You are on page 1of 20

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

TOPIK 3

STRUKTUR SEL DAN FUNGSI

SINOPSIS: Sel adalah unit asas dan terkecil dalam satu organisma yang diklasifikasikan sebagai hidup. Sel juga merupakan unit yang berstruktur dan berfungsi dalam semua

organisma hidup. Beberapa organisma, seperti kebanyakan bakteria, adalah unisel "unicellular" (terdiri daripada satu sel). Organisma-organisma lain seperti manusia adalah berbilang sel "multicellular". (Manusia dianggarkan mempunyai 100 trilion atau 1014 sel; saiz sel biasa adalah 10 m; sel massa biasa adalah 1 nanogram.). Sel mulamula digambarkan pada tahun 1665 oleh seorang ahli sains Inggeris Robert Hooke yang telah meneliti hirisan nipis gabus melalui mikroskop ringkas. Perkataan "cell" datang dari bahasa Latin "cellula" ,bermaksud sebuah bilik kecil. Semua sel terbentuk daripada sel yang telah wujud.

Contoh-contoh sel
Amoeba Proteus Plant Stem

Bacteria

Red Blood Cell

Nerve Cell

21

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

HASIL PEMBELAJARAN: Lukis dan label sel haiwan dan tumbuhan. Banding dan bezakan fungsi struktur sel. Mengenalpasti tisu haiwan dan tisu tumbuhan. Mengenalpasti dua jenis organ haiwan serta fungsinya.

KERANGKA TAJUK

SEL

SEL HAIWAN

SEL TUMBUHAN

TISU

HAIWAN

TUMBUHAN

TISU EPITELIUM TISU OTOT TISU PENGHUBUNG TISU SARAF

TISU ASAS TISU MERISTEM TISU VASKULAR TISU EPIDERMIS

22

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.1 STRUKTUR SEL HAIWAN DAN SEL TUMBUHAN.

3.1.1SEL HAIWAN

3.1.2 SEL TUMBUHAN

Rajah 3.1: Sel Haiwan dan Sel Tumbuhan 23

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

LATIHAN 1

Kaji Rajah 3.1 yang menunjukkan gambarajah sel haiwan dan sel tumbuhan. Dengan merujuk kepada mana-mana bahan bacaan yang sesuai, senaraikan persamaan dan perbezaan sel haiwan dan sel tumbuhan.

EKSPERIMEN

Eksperimen :Mengkaji sel haiwan (sel pipi) dan sel tumbuhan (sel epidermis tumbuhan). Objektif: Untuk menyediakan slaid sel haiwan dan sel tumbuhan menggunakan teknik pewarnaan yang betul. Bahan dan radas : Mikroskop Slaid Microskop Slip kaca Penitis Forcep Pisau Pencungkil gigi Metilena biru Larutan Iodin Bawang Kaedah: (a) 1. 2. 3. Memerhati sel pipi. Berkumur dengan air bersih. Dengan menggunakan pencungkil gigi, perlahan-lahan gores bahagian dalam pipi anda dan dapatkan satu lapisan nipis spesimen sel pipi. Letakkan lapisan nipis itu di dalam titisan larutan metilena biru di atas slaid kaca. 24

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

4. 5. 6.

Tutup specimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel pipi dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel dan sitoplasma. Memerhati sel epidermis daun. Gunakan forsep untuk menanggalkan lapisan atas epidermis dalam daun sisik bawang. Letakkan epidermis daun di dalam titisan larutan iodine di atas slaid kaca. Tutup spesimen dengan penutup slaid kaca. Perhatikan struktur sel dalam slaid menerusi mikroskop cahaya dengan kuasa rendah dan kemudian dengan kuasa tinggi. Lukis sel epidermis bawang dan labelkan bahagian yang berikut: nukleus, jalinan kromatin, membran sel, sitoplasma dan vakuol.

(b) 1. 2. 3. 4. 6.

Keputusan: Lukisan dan pelabelan. Pembesaran lukisan.

