You are on page 1of 13

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

Pengenalan Selepas menguasai Perak, Selangor, dan Negeri Sembilan melalui Sistem Residen, tumpuan British beralih pula ke negeri Pahang pula. Pelbagai usaha yang cuba dilakukan oleh British agar Pahang dimasukkan ke bawah naungan perintah kerajaan British. Antaranya ialah pada bulan Julai 1875, Gabenor Sir William Jervois mencuba lagi untuk memujuk Bendahara Wan Ahmad supaya negeri Pahang dimasukkan ke bawah naungan perintah British.1 Namun Bendahara Wan Ahmad tetap dengan keputusannya sebelum itu. Bendahara Wan Ahmad yang memakai gelaran Sultan (1882) akhirnya terpaksa akur dengan tuntutan Britsh selepas dipengaruhi oleh Sultan Abu Bakar dari Johor agar menerima wakil British di Pahang. Maka pada 8 Oktober 1887 Hugh Clifford dilantik secara rasmi sebagai wakil British pertama di Pahang.2 Tidak lama kemudian, terjadi pula satu insiden apabila seorang rakyat British berbangsa Cina yang bernama Go Hui telah ditikam oleh orang yang tidak dikenali berhampiran dengan Istana Sultan Pahang dan dalam bulan Mac 1888 Gu Hui pun mati.3 Atas alasan inilah British berjaya mengukuhkan penguasaannya di Pahang dengan melantik seorang Residen bagi menasihati Sultan. Pada 1 Julai 1889, J.P. Rodger dilantik sebagai Residen British secara rasmi di Pahang.4 Setelah dua tahun Pahang bernaung dibawah perintah British, orang-orang Besar Pahang mula menunjukkan sikap tidak suka kepada Pegawai British, antaranya Datuk Bahaman Orang Kaya Pahlawan Semantan, orang pertama menentang, diikuti oleh Tok Gajah, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain selepas itu. Kesan daripada ini, maka
1

berlakulah

Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 201. 2 Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1996, hlm. 141. 3 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 202. 4 Norazit Selat. Pahang: Sejarah dan Budaya. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2000, hlm. 124.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

penentangan di Pahang yang memakan masa agak panjang untuk ditamatkan British. Penentangan ini boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu 1891-1892 tahap pertama dan tahap kedua berlaku pada tahun 1894-1895.

Penentangan Tahap Pertama (1891-1892) Penentangan tahap pertama sememangnya muncul akibat daripada rasa tidak puas hati Orang Kaya Pahlawan Semantan Datuk Bahaman terhadap British. Pada tahun 1889 lagi, Datuk Bahaman telah dituduh oleh British melakukan pengutipan cukai secara haram terhadap perahu-perahu yang melintas daerahnya. Namun, British tidak berjaya mendakwa Datuk Bahaman kerana pedagang-pedagang Melayu dan Cina yang kenakan cukai oleh beliau tidak berani mengadakan pendakwaan terhadap beliau kerana kekuatan pengaruhnya. Clifford ketika itu hanya dapat memberi amaran bahawa pengutipan cukai dilakukan oleh Datuk Bahaman adalah melanggar peraturan yang ditetapkan British.5 Datuk Bahaman ketika itu telah ditegah daripada memungut cukai dikawasannya kerana pengutipan itu telah diambil alih oleh British atas nama kerajaan Pahang dan sekaligus menghapuskan kuasa pembesar Pahang dalam memungut cukai di kawasan mereka. Menjelang Disember 1890, perasaan tidak puas hati Datuk Bahaman tidak dapat dikawal lagi apabila Majistret Temerloh E.A. Wise telah mendirikan sebuah Balai Polis di Lubuk Terua iaitu di tepi Sungai Semantan.6 Datuk Bahaman menentang keras penubuhan Balai Polis di Lubuk Terua kerana tempat itu termaksud dalam wilayahnya. Tambahan pula, British tidak langsung berbincang dengan beliau tentang penubuhan Balai Polis tersebut dan ini telah mengugat kekuasaannya sebagai pembesar di kawasan tersebut.
5

Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 149. 6 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 256.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

