You are on page 1of 14

Apakah Kemahiran Menaakul? Apakah itu menaakul (reasoning)?

Sebenarnya pelbagai istilah boleh digunakan bagi menerangkan apakah itu menaakul (reasoning). Antara istilah yang biasa digunakan ialah pemikiran kritikal (critical thinking), pemikiran aras tinggi (higher-order thinking), penaakulan secara logic (logical reasoning) atau penaakulan mudah (simply reasoning). Istilah-istilah tersebut digunakan secara berbeza berdasarkan kepada bidang yang dibincangkan. Namun demikian, daripada pelbagai jenis bidang tersebut ianya mempunyai perkaitan dan kesamaan. Kemahiran menaakul biasanya digunakan dalam proses menyelesaikan masalah dan ia merujuk kepada kebolehan kognitif seseorang yang melibatkan pemikiran secara sistematik dan abstrak. Kemahiran berfikir dalam aras yang lebih tinggi adalah semakin penting dan perlu bagi pembangunan modal insan bagi abad ke 21. Bagi menyediakan rakyat ke arah tersebut, perubahan kepada tahap pemikiran pelajarpelajar di sekolah harus segera dilaksanakan. Usaha-usaha tersebut adalah sangat diperlukan daripada pihak guru-guru di sekolah dalam menerapkannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru perlu lebih kreatif dalam memberikan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar kepada pelajar sebagai asas dalam melahirkan pelajar yang mampu membuat penaakulan secara logik dan sistematik yang mana akhirnya mereka mampu bersaing dalam dunia pekerjaan yang semakin mencabar. Pemikiran secara kritikal sperti menjalankan kajia, membuat hubung kait dan menilai segala aspek permasaalahan dari pelbagai situasi adalah amat perlu bagi melahirkan pelajar yangberfikiran aras tinggi. Setiap pelajar mempunyai potensi kearah pemikiran aras tinggi dan kemahiran menaakul merupakan satu asas dalam mengembangkan potensi tersebut terutamanya dalam matematik. Untuk menjadikan pelajar itu lebih yakin dan mampu menjana idea pembelajaran sendiri, mereka perlu berkembang dalam kebolehan berfikir secara logic dan bertindak dengan lebih kreatif. Untuk membekalkan situasi pembelajaran berkenaan berlaku, adalah penting penekanan diberikan kepada kemahiran menaakul dalam apa jua aktivitip pembelajaran yang dijalankan. Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar menerangkan Kemahiran Menakul adalah seperti berikut: Pemahaman dan penguasaan kemahiran kritis, kemahiran kreatif dan strategi berfikir akan menjadi lebih mudah sekirannya seseorang individu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Melalui penaakulan secara induktif seseorang boleh membuat satu kesimpulan atau pengitlakan, manakala penaakulan secara deduktif seseorang boleh membuat pertimbangan dari satu situasi umum ke beberapa contoh atau situasi yang spesifik. Kemahiran menaakul ini bertindak sebagai pelincir semasa menggunakan kemahiran kritis, kreatif dan startegi berfikir.

Definisi Membuat Penaakulan Kemahiran membuat pertimbangan

secara

logik,

rasional,

adil

dan

saksama.

Kemahiran digunakan untuk Meningkatkan keberkesanan: (i) Membuat interpretasi, analisis, sintesis, penilaian, pengitlakan dan kesimpulan. (ii) Membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Penaakulan Induktif Langkah Penggunaan: (i) Teliti beberapa contoh atau situasi yang spesifik (ii) Perhatikan cirri yang sepunya (iii) Buat satu kesimpulan atau pengitlakan Penaakulan secara Deduktif Langkah Penggunaan: (i) Teliti situasi umum (ii) Daripada situasi umum dapatkan contoh atau situasi yang spesifik

