You are on page 1of 19

CONTOH PENULISAN LAPORAN AKHIR

BAB 7 - PANDUAN PENULISAN BUKU LAPORAN


LATIHAN INDUSTRI 6

7.1

Pendahuluan

Bab ini menerangkan kaedah menulis Laporan Latihan Industri 7.2 7.2.1 Tujuan Semua maklumat yang dinyatakan bertujuan untuk memberi panduan kepada pelajar untuk menyediakan laporan rasmi latihan industri secara bersistematik dan berkualiti. Bab ini dibahagikan kepada dua bahagian: a. Bahagian A Kaedah menulis laporan.

7.2.2

b. Bahagian B Format penulisan laporan.

7.3 Buku Laporan Latihan Industri (Bahagian A)


7.3.1 Panduan Umum

a. Laporan hendaklah ditaip pada kertas putih dan disusun mengikut urutan yang betul. b. Penulisan Laporan Latihan Industri hendaklah menggunakan kertas bersaiz A4 (210 x 297mm) dan berat minimum kertas ialah 80 gsm. c. Kulit BLLI hendaklah dijilid dengan menggunakan kulit keras (hard cover) dan dicetak dengan tulisan WARNA EMAS. d. Laporan boleh ditulis samada di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sepenuhnya. Walau bagaimanapun, sekiranya pelajar berminat untuk menulis topik-topik tertentu dalam Bahasa Inggeris, pelajar dibenarkan berbuat demikian dengan syarat setiap topik itu ditulis dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya. e. Jumlah perkataan yang ditulis dalam Laporan Latihan Industri antara 10,000 hingga 15,000 patah perkataan tidak termasuk lampiran

7.3.2 Ruang penulisan dan Nombor Muka Surat

a. Pada muka surat pemulaan setiap bab , kawasan penulisan adalah:-

4.0 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 10.0 sm dari tepi atas kertas 3.0 sm dari tepi bawah kertas

b. Muka surat selain dari muka surat permulaan, ruang penulisan adalah:-

4.0 sm dari tepi kiri kertas 2.5 sm dari tepi kanan kertas 3.0 sm dari tepi atas kertas 3.0 sm dari tepi bawah kertas

Nombor muka surat ditaip di tengah-tengah, 2.0 sm dari tepi bawah kertas.

c. Nombor-nombor muka surat di bahagian permulaan/ prakata/abstrak dan isi kandungan hendaklah menggunakan sistem penomboran seperti :- i, ii, iii, iv 23 7.3.3 Sela a. Tulisan yang digunakan mestilah Arial dan bersaiz 11 atau Times New Roman bersaiz 12

b. Sela ( jarak langkau ) antara baris adalah 1.5 baris

( one and a half spacing ) d. Di setiap permulaan perenggan baru hendakalah dilangkau 2 baris (2 x one and half spacing ) 7.3.4 Tajuk Dan Tajuk Kecil

Setiap tajuk dan tajuk kecil hendaklah ditaip dengan menggunakan huruf besar dan setiap tajuk kecil pula henkdalah ditap dengan huruf kecil dan ditebalkan.

a. Ejaan Penulisan dalam Bahasa Melayu hendakalah merujuk kepada system ejaan seperti yang terdapat dalam Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu edisi terkini keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka.

b. Penggunaan istilah Bahasa Inggeris Penggunaan istilah dalam Bahasa Inggeris hendaklah ditandakan dengan .. atau diletakkan dalam kurungan (.) bagi membantu pemahaman istilah Bahasa Melayu. c. Penggunaan Hurus Besar Huruf besar hendaklah digunakan di setiap permulaan ayat, nama tempat dan nama khas. d. Ruang Selapas Tanda Koma Dan Noktah Selepas tanda koma, tinggalkan satu ruangan kosong sebelum dimulakan dengan ayat seterusnya. Selepas tanda noktah, hendakalah ditinggalkan dua ruangan kosong ( dua aksara ) sebelum memulakan ayat seterusnya. 7.3.5 Format Penulisan Laporan Latihan Industri (Bahagian B) 7.3.5.1. Format Laporan