Akibat rasa sakit hatinya, Datuk Bahaman telah mengugut Wise dan turut mengirim sepucuk surat ancaman kepada Hakim Temerloh itu.7 Apabila Wise mengadu kepada Clifford, Clifford telah menfitnah bahawa Datuk Bahaman telah menulis surat kepada Residen Selangor William E. Maxwell meminta daerah Semantan dipersatukan dengan Selangor.8 Walau bagaimanapun, Datuk Bahaman sendiri menyangkal dakwaan Clifford tentang surat itu dan Sultan Ahmad sendiri tidak yakin dengan tuduhan yang dibuat oleh Clifford kerana baginda tahu bahawa Datuk Bahaman merupakan pembesar yang setia. Diatas nasihat Clifford, Sultan Ahmad telah menitahkan Maharaja Perba supaya membawa Datuk Bahaman ke Pulau Tawar supaya Bahaman akan mengaku untuk berkelakuan baik terhadap pegawai-pegawai British di Pahang, walau bagaimanapun, Maharaja Perba gagal bertemu dengan Datuk Bahaman kerana beliau telah melarikan diri ke Kelantan melalui Sungai Tembeling, bagaimanapun kembali semula ke Semantan penentangannya terhadap pihak British. Selang beberapa tidak lama selepas itu, Datuk Bahaman telah berterus-terang kepada seorang lagi Majistret Temerloh yang bernama J.F. Owen menyatakan bahawa beliau memang tidak mahu mengikut undang-undang British di Pahang dan orang-orang Semantan juga dilarang mengikut undang-undang British kecualilah beliau dibayar $6000 setiap tahun sebagai ganti pembayaran kehilangan haknya memungut cukai di Semantan.10 Permintaan beliau tidak dihiraukan langsung oleh British. Sejak itulah Datuk Bahaman tidak mematuhi perintah British, beliau telah membenarkan orang-orangnya mengeluarkan
7

untuk meneruskan

Joginder Singh Jessy. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1978, hlm. 214. 8 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 150. 9 Muhammad Yusoff Hashim & Aruna Gopinath. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd., 1992, hlm.315. 10 Joginder Singh Jessy. History Of South East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman, 1985, hlm. 285.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

hasil-hasil hutan tanpa perlu meminta surat kebenaran daripada British dan beliau juga memungut cukai seperti biasa di kawasannya tanpa tidak mempedulikan ugutan pihak Inggeris.11 Beliau juga turut menghalang orang-orangnya dibanci oleh pihak kerajaan apabila bancian dijalankan di Pahang pada tahun 1891.12 Pada 8 Oktober 1891, Majlis Mesyuarat Mesyuarat Negeri Pahang memulakan persidangannya. Clifford pada ketika itu menjadi Pemangku Residen Pahang menyatakan dalam persidangan itu bahawa Datuk Bahaman merupakan punca sebenar yang memulakan kekacauan di Semantan. Sultan Ahmad pada ketika itu agak terkejut dengan kenyataan Clifford itu. Atas alasan untuk mengurangkan dan menyekat kuasa Datuk Bahaman, Clifford berjaya menghasut Sultan Ahmad dan baginda telah bersetuju mengeluarkan satu surat perintah yang dicop dengan mohor baginda melucutkan pangkat Datuk Bahaman sebagai Orang Kaya Pahlawan Semantan itu.13 Tidak lama selepas persidangan itu, Sultan Ahmad telah menandatangani surat perlucutan jawatan Orang Kaya Pahlawan Semantan daripada Datuk Bahaman serta dicop mohor baginda dan salinan surat itu telah diedarkan di Mukim Semantan14 Kesan daripada perlucutan jawatan itu, Datuk Bahaman telah menjadi rakyat biasa selepas itu. British mulai bimbang setelah Datuk Bahaman dilucutkan jawatannya kerana pemimpin itu bila-bila sahaja akan berperang dengan British. Untuk memperkemaskan pertahanan British di Balai Polis Lubuk Terua, Britsh telah menghantar pasukannya seramai 25 orang antaranya yang terdiri daripada 17 bangsa Sikh. Sarjan yang mengetuai Balai Polis tersebut diarah menangkap Datuk Bahaman jika beliau mengancam hendak
11 12