Soalan: 1. 2. 3. 4. 5. Namakan jenis sel yang dijumpai di bahagian dalam pipi anda. Mengapakah epidermis dalam daun bawang tidak mengandungi kloroplas? Nyatakan persamaan dan perbezaan antara sel haiwan dan sel tumbuhan. Mengapakah nukleus dikenali sebagai pusat kawalan bagi sel?. Apa itu tisu? Apakah perkataan yang merujuk kepada gabungan tisu untuk melaksanakan suatu tugas yang tertentu?

Syabas dan Tahniah

Anda masih lagi mengikuti modul ini dengan tekun dan sabar. Sekarang masa untuk berehat dan minum secawan kopi.

25

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2 ORGANISASI SEL DI DALAM ORGANISMA Sel di dalam badan organism multisel disusun dalam struktur dan fungsi yang sama. Kumpulan sel ini dikenali sebagai tisu. Kumpulan tisu yang sama serta menjalankan tugas yang sama dikenali sebagai organ. Kumpulan organ yang sama yang seterusnya memberikan satu fungsi yang tertentu dikenali sebagai organ. Seterusnya kumpulan organ yang tertentu yang bergabung bersama serta memberikan satu fungsi yang khusus dikenali sebagai sistem. Penyelarasan fungsi yang saling bersandaran antara sel organisma akan tercapai melalui satu organisasi lima aras seperti ditunjukkan dalam rajah 3.2.

SEL

TISU

ORGAN

SISTEM

ORGANISMA MULTISEL

Rajah 3.2: Organisasi sel organisma

3.2.1: Tisu Haiwan. Tisu haiwan boleh dibahagikan kepada empat jenis yang berbeza iaitu:

i) ii) iii) iv)

Tisu epithelium Tisu otot Tisu penghubung Tisu saraf

26

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Tisu Haiwan

Tisu Epitelium 1. Skuama 2. Kuboid 3. Kolumnar

Tisu Otot 1. Otot licin 2. Otot rangka 3. Otot kardiak

Tisu penghubung 1. Darah 2. Rawan 3. Tendon 4. Tulang 5. Ligamen 6. Tisu lemak.

Tisu Saraf 1. Saraf deria 2. Motor 3. Interneuron

27

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 1:JENIS TISU EPITELIUM DAN FUNGSINYA

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU EPITELIUM

Sel tersusun rapat Membentuk satu atau lebih lapisan. Selalunya dijumpai pada permukaan luar seperti kulit, rongga mulut dan hidung dan pada rongga badan seperti trakea, salur penghadaman, salur darah, ginjal dan paru-paru.

1. Khusus untuk melindungi dan melapisi organ. 2. Bertindak sebagai alat untuk mengelakkan tisu dari kekeringan, kecederaan mekanikal dan jangkitan bacteria. 3. Membenarkan pergerakan atau resapan beberapa sebatian. 4. Merembeskan bahan kumuh seperti peluh, minyak, mucus dan jus penghadaman.

1. Tisu epithelium skuama Sel yang licin,nipis dan kuat. Khusus untuk melapisi rongga badan seperti mulut, espfagus dan vagina.

Epithelium skuama ringkas

Epithelium skuama berlapis

28

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2. Tisu epithelium kuboid. Sel berbentuk kiub Khusus untuk melapisi tubul ginjal dan kelenjar.

3. Tisu epithelium kolumnar. Sel yang tinggi dan berbentuk turus Khusus untuk melapisi salur alimentary dala organ seperti perut dan usus.

29

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 2:JENIS TISU OTOT DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU OTOT

Semua tisu yang terdapat dalam badan.

1. Tisu otot licin (Otot luar kawal)

Membentuk dinding organ dan salur dalam badan seperti uterus, salur darah dan salur penghadaman. Smooth muscle allows peristalsis in digestive canal

Pengecutan dan pengenduran otot membenarkan proses pergerakan berlaku seperti peristalsis, mengepam darah dan pergerakan sendi.

2. Tisu otot rangka (Otot terkawal) Menghubungkan tulang dengan tulang. Otot rangka mengecut dan mengendur untuk membenarkan pergerakan (Lengan dan kaki).

30

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3. Tisu otot kardiak. (khusus untuk jantung)

Membentuk jantung. Membenarkan jantung berdenyut dan mengepam darah ke seluruh bahagian badan.

