You are on page 1of 1

terdapat pelbagai kepentingan fungsi pemasaran dalam dunia serba moden pada hari ini.

pemasaran mempunyai skop yang besar dan luas. namun begitu, kita boleh membahagikan kepentingan pemasaran kepada dua, iaitu kepentingan terhadap individu dan terhadap organisasi. berdasarkan definisi yang diberikan, kita dapat lihat adalah untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Aktiviti pemasaran dapat mengurangkan masalah yang dihadapi oleh individu untuk menyediakan segala keperluan yang tidak boleh diusahakan sendiri. seterusnya ia dapat memberikan kehidupan yang lebih baik. hal ini disebabkan oleh aktiviti pemasaran sentiasa mengkaji keperluan, kehendak dan kemampuan pengguna menurut aliran semasa. selain itu, pemasaran juga dapat memperbanyakkan pilihan produk di pasaran. oleh kerana persaingan berlaku antara pengeluar, ia akan mewujudkan persaingan yang sihat dan meningkatkan mutu dan kualiti sesuatu perkhidmatan dan barangan. disamping itu, pemasaran juga dapat memperbanyakkan peluang pekerjaan. Pemasaran menyediakan pelbagai aktiviti professional, separa professional dan tidak professional dengan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat. Peluang pekerjaan dan peluang perniagaan boleh dijalankan oleh anggota masyarakat secara tidak langsung menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

dari sudut organisasi pula, kepentingan pemasaran kepada organisasi adalah dapat mempercepatkan proses pertukaran produk atau perkhimatan dengan wang atau sebarang faedah. Proses pertukaran yang cepat akan meningkatkan pulangan dan keuntungan perniagaan. seterusnya, ia akan mengukuhkan dan memanjangkan usia sesebuah perniagaan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran tidak akan menjual produk yang tidak sesuai kepada sasaran sasar. Pengeluar akan menghentikan pengeluaran dan penjualan produk atau mengubahsuai untuk memenuhi kehendak pelanggan. Perniagaan yang mengamalkan konsep pemasaran yang baik akan melihat kepada kejayaan syarikat untuk jangkamasa panjang. selain itu, pemasaran menyediakan peluang perniagaan dalam industri berkaitan dengan aktiviti pemasaran. Terdapat banyak peluang kerjaya serta perniagaan dalam aktiviti serta industri yang berkaitan dengan pemasaran seperti industri papan iklan, industri percetakan dan industri lukisan dan karya kreatif. Industri tambahan ini dapat menambahkan lagi peluang pekerjaan dan seterusnya menjana aktiviti serta kegiatan ekonomi negara.

You might also like