You are on page 1of 13

Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak

Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan
pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami
tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang
terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek
tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin
berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut:

Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti,
masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau
bentuk tidak akan berubah isipadunya.

Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat
persepsi sahaja.

Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih
tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah.

Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz,
bentuk dan warna.

Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang
dan sebaliknya.

Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.

Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan
kelajuan. Kebolehan ini membantu kanak-kanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili
persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang tepat tetapi tidak tersusun tentang
persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanak-
kanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang mengandungi tanda peta dan jalan yang
berhubungan.

Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu penguasaan konsep logikal meningkat
mengikut turutan. Kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya
mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan pengekalan berat.

Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun berkebolehan menggunakan komputer tersebut
secara berkesan pada umur prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program yang lebih
kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya yang lain dalam permainan komputer.

Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap intektual kanak-kanak. Perhatian
daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak

Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran
untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan.

Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang
lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988).

Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

1. Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan. Ciri-ciri :

Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan ‘sebatang pensel’ dan ‘batang kayu’.

Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada nama.

Memahami senikata lagu atau puisi.

2. Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi perkataan. Ciri-ciri :

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.


Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan

Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku

Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi

Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.

3. Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri :

Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang panjang (satu muka surat yang terdiri
daripada sepuluh ayat) dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah dilalui oleh
mereka.

Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu dan puisi serta menceritakan tentang
peristiwa atau pengalaman secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang
didapati daripada peristiwa tersebut.

4. Perkembangan Pragmatik : gaya sesuatu perkataan digunakan dalam sesuatu

perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:

Boleh menggunakan speech registers seperti ‘apa khabar’ atau ‘tumpang lalu’ secara berkesan.

Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara beransur-ansur mengikut keadaan.

Dapat bertanya balik apabila disoalkan.

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa
yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan.

PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara

yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang

lain dan perhubungan sosial.

Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat

penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar.

Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan

kendiri dan kawalan kendiri.

Kemahiran Berinteraksi

Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubunagn sosial semasa bermain

dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992).

Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek

dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones &

Miner,1994).

Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati.

Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain.


JENIS CIRI-CIRI
Peniruan Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

Pertandingan Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan


Berkawan kesetiaan
pada kawan.
Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat

Bekerjasama bersama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa

menggangu atau merebut permainan orang lain.


Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan
Simpati
yang menyedihkan.
Pengiktirafan sosial Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.
Perkembangan Kendiri

Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan

menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa

dan agamanya sendiri.

Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri

kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut

merupakan komponen dalam pembentukan kendiri kanak-kanak:

KOMPONEN KATEGORI KENDIRI CIRI-CIRI


Barangan saya (material me) Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik
Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi kita dengan
Pergaulan saya (social me)
pelbagai cara
Trait personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan,persepsi
Kerohanian saya (spiritual me)
sosial, kebolehan, kecekapan dan sebagainya
Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).

Konsep kendiri menekankan ‘ciri-ciri personaliti’


Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan, kemudian naik semula.

Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.

Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan khusus sesuatu masalah.

Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.

Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah sangat terhad kepada pemikiran
dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak
untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell & Carriger, 1990 ;
Caplan,1991).

Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melabel dirinya dengan berbagai-bagai
cara selain namanya seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil.

Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan
mereka serta bercakap tentang diri mereka atau ‘kendiri saya’ (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin
berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan
mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai
seorang individu yang berlainan daripada orang lain.

Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain lompat tali dan juga
mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum mengetahui kelemahan mereka.

Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi semakin
abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat
diri mereka tidk sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakan-rakan (Ruble &
Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995). Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka
seperti ‘hendak menjadi doktor apabila besar nanti’.

Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang berumur 6 hingga 11 tahun,
konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha
menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan
berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila

mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu.


Persahabatan

Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep orang dewasa. Orang dewasa
memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka
duka. Kanak-kanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Mereka tidak begitu
mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga
11 tahun ialah :

Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, mempunyai banyak alat permainan serta
berminat pada aktiviti-aktiviti yang sama.

Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barang-barang permainan.

Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanak-kanak bertemu jirannya yang suka
bermain bola sepak lalu sebentar kemudian menjadi kawan baik.

Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya apabila kanak-kanak itu jarang
bertemu, bertengkar atau seseorang kanak-kanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanak-
kanak itu bukan sahabatnya lagi.

Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling
membantu dan mempercayai antara satu sama lain.

Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini. Sahabat dianggap seorang teman
yang setia, dapat dipercayai serta dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan kejujuran penting untuk mengeratkan tali

persahabatan dan akan terputus selepas hilang kepercayaan.

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanak-kanak meniru tingkah laku kanak-
kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).

Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial seseorang kanak-kanak. Tidak
dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri
apabila berinteraksi dengan orang lain.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak untuk menawarkan
rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta
kemahiran penyesuian dengan orang lain.

