You are on page 1of 31

1

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
HAK ASASI & KEBEBASAN DIRI PERSPEKTIF SYARA
DAN HUMANISME : SATU ANALISIS PERBANDINGAN
Haji Mahamad Naser Bin Disa
1

1.0. PENGENALAN
Falsafah Liberalisme yang bermula di Eropah pada sekitar abad ke-16 adalah
manifestasi daripada gerakan Renaissance kebangkitan rakyat bawahan
yang diterajui oleh golongan cendikiawan menentang sistem feudal yang
disokong kuat oleh kelompok paderi Kristian yang bersifat mengongkong
pemikiran penganut agama Kristian. Liberalisme sebagaimana sekularisme dan
humanisme adalah hasil dari pertembungan antara autoritarianisme kelompok
Kristian yang dipimpin oleh puak gereja dengan kebebasan berfikir cerdik
pandai penganut agama tersebut. Ia juga timbul akibat dari kemarahan kaum
petani marhain yang bangkit menentang golongan bangsawan yang menindas
memaksa petani bekerja tanpa upah dan ditindas dengan pelbagai cukai.
Sedangkan puak gereja pula mendapat gaji yang besar dan hidup dalam
kemewahan ketika menularnya pelbagai penganiayaan yang menyalahi
doktrin-doktrin agama Kristian. Tuntutan pembebasan dari penindasan feudal
dan kongkongan paderi gereja yang zalim inilah yang melatari kemunculan
falsafah Liberalisme. Fenomena yang jauh dari keadilan Islam dan
kesejahteraan aqidah Islam bersumberkan wahyu al Quran dan as Sunnah
yang sudah pun melebar dari Timur ke Barat ketika Eropah masih dalam era
kegelapan dark ages.
Berpaksikan sikap penentangan kepada kongkongan agama dan feudalisme
yang meluap-luap, pengaruh falsafah liberalisme yang berkembang pesat di
Eropah dan Amerika pada abad ke 18 hingga mencetuskan berbagai revolusi
kemerdekaan dan perindustrian serta reformasi sosial dan ekonomi. Ia telah
meresap ke dalam semua bidang kehidupan termasuk liberalisme ekonomi,
budaya, politik, dan agama. Ia berkembang selaras dengan perjuangan
demokrasi, fahaman persamaan semua agama, fahaman persamaan hak
antara lelaki dan perempuan serta mempromosikan kebebasan mutlak atas
nama Hak Asasi Manusia HAM.
2.0. SEJARAH HAK ASASI MANUSIA


1
Peguam Kanan Persekutuan, Ahli Biro Undang-undang MAIWP. Untuk pembentangan Seminar Pemikiran Liberalisme &
Pragmatism anjuran JAIS di INTEKMA, Shah Alam; 28 Jun 2012.

2

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Dipercayai bahawa sejarah gerakan hak asasi manusia bemula di tamadun
Greek pada zaman ahli-ahli falsafah seperti Aristotle dan Plato. Idea-idea hak
asasi manusia seperti hak kebebasan, hak sama rata serta hak mendapat
keadilan di Athens lahir daripada pemikiran ahli falsafah Greek. Aristotle dalam
karyanya The Athenian Constitution membincangkan tentang falsafah hak
berpolitik menerusi aktiviti pentadbiran badan perhimpunan, badan majlis dan
badan kehakiman. Kebebasan untuk mengundi, hak sama rata untuk diundi
sebagai perwakilan dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat semasa
persidangan adalah di bawah satu konsep bahawa kuasa mentadbir
masyarakat adalah terletak di bawah masyarakat (rule by the people for the
people). Manakala Plato pula berpandangan bahawa hak persamaan antara
lelaki dan perempuan ialah kedua-dua kumpulan jantina tersebut berhak untuk
mendapat pendidikan dan berhak untuk diberi peluang meningkatkan
pencapaian diri masing-masing.