Zurina Ismail. Pahang Darul Makmur. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd., 1987, hlm.19. Aruna Gopinath. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, hlm.129. 13 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 260. 14 Ibid.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

menyerang Balai Polis itu ataupun melakukan sebarang tindakan yang menyalahi undangundang negeri.15 Tidak lama selepas itu, meletuslah penentangan bersenjata oleh Datuk Bahaman terhadap British. Hal ini disebabkan apabila C.E.B. Desborough telah menangkap tiga orang pengikut Datuk Bahaman selepas dituduh mengumpulkan hasil hutan tanpa kebenaran. Penangkapan itu dibuat ketika Desborough dan Inspektor of Mines Townson memudiki sungai Semantan dengan perahu untuk memperkukuhkan pertahanan British di Balai Polis Lubuk Terua. Walau bagaimanapun, mereka tidak sempat sampai di Lubuk Terua apabila perahu mereka diserang hendap oleh Datuk Bahaman dan pengikutnya yang menyebabkan Townson, seorang pendayung Melayu dan seorang polis Sikh telah mengalami kecederaan dan beberapa perahu dapat dirampas oleh pengikut Datuk Bahaman dan mereka juga dapat menawan 4 orang polis Sikh. Tiga daripada polis Sikh dibunuh manakala seorang lagi berjaya melepaskan diri.16 Rombongan Desborough kemudian terpaksa berundur ke Temerloh. Selepas itu, Datuk Bahaman dan pengikutnya telah

menyerang dan berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua. Kejayaan berjaya mengalahkan pasukan British telah membangkitkan semangat orang Melayu menentang British. Pengikut Datuk Bahaman juga telah bertambah daripada 100 orang kepada 600 orang dan angkatannya turut disertai oleh orang asli seramai 100 orang.17 Angkatan Datuk Bahaman seterusnya telah menyerang Pekan Temerloh, mereka merampas beberapa barang-barang pekedai dan telah membunuh beberapa pekedai yang melawan mereka serta berjaya merampas 40 senapang kepunyaan polis Temerloh.18 Apa
15 16

Ibid., 260. Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press, 1972, hlm. 154. 17 Buyong Adil. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1972, hlm. 262. 18 Ibid.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

yang jelas disini, penentangan dilakukan Datuk Bahaman pada ketika itu bukan sahaja berjaya menguasai Semantan tetapi turut menguasai Temerloh. Gerakan penentangan yang dilancarkan oleh Datuk Bahaman amat

membimbangkan British. British kemudiannya mengaturkan kekuatan untuk menentang pengikut-pengikut Bahaman dengan menempatkan mata-mata (Polis) di Balai Polis Bentong, Teras, Raub, Kuala Lipis dan Kuala Tembeling.19 Rodger juga meminta bantuan daripada Sultan Ahmad untuk menentang gerakan Datuk Bahaman. Maka, pada 22 Disember 1891, Hugh Clifford membawa 60 orang polis Sikh diketuai oleh Inspektor Summer, bersama-sama dengan Tengku Mahmud yang membawa pasukannya seramai 200 orang askar Melayu untuk menyerang Datuk Bahaman di Semantan.20 Apabila tiba di Semantan, Clifford dan Tengku Mahmud hanya menjumpai sebuah kubu yang telah ditinggal kosong oleh Datuk Bahaman. Pasukan ini kemudiaannya bergerak ke Kampung Kelubi dan disitulah berlaku pertempuran antara pasukan kerajaan dengan pasukan Datuk Bahaman yang mana pasukan kerajaan tidak dapat menewaskan pasukan Datuk Bahaman dan mereka terpaksa berundur ke Temerloh. Pada masa yang sama, pertempuran turut berlaku di Bentong antara pasukan polis yang dipimpin oleh Kapten Syers dan E.A.Wise dengan orang Melayu pengikut Datuk Bahaman.21 Dalam pertempuran di Betong itu tiga orang daripada pasukan Syers mati dan lima orang lagi mengalami kecerderaan. Orangorang Bentong juga telah bertindak merampas barang-barang di kedai Pekan Bentong dan juga turut memutuskan perjalanan (pengangkutan) agar pihak British tidak dapat

19

Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1985, hlm. 207. 20 Ibid. 21 Ibid., hlm. 208.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

