You are on page 1of 8

AUDIOTAPE ANALYSIS CODING INSTRUMENT LISAM 1.

Questioning Skills (Recall/Information) Yes-No : Short Answer : Reflective/Thought Provoking) Comparison : Opinions 2. Teacher Talk/Student Talk Teacher Total (T) = 5 Teacher = 55 % 3. Students Total (S) = Student = 1 11.11% Other Total = 3 = 33.33% Total= Total= 0= 3= 0 % 60 % Total= First Lesson Total= 1 = 1 = 20 % 20 %

Identification of Set Induction and Closure (Describe each from the tape) Set Induction: Teacher use the clip video as his set induction.

Closure: Teacher close the lesson by conclude all the topic.

4.

Wait time (Time between teacher question and next statement) Average Time = 5 seconds

5.

Identify Number of Positive Statements Made by Teacher. (Praise or encouragement) Class 1 Individual 7 Uses student name 6 Total = 14 4

6.

Identify the Number of Times the Teacher Uses Student Ideas Total =

AUDIOTAPE ANALYSIS CODING INSTRUMENT LISAM 1. Questioning Skills (Recall/Information) Yes-No : Short Answer : Reflective/Thought Provoking) Comparison : Opinions 2. Teacher Talk/Student Talk Teacher Total (T) = 8 Teacher = 61.54 % 3. Students Total (S) = Student = 2 15.38% Other Total = 3 = 23 % Total= Total= 1= 6= 5% 30 % Total= Second Lesson Total= 8 = 5 = 40 % 25 %

Identification of Set Induction and Closure (Describe each from the tape) Set Induction: Teacher use the clip video as his set induction.

Closure: Teacher close the lesson by conclude all the topic.

4.

Wait time (Time between teacher question and next statement) Average Time = 3 seconds

5.

Identify Number of Positive Statements Made by Teacher. (Praise or encouragement) Class 7 Individual 14 Uses student name 5 Total = 26 7

6.

Identify the Number of Times the Teacher Uses Student Ideas Total =

LOW INFERENCE SELF ASSESSMENT MEASURE 1. Questioning skills Peratusan kemahiran menyoal bagi kedua-dua pengajaran saya tidak begitu sekata, walaubagaimanpun ia bertambah bagi sesetengah kemahiran menyoal seperti kemahiran menyoal soalan ya tidak, soalan bagi jawapan pendek dan soalan perbandingan. Bagi soalan pendapat pula peratusan saya menurun 30 % iaitu daripada 60 % kepada 30 %. Peratusan yang paling meningkat pula adalah peratusan bagi soalan kepada jawapan pendek iaitu dengan peningkatan 20 % iaitu daripada 20 % kepada 40%. Kejatuhan peratusan bagi kemahiran menyoal soalan pendapat adalah disebabkan saya hanya bertanya soalan-soalan yang mudah sehaja kepada murid-murid tanpa menyoal soalan-soalan aras tinggi seperti meminta pandangan ataupun jalan penyelesaian. Faktor ini menyebabkan peratusan bagi kemahiran menyoal soalan pendapat menurun. Walaubagaimanapun saya berpuas hati kerana banyak peningkatan saya mampu lakukan pada sesi pembelajaran yang kedua dan murid-murid juga lebih seronok untuk belajar. Saya berharap agar kemahiran menyoal saya akan lebih meningkat pada masa akan datang dan perlu banyak lagi yang saya perlu baiki dan pelajari.

2. Masa guru atau murid bercakap Bagi bahagian ini pada sesi pembelajaran yang pertama jumlah masa bagi guru bercakap adalah sebanyak 5 minit daripada awal hingga ke akhir pembelajaran dengan peratusanya sebanyak 55.55 %. Manakala bagi jumlah masa murid bercakap pula adalah sebanyak 1 minit dengan peratusanya sebanyak 11.11% dan lain-lain adalah sebanyak 3 minit dengan peratusanya 33.33%. Bagi perbezaan antara sesi pembelajaran pertama dan kedua, di sini terdapat beberapa peningkatan terutamanya pada jumlah masa guru bercakap dan murid bercakap. Bagi jumlah masa guru bercakap adalah bertambah sebanyak 3 minit iaitu daripada 5 minit ke 8 minit. Bagi jumlah masa murid bercakap pula peningkatan sebanyak 1 minit daripada 1 minit ke 2 minit. Manakala bagi lain-lain tidak berubah disebabkan oleh penggunaan video yang sama dalam set induksi. Peningkatan masa bercakap ini bertambah disebabkan saya cuba untuk menghurai dengan lebih lanjut bagi setiap isi pelajaran yang cuba disampaikan sebagai contoh saya menghurai setiap jenis mesin ringkas berserta dengan fungsi bagi setiap mesin ringkas walaupun sudah ditunjukkan di dalam klip video. Disebabkan kualiti video yang kurang baik juga menyebabkan saya perlu menerangkan balik apa yang cuba disampaikan di dalam klip video tersebut. Walaubagaimanapun saya berpuas hati kerana berlakunya peningkatan semasa melakukan sesi pengajaran yang kedua. Setiap kelemahan yang dikenalpasti juga mesti diperbaiki dan diubah agar kualiti pengajaran lebih baik dapat dihasilkan pada sesi pengajaran pada masa akan datang.

