You are on page 1of 12

PERKAHWINAN

DALAM ISLAM
KON SEP
PER KAH WI NAN D AL AM
ISL AM
Secara fitrahnya setiap manusia memerlukan
pasangan dan teman hidup.

Mereka memerlukan keluarga untuk mendapat


zuriat.

Oleh itu,Allah mensyariatkan perkahwinan kepada


manusia selaras dengan kehendak fitrah mereka.
KETAHUILAH KAMU

 Maksud firman Allah Taala:


“Antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya
bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri
daripada jenis kamu sendiri,supaya kamu bersenang hati dan hidup
mesra dengannya.Dan dijadikan antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih dan belas kasihan.”
ANTARA ASAS
KEBAHAGIAAN:
 Kasih sayang dan
kasihan belas.

 Pergaulan yang
baik.
 Setiap orang yang berkahwin wajib mengatur kehidupan
berkeluarga dan memikul tanggungjawab terhadap rumahtangga.

 Kehidupan akan terurus apabila mereka melaksanakan


tanggungjawab sebagai suami isteri.

 Lelaki sebagai suami dan juga bapa berkewajipan memberi nafkah


zahir dan batin kepada isteri dan memberi nafkah kepada anak.

 Kerjasama suami isteri akan mengukuhkan ikatan dan kasih


sayang yang menjadi matlamat perkahwinan
PENGERTIAN
PERKAHWINAN
• BAHASA-Cantum atau himpun.

• ISTILAH-
• Perkahwinan ialah akad yang
menggunakan lafaz nikah atau
bahasa-bahasa lain yang memberi
makna nikah,yang menghalalkan lelaki
dan perempuan melakukan
persetubuhan,
HUKUM
PERKAHWINAN
TAZKIRAH:
Anda wajib membuat persediaan
yang cukup dalam pelbagai bidang
seperti ilmu,akhlak,fizikal dan
sebelum melangkah kegerbang
perkahwinan.
Hukum perkahwinan
adalah sunat kerana
diamalkan oleh
Rasulullah S.A.W.

Para ulama telah


menetapkan hukum
perkahwinan berubah-
ubah mengikut keadaan
individu.
HUKUM KETERANGAN

HARUS -Orang yang tidak mempunyai tuntutan


mendesak untuk berkahwin dan tidak ada
perkara yang mengharamkan berkahwin.

WAJIB -Orang yang berkemampuan menunaikan


nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
serta dikhuatiri terjerumus kepada zina
kerana tidak dapat mengawal nafsu.

SUNAT -Orang berkemampuan menunaikan


nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan
serta berkeinginan untuk berkahwin
tetapi tidak dikhuatiri terjerumus kepada
zina atau melakukan kezaliman terhadap
pasangannya.
MAKRUH -Bagi mereka yang tidak mampu memberi
nafkah tetapi berkeinginan untuk
beristeri.
HARAM -Orang yang tidak berkemampuan
menunaikan nafkah zahir dan batin atau
diyakini akan melakukan kezaliman
terhadap pasangannya.
GALAKAN BERKAHWIN
 Allah memberi jaminan bahawa orang yang
mendirikan rumahtangga akan dikurniakan rezeki.

 Sebagaimana firman Allah Taala:

Maksudnya:
“Dan kahwinkanlah orang yang belum
berkahwin di kalangan kamu,dan yang layak
(berkahwin) daripada kalangan hamba-
hamba kamu lelaki dan perempuan.Jika
mereka miskin,Allah akan memberi kekayaan
kepada mereka daripada kurniaan-Nya
kerana Allah Maha Luas(kurniaan-Nya) lagi
Maha Mengetahui”