: 1. Buku rujukan berkaitan geografi Malaysia. a) Buku teks Geografi Tingkatan 2 b) Buku rujukan Geografi PMR

2. Perpustakaan Pekan XXXX.

3. Laman sesawang (Internet). a) www.wikipedia.com.my


b) www.GEO-foliokegiatan ekonomi.net

4. Penduduk Kampung XXXX. a) Puan Salmiah binti Zaidi - Pengusaha tempe.

b) Encik Darum bin Sulaiman - Penternak kambing dan pengusaha sawah padi. c) Encik Samsuri bin Salleh - Pengusaha bengkel motor dan kimpalan logam.

5. Media elektronik seperti radio dan televisyen. a) RTM, TV3 dan TV9.

6. Media bercetak - surat khabar, majallah, buku ilmiah dan sebagainya.

33

You might also like