Didik Hibur :Dr . Zailah Zainudin, IPG Kampus Raja Melewar Pengenalan. Didik hibur adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan muridmurid. Walaupun murid seronok tetapi objektif pengajaran dan pembelajaran masih dapat dicapai seperti yang ditetapkan. Oleh itu, guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran agar isi kandungan mata pelajaran dapat disampaikan dengan berkesan Latar Belakang Didik Hibur Cadangan pelaksanaan penyerapan pendekatan didik hibur dalam pengajaran bermula apabila keputusan kabinet pada 8 Julai 2009 yang memutuskan bahawa PPSMI dimansuhkan dengan mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam Bahasa Malaysia di sekolah kebangsaan, manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil menjelang tahun 2012. Kerajaan berhasrat memperkenalkan pendekatan didik hibur di sekolah rendah untuk merealisasikan hasrat transformasi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Adalah diharapkan pendekatan didik hibur dalam bilik darjah akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih interaktif serta berpusatkan murid. Justeru pengajaran guru akan lebih mudah dihayati dan difahami oleh murid. Definisi Didik Hibur bemaksud mendidik sambil menghibur. Kamus Dewan (2000) mentakrifkan didik sebagai pelihara, jaga dengan hati-hati dan ajar, manakala hibur bermaksud menyenangkan atau menggirangkan hati Rumusannya didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang bersifat santai dan berhibur seperti permainan, nyanyian, bercerita, lakonan dan puisi secara sistematik dan terancang. Ciri-Ciri Didik Hibur Antara ciri-ciri didik hibur dalam pengajaran adalah seperti berikut: (i) Sesi pembelajaran yang menyeronokkan kerana terkandung unsur kelakar, kecindan, ada unsur estetik, permainan muzik, lakonan dan sebagainya. (ii) Mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid kepada guru. Seperti yang dijelaskan sebelum ini didik hibur berkonsepkan santai dan berhibur. (iii) Murid-murid sentiasa berada dalam keadaan pembelajaran yang positif, gembira dan tertunggu-tunggu untuk melalui sesi pembelajaran pada hari berikutnya. (iv) Sesi pembelajaran yang penuh dengan pelbagai aktiviti yang menarik dan pelbagai. Menerusi aktiviti nyanyian dan lakonan umpamanya, murid-murid boleh main peranan dengan menyertai aktiviti tersebut sambil berhibur. Yang penting, arahan guru perlu jelas dan ringkas di samping penggunaan ICT dan BBM untuk menarik penglibatan murid terhadap pengajaran dan pembelajaran.

(v) Objektif aktiviti cenderung kepada pelbagai cara penyelesaian masalah dan kepelbagaian cara persembahan yang tiada unsur kalah atau menang, tiada ganjaran atau dendaan serta latihan dan penggunaannya menjurus kepada aktiviti p&p. (vi) Salah atau tidak bukan matlamat aktiviti didik hibur, tetapi yang penting berjaya melibatkan seramai mungkin murid dan aktivitinya bersahaja dan santai. (vii) Aktiviti yang dipilih lebih menjurus kepada aktiviti berkumpulan atau berpasangan supaya wujud semangat kerja berpasukan, kerjasama dan toleransi. (viii) Murid bebas bersuara, mengeluarkan pendapat dan idea secara logik dalam keadaan terkawal untuk memberikan satu persembahan yang menarik. (ix) Murid bebas untuk bergerak, berlakon, menyanyi dan sebagainya dalam keadaan terkawal. (x) Aktiviti didik hibur banyak menggunakan komunikasi melalui bahasa tubuh.

Faktor Yang Mempengaruhi Pelaksanaan Didik Hibur. Guru: Kejayaan sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran itu adalah terletak kepada kebijaksanaan guru sebagai pengurus dan perancang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebagai guru, beberapa perkara berikut perlu dipatuhi, iaitu: ( i ) Perwatakan guru yang menarik, kecindan, tidak menakut atau menggerunkan murid ( ii ) Bahasa yang digunakan sesuai dengan tahap murid. (iii) Guru tidak menjatuhkan air muka atau memalukan murid di khalayak. (iv) Guru seorang pengurus atau penganjur aktiviti yang baik. (v) Sepatutnya guru boleh melakonkan pelbagai watak dalam pelbagai aktiviti. (vi) Guru boleh membuat pelbagai suara. (vii) Boleh memberi arahan dengan tepat dan menarik. (viii) Seorang yang prihatin dan peka serta tajam daya pemerhatian. (ix) Guru berkebolehan menukar atau melakukan penyesuaian mendadak (x) Guru atau fasilitator seorang yang fleksibel Aktiviti