3. Set induksi dan Penutup. Sesi pengajaran pertama Set induksi : pada sesi pengajaran pertama tayang klip video dipilih sebagai set induksi. Tujuan tayangan klip video dipilih adalah disebabkan untuk menarik minat murid untuk belajar tajuk tersebut. Klip video yang dimuat turun daripada internet digunakan untuk ditayang. Walaubagaimanapun mereka kelihatan bosan melihat klip video yang ditayangkan kerana tidak berkualiti dan kurang menarik minat murid. Sesi pengajaran kedua Set Induksi : Pada sesi pengajaran kedua saya masih menggunakan tayangan klip video sebagai set induksi. Pada kali ini murid lebih memberikan perhatian kerana saya telah menukarkan daripada klip video yang lama kepada klip video yang lebih baru dan menarik. Mereka minat untuk mengetahui apa yang terjadi dalam klip video tersebut dan begitu teruja. Penggunaan teknologi seperti ini perlu lah dimanfaatkan sebaiknya untuk pengajaran dan pembelajaran agar sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut lebih menarik. Sesi pengajaran Pertama Penutup : Pada sesi pengajaran pertama guru merumuskan keseluruhan topik yang dipelajari begitu sahaja tanpa member peluang kepada murid untuk membuat rumusan mereka sendiri. Pada sesi penutup tersebut saya merumuskan balik apa yang dimaksudkan dengan mesin ringkas, jenis mesin ringkas dan fungsi bagi setiap mesin ringkas tersebut. Di samping itu juga nilai-nilai tidak saya sematkan semasa sesi penutup tersebut. Sesi pengajaran Kedua Penutup : Bagi sesi pengajaran yang kedua guru merumuskan balik apa yang telah dipelajari pada hari tersebut. Murid-murid diberi peluang dahulu untuk membuat rumusan. Guru meminta salah seorang daripada mereka untuk menerangkan apa itu mesin ringkas dan meminta budak lain pula untuk menerang dan membandingbezakan bagi setiap jenis mesin ringkas. Murid faham dengan apa yang diajar berdasarkan

rumusan yang diberi adalah tepat dan betul dan secara tidak langsung hasil pembelajaran dan objektif pembelajaran tercapai. 4. Masa menunggu. Masa menunggu adalah bergantung kepada respon murid terhadap soalan ataupun pendapat guru.Bagi sesi pengajaran pertama saya masa menunggu adalah selama 5 saat. 5 saat adalah merupakan satu tempoh masa yang agak lama dan sekiranya masa menunggu lebih lama keadaan kelas mungkin lebih teruk ataupun tidak terkawal. Pada sesi pengajaran pertama saya murid tidak banyak member respon dan menyebabkan masa menunggu menjadi lebih lama. Walaubagaimanapun masa menunggu pada sesi pengajaran kedua berkurang sebanyak 2 saat iaitu daripada 5 saat ke 3 saat. Hal ini berlaku kerana saya banyak memberi soalan-soalan yang mudah kepada murid-murid untuk dijawab. Di samping itu murid-murid bagi sesi pengajaran kedua saya lebih aktif dan bersemangat untuk menjawab soalan berbanding murid pada sesi pengajara pertama.

5. Penyataan positif ataupun pujian daripada guru Bagi bahagian ini penyataan positif ataupun peneguhan positif perlulah kerap dilakukan oleh guru kerana murid akan lebih bersemangat dan bermotivasi untuk belajar sekiranya mereka kerap dipuji dan dipanggil. Selain itu apabila nama mereka dipanggil mereka akan rasa lebih disayangi dan tidak dipinggirkan semasa guru mengajar. Adalah lebih baik sekiranya guru dapat mengingat semua nama murid di dalam kelas mereka agar murid yang tidak disebut namanya tidak tersinggung atau rasa disisih. Pada sesi pengajaran pertama saya, saya hanya member pujian pada keseluruhan kelas hanya 1 kali sahaja, bagi pujian individu sebanyak 7 kali dan memanggil nama murid sebanyak 6 kali dan keseluruhanya bagi sesi pengajaran pertama adalah sebanyak 14 kali. Walaubagaimanapun pada sesi pengajaran kedua saya memperbaiki diri saya dengan meningkatkan lagi peneguhan positif ini. Terdapat beberapa peningkatan terutamanya pujian bagi seluruh kelas iaitu daripada 1 kali kepada 7 kali dan pujian terhadap individu daripada 7 kali kepada 14 kali. Pada sesi pengajaran kedua jumlah peneguhan tersebut berjumlah sebanyak 26 kali. Hasilnya apa yang saya dapat lihat murid-murid lebih bersemangat dan rasa mereka disayangi dan dihargai.

6. Jumlah guru menggunakan idea murid.

You might also like