You are on page 1of 2

Ancaman harga hpa Syarikat HPA (Herba Penawar Al Wahida) Industries ini merupakan syarikat bumiputera yang berdiri

i sendiri setelah diasaskan selama 17 tahun setelah diperkenalkan pada tahun 15 Julai 1995. HPA Industries merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi, pencapaian yang membanggakan di peringkat antarabangsa setelah memasarkan produk produk berasaskan herba dan perubatan tradisional yang sah. Produk HPA adalah antara produk yang paling laris di pasaran disebabkan harga yang berpatutan, berkualiti tinggi, mujarab serta selamat digunakan. Sehingga kini, HPA Industries telah mengeluarkan lebih dari 300 jenis produk dipasaran dan ianya semakin bertambah dari masa ke semasa. Sedar tidak sedar sememangnya pasaran yang tinggi mempunyai ancaman harga yang boleh mengganggu perniagaan. Ancaman harga kepada syarikat ialah apabila pesaingnya menetapkan harga yang lebih rendah berbanding syarikat HPA Industries. Setakat ini harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. Syarikat HPA Industries juga menekankan prinsip ihsan dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya. Jika dilihat berdasarkan matlamat perniagaan HPA itu sendiri yang membekalkan produk herba dan bersifat organik. Hakikatnya makanan organik mempunyai harga yang mahal dan rumit untuk kita mendapatkannya kerana melibatkan proses penanaman yang rumit dan kos yang tinggi.. Tetapi syarikat HPA mampu menggariskan harga yang berpatutan kepada pelanggan bagi berkhidmat sebagai syarikat Islam yang berjaya. Bekalan bahan herba seperti Pegaga dan Roselle diusahakan sendiri di ladang-ladang milik syarikat. Mereka juga membuka ladang pentenakan ayam sendiri bagi mengedarkan daging ayam mentah kepada restoran Radix Fried Chicken yang baru beroperasi di cawangan cawangan yang terpilih seperti di Kubang Kerian, Kelantan. Pengawasan yang rapi diberi terhadap bahan utama ini untuk menjamin mutu keluaran yang tinggi. Semua bahan herba lain juga melalui kawalan mutu yang ketat dan memenuhi syaratsyarat yang ditetapkan. Penggabungan aspek Islam dalam proses pembuatan, meningkatkan lagi keikhlasan terhadap tugas-tugas menyediakan herba rawatan untuk manusia. Penanaman sendiri yang dilakukan tidak menyebabkan kos bahan mentah dan pengeluaran menjadi mahal berbanding syarikat syarikat lain yang mendapatkan bahan mentah daripada pembekal luar. Apabila kos bahan mentah dan pengeluaran yang tinggi dicatatkan secara automatiknya sesebuah syarikat turut menaikkan harga produk mereka bagi mendapatkan untung yang lebih.

Syarikat HPA Industries akan terancam jika inflasi terjadi yang merupakan peningkatan beransur-ansur dalam paras harga umum untuk produk-produk dan perkhidmatan-perkhidmatan, dan ia diukur sebagai peningkatan dalam peratusan tahunan. Sekiranya inflasi menaik, setiap ringgit yang kita miliki akan membeli peratus yang lebh kecil bagi sesuatu produk atau perkhidmatan. Dengan kata lain, terdapat kemerosotan dalam kuasa membeli kita. Sebagai contoh, dari segi secawan atau sepaket kopi Radix yang berharga RM 1 akan berharga RM1.05 selepas setahun jika kadar inflasi bagi tempoh itu ialah 5 peratus. Fenomena kenaikan harga makanan sememangnya menjadi isu yang sinonim dalam kehidupan seharian kita. Seringkali juga kedengaran rungutan daripada pengguna berkenaan harga barangan yang cenderung untuk terus meningkat pada masa hadapan, sekali gus memberi gambaran kuasa beli pengguna akan terus terjejas. Ancaman harga yang seterusnya adalah datangnya daripada pelanggan yang membeli produk HPA itu sendiri. Pelanggan biasa yang tidak mendapat maklumat yang jelas tentang produk akan memulakan tawar menawar terhadap sesuatu produk HPA seperti Kordial Roselle yang berharga RM 17, pengguna mahukan harga yang lagi rendah seperti mangambil dua botol kordial dengan harga RM 30. Berbeza dengan ahli yang berdaftar dan pengedar sah sewajarnya patut mendapat harga yang murah kerana telah menjadi rakan ahli yang sememangnya mempunyai kelebihan. Tetapi pelanggan biasa yang tidak memahami situasi ini akan terdesak untuk mendapatkan harga yang diputuskan oleh mereka sendiri bagi mendapatkan produk yang diingini. Sebagai penerangan, pelanggan yang berdaftar akan mendapat diskaun harga untuk semua produk dari 20% - 25% serta berpeluang menikmati bonus dan insentif yang disediakan. Tidak rugi bagi sesiapa yang berdaftar sebagai ahli HPA kerana yurannya hanya RM 30.00 sahaja untuk seumur hidup dan tiada yuran tahunan.

You might also like