JADUAL 3:JENIS TISU SARAF DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU SARAF

Terdiri dari sel yang dikenali sebagai neuron yang berfungsi untuk menghantar impuls. Sistem saraf ini mengkoordinasi semua aktiviti dalam badan

Untuk mengangkut impuls saraf dan koordinasi aktiviti dalam badan.

1.Neuron Deria. Membawa maklumat dari organ deria ke neuron yang lain dalam otak dan saraf tunjang.

Sumber : hamber.vsb.bc.ca

31

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

2.Neuron Motor. Membawa impuls ke otot dan kelenjar.

Sumber: jirvine.co.uk

3.Interneurons. Memindahkan impuls dari neuron deria ke neuron motor.

Sumber: Clker.com

JADUAL 4: JENIS TISU PENGHUBUNG DAN FUNGSINYA

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU PENGHUBUNG

Terbina dari sel yang berbeza yang terampai di dalam matriks. Matriks boleh jadi: Bahan yang keras (tulang) Lembut, bahan bergelatin (Rawan) Cecair (plasma darah)

32

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

1. Tulang

Tulang : Membentuk system rangka Melindungi organ dalaman, digunakan untuk pergerakan.

Tulang untuk menyokong badan. Darah fungsi untuk sel darah merah dan sel darah putih, platlet. Rawan- untuk melapisi tulang.

Sumber:

en.wikibooks.org

Darah: -Sel darah merah( RBC) mengangkut oksigen dan karbon dioksida. -Sel darah putih (WBC) membantu dalam system pertahanan badan. -Platelet bahan untuk pembekuan darah. -Plasma Darah mengangkut nutrient dan bahan buangan.

2. Darah

Sumber: biosbcc.net

3. Cartilage

Rawan - Membentuk permukaan yang licin dan fleksibel. Bertindak sebagai kusyen di antara tulang vertebra, membentuk hidung dan telinga.

Sumber: washington.uwc.edu

33

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.2.2:ORGANISASI SEL DI DALAM TUMBUHAN.

Terdapat empat jenis tisu tumbuhan. Tisu epidermis Tisu Vaskular Tisu Meristem Tisu Asas

Tisu Tumbuhan

Tisu asas Parenkima Sklerenkima Kolenkima

Tisu meristem - terlibat dalam pembahagian sel.

Tisu vaskular Xilem floem

Epidermis

34

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 5: JENIS TISU EPIDERMIS DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

Tisu Epidermis

Hanya setebal satu sel. Melindungi permukaan daun, batang dan akar. Membentuk kitikel. Melindungi tisu dalaman. Terubahsuai untuk membentu sel pengawal.

.Untuk melindungi tumbuhan dari kecederaan fizikal. Membentuk kutikel yang membantu mengurangkan kehilangan air.

Sumber:colinsbeautypages.co.uk

Tisu meristem

Terdapat di hujung pucuk dan hujung akar Juga terdapat di bahagian batang tumbuhan.

Terlibat dalam pembahagian sel (mitosis).

Sumber: rgbstock.com

35

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 6:JENIS TISU VASKULAR DAN FUNGSINYA.

TISU TISU VASKULAR

CIRI-CIRI Tisu pengangkut. Mengangkut bahan mineral dan air ke seluruh bahagian tumbuhan.

FUNGSI

1. Xilem

I Terbina dari sel yang memanjang dan dikenali sebagai trakeid dan vasel.

1.Untuk mengangkut air dan bahan mineral dari akar ke bahagian lain tumbuhan. 2. untuk membantu dalam transpirasi. 3. untuk menyokong tumbuhan.

2. Floem

Terbina dari tiub tapis dan sel rakan.

1. Untuk mengangkut glukosa dari daun ke bahagian lain tumbuhan.

36

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

JADUAL 7:JENIS TISU ASAS DAN FUNGSINYA.

TISU

CIRI-CIRI

FUNGSI

TISU ASAS

Tisu asas adalah tisu yang membentuk kebanyakan badan tumbuhan. Tisu ringkas yang mempunyai vakuol yang besar. Tersusun longgar dan mempunyai rongga udara diantara sel.

