You are on page 1of 1

ARKIB : 18/12/2010

Dr. Mahathir galak rakyat simpan emas


KUALA LUMPUR 17 Dis. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menasihatkan orang ramai supaya menyimpan emas berbanding mata wang kerana nilai emas lebih terjamin dan sukar untuk jatuh. Bekas Perdana Menteri itu berkata, nilai mata wang tidak terjamin kerana ia bergantung kepada pasaran tukaran mata wang dunia yang sentiasa berubah-ubah. Menurutnya, ada kalanya nilai mata wang akan jatuh dengan teruk apabila berlaku sesuatu krisis kewangan di dalam sesebuah negara. "Mata wang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai Dr. Mahathir Mohamad memegang sebenar, namun emas boleh mewakili nilai sebenar replika logo Genneva Syariah bersama Presiden Persatuan kerana ia sebuah logam berharga di seluruh dunia. Persahabatan Malaysia-Arab Saudi, "Simpanan emas lebih terjamin kerana fungsi komoditi Ahmad Khairuddin Illias (kiri) dan itu sebagai penyimpan nilai kalis inflasi dan berdaya Ketua Pegawai Eksekutif Genneva, tahan terhadap ketidaktentuan ekonomi global yang Tan Liang Keat (dua dari kanan) sambil disaksikan Pengerusi The sedang melanda ekonomi dunia ketika ini," katanya. Gold Bullion Entreprenueurs Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Association Malaysia, Datuk Ng Poh Weng (kanan) pada majlis selepas merasmikan Pelancaran Produk Emas Genneva Pelancaran Produk Emas Genneva Malaysia berkonsepkan syariah di sini, kelmarin. Malaysia di Kuala Lumpur, barubaru ini. Produk emas Genneva Malaysia dihasilkan dalam bentuk jongkong oleh Persatuan Persahabatan Malaysia-Arab Saudi (MSAF) dan Persatuan Usahawan Jongkong Emas Malaysia (GBEAM) yang dikeluarkan memenuhi keperluan Syariah. MSAF dan GBEAM menyasarkan syarikat swasta dan orang ramai untuk mendapatkan produk berkenaan sebagai urusan dalam pelbagai transaksi terutamanya jualan dan belian. Dr. Mahathir berkata, suatu ketika dahulu, satu auns emas bernilai AS$30 (RM109.79) tetapi kini satu auns emas bernilai kira-kira AS$1,400 (RM4,390.40). Beliau berkata, perbezaan antara menyimpan emas fizikal dan emas yang siap diproses (barang kemas, syiling emas) adalah dari sudut keuntungan. utusan.com.my

You might also like