Pertumbuhan Fizikal

Berat badan

Berat badan betambah dengan cepat pada peringkat awal kanak-kanak. Namun ketika peringkat kanak-kanak
pertengahan dan akhir iaitu sebelum mereka baligh, berat kanak-kanak akan meningkat sebanyak paun 2.5 kilogram (5
paun) setiap tahun. Walau bagaimanapun, berat badan kanak-kanak perempuan adalah kurang berat daripada lelaki
pada umur yang sama.

Ketinggian badan

Pada ketika ini, ketinggian badan kanak-kanak akan bertambah sebanyak 5 hingga 7.5 sentimeter (2-3 inci)
setiap tahun. Kanak-kanak perempuan lebih rendah daripada kanak-kanak lelaki sebelum usia sebelas tahun. Kemudian
pada usia dua belas atau tiga belas tahun, kanak-kanak perempuan menjadi lebih tinggi daripada kanak-kanak lelaki.

Pertumbuhan gigi

Manusia mempunyai dua set pertumbuhan gigi dalam seumur hidup. Pada ketika umur kanak-kanak 7 tahun, gigi
susu mula tanggal.pertukaran gigi susu ke gigi kekal mengambil masa yang lama, iaitu dari hujung peringkat prasekolah
hingga hujung peringkat kanak-kanak atau kira-kira dua belas tahun.

Rangka tulang

Pertumbuhan tulang berlaku dalam tiga cara, iaitu menjadi bertambah pnjng, lebih keras, dan berkurang atau
bertambah dari segi jumlah pada bahagian tertentu. Pertambahan saiz tulang amat ketara di tulang panjang di bahagian
kaki dan lengan. Tulang tersebut akan memanjang, menebal dan membesar secara tetap sepanjang zaman kanak-
kanak. Pembesaran tulang rangka berlaku dengan pembesaran kaki dan tangan diikuti leh pembesaran pinggul, dada,
bahu, dan akhir sekali badan memanjang.

ASPEK PERKEMBANGAN KANAK-KANAK


Aspek Perkembangan kanak-kanak akan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu FIZIKAL, MENTAL dan SOSIO-EMOSI.

PERKEMBANGAN FIZIKAL
Perkembangan fizikal kanak-kanak merangkumi pertumbuhan fizikal, kemahiran pergerakan kasar dan halus.
Kemahiran pergerakan motor kasar dan halus

Kemahiran pengawalan pergerakan kanak-kanak merangkumi kemahiran motor kasar dan halus.

Kemahiran motor kasar kanak- kanak sekolah (7-11 tahun)

Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak menjadi semakin halus dan
lebih terurus, berbanding peringkat awal kanak-kanak. Contohnya, mereka sudah boleh menunggang basikal, memanjat,
berlari, menari dan bersukan.

Disamping itu mereka juga lebih diberi tanggungjawab menjalankan aktiviti seperti membantu ibu menyapu dan
mengemas rumah, memasak, menjahit serta membasuh dn melipat pakaian.

Kemahiran fizikal menjadi suatu keseronokkan dan merupakan pencapaian yang berguna kepada kanak-kanak.
Penting bagi kanak-kanak untuk melibatkan diri secara aktif dalam kegiatan sukan pada peringkat sekolah rendah.

Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)

Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik
dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.

Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki.
Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL

Kami bahagikan Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir kepada 3 bahagian:

Perkembangan persepsi kanak-kanak

Deria sentuhan
Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan
mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.

Deria rasa dan bau

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza
daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara
bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili.

Deria pendengaran

Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada maksud perkataan. Sekiranya
mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat.
Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.

Deria penglihatan

Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran
mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem
penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan symbol tulisan.
Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Huruf-huruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu
mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-
kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan
bertulis.

PERKEMBANGAN EMOSI

Emosi memainkan peranan penting dalam kehidupan kanak-kanak. Lazimnya apabila sesuatu pengalaman emosi itu
menyenangkan, mereka akan berasa terdorong untuk mencapai sesuatu matlamat itu. Emosi menambahkan keseronokkan
kepada pengalamannya sehari-hari, menjadi penggerak kepada tindakan, dan memberikan makna kepada bentuk tindakan

yang diambilnya.

Emosi Diskrit

Emosi diskrit adalah emosi asas yang dapat di kesan melalui air muka, misalnya suka, takut, marah, sedih atau duka,
minat, terkejut dan jijik. Pada peringkat kira-kira 6 tahun, rasa segan, bimbang, putus harap dan iri hati berkembang daripada
perasaan duka dan harapan serta kasih sayang terhadap orang dewasa berkembang daripada emosi suka. Pernyataan emosi
yang lebih halus seperti yang terdapat pada orang dewasa daripada kematangan dan pembelajaran yang seterusnya berlaku
pada zaman kanak-kanak dan remaja.