1. Parenkima

Untuk menyokong tumbuhan. MemberI bentuk kepada tumbuhan. Menyimpan kanji, gula dan air.

Untuk menyokong dan melindungi sel.


Sumber:

mhhe.com

2. Sklerenkima

Mempunyai dinding sel yang ditebalkan oleh lignin. Memberikan sokongan kepada tumbuhan melalui sel mati dan sel kukuh.

Untuk menyokong tumbuhan muda, tumbuhan yang mempunyai batang yang lembut serta tumbuhan herba. Mengawal penyerapan air di akar.

3. Kolenkima

Tisu ringkas yang ditebalkan oleh selulosa dan pectin di bahagian dinding sel. Mengellilingi berkas vascular di batang dan akar.

37

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

3.3 SISTEM DALAM HAIWAN DAN FUNGSINYA.

SISTEM Sistem Integumen

FUNGSI Untuk melindungi dan menutupi organ dalaman.

Sistem rangka

Untuk menyokong dan memberi bentuk kepada badan. Untuk menerima rangsangan dan mentafsir bagi membolehkan badan memberikan tindakbalas. Untuk mengkoordinasi pergerakan badan. Untuk menghasilkan hormon bagi mengawalatur tindakan dan proses dalam badan. Sistem peredaran darah untuk mengangkut oksigen, nutrient, bahan buangan metabolik, dan bahan yang lain ke luar dari badan. Untuk menapis darah dan merembes urea, air dan garam mineral ke luar dari badan. Untuk menghadamkan makanan bagi penghasilan tenaga dan membuang semua bahan yang tidak terhadam keluar dari badan. Untuk mengambil oksigen bagi kegunaan respirasi sel untuk menghasilkan tenaga, gas karbon dioksida dan wap air. Untuk menghasilkan sel darah putih yang membantu pertahanan badan terhadap serangan penyakit. Untuk menghasilkan hormon seks lelaki. Untuk pertumbuhan sekunder lelaki dan menghasilkan generasi seterusnya. Untuk menghasilkan hormon seks wanita. Untuk pertumbuhan sekunder wanita dan menghasilkan generasi seterusnya.

Sistem saraf.

Sistem otot. Sistem endokrin.

Sistem kardiak.

Sistem urinari.

Sistem penghadaman.

Sistem pernafasan.

Sistem Limfa.

Sistem pembiakan lelaki.

Sistem Pembiakan Wanita.

38

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

Latihan

Jadual di bawah menunjukkan sistem yang berkaitan dan fungsinya. Lengkapkan organ yang terlibat untuk membolehkan sistem tersebut berfungsi dengan sempurna.

SISTEM

ORGAN YANG TERLIBAT

FUNGSI Untuk mengangkut air, garam mineral, glukosa dan gas keluar dari tumbuhan. Untuk menyediakan sokongan fizikal bagi tumbuhan. Untuk mengeluarkan bahan buangan metabolik dari tumbuhan. Untuk menghasilkan bunga dan buah. Untuk mensintesis glukosa dari tenaga cahaya dangan kehadiran klorofil. Untuk menghasilkan tenaga, karbon dioksida dan air. Untuk mengeluarkan lebihan air dan menyejukkan tumbuhan. Untuk menghasilkan anak benih muda dari biji benih.

Sistem Pengangkutan

Sistem sokongan

Sistem perkumuhan

Sistem Pembungaan

Fotosintesis

Respirasi

Transpirasi

Percambahan

39

SCE3101: HIDUPAN DAN PROSES KEHIDUPAN

RUJUKAN Clegg.C.J dan Mackean D.G (2000). Advance Biology: Principles and Application. Second Edition. Hodder Education, London. http://www.medscape.com/viewarticle/468421_3 http://www.mhhe.com/biosci/pae/botany/histology/html/parenchyma.htm http://www2.estrellamountain.edu/faculty/farabee/biobk/biobookplantanat.html http://biodidac.bio.uottawa.ca/Thumbnails/filedet.htm?File_name=BOTA003B&File_type=GIF http://images.yourdictionary.com/xylem

40

You might also like