Kejayaan didik hibur secara kerkesan bergantung kepada aktiviti yang dirancang. Walau bagaimanapun terdapat beberapa ciri yang perlu diambil kira oleh guru semasa merancang aktiviti didik hibur dalam bilik darjah, iaitu: ( i ) Aktiviti perlu disesuaikan dengan tahap murid yang hendak diajar. ( ii ) Jalankan aktiviti yang murid-murid sedia ketahui berdasarkan silang budaya yang sama. ( iii ) Penyerapan didik hibur memerlukan tempoh pelaksanaan dan peruntukan masa pembelajaran yang sesuai atau waktu yang fleksibel. ( iv ) Aktiviti didik hibur boleh dilaksana, dijalan dan diselesaikan bersama murid-murid tanpa ada banyak masalah atau halangan. ( v ) Aktiviti yang dipilih tidak menjurus ke arah permusuhan atau konflik antara murid. ( vi ) Sediakan peraturan yang jelas, senang, mudah difahami atau diikuti oleh murid. ( vii ) Aktiviti didik hibur yang dirancang juga perlu memberikan kepuasan kepada mereka yang menyertainya, serta boleh disertai seramai mungkin murid. Penutup Pada dasarnya amalan penyerapan didik hibur bukanlah perkara yang baru dalam siri pendidikan negara. Untuk tujuan penegasan istilah didik hibur digunakan secara jelas sebagai komitmen yang bersungguh-sungguh kerajaan untuk mengaplikasikan pendekatan ini yang diadaptasikan menerusi pendekatan Fun Learning yang digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran

KEMAHIRAN BERNILAI TAMBAH


Pengenalan Kemahiran Bernilai Tambah (KBT) ialah kemahiran yang dapat digunakan dalam setiap sesi pengajaran. Kemahiran ini dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan melaksanakan aktiviti pengajaran secara berkesan. Ia juga sebagai persediaan murid menghadapi senario dunia global yang sebenar. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah terdapat tujuh cadangan kemahiran bernilai tambah untuk guru melaksanakan dalam bilik darjah. Setiap kemahiran bernilai tambah itu boleh dilaksanakan secara solo mahupun secara bergabungan. Jenis-Jenis Kemahiran Bernilai Tambah (a) Kemahiran Berfikir Pusat Perkembangan Kurikulum (2002) yang merumuskan pendapat Mayer (1977 dan 1991) dan Fraenkel (1980) merumuskan Kemahiran Berfikir sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau menyelesaikan masalah. Proses asas berfikir ialah apabila anda mengemukakan pertanyaan. Hal ini kerana untuk mengemukakan pertanyaan anda perlu memikirkan aspek yang ingin ditanya. Proses berfikir itu akan melibatkan satu set pertanyaan yang dimulai pertanyaan rasa ingin tahu, seperti; a) Apakah objek itu? b) Bagaimanakah bentuk objek itu? c) Apakah kegunaan objek itu? d) Bagaimanakah menggunakan objek itu? e) Di manakah dapat memperoleh objek itu? Apabila ada pertanyaan maka diperlukan jawapan. Untuk menjawab pertanyaan itu, anda akan menggerakkan minda secara lebih aktif. Ia akan melibatkan proses mencari dan menilai kerana tidak semua maklumat yang diperoleh itu sesuai untuk dijadikan jawapan. Dalam proses mencari dan menilai jawapan akan melibatkan beberapa kemahiran seperti berfikiran kreatif, berfikiran kritis, menaakul dan strategi berfikir. Ia dinamakan jenis-jenis kemahiran berfikir. Maklumat yang berikut ialah contoh aktiviti yang boleh dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran. (a) Kemahiran Berfikir Kreatif ialah kemahiran mencerna dan menghasilkan idea baharu yang mementingkan keindahan. Lazimnya ia melibatkan penghasilan bentuk baharu, pengolahan bahasa yang indah, teknik penyampaian yang menarik, dan sudut pandangan yang tidak berlandaskan kebiasaan. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002) dalam Kemahiran Berfikir Kreatif akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti; i. menjana idea antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengemukakan idea, mencadangkan alternatif, mencadangkan sebab,