berhubung dengan Selangor. Kesan daripada penentangan itu, Sultan Ahmad murka dan mengeluarkan peristiharan mengatakan bahawa Datuk Bahaman adalah penderhaka.22 Pada 22 Januari 1892, J.P.Rodger, Tengku Ali, Panglima Garang Yusuf, Sayid Ali Badoh Abdullah dari Bera telah mengetuai Gerakan Sultan untuk menyerang Datuk Bahaman23. Kekuatan Pasukan ini terdiri daripada 500 orang dan daripada jumlah itu 140 orang mempunyai senjata.24 Pasukan ini telah menyerang kubu pihak Bahaman di Batu Hampar yang diketuai oleh Tok Muda Bidin. Kubu itu dapat dibinasakan. Pasukan Sultan ini berjaya membunuh dua orang ketua kampung di situ yang menyokong Bahaman. Kesan daripada itu, ramai orang Melayu lari ke hutan kerana mereka tidak mahu bertempur dengan pasukan Sultan. Pasukan Sultan juga telah mengambil masa agak panjang untuk memusnahkan 11 atau 12 kubu Bahaman di Semantan. Gerakan ini tidak dapat memberikan hasil yang diharapkan oleh Rodger. Selepas itu, Sultan Ahmad mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai kepada rakyat Pahang yang menentang kerajaan maka ramailah rakyat menyerah dan balik ke tempat masing-masing. Pengampunan tidak diberikan kepada 20 orang ketua termaksud Datuk Bahaman. Sejak itu, Datuk Bahaman dikatakan tinggal dengan orang asli.25 Dalam tempoh itu, Sultan Ahmad telah mengadakan pertemuan sulit di Pulau Tawar dengan para pembesarnya tanpa pengetahuan British. Dalam mesyuarat ini Orangorang Besar Pahang bersumpah akan mentaati Sultan tidak akan membuat apa-apa perhubungan dengan British. Sultan juga bersumpah telah mempersetujui hak-hak dan kelebihan orang-orang besar Pahang sejak turun-temurun lagi. Untuk mengukuhkan lagi

22 23

Ibid. Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 164 24 Ibid. 25 Buyong Adil. Sejarah Pahang, hlm. 266.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

perjanjian itu, orang-orang besar Pahang telah bersumpah dengan menjunjung Al-Quran yang telah disediakan oleh Tengku Ampuan Pahang.26 Selepas itu, pada 9 Mac1892 Datuk Bahaman muncul kembali bersama 50 orang pengikutnya menyerang Lubuk Terua buat kali kedua dan berjaya menawannya. Kemenangan ini turut dibantu oleh penduduk kampung Chempaka dan Bolok yang menjaga Lubuk Terua Ketika itu. Serangan balas yang dibuat oleh British gagal disebabkan pengikut Datuk Bahaman telah meninggalkan Lubuk Terua, bagaimanapun pasukan tersebut telah memusnahkan Kampung Chempaka dan Bolok kerana penduduk terbabit membantu Bahaman. Pada masa itu juga kerajaan Pahang menawarkan $ 1000 kepada sesiapa yang berjaya menangkap Bahaman27 kerana British gagal menangkapnya. Pada bulan Mac itu juga, bermulalah penyertaan Tok Gajah (Rasu) dalam gerakan penentangan terhadap British secara keseluruhan dengan membuat pakatan sulit dengan Datuk Bahaman dan Maharaja Perba Jelai untuk menyerang pasukan British yang berada di Kuala Lipis. Tok Gajah juga mengarahkan Panglima Muda Jempol menyerang daerah Pekan dan beliau sendiri bersama anaknya Mat Kilau di Budu akan menyerang pasukan Clifford di Kuala Lipis. Pada 5 April 1892, berlaku pertempuran yang dirancangkan oleh Tok Gajah. Panglima Muda Jempol dan pengikutnya pergi ke sungai Duri telah menyerang dan berjaya membunuh Stewart dan Harris daripada Syarikat Penjelajahan Pahang ketika mereka sedang mengelolakan pekerja mengeluarkan kayu Balak di situ. Panglima Muda Jempol juga mendakwa Sultan Pahang juga turut memberikan arahan kepadanya28 walaupun Sultan Ahmad menafikannya tentang penglibatan baginda.

26 27

Ibid, hlm. 268. Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm.209. 28 Aruna Gopinath. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka, 1993, hlm. 141.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

