You are on page 1of 20

HEAT TRANSFER PART 1 (HEAT GAIN / HEAT LOSS)

Keselesaan adalah sesuatu yang abstrak ataupun subjektif dan sukar dinilai mahupun disukat. Dalam sains, keselesaan dapat disukat dan diukur. Contohnya suhu udara disukat dengan jangkasuhu. Keselesaan cukup penting bagi semua benda bernyawa mahu pun tidak dalam menjalani hidup ataupun menjadikan hayat sesuatu benda tahan lama. Keselesaan merangkumi benda hidup iaitu manusia dan juga hidupan manakala benda bukan hidup merangkumi alat atau benda yang bernilai dan bersejarah. Ia bergantung kapada 2 perkara utama iaitu keadaan cuaca dan keadaan iklim.

Iklim

ialah keadaan,suasana atau sifat sesuatu tempat bagi kawasan yang luas. Ia berlaku bagi tempoh yang lama dan perubahan jarang berlaku, Namun jika berlaku perubahan ia selalunya berlaku dalam tempoh 15-20 tahun sekali. Contohnya kawasan gurun yang sentiasa panas dankering setiap masa tiba-tiba di turuni salji.

Cuaca ialah keadaan,suasana atau sifat sesuatu tempat bagi kawasan yang tidak luas. Ia berlaku dalam tempoh yang singkat. Ia kerap berlaku dan selalunya ia berlaku dalam tempoh masa 3 - 5 tahun sekali. Contohnya adalah musim hujan, musim tengkujuh, musim kemarau, musim panas dan musim luruh. Dalam kursus ini, keselesaan hanya difokuskan kepada manusia bukan kepada hidupan lain dan benda yang berharga ataupun bersejarah. Ini kerana keselesaan bagi manusia cukup penting dalam meningkatkan kualiti hidup

Terdiri 1) 2) 3)

daripada 3 iaitu:

Suhu Kelembapan udara Halaju/ pengaliran udara

Keselesaan

tubuh manusia bergantung kepada keseimbangan badan manusia dimana suhu badan manusia yang normal adalah 37 c dan suhu kulit manusia adalah 35 c . Manusia perlu mengekalkan suhu badan pada paras yang sekata. Haba yang berlebihan mesti dikeluarkan ke alam sekitar. Lebihan atau pengurangan haba pada badan manusia akan menyebabkan ketidakselesaan.

Manusia perlu berada di persekitaran yang kelembapannya adalah sederhana di mana keadaan persekitaran tidak terlalu lembap dan tidak terlalu kering bagi mendapatkan keselesaan yang cukup baik. Keselesaan tidak dapat diperolehi sekiranya manusia berada di kawasan yang mempunyai kelembapan udara yang tinggi. Contohnya kawasan air terjun Manakala sekiranya kelembapan terlalu kering ia menimbulkan ketidakselesaan juga kepada manusia contohnya padang pasir dan sawah padi kering.

Udara

dalam persekitaraan mestilah beredar dengan cepat tidak kira samada perolakan / pancaran. Di mana lebih cepat udara bergerak maka lebih selesa kita berada di situ. Walaubagaimana pun ada kalanya halaju udara yang melampau tidak akan memberi keselesaan pada manusia. Contohnya ribut taufan

Manusia

menyesuaikan diri persekitaran melalui 2 kaedah: Heat gain (penghasilan haba) Heat loss (kehilangan haba)

dengan

1) 2)

Heat

gain bermaksud penghasilan haba di mana haba dihasilkan dari tubuh manusia. Heat gain terbentuk melalui: Metabolisma (Haba yang terhasil melalui proses biochemical) Proses biochemical boleh terjadi sama ada secara proses basal metabolisma atau mascular metabolisma.

Basal
a. b. c.

metabolisma

d.

Haba dari pembakaran makanan . Haba dihasilkan melalui makanan yang dimakan oleh seseorang dibakar dalam tubuh. Haba dihasilkan sekiranya seseorang makan/minum makanan/minuman yang panas. Cth: Makan mee sup atau minum kopi panas Lagi banyak makan makanan panas lagi banyak penghasilan haba

Mascular
a. b.

metabolisma

c.

Haba dari pergerakan otot. Kawalaturan metabolik kimia dalam tubuh badan yang melibatkan peranan otot rangka, kelenjar adrenalin dan kelenjar tiroid Contoh: Dalam keadaan sejuk, otot rangka akan mengecut secara aktif dan menyebabkan kegigilan. Kelenjar adrenalin akan merembeskan hormon adrenalin dan kelenjar tiroid akan merembeskan hormon tiroksina. Hormon ini bertujuan meningkatkan suhu badan.

Pengaliran

(melalui sentuhan) Dimana apabila manusia menyentuh sesuatu permukaan panas maka haba dapat dihasilkan. Contohnya seseorang manusia memeluk seseorang manusia yang lain maka haba dapat dihasilkan ataupun manusia yang tinggal di kutub selatan memakai baju sejuk bagi menghasilkan haba danmembuat mereka panas dan mendapat keselesaan

Perolakan Terhasil

apabila udara sekitar lebih panas dari suhu kulit dimana apabila manusia berada di kawasan yang iklimnya lebih panas dari suhu kulit maka haba dapat di hasilkan Contohnya di padang gurun.

Pancaran Didapati melalui

sinaran matahari, api dan kepanasan dari tubuh manusia. Di mana apabila manusia menerima pancaran daripada sinaran matahari, api dan kepanasan tubuh manusia maka manusia akan mendapat haba dan sekali gus menghasilkan haba dalam tubuh manusia. Contohnya seorang manusia kesejukan duduk berdekatan dengan unggun api mendapat haba dari api dan sekali gus dapat membantu tubuh badan manusia menghasilkan haba dan membuat manusia tersebut mendapat keselesaannya.

Heat

loss bermaksud kehilangan haba dalam badan/ tubuh. Ianya terhasil sama ada secara: Pengaliran Perolakan Pancaran Pemeluwapan

1) 2) 3) 4)

Pengaliran terhasil melalui sentuhan dengan permukaan sejuk daripada suhukulit.contohnya seseorang manusia yang kepanasan memeluk ataupun menyentuhmanusia yang kesejukan. Ianya boleh menyebabkan kehilangan haba dari tubuh manusiayang kepanasan kerana haba beralih kepada orang yang kesejukan
1)

2) Perolakan Terhasil apabila udara sekitar lebih sejuk daripada suhu kulit. Di mana apabila suhu sekitar agak sejuk dari suhu badan maka ia boleh membantu seseorang manusia untuk menurunkan haba dari tubuh. Contohnya cuaca hujan yang agak sejuk menyebabkan manusia kehilangan haba

3) Pancaran terhasil dari pencaran awan pada waktu malam atau dari permukaan yang sejuk. Di mana apabila permukaan sejuk ia boleh membantu menghilangkan haba. Contohnya kabus atau embun yang keluar di pagi hari menyebabkan cuaca sejuk dan sekali gus membantu menghilangkan haba dari tubuh manusia

4) Pemeluwapan Terhasil dari lembapan dalam udara dan proses pernafasan serta perpeluhan.

You might also like