menyenaraikan idea, menyatakan cara lain, menyumbangkan pendapat atau pandangan, menyatakan kemungkinan, menghasilkan atau mencetus idea baharu, dan sebagainya. ii. Membuat inferens antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan awal atau hipotesis berdasarkan pemerhatian, membuat rumusan awal berdasarkan data-data yang diperoleh, membuat kesimpulan awal daripada maklumat yang diperoleh, membuat tanggapan awal, membuat penyataan awal, menyatakan pendidirian awal, menyatakan ketetapan awal dan sebagainya. iii. Menghubung kait antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menerangkan sebab dan akibat, menyatakan perkaitan, menyatakan sebab-musabab, menyatakan implikasi, mengkaji perkaitan, mencari perkaitan, mengaitkan idea, menyatakan pertalian, membuat perhubungan dan sebagainya. iv. Meramal antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan apa yang akan berlaku, membuat jangkaan, mengganggarkan apa yang akan berlaku, membuat perlunjuran, menyatakan kemungkinan yang akan berlaku, dan sebagainya. v. Membuat hipotesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan cadangan yang perlu diuji kesahihannya, membuat andaian yang perlu dibuktikan kebenarannya, membuat penyataan yang perlu diuji ketepatannya, menyatakan kesimpulan sementara yang perlu diuji dan sebagainya. vi. Mensintesis antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menggabungkan idea, menggubalkan semula, menyatukan idea-idea, menyepadukan idea-idea, dan sebagainya. vii. Mengitlak antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat penyataan umum berdasarkan pola, membuat generalisasi, membuat rumusan umum daripada keseluruhan idea, dan sebagainya. viii. Menganalogi antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memetaforakan, membuat sindiran, membuat kiasan, membuat perlambangan, membuat simulasi, membandingkan sesuatu yang ada ciri-ciri persamaan, dan sebagainya. ix. Membuat gambaran mental antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengimaginasikan, menggambarkan dalam bentuk lain, membayangkan dalam minda, melakarkan peta minda, menceritakan gambaran mental, dan sebagainya. x. Reka cipta antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah cadangan idea, asli, menghasilkan guahan asli, membuat rekaan bentuk, menciptakan sesuatu, membuat pengubahsuaian, menghasilkan idea kreatif, dan sebagainya. (b) Kemahiran Berfikir Kritis ialah membuat analisis, membuat penilaian, membuat sintesis, membuat kritikan dan menilai kemunasabahan sesuatu idea. Dalam proses membuat penilaian itu akan melibatkan penyesuaian dengan beberapa aspek atau elemen. Mengkritik karya kesusasteraan akan melibat penggunaan teori kajian sastera sebagai kayu pengukurnya. Menilai tingkah-laku manusia akan melibatkan aspek sosio-budaya bangsa berkenaan sebagai kayu pengukurannya. Menurut Pusat Perkembangan kurikulum (2002a) dalam Kemahiran Berfikir Kritis akan melibatkan beberapa aktiviti pemikiran seperti;

