You are on page 1of 2

CONTOH 1

SURAT KIRIMAN RASMI


Pusat sumber sekolah anda kurang dikunjungi oleh pra pelajar walaupun mempunyai
pelbagai pelbagai kemudahan.Tulis sepucuk surat kepada guru pusat sumber sekolah
anda untuk mengemukakan cadangan-cadangan bagi mengatasai masalah itu.

No.60,Jalan 14/1,
Taman Segar,
77300 Masjid Tanah,Melaka.
Guru Pusat Sumber,
Sekolah Menengah Kebangsaan Hilir,
77300 Masjid Tanah,
MELAKA BANDARRAYA BERSEJARAH 30 JUN 2008

Tuan,
Cadangan-cadangan bagi Mengatasi kelemahan Pengurusan di Pusat Sumber
Sekolah

Saya merupakan pelajar Tingkatan Tiga Arif di sekolah ini. Belakangan ini saya
perhatikan bahawa bilangan pelajar yang mengunjungi Pusat Sumber semakin
berkurangan walaupun mempunyai pelbagai kemudahan.Oleh itu,saya ingin
mengemukakan beberapa cadangan yang saya fikirkan sesuai dan dapat menarik
perhatian pelajar-pelajar untuk mengunjungi pusat sumber.

2. Persekitaran pusat sumber yang suram dan tidak ceria menyebabkan para
pelajar tidak berminat mengunjungi pusat sumber. Saya mencadangkan agar diadakan
projek ``Taman Dalam Pusat Sumber”. Bunga-bunga dan lukisan mural alam
semulajadi pada dinding didalam pusat sumber secara tidak langsung dapat
memberikan ketenangan kepada pelajar untuk mengulangkaji pelajaran.

3. Pustakawan pula hendaklah diberi kursus tentang cara-cara mengendalikan


pusat sumber dengan lancar. Pustakawan sekolah mendapati kurang cekap mengurus
proses peminjaman dan pemulangan buku. Buku-buku juga diletak tidak mengikut
label pada rak. Amat diharapkan agar kursus tersebut dapat menmantapkan sistem
pengurusan di pusat sumber.

4. Pusat Sumber mempunyai banyak kemudahan seperti penggunaan mesin


fotostat tetapi tidak ada petugas yang mahir mengendalikan mesin tersebut. Saya
mencadangkan agar pihak pengurusan mengenakan caj dan melantik petugas yang
mahir untuk membantu para pelajar menggunakan mesin itu. Hasil kutipan yang
diperoleh itu dapat digunakan untuk rujukan kerceriaan pusat sumber atau menambah
bilangan buku rujukan untuk para pelajar.
5. Semoga cadangan-cadangan yang saya kemukakan ini dapat dipertimbangkan
sewajarnya agar bilangan pelajar yang mengunjungi pusat sumber akan meningkat.

Sekian, terima kasih.

Yang ikhlas,

Ramona Aini Rahim


```````````````````````````````
(Ramona Aini Binti Rahim)

You might also like