BAB 1 : PENGENALAN DAN LATAR BELAKANG FIRMA


1.1 Pengenalan - Pendahuluan

-Objektif latihan industri -Objektif laporan -Kepentingan latihan industri kepada pelajar

1.2 Latar Belakang Firma -Pengenalan firma -Latar belakang penubuhan firma -Ahli lembaga pengarah -Aktiviti organisasi -Halatuju organisasi -Carta organisasi

( Pelajar dinasihatkan supaya berbincang dengan pengurusan organisasi sebelum menulis atau melaporkan hal-hal kegiatan organisasi supaya ianya tidak bertentangan dengan dasar atau polisi firma berkenaan.)

BAB 2 : RINGKASAN AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI Ringkasan aktiviti latihan ditulis dalam bentuk ringkasan atau rumusan latihan yang dibuat setiap minggu dari minggu pertama hingga minggu terakhir.

BAB 3,4,5,6,. LAPORAN TEKNIKAL Laporan teknikal adalah terdiri dari bab-bab teknikal yang dilakukan semasa latihan.

Pemilihan topik bagi setiap bab adalah tertakluk kepada kerja-kerja teknikal yang dilakukan semasa latihan. Pelajar hendaklah menerangkan secara terperinci topik-topik tersebut. Setiap maklumat yang dilaporkan hendaklah disokong dengan gambarajah, gambar, jadual dan sebagainya. Kandungan penulisan hendaklah berdasarkan fakta-fakta yang betul dan tepat. Pelajar digalakkan merujuk fakta-fakta tersebut melalui bahan-bahan rujukan seperti buku, majalah, jurnal atau dan lain. Pelajar juga dikehendaki menghubungkaitkan pengalaman kerja dengan teori yang dipelajari.

Contoh penulisan bab adalah seperti berikut: BAB 3 : SISTEM PENJANAAN ELEKTRIK 4.1 4.2 Pengenalan Spesifikasi/jenis peralatan yang digunakan

4.3 Cara pengendalian peralatan semasa latihan 4.4 Proses kerja yang dilakukan 4.5 Komen dan cadangan 4.6 Kesimpulan

Penerangan hendaklah berkaitan dengan topik berkenaan sahaja.

BAB 7 : KESIMPULAN Kesimpulan adalah merupakan rumusan kepada keseluruhan laporan. BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN

Komen yang dibuat hendaklah berkaitan dengan latihan yang di jalankan di organisasi berkaitan.

Pelajar digalakkan membuat cadangan yang positif dan membina agar boleh dijadikan panduan dalam proses penambahbaikan di masa akan datang.

7.5.3.2 BIBLIOGRAFI / RUJUKAN 1. 2. 3. Mustapar Mohamad, Pengenalan Teori Kuantum, Dewan Bahasa dan Pustaka. Chuah, D.G.S Solar Radiation in Malaysia, Oxford University Press, Singapure, 1990. Fox, William, The Mill, New York Geographic Society, 1976.

7.3.5.3 GAMBARAJAH/GRAF/JADUAL Gambarajah/graf/jadual yang terdapat dalam laporan hendaklah di nomborkan mengikut nombor tajuk kecil dan diberikan penerangan ringkas. Contoh:Rajah 4 . 7 . 1 Sistem Penjana

Bilangan Rajah Bilangan Tajuk Kecil Bilangan Bab

Jika gambarajah/gambar tidak dapat di muatkan di muka surat tersebut, panduan rujukan hendaklah diberi terhadapnya.

Semua penerangan atau keterangan pada sebarang rajah atau ilustrasi hendaklah ditaip. 7.3.5.4 Lampiran Semua lampiran hendaklah diletakkan di bahagian akhir laporan dan hendaklah dinomborkan.