i. Mencirikan antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyatakan atau menyenaraikan ciri-ciri, sifat dan unsur sesuatu, mengenal pasti dan menyatakan kualiti sesuatu, dan sebagainya. ii. Membandingbezakan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari persamaan dan perbezaan ciri, bentuk, sifat, warna, fungsi, dan sebagainya. iii. Mengumpul dan mengkelaskan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat pengkelasan berasakan ciri, kategori, fungsi, bentuk, warna, kriteria, dan sebagainya. iv. Membuat urutan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyusun mengikut urutan, kepentingan, nilai, abjad, nombor, kriteria tertentu, dan sebagainya. v. Menganalisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencerakin maklumat, mengolah idea, mengesan sebab, menghuraikan faktor, ciri-ciri, akibat, mencari punca atau bukti berasaskan maklumat atau data, dan sebagainya. vi. Menilai -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mentaksir maklumat, mempertimbangkan pendapat atau cadangan, membuat pilihan, menentukan nilai atau kepentingan, mencari sebab dan kesan, dan sebagainya. vii. Membuat kesimpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah merumuskan maklumat atau data, membuat hipotesis atau tesis, kesimpulan dan sebagainya. (c) Kemahiran Berfikir Menaakul ialah kemahiran membuat pertimbangan secara logik dan rasional terhadap beberapa contoh sebelum membuat kesimpulan. Terdapat penaakulan secara induktif (berasaskan beberapa contoh kemudian membuat kesimpulan) dan penaakulan deduktif (mengemukakan rumusan dan kemudian memberi beberapa contoh untuk membuktikan kebenaran rumusan tersebut). Aktiviti menaakul melibatkan; i. Hipotesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat untuk membuktikan hipotesis seperti memberi contoh-contoh sesuai. ii. Pengumpulan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mengumpulkan maklumat atau data yang sama ciri, sifat atau kriteria untuk membuat kesimpulan atau rumusan. (d) Strategi Berfikir atau sering juga disebut Kemahiran Berfikir Kreatif dan kritis. Gabungan pemikiran itu bertujuan untuk membuat konsepsi, keputusan dan menyelesaikan masalah. Petunjuk strategi berfikir ialah; i. Mengkonsepsikan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti ciri-ciri, fungsi, rupa, persamaan untuk membuat rumusan dan membina konsep. ii. Menyelesaikan masalah -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti masalah, punca masalah, kesan masalah,

sasaran masalah dan sebagainya untuk diselesaikan. iii. Membuat keputusan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kenal pasti matlamat, sasaran, kepentingan, alternatif, punca dan kesan dan sebagainya untuk buat penentuan. (b) Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) bermaksud kebolehan, keupayaan menggunakan alat-alat ICT dalam pengajaran dan pembelajaran secara berfikrah, terancang, kesesuaian, dan berkesan. Semuanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan pengajaran dan keberkesanan pembelajaran. Dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) penggunaan ICT untuk tujuan komunikasi seprti menghantar dan menerima emel, menggunakan aplikasi perisian untuk menyempurnakan tugasan dan mengakses maklumat. Kemahiran ICT perlu diaplikasikan supaya murid dapat menggunakannya untuk tujuan mendapatkan maklumat, memproses maklumat, dan menghantar maklumat. Kemahiran ICT bukan sahaja kemampuan aplikasi komputer atau internet, malahan juga radio kaset, televisyen dan sebagainya yang bersifat teknologi. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001a) penggunaan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat diaplikasikan dari aspek pengajaran (guru menggunakan ICT), dan aspek pembelajaran (murid menggunakan ICT). Dalam konteks pengajaran, ICT digunakan sebagai; i. Persembahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menayangkan power points, petikan, gambar, gambar rajah, gambar visual dan sebagainya. ii. Demonstrasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah gambar visual berkenaan tunjuk cara, rajah contoh pelaksanaan, dan sebagainya. Dalam konteks pembelajaran, pengaplikasian ICT dalam pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam beberapa kategori seperti; i. Tutorial -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari maklumat dalam internet, menyelesaikan atau melengkapkan tugasan, menghantar maklumat menggunakan email, menonton demostrasi contoh tugasan, dan sebagainya. ii. Penerokaan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencari dan mengakses maklumat daripada CD-ROM, internet, portal; mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi, melihat demonstrasi sesuatu untuk dilaporkan. iii. Pengaplikasian -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis dan mengedit karangan dalam perisian, mencari dan melengkapkan maklumat yang diusahakan, mengaplikasi graf, carta dan sebagainya untuk tujuan melengkapkan maklumat, menyisih dan mengkelas data-data yang diperoleh dengan menggunakan perisian-perisian yang sesuai seperti SPSS, dan sebagainya. iv. Komunikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghantar, menerima dan berkongsi maklumat sama ada antara individu mahupun dengan ramai individu. Antara mod atau bahan yang memboleh