Semasa peristiwa itu terjadi, Mat Kilau dikatakan mengumpulkan orangnya untuk menyerang Kula Lipis namun tiada pertempuran dicatatkan. Sekitar bulan Mei 1892,29 Datuk Bahaman menyerang kembali Kampung Batu Hampar dan Lubuk Terua di Semantan dan berjaya menawannya, namun Pasukan Kerajaan seramai 300 orang yang turut disertai oleh Tok Gajah berjaya menawan kembali kawasan terbabit yang melibatkan berlaku satu pertempuran yang mana seorang anak Datuk Bahaman terkorban. Pasukan kerajaan terus mengejar Pasukan Datuk Bahaman tetapi Tok Gajah berdalih untuk tidak turut serta. Selepas daripada itu turut berlaku beberapa siri pertempuran Datuk Bahaman dan pengikutnya yang turut diserta oleh Mat Kilau dan Tok Gajah tetapi gagal untuk menghalau British dari Pahang. Serangan British yang paling ketara ialah mereka berjaya membunuh Panglima Muda Jempol pada Oktober 1892.30 Pasukan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau seteruskan telah berundur pada akhir tahun 1892 di Kelantan dan Terengganu dan sekaligus menamatkan penentangan tahap pertama. Pihak British bagaimanapun gagal menangkap Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah walaupun bagai-bagai usaha dilakukan selepas itu tetapi menemui jalan buntu. British merasakan pasukan penentang sudah berhenti menentang pihak British selepas itu. Secara keseluruhannya penentangan tahap pertama memakan korban 25 orang di pihak penentang dan 15 di pihak British.31

Penentangan Tahap Kedua (1894-1895) Akhir tahun 1892 hingga Jun 1894 merupakan tempoh yang aman di Pahang. Penentangan tahap kedua ini bermula disebabkan pejuang-pejuang Pahang diberi semangat
29 30

Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 210. Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 211. 31 Ibid, hlm. 206.

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

baru untuk menentang British oleh seorang tokoh ulama Terengganu iaitu Tok Ku Paloh. Beliau berjaya meniupkan semangat pejuang-pejuang yang hampir luntur itu. Hasil daripada semangat baru yang diperolehi daripada Tok Ku Paloh. Pejuang-pejuang Pahang berjaya menambah kekuatan pasukan mereka menjadi lebih besar dan tersusun. Dengan itulah, bermulanya tahap penentangan yang kedua oleh pejuang-pejuang Pahang yang menyaksikan ciri keagamaan yang jelas.32 Keadaan ini dilihat satu penentangan jihad menentang orang kafir. Penentangan ini bermula pada bulan Jun 1894. Datuk Bahaman, Tok Gajah, Mat Kilau dan Mat Kelubi beserta pengikut mereka seramai 100 orang pergi ke Hulu Pahang melalui Sungai Tembeling. Pada 14 Jun 1894, pasukan ini telah menyerang Kubu Pihak Inggeris di Kuala Tembeling yang dikawal oleh 11 orang polis Sikh.33 Dalam serangan itu, lima orang polis Sikh berjaya dibunuh manakala enam orang lagi berjaya melarikan diri termaksud seorang yang bernama Ram Singh yang luka parah dan menghanyutkan dirinya di sungai Pahang untuk sampai ke Pulau Tawar untuk melaporkan kepada pihak kerajaan. Selepas itu, Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman bergerak ke Pulau Tawar untuk mengajak Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai untuk berjuang bersama-sama mereka tetapi ditolak oleh Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba.34 Rancangan awal golongan penentang mahu menyerang kubu-kubu British kemudiaanya tersebar ke serata tempat. Selepas itu, ketiga-tiga tokoh penentang itu bersama-sama pengikut mereka kembali semula ke sungai Tembeling dan seterusnya mendirikan kubu pertahanan di Jeram Ampai, lebih kurang empat batu jauhnya dari Kuala Tembeling. Ketika mereka berada di Jeram Ampai, Maharaja Perba dan Panglima Garang Yusoh mengambil kesempatan
32

Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur:Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 92. 33 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 215. 34 Ibid.

10

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

membina kubu pertahanan di Kuala Tembeling dan mereka berjaya membunuh Mat Kelubi yang ketika itu sedang melalui sungai Kuala Tembeling dengan sebuah perahu pada bulan Jun 1894. Pasukan British kemudiaannya mengumpulkan kekuatan di kubu mereka di Kuala Tembeling untuk menyerang Kubu penentang di Jeram Ampai. Walter Egerton dan R.W. Duff telah membawa sepasukan polis dari Pekan untuk bergabung dengan polis Sikh yang diketuai oleh E.A.Wise.35 Pasukan Polis British dari Selangor turut dihantar ke Kuala Tembeling yang diketuai oleh Kapten Lyons dan Stewart yang datang membantu menyerang kubu penentang di Jeram Ampai. Selepas itu, pada 29 Jun 1894 berlaku peperangan antara pasukan penentang yang berada diposisi menunggu di Jeram Ampai dengan British yang datang menyerang. (dikenali juga sebagai Perang Jeram Ampai) Dalam pertempuran itu, kubu Jeram Ampai berjaya dimusnahkan, Tok Gajah, Mat Kilau dan Datuk Bahaman berundur lagi dimana 40 pengikutnya telah terbunuh. Bagi pihak British, beberapa orang polis Sikh terbunuh dan seorang pegawai E.A.Wise turut terbunuh.36 British sekali lagi gagal menangkap tokoh penentang Pahang. Selepas peperangan di Jeram Ampai maka berakhirlah penentangan di Pahang. Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah sekali lagi melarikan diri ke Kelantan dan Terengganu. Bagaimanapun Datuk Bahaman dikatakan telah ditangkap oleh pihak Siam dan diberikan perlindung di Chiengmai.37 Tok Gajah pula menetap di Lata Gemuruh dan meninggal dunia disana dan dikebumikan di kampung Pasir Nering, Kuala Berang.(Kuburnya ada hingga sekarang).38 Mat Kilau dikatakan diserahkan oleh Siam kepada Sultan Kelantan dan Sultan
35 36