Emosi Kesedaran Kendiri

Selain emosi diskrit, Perkembangan emosi kanak-kanak juga merangkumi emosi yang berkaitan dengan kesedaran
kendiri atau emosi yang berkaitan dengan kendiri kanak-kanak, seperti perasaan malu, bangga, dengki dan bersalah.

Pada peringkat prasekolah, perasaan cemburu tehadap kawan-kawan sekelas adalah perkara biasa kerana mereka
masih memerlukan rasa kasih saying daripada ibu bapa dan guru. Kanak-kanak pada peringkat ini juga kerap mengalmi emosi
kesedaran diri dan menjadi semakin sensitive pada pujian dan kritikan orang lain (Lewis,1995; Lewis, Allesandri &
Sullivan,1992). Sekiranya kanak-kanak selalu dipuji, mereka akan berasa bangga dan yakin terhdp kebolehan mereka sendiri.
Sebaliknya, jika mereka dimarah kerana salah laku, mereka akan rasa bersalah, walaupun perkara itu merupakan satu
kemalangan atau dilakukan dengan tidak sengaja (Graham, Doubleday & Guarino, 1984).

Bandura (1986,1989) menyatakan bahawa perkembangan emosi kanak-kanak juga diperoleh dengan cara peniruan.
Mereka meniru tingkah laku emosi yang diperhatikan pada orang lain. Cara kanak-kanak menyatakan emosinya bergantung

kepada apa yang dipelajari disekelilingnya.

Memahami dan bertindak balas kepada emosi.

Satu lagi emosi yang berkembang pada peringkat kanak-kanak adalah empati. Kanak yang bertindak dengan empati
lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang dalam sedih (Eisenberg & Fabes,1998). perkembangan
empati bergantung kepada perkembangan intelektual dan bahasa dan disokong leh personaliti dan pengalaman mereka.

Kanak-kanak pada peringkat prasekolah yang lebih suka bersosial dan mahir dalam mengawal emosi lebih cenderung
bersifat empati (Eisenberg, 1992,1996). Pada awal umur prasekolah, kanak-kanak merujuk kepada sebab, akibat dan tanda
perbuatan untuk mentafsir keadaan emosi.
Pada peringkat umur 7 tahun hingga 9 tahun, kanak-kanak mula sedar akan perasaan orang lain. Mereka mula belajar
memahami perasaan orang lain melalui pengalaman dan interaksi dengan rakan sebaya. Kanak-kanak ini suka membuat
sesuatu untuk menarik perhatian orang lain. Kanak-kanak pada peringkat ini sangat perasan terhadap kritikan dan cemuhan.
Mereka mendapati susah untuk menyesuaikan diri dengan kegagalan.

Ketika berumur 9 tahun hingga 12 tahun, kanak-kanak menghadapi dilema kerana nilai-nilai dan norma-norma
kumpulan rakan sebaya berbeza dengan nilai norma ibu bapa atau orang dewasa. Mereka ingin akan penerimaan daripada
rakan sebaya tetapi pada masa yang sama mereka masih bergantung kepada ibu bapa. Kanak-kanak juga gemar menolong

melaksanakan pelbagai tugasan, suka menerima tanggungjawab dan membantu orang lain tanpa mengharap ganjaran.

Tingkah Laku Prososial vs Tingkah Laku Anti Sosial

Perasaan empati kanak-kanak akan membawa kepada perkembangan sosial ke arah membantu orang lain, iaitu
tingkah laku prososial. Sebagai contoh, kanak-kanak menunjukka perasaan prihatin terhadap mereka yang lemah dan
membantu dalam penjagaan adik.

Kanak-kanak yang berumur 6 tahun hingga 7 tahun lebih cenderung untuk menunjukkan sikap bekerjasama apabila
bermain dengan rakan mereka.

Manakala tingkah laku anti sosial pula seperti tingkah laku agresif, intrusive, asertif, dan suka mengawal orang alin atau
melakukan keganasan dan mencederakan orang lain.

Kelakuan antisocial yang bermasalah dihadapi pada zaman kanak-kanak ialah bercakap bohong, bergaduh, mencuri
dan lari dari rumah. Terdapat beberapa penerangan mengapa seseorang itu menjadi anti sosial. Salah satu daripadanya ialah
tanggapan bahawa tingkah laku antisosial itu sebenarnya akibat daripada proses modeling, misalnya melalui model-model atau
cerita-cerita yang dipaparkan di televisyen.

Pelajar Psikologi Perkembangan Sesi 2006/2007, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Fakulti Sains Sosial dan
Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 Bangi, Selangor Darul Ehsan. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab
atas sebarang kecedaraan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang disediakan melalui laman web
ini.

Hak Cipta © 2007 Laman Web oleh SKPX 2083, Psikologi Perkembangan. Paparan terbaik menggunakan IE 6.0 dengan resolusi

You might also like