(c) Kemahiran Belajar Cara Belajar Pusat Perkembangan kurikulum (2001b) menegaskan Belajar Cara Belajar (BCB) sebagai satu proses teknik belajar sama ada belajar bersama guru mahupun belajar tanpa bersama guru. Pendapat Sherina yang dipetik oleh Abdul Hamid Mahmood (2007) pula berpendapat BCB merupakan kaedah belajar atau menelaah pelajaran yang boleh berlaku dalam kelas bersama guru ataupun secara berseorangan membaca buku di perpustakaan. Bagi Abdul Hamid Mahmood sendiri BCB merupakan usaha mengembangkan tabiat belajar. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (2003) menegaskan tujuan pelaksanaan BCB agar murid peka terhadap teknik-teknik pembelajaran yang berkesan bagi membolehkan murid meningkat pengetahuan, cekap bertindak dan menyesuaikan diri dengan perubahan semasa, dan sebagai amalan pembelajaran sepanjang hayat. Dengan terbentuk sikap peka diharapkan sistem pendidikan akan menghasilkan pelajar yang aktif, bersikap ingin tahu, rajin berusaha mendapatkan maklumat dari pelbagai sumber dan matang merumuskan maklumat. Antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat sumbang saran, aktif menyoal, mengenal pasti idea dan menyusun idea, mencari sumber maklumat, memilih dan menilai maklumat, membuat pemerhatian, mendengar secara aktif, mencatat nota atau maklumat atau data, membuat inferensi atau generalisasi, menyusun data, membuat rujukan silang, berkongsi maklumat, menepati masa. Menurut Abdul Hamid Mahmood dan Nik Hassan Hj. Nik Basri (2007), BCB melibatkan aspek; i. Kemahiran pengurusan kendiri -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyediakan peralatan belajar, pengurusan masa, pilihan kerjaya masa depan, menepati masa, mengurus tekanan belajar dan menggalakkan perbincangan. ii. Kemahiran mendengar, participating dan mengambil nota -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menghayati, memahami dan menilai maklumat didengari, mencatat maklumat didengari, rajin bertanya, memberi pendapat atau pandangan, bersikap ingin tahu dan mencuba, berkongsi maklumat dan sebagainya. iii. Kemahiran membaca -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membaca secara luncuran (skimming) seperti membaca tajuk, subtajuk, pendahuluan, ringkasan atau rumusan; membaca secara imbasan (scanning) seperti membaca pantas pendahuluan atau rumusan; bacaan intensif secara terperinci dan tekun; dan bacaan laju dengan cara menambahkan bahan bacaan. iv. Kemahiran menulis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menulis atau mencatat cepat, membuat ringkasan, membuat peta minda, mencatat isi penting dan sebagainya. v. Kemahiran mengingat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyenaraikan kembali fakta atau isi, menceritakan kembali maklumat yang dibaca, dan sebagainya. (d) Kemahiran Kajian Masa Depan