Apabila Kerajaan Rom menakluki semenanjung Greek dan menjadikannya
sebahagian daripada Pax Romana serta mengadaptasikan tamadun Greek
ke dalam tamadunnya. Idea hak asasi manusia kemudiannya berkembang ke
tamadun Rom melalui karya Stoics seperti Cicero, Zeno dan Aurelius. Idea hak
asasi manusia kemudiannya tersebar ke England pada zaman pemerintahan
Raja John I apabila baginda dipaksa untuk menandatangani Magna Carta yang
melindungi hak-hak dan harta golongan bangsawan Inggeris dari rampasan
atau cukai yang tinggi dalam tahun 1215. Seterusnya ia terus berkembang
pada kurun ke-17 pada zaman pencerahan dipelopori oleh Hobbes, Spinoza
dan Locke. Ahli-ahli falsafah kurun ke-18 seperti Montesquie, Voltaire dan
Rousseau pula memperkembangkannya sehinggalah pembentukan konsep
hak asasi manusia kontemporari. Dikatakan bahawa karya-karya ahli falsafah
kurun ke-17 dan ke-18 ini lah yang mempengaruhi banyak konsep dan idea
hak asasi manusia yang ada pada masa kini.
2


3.0. DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT 1948

Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (DHAMS) adalah ciptaan pemikir-
pemikir Barat yang hanya mengambil kira norma-norma kebudayaan dan
ketamadunan masyarakat madani (civil society) yang pada dasarnya
mementingkan kebebasan asasi individu. Digubal oleh pihak Berikat yang
menang dalam Perang Dunia Kedua iaitu Amerika, Great Britain, Kesatuan
Soviet Russia, Perancis dan China. Dalam konteks manusia sejagat, hak asasi
bermaksud semua manusia adalah bebas dan mempunyai hak yang sama
tanpa mengira bangsa, warna kulit agama, keturunan, bahasa dan lain-lain di

2
(Norraihan Zakaria, Konsep Hak Asasi Manusia, Dewan Bahasa Pustaka, Dawama Sdn Bhd. 2005 hlm. 2-4)

3

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
mata undang-undang. Berdasarkan maksud tersebut maka hak asasi menjadi
satu tuntutan agar setiap manusia diberikan haknya secara sama rata dan adil.
Namun begitu, negara Barat yang menekankan kebebasan individu dalam
DHAMS seringkali menafikan kebebasan tersebut apabila ianya bertembung
dengan dasar dan polisi negara. Hak yang memberikan kebebasan kepada
individu untuk memilih dan mengamalkan agamanya sering kali dihalang oleh
negara- negara Barat seperti larangan memakai hijab atau burqa oleh wanita
muslim dan membina minaret masjid bagi tujuan agama Islam di negara-
negara Barat. Kelihatannya seperti wujud double standard di dalam
pelaksanaan hak asasi yang diperjuangkan di negara-negara Barat.

4.0. HAK KEMANUSIAAN INSAN MENURUT AJARAN ISLAM

Allah S.W.T. sebagai pencipta yang maha kaya dan sempurna, mengiktiraf
hak-hak seseorang insan sama ada lelaki atau wanita dengan menciptakan
pasangan masing-masing. Justeru Allah menciptakan Adam dan Hawa dan
mengurniakan rezeki kepada mereka berdua bagi memenuhi keperluan hak
asasi mereka untuk makan dan minum.

.1l !.. _., :, ..l.- _ l `>,l .. _. .,,Ll `..l.
_ls ,: _.. !.1l> ,.. _

Dan sesungguhnya kami telah muliakan anak-anak Adam; dan kami telah
berikan mereka menggunakan berbagai-bagai-bagai kenderaan di darat dan
di laut; dan kami telah berikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang
baik-baik serta kami telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas
banyak makhluk-makhluk yang telah kami ciptakan.
(Surah al-Isra, 17 : 70)

Selain dari mengurniakan hak-hak kemanusiaan bagi insan, Allah juga
memperkenalkan kewajipan dan larangan bagi membolehkan manusia
melaksanakan tangungjawabnya sebagai hamba Allah dan Khalifah-Nya di
atas muka bumi. Allah juga mengurniakan hak kemanusiaan insan dengan
mengutuskan para Nabi dan Rasul untuk memberikan petunjuk dan panduan
dalam melayari kehidupan di dunia. Syariat Islam juga telah mengiktiraf dan
menetapkan hak kemanusian manusia sejak dari zaman kehidupan Rasullah
S.A.W. lagi. Ini dapat dilihat daripada Khutbah terakhir Rasullah S.A.W. yang
berbunyi antara lainnya-