7.4

JADUAL AKTIVITI LATIHAN INDUSTRI AKTIVITI LAPOR DIRI : SILA RUJUK SURAT PENEMPATAN ( UNTUK TARIKH & MASA LAPOR DIRI ) HANTAR KAD PENGESAHAN LAPOR DIRI & KAD MAKLUMAT PELAJAR & LAKARAN PELAN LOKASI TEMPAT LATIHAN KE POLITEKNIK. T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN 3 MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI SIAP 20% DRAF LAPORAN TANDA TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI 57 T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN (MINGGU 6) SIAP 40% DRAF LAPORAN & 20% SIAP DITAIP TANDA TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN (MINGGU 10) SIAP 60% DRAF LAPORAN & 40% SIAP TAIP T/ TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI

MINGGU 1

9 11

12

13 - 15

T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN SIAP 80 % DRAF LAPORAN & 60% SIAP TAIP 16 T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN MENERUSKAN LATIHAN MENGIKUT JADUAL ORGANISASI T/TANGAN PENYELIA PADA BUKU LAPORAN HARIAN SERAH BORANG PRESTASI KEPADA MAJIKAN UNTUK PENILAIAN 1. TANDA TANGAN PENYELIA TERAKHIR PADA BUKU LAPORAN HARIAN 20 2. 100% SIAP TAIP LAPORAN 3. DAPATKAN BORANG PRESTASI DAN SURAT TAMAT LATIHAN DARI ORGANISASI UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN DI POLITEKNIK CUTI SEMESTER KEMASKINI BUKU LAPORAN HARIAN DAN SIAPKAN LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

17

18

19

LAPOR DIRI UNTUK SEMESTER BARU : SILA RUJUK SURAT PANGGIL BALIK YANG DIHANTAR KEPADA PELAJAR ( UNTUK TARIKH & MASA LAPOR DIRI ) PERKARA YANG PERLU DIKEMUKAKAN SEMASA LAPOR DIRI : BUKU LAPORAN AKHIR [TANPA DIBINDING], BUKU LAPORAN HARIAN, BORANG PRESTASI FIRMA DAN SURAT PENGESAHAN TAMAT LATIHAN DARI ORGANISASI

7.5 FORMAT BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI (BAHAGIAN B)

CONTOH FORMAT KULIT DEPAN LAPORAN

KHAIRINA BT. ALIAS DIPLOMA KESETIAUSAHAAN Nama JUN 2012

POLITEKNIK KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI

LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

SYARIKAT ABC SDN BHD


NO 2559B, JALAN WONG AH JANG 25100 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Disediakan oleh : : KHAIRINA BT. ALIAS : 02DSK03F007 : JABATAN PERDAGANGAN

No. Pend Jabatan

Tempoh Latihan : 19 disember 2011-18 MEI 2012

CONTOH FORMAT HALAMAN PENGHARGAAN

PENGHARGAAN

Setinggi penghargaan diberikan kepada Pengurus Syarikat ABC SDN BHD ..

Penulis juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah POLISAS yang telah membantu penulis dalam .

Tidak lupa ucapan terima kasih kepada teman-teman yang telah membantu

Terima kasih

CONTOH FORMAT MUKASURAT PERTAMA SELEPAS KULIT LUAR

BUKU LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

OLEH KHARINA BT. ALIAS 02DSK09F2001 DI

SYARIKAT ABC SDN BHD NO 2559B, JALAN WONG AH JANG 25100 KUANTAN PAHANG DARUL MAKMUR

Buku laporan ini dikemukakan kepada Jabatan Perdagangan Sebagai memenuhi sebahagian dari syarat penganugerahan Diploma Sains Kesetiausahaan

POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH DISEMBER 2011

CONTOH FORMAT HALAMAN KANDUNGAN

ISI KANDUNGAN

BAB

KANDUNGAN Judul Dedikasi Penghargaan Senarai rajah Senarai jadual

MUKASURAT i ii iii iv v

BAB 1 PENGENALAN 1.1 1.2 Latar belakang firma Carta organisasi 1 2

BAB 2 2.1 2.2 HHHHHH YYYYYYYY

15

BAB 3 3.1 Tujuan 3.2 Buku Laporan Latihan Industri (Bahagian A) 3.2.1 Panduan umum 3.2.2 Ruang penulisan & no. Mukasurat 3.2.3 Sela 3.2.4 Tajuk bab dan tajuk kecil 3.2.5 Format penulisan buku Laporan LI BAB 4 BAB 5 BAB 6 BAB 7 KESIMPULAN BAB 8 KOMEN DAN CADANGAN 90 100 22 22