Pusat Perkembangan Kurikulum (2002b) Kemahiran Kajian Masa Depan (KMD) ialah satu cara menyusun pemikiran atau cara kita mengkonsepsikan kehidupan. KMD diperkenalkan agar generasi baharu bersedia menghadapi cabaran dan perubahan. Hal ini disebabkan masa depan setiap manusia pasti berubah, penuh dengan cabaran, dan dugaan yang tidak sama dengan masa sekarang. Dengan adanya kesedaran KMD diharapkan dapat mewujudkan masyarakat Malaysia yang berwawasan, rasional, kreatif, dinamik dan matang. Betapapun kita tidak tahun kejadian masa depan, namun masa depan dapat diramalkan. Misalnya, seseorang yang terlibat sebagai pengedar najis dadah pasti akan ditangkap dan dihukum pada suatu masa nanti. Antara aspek pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah ialah; i. Membuat ramalan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat atau data dan kemudian membuat ramalan, membayangkan berlaku sesuatu (imaginasi), membuat persediaan untuk menghadapi hasil ramalan, dan sebagainya. ii. Menjangka akibat -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis sebab dan menjangka akibatnya, menganalisis kejadian dan menjangka akibatnya, mengatur strategi mengatasi kebimbangan, membuat persediaan menghadapi sesuatu yang bakal berlaku, dan sebagainya. iii. Mengendalikan perubahan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membincangkan cara-cara mengatasi sesuatu daripada berlaku, membuat persediaan untuk menghadapi sesuatu, menyesuaikan kebiasaan diri, dan sebagainya. (e) Kemahiran Kecerdasan Pelbagai Kemahiran Kecerdasan Pelbagai (KKP) merujuk kebolehan murid menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam kehidupan sebenar. Dengan adanya kepelbagaian kemahiran murid mampu menjana idea untuk memajukan lapangan diceburi. KKP mampu melahirkan murid aktif kerana dengan adanya kepelbagaian kemahiran menyebabkan murid berani menawarkan khidmat bernilai dalam lingkungan sesuatu budaya. Pusat perkembangan Kurikulum (2001c) mencadangkan lapan jenis kecerdasan pelbagai yang sesui diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran murid, iaitu; i. Kecerdasan Verbal-Linguistik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melafazkan kata-kata secara santun, melafazkan katakata dengan nada dan intonasi yang betul, memilih dan menggunakan perkataan yang tepat menggambarkan idea dalam setiap penulisan, kebolehan menggunakan ungkapan dan bahasa badan yang sesuai berdasarkan situasi, persekitaran, status sosial dan isu yang diperkatakan, dan sebagainya. ii. Kecerdasan Logik-Matematik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan nombor secara berkesan dan bijak berhujah, memahami fungsi nombor, simbol atau tanda dan kegunaannya, kebolehan menjangka, dan sebagainya. iii. Kecerdasan Visual-Ruang -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuk kemampuan membuat persembahan idea, grafik, hasil seni secara berkesan dalam ruang ditetapkan.

iv. Kecerdasan Kinestetik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan menggunakan badan, anggota badan dan ekspresi badan untuk menyatakan idea, kepelbagaian perasaan, fikiran, menyelesaikan masalah, menyampaaikan hasrat dan sebagainya. v. Kecerdasan Muzik -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan mengesan irama, rentak, tempo, dan melodi lagu. Juga termasuk mengenali rentak pengerakan yang sesuai dengan melodi atau irama. vi. Kecerdasan Interpersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain, serta kebolehan menarik minat orang lain untuk turut sama melakukan sesuatu yang dianjurkan. Misalnya, menarik minat murid menjawab soalan atau melakonkan tugasan yang diberikan. vii. Kecerdasan Intrapersonal -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan memahami diri sendiri dari segi kelemahan, kekuatan, hasrat dan kehendak. Dengan memahami diri sendiri akan memboleh individu berkenaan menangani kelemahan, menjanakan kekuatan, mengawal kemarahan atau kekecewaan, dan memilih aspek yang mampu dilaksanakan. viii. Kecerdasan Naturalis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah kebolehan dari aspek umum seperti mengenali dan memahami alam persekitaran dan makhluknya, sosio-budaya masyarakat kaum sendiri dan orang lain dan mengamalkannya, dan sebagainya. (f) Kemahiran Pembelajaran Kontekstual Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2001d) Pembelajaran Kontekstual (PK) merupakan satu kaedah pembelajaran yang menggabungkan atau menghubungkaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan persekitaran, dan alam pekerjaan. PK menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on (mengamalkan) dan minds-on (memikirkan) dalam persekitaran pelbagai. Pembelajaran berlaku apabila murid dapat memproses maklumat dengan cara menggabungkan atau menghubungkaitkan pengalaman sedia ada dengan pengetahuan baharu secara bermakna. Ia berlaku dalam minda dan kemudian diterjemahkan secara nyata sama melalui kata-kata, perlakuan atau hasilan. Pengalaman sedia ada murid itu melibatkan peraturan bahasa, adat budaya, persekitaran sosial, psikologi, alam fizikal, amalan kehidupan, sekolah, tempat kerja atau tempat tinggal, pelbagai bidang ilmu, dan sebagainya. Guru boleh melaksanakan Kemahiran Pembelajaran Kontekstual dalam bilik darjah dalam pelbagai bentuk pembelajaran seperti; i. Menghubung kait -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menyambungkan cerita, mencipta objek atau mengemukakan idea alternatif, mengubah suai sesuatu atau cara agar sesuai dengan keperluan semasa, dan sebagainya. ii. Mengalami -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah melakukan penerokaan idea, penemuan idea baharu berdasarkan maklumat atau idea sedia ada, reka cipta seperti mencipta kereta luncur yang menggabungkan ciri-ciri kenderaan darat dengan kenderaan air dan kenderaan udara, dan sebagainya.

