You are on page 1of 1

PEGENALAN

Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif menjadi satu perkara yang perlu di gunakan oleh mahasiswa dalam kehidupan seharian dan di tempat kerja kelak. Jadi pembelajaran ilmu ini sahaja tidak mencukupi. Malahan perlu mengaplikasikannya dan menghasilkan produk ataupun ciptaan mengunakan ilmu ini. Kita sebagai mahasiswa yang mempelajari subjek pemikiran kritis dan kreatif ini berjaya mencipta kerusi boleh laras. Idea berkenaan produk ini muncul apabila kita mendapati tidak mencukupi kerusi di bilik kuliah pada masa pembelajaran. Dari idea tersebut kita bertanya-tanya cara penyelesaian untuk mengurangkan ataupun menyeslesaikan permasalahan kebanyakaan mahasiswa alami.Daripada perbincangaan di kalangan ahli kumpulan kita mendapati perlukan kerusi yang kecil, kurang berat dan senang di bawa. Selepas kita membuat rujukan di buku , internet dan pelbagai bahan ilmiah kita mendapat mengambarkan seta melukis produk kita pada kertas. Perkembangan seterusnya, kita mencari kerusi yang kita lukis dipasaran. Hal ini untuk mendapat tahu kerusi seumpama itu wujud di pasaran ataupun tidak.Kita dapat mencari kerusi lebih kurang sama dengan kerusi kita. Tapi ada beberapa kelemahan dan kerusi tersebut masih belum mengisi kehendak kita sebagai mahasiswa. Jadi kita mengubah suai kerusi tersebut untuk diguna pakai di kelas. Kita mengubahsuai kerusi tersebut supaya kerusi tersebut boleh di gunakan sebagai tempat duduk yang selesa dan boleh juga digunakan bahagian meja yang disertakan dengan kerusi ini. Hasil daripada modifikasi ini produk ini boleh di bawa dan di pakai dimana mana kawasan yang memerlukannya. Produk seumpama ini berjaya dihasilkan disebabkan pemikiran kritis dan kreatif yang kita aplikasikan dalam kehidupan harian. Walaupun perubahan kita lakukan hanya sikit tetapi ia banyak memberI manfaat kepada mahasiswa yang memerlukannya.

You might also like