23 24 24 25 40 60

CONTOH FORMAT HALAMAN PERMULAAN BAB

10.0 sm dari tepi atas kertas

BAB 1: PENGENALAN

3 X 1.5 spacing

2.5 sm
4.0 sm Teks bab bermula dari sini dan
Bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah
Menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing)

2 X 1.5 spacing
1.2 Sub Judul

2 X 1.5 spacing

Teks bab bermula dari sini dan bersambung ke jidar kiri. Teks hendaklah ditaip menggunakan jarak langkau 1.5 (1.5 spacing)

. 3.0 sm dari tepi bawahkertas

CONTOH FORMAT HALAMAN PENULISAN

3.0 sm dari tepi atas kertas

Sambungan penulisan bermula di sini ............... 2.5 sm

4.0 sm

3.0sm dari atas 3.0 sm dari bawah 4.0 sm dari tepi kiri 2.5 sm dari tepi kanan (Setiap ukuran di ambil dari hujung/tepi kertas)

3.0 sm dari tepi bawah kertas

BAB 8 PANDUAN MENULIS BUKU LAPORAN HARIAN

8.1

PENDAHULUAN

Penulisan laporan harian diambilkira bagi penilaian modul latihan industri. Markah untuk laporan harian adalah 20% daripada keseluruhan markah latihan industri. Oleh itu pelajar diwajibkan menulis buku laporan harian setiap hari dan mendapatkan tandatangan penyelia setiap dua minggu untuk pengesahan.

8.2

PERKARA YANG DITULIS DALAM LAPORAN HARIAN

a. Kerja-kerja yang dilakukan oleh pelajar sendiri. b. Kerja-kerja yang dilihat oleh pelajar (kerja yang dilakukan oleh pekerja organisasi ) c. Kerja-kerja yang didengar oleh pelajar ( Penerangan yang diberikan oleh penyelia atau pekerja organisasi yang lain ) 8.2.1 a. b. Kerja yang dilakukan sendiri oleh pelajar Catatkan kerja yang dilakukan dari mula hingga akhir dengan terperinci. Setiap penerangan yang ditulis hendaklah dibantu dengan gambarajah/pengiraan yang berkaitan. Kerja yang dilihat/didengar oleh pelajar. Organisasi biasanya tidak membenarkan pelajar melakukan kerja-kerja yang merbahaya dan memerlukan kemahiran tinggi. Dalam keadaan ini pelajar dibenarkan untuk memerhati dan mendengar bagaimana kerja-kerja tersebut di lakukan oleh pekerja-pekerja organisasi yang telah mahir. Pelajar hendaklah memerhati dan mencatat dengan terperinci setiap langkah yang dilakukan oleh pekerja organisasi tersebut. Anggaplah bahawa kerja yang dilakukan oleh pekerja berkenaan sebagai satu pengalaman untuk mendapat kemahiran melalui permerhatian sahaja.

lakaran

8.2.2

PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI Contoh Penulisan Jurnal Refleksi a. Catatkan setiap arahan yang diberikan oleh penyelia. b. Senaraikan peralatan/dokumen yang digunakan untuk kerja tersebut. c. Catatkan langkah-langkah kerja yang dilakukan satu persatu dari mula hingga kerja tersebut disiapkan atau kerja tersebut disambung pada hari berikutnya. d. Lakarkan peralatan atau komponen-komponen penting yang digunkan/pengiraan yang dilakukan pada hari tersebut. e. Buat kesimpulan setiap minggu dan komen tentang kerja tersebut.

CONTOH PENULISAN JURNAL REFLEKSI

You might also like