iii. Mengaplikasi -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah mencipta objek pelbagai guna, menulis karangan yang mempunyai pelbagai teknik atau laras bahasa, dan sebagainya. iv. Bekerjasama -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah memberi reaksi terhadap permasalahan dalam pembelajaran, aktif menjana pembelajaran bersama, berkongsi idea atau maklumat, dan sebagainya. v. Memindahkan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah menganalisis maklumat sedia ada dan kemudian memberi cadangan untuk menyelesaikan masalah, menggunakan ilmu-ilmu dari bidang lain seperti menggunakan objek bersudut (Matematik) untuk melukis mural (Seni Visual), mengarang cerita Sains, memilih corak dan warna yang sesuai untuk pakaian harian, dan sebagainya. (g) Kemahiran Pembelajaran Konstruktivisme Menurut McBrien & Brandt, dan M. Briner yang dipetik oleh Pusat Perkembangan kurikulum (2001e) Konstruktivisme ialah satu pendekatan pengajaran berdasarkan penyelidikan dengan membina pengetahuan baharu atau konsep baharu secara aktif. Murid membina sesuatu atau pengetahuan mereka dengan menguji idea baharu dan idea sedia ada. Mereka boleh mencipta satu makna baharu atau objek baharu. Tentunya untuk membina sesuatu yang baharu akan memerlukan sesuatu yang sedia ada. Jepun mencipta kereta Toyota adalah berdasarkan kereta Ford yang dicipta oleh Britain. Yang menjadi inti fokus dalam konstruktivisme ialah membina sesuatu yang baharu sama ada yang dibina itu objek, konsep, penulisan dan sebagainya. Muhd. Nasrudin Dasuki mencipta Mapen dengan menggabungkan bentuk drama dengan cerpen. Murid boleh membina sesuatu berdasarkan pengetahuan atau pengalaman sedia ada mahupun idea baharu. Hal ini berbeza dengan PK yang menekankan penggabungan idea atau hubung kait idea. Konstruktivisme dapat membina pemahaman dan pengetahuan baharu. Aspek pengajaran dan pembelajaran yang boleh melaksanakan Pembelajaran Konstruktivisme ialah; i. Mengkonsepsikan idea -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina takrif atau definisi sesuatu. ii. Analisis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina rumusan maklumat atau data-data, mengkategorikan maklumat atau data berdasarkan kriteria tertentu, dan sebagainya. iii. Penghasilan -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membina objek-objek seperti kenderaan atau rumah masa depan, dan sebagainya. iv. Hipotesis atau tesis -- antara contoh aktiviti yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah membuat kesimpulan karangan atau idea perbincangan, membina hipotesis atau ramalan berdasarkan maklumat diperoleh, membina tesis berdasarkan maklumat dan data yang sahih, dan sebagainya. Kesimpulan Berdasarkan penerangan di atas dapat disimpulkan bahawa Kemahiran Bernilai Tambah memberi idea alternatif kepada guru dan murid menjanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran lebih ceria, bermakna dan berkesan. KBT dapat membantu guru mempelbagaikan aktiviti pengajaran dan memberi peluang kepada murid melaksanakan

KBT dan seterusnya menjadikan pembelajarannya berkesan. Hal ini sesuai dengan tujuan KBT diperkenalkan, iaitu agar dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global. Rujukan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001a. Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001b. Belajar Cara Belajar. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001c. Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001d. Pembelajaran Secara Kontekstual. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2001e. Pembelajaran Secara Konstruktivisme. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002a. Kemahiran Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2002b. Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia 2003. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hamid Mahmood, Abdul, dan Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, Kemahiran Belajar Cara Belajar dlm. Hassan Basri kadir, Hj. Nik Abdul, et. Al., 2007. Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Kemahiran Bernilai Tambah. Tanjong Malim: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

You might also like