You are on page 1of 2

Bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah, keberkesanan pengajaran dan

pembelajaran adalah amat ditekankan demi mendapat impak yang maksima terhadap pelajar dari aspek pengetahuan mahupun kemahiran. Sebagai contoh, seorang guru matapelajaran sains amat penting baginya memberi ilmu dan kefahaman terhadap sesuatu topik pelajaran yang diajar melalui pelbagai pendekatan dan kaedah perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran sains terutama aktiviti eksperimen. Namun perlu difahami bahawa tidak semua topic dalam pembelajaran sains amat sesuai, menarik dan efektif dengan penggunaan kaedah eksperimen semata-mata. Bahan bantu mengajar selain daripada apparatus sains juga perlu diambilkira seperti nota dan ujian penilaian. Dengan sebab itu, aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbantukan teknologi computer dan internert sangat diperkenalkan kepada pelajar-pelajar terutama diperingkat institusi pengajian tinggi dan juga diperkenalkan di peringkat sekolah menengah serta di sekolah rendah demi memberi impak pembelajaran yang maksima terhadap pelajar. Pengajaran dan pembelajaran berbantukan computer adalah pengajaran atau kursus yang disampaikan dengan menggunakan bahan perisian pendidikan yang dibina oleh pembangun perisian menggunakan computer, yang secara langsung system ini akan melibatkan interaksi pelbagai hala antara perisian computer, pelajar dan guru. Pengajaran pembelajaran berbantukan computer mempunyai pelbagai kebaikan dan kelebihan. Antara kelebihan dan kebaikan menggunakan pengajaran pembelajaran berbantukan computer adalah seperti berikut: Dapat memberi dan menerima maklumat dengan mudah, banyak dan cepat. Dengan menggunakan computer, lebih banyak isi pelajaran yang dapat disampaikan dalam masa yang cepat. Selain itu lebih mudah menyampaikan sesuatu maklumat yang banyak dalam satu masa dengan bantuan computer. Sebagai contoh, nota pelajaran atau contoh-contoh aktiviti penilaian seperti ujian dan kuiz boleh disediakan menggunakan perisian computer seperti word, exel dan power point. Contoh-contoh untuk menjelaskan sesuatu topik dalam pelajaran juga boleh disediakan dalam bentuk grafik, audio visual dan animasi. Seperti juga proses pengajaran, pembelajaran juga menjadi mudah, mampat dan menjimatkan masa kerana perisian pembelajaran adalah lengkap dengan nota, soalan ujian, ulangkaji dan mengandungi unsuk audio dan visual.. Pengajaran dan pembelajaran lebih fleksibel dan ikut kemampuan. Semasa membina perisian pembelajaran, bahan boleh disediakan dan disusun secara pelbagai menggunakan aplikasi computer seperti media, bunyi, animasi, video dan grafik. Perisian pembelajaran perlu dirangka bermula daripada perkara asas kepada yang lebih kompleks dan menepati standard kurikulum. Bahan-bahan perisian pengajaran yang telah siap dibina, boleh dipilih mengikut kesesuaian dan mudah diubahsuai mengikut kemampuan pelajar samada yang lemah atau yang pintar. Biasanya, perisian pembelajaran yang baik, dibina lengkap dengan aktiviti ulangkaji, pengayaan, pemulihan dan pengukuhan.

Pengajaran dan pembelajaran secara berterusan dan tanpa bantuan guru. Merujuk kepada kenyataan Beattie dan Pearson (1990) yang menyatakan perisian yang mesra
pengguna ialah perisian yang membolehkan pengguna mengawal perisian secara individu, tanpa bantuan daripada fasilitator/guru . Bermakna perisian pembelajaran yang dibina bercirikan mesra

pengguna juga dapat memberikan satu pembelajaran yang interaktif antara pelajar dan computer tanpa bantuan guru. Dengan menggunakan computer dan internert, pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan secara berterusan dan tidak terhad semasa didalam bilik darjah sahaja. Laman web site boleh dibangunkan untuk menjadi tempat membuat rujukan, latih tubi dan penilaian prestasi bagi pelajar. Melalui cara ini juga pelajar dapat menjalankan pembelajaran tanpa perlu berdepan dengan guru, tanpa terikat dengan jadual, dan bebas menggunakan perisian pembelajaran yang tersedia Merangsang minat dalam aktiviti pembelajaran dan memupuk sikap positif dengan teknologi computer. Grafik, animasi, video dan audio adalah unsur dalam pembelajaran berbantukan komputer yang mampu merangsang minat serta meningkatkan fokus pelajar terhadap sesuatu, terutama pelajar kanak-kanak. Perisian pembelajaran yang dibina dilengkapi dengan konsep permainan video game mampu merangsang minat pelajar dalam mengikuti proses pembelajaran. Cd courseware yang dibekalkan oleh KPM banyak menggunakan konsep video game dalam penyampaian aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Selain dapat merangsang minat, guru perlu membimbing pelajar supaya bersikap positif dengan teknologi computer. Pelajar perlu difahamkan bahawa computer hanyalah salah satu alat dalam pembelajaran. Pelajar juga perlu dibimbing agar melayari web site yang bermanfaat untuk pengetahuan dan pembelajaran.

You might also like