Ibid. Ibid, hlm.216. 37 Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 94. 38 Buyong Adil. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19, hlm. 218.

11

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

Kelantan membebaskannya tanpa pengetahuan Siam. Pada 26 Disember 1969, Mat Kilau dikatakan muncul di Pulau Tawar.39

Rumusan Secara keseluruhannya, penentangan orang-orang Melayu di Pahang yang diketuai oleh Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau merupakan kesan utama akibat daripada penguasaan British dalam pentadbiran di Pahang. Penentangan pada tahap pertama jelas dipelopori yang Datuk Bahaman yang merupakan pembesar pertama yang bangun menentang British dikatakan bersifat kepentingan kedudukannya.sebagai Orang Kaya Pahlawan Semantan digugat oleh British. Diakhir penentangan tahap pertama, barulah Tok Gajah dan Mat Kilau menyertainya untuk menghalau orang-orang British dari Pahang. Penentangan tahap kedua yang diketuai oleh ketiga-tiga tokoh ini jelas bercirikan agama Islam kerana disokong oleh ulama Terengganu Tok Ku Paloh. Di dalam gerakan menamatkan penentangan ini, pihak British pula terpaksa mengeluarkan belanja besar sebanyak $ 7,393.83
40

menerima kesan dengan

dan yang jelasnya gerakan itu gagal

mencapai matlamat British kerana mereka tidak bejaya menangkap Tokoh-tokoh penentang ini. British juga terpaksa mengambil masa yang agak lama untuk menamatkan penentangan. Penulis-penulis British yang melabelkan golongan penentang ini sebagai pemberontak adalah tidak tepat kerana golongan ini sebenarnya berusaha menjaga kepentingan pribumi dan bukannya merampas hak orang lain seperti British. BIBLIOGRAFI Aruna Gopinath. 1993. Sejarah Politik Pahang 1880-1935. Kuala Lumpur:
39

Mohd Isa Othman. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications &Distributors Sdn. Bhd, 1999, hlm. 94. 40 Jang Aisjah Muttalib. Pemberontakan Pahang 1891-1895, hlm. 246.

12

Sejarah Malaysia 1800-1900

Penentangan di Pahang (1891-1895)

Dewan Bahasa & Pustaka. Buyong Adil. 1972. Sejarah Pahang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Buyong Adil. 1985. Perjuangan Orang Melayu Menentang Penjajahan Abad 15-19. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Jang Aisjah Muttalib. 1972. Pemberontakan Pahang 1891-1895. Kota Bharu: Pustaka Aman Press. Joginder Singh Jessy. 1978. Sejarah Tanah Melayu 1400-1959. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Joginder Singh Jessy. 1985. History Of South East Asia (1824-1965). Kedah: Penerbitan Darul Aman. Mohd Isa Othman. 1999. Gerakan Protes: Dalam Perspektif Sejarah Malaysia Pada Abad Ke-19 dan Awal Abad Ke-20. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Muhammad Yusoff Hashim & Aruna Gopinath. 1992. Tradisi Pensejarahan Pahang Darul Makmur. Kuala Lumpur: Tempo Publishing (M) Sdn. Bhd. Norazit Selat. 2000. Pahang: Sejarah dan Budaya. Pahang: Lembaga Muzium Negeri Pahang, Zainal Abidin Abdul Wahid et. al. 1996. Malaysia: Warisan dan Perkembangan Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka. Zurina Ismail. 1987. Pahang Darul Makmur. Selangor: Pelanduk Publication (M) Sdn. Bhd.

13

You might also like