You are on page 1of 2

Warga Emas Pendahuluan Di Malaysia, orang tua mempunyai gelaran tertentu seperti warga emas atau golongan veteran.

ran. Warga emas ditakrifkan mereka yang berumur 60 tahun ke atas. Warga emas merupakan golongan yang semakin ramai di negara ini kerana tahap kesihatan negara yang semakin baik. Orang selalu beranggapan bahawa warga emas sepatutnya berehat sahaja dan tidak perlu menyumbang ke arah pembangunan diri dan masyarakat sekeliling.

Isi (Negatif + Positif) 1. 2. 3. 4. 5. 6. Ibu bapa mengabaikan ajaran agama. Anak-anak terlalu sibuk dengan urusan pejabat dan aktiviti sosial. Anak-anak bersikap seperti lupakan kacang melupakan kulit. Anak-anak memprotes sikap ibu bapa yang lepas tangan semasa mereka kecil. Masyarakat Malaysia secara tradisional masih mengamalkan sistem keluarga luasan Memupuk rasa tanggungjawab, perasaan kasih sayang, sokongan dan ikatan kekeluargaan yang kuat oleh ahli keluarga terhadap warga tua. 7. sebagai anak-anak, kita seharusnya mempunyai tanggungjawab menjalankan tugas menjaga ibu bapa yang berumur. 8. Menerapkan pendidikan tentang nilai-nilai kekeluargaan dan penjagaan warga tua di peringkat awal. 9. memperbanyakkan konsep penjagaan inter-generasi di mana agensi atau pusat penjagaan menyediakan penjagaan secara bersama. Kepentingan 1. Bagi generasi muda, mereka masih bergantung harap kepada golongan tua dalam memberikan nasihat dan tunjuk ajar dalam mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh mencabar ini. 2. Warga tua juga sebenarnya boleh menyumbang sedikit tenaga dengan melakukan kerja-kerja yang bersesuaian dengan kemampuan mereka. 3. Warga tua lebih bijaksana dalam menentukan apa yang ingin mereka sumbangkan kepada masyarakat sekeliling dalam menelusuri hari tua mereka. Langkah Kerajaan 1. Kerajaan seharusnya memberi mereka lebih banyak insentif dalam menjalani kehidupan harian. 2. Kerajaan harus menyediakan lebih banyak rumah khas 3. Kerajaan harus mengadakan satu majlis khas atau tarikh untuk warga emas 4. Kerajaan perlu mengadakan program bercorak ekonomi yang mampu menjana pendapatan kepada warga emas

5. Peruntukan RM460 juta akan disalurkan kepada warga emas yang memerlukan melalui Bantuan Orang Tua (BOT) di bawah Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KARISMA). 6. Usaha memajukan potensi dan mewujudkan peluang pekerjaan 7. memperkenalkan akta khas mewajibkan anak-anak menanggung kos sara hidup orang tua mereka. 8. mempunyai Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara yang menekankan kepada program-program untuk menggalakkan penjagaan warga tua di dalam keluarga mereka sendiri. Halangan 1. kutu rayau 2. Meminta sedekah 3. Masalah kesihatan yang serius 4. Isu masalah mental

Kesimpulan Warga emas seharusnya dibelai dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat. Warga emas mempunyai satu pengalaman yang mampu dipelajari oleh semua orang. Warga emas mampu memberi nasihat dan pandangan terhadap sesuatu perkara yang berlaku kerana mereka telah mengalami semua perkara yang bakal dialami oleh masyarakat. Kita harus menjaga warga emas setelah mereka menjaga kita selama ini.

You might also like