4

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor

Tidak ada kelebihan bagi seorang Arab dengan bukan Arab, bagi seorang
yang berkulit putih dengan yang berkulit hitam melainkan ketakwaan kepada
Allah sahaja yang berbeza.
3



Menurut Dr. Wahbah al Zuhayli
4
, Hak hak insan ialah himpunan beberapa hak
semula jadi yang dimiliki oleh seseorang yang sangat berkait rapat dengan
kewujudan tabiinya; yang diperakukan secara alami walaupun belum diiktiraf
atau yang dicerobohi oleh mana-mana kuasa . Ia merangkum hak asasi seperti
hak untuk hidup, persamaan, kebebasan dalam segala bentuknya, hak politik
dan civil, hak bangsa-bangsa untuk menentukan nasibnya, hak mereka untuk
merdeka, hak untuk mempunyai identiti bangsa, hak berpendapat, hak
menyatakan pendapat, hak beragama, hak belajar dan mendapat pendidikan,
hak ekonomi dan sosial, hak milik khusus, hak berkerja dan menjawat jawatan
umum, hak mendapat rawatan kesihatan dan sosial, hak mendapat jaminan
dan perlindungan negara, hak keibubapaan, hak kanak-kanak, hak remaja dan
belia untuk mendapat asuhan, hak kekeluargaan , hak tempat tinggal dan lain-
lain. Beliau menegaskan; al-Karamah al-Insaniah atau prinsip menghormati
martabat keinsanan dan maruah manusia adalah sumber hak asasi . Apabila
wujudnya penghargaan terhadap Karamah Insaniah itu bermakna adanya
tanda keinsanan manusia berkenaan yang membedakannya daripada
binatang. Islam telah mengisytiharkan sejak awal era kemunculannya tentang
prinsip melindungi maruah dan Karamah Insaniah yang membibitkan hak-hak
seperti kebebasan atau kemerdekaan dan kesamarataan. Allah berfirman :

.1l !.. _., :,
Bermaksud :
Sesungguhnya Kami telah muliakan (status) anak-anak Adam.
(Surah al-Isr 17 : 70)

Firman-Nya lagi :

3
(Muslim, Kitab-ul-Haj).
4
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin; Pengerusi Shura ; Hak Asasi Manusia Dari Perspektif Islam



5

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
.1l !.1l> _.. _ _.> ,1. _
Bermaksud :
(Pada hakikatnya) Kami telah mencipta manusia dengan sebaik-baik
kejadian.
(Surah al-Tn, 95 : 4)

Rasulullah bangun berdiri menghormati jenazah orang kafir yang melintasi
baginda. Sahabat mengatakan kepada beliau. Jenazah itu hanyalah jenazah
seorang Yahudi. Baginda lantas menjawab; bukankah dia juga seorang
manusia?

5.0. KHUTBAH WADA PENEGASAN UNTUK MELINDUNGI HAK-HAK INSAN

Antara prinsip perlindungan hak insan yang digariskan oleh Nabi S.A.W.
termasuklah kesucian nyawa atau jiwa dan larangan mengorbankannya tanpa
sebab yang diizinkan syarak. Hal ini ditegaskan Allah S.W.T. dalam beberapa
ayat-Nya :


_ l!-. `_. !. > , ,l. : ., !:,: _l!, !...>|
l.1. ..l _. _.l.| _`>. `. >!`,| ,1. _>l !. L
!.. !. _L, l.1. .l _.l > < | _>l!, >l: >. .,
>l-l l1-. _
Bermaksud :
Katakanlah : Marilah, supaya Aku bacakan apa Yang telah diharamkan oleh
Tuhan kamu kepada kamu, Iaitu janganlah kamu sekutukan Dengan Allah
sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan
janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya)
Kamilah Yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan
janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - Yang terang daripadanya
dan Yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa Yang telah
diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan Dengan jalan Yang hak (yang
dibenarkan oleh Syarak). Dengan Yang demikian itulah Allah perintahkan
kamu, supaya kamu memahaminya.


6

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
(Surah Al-An`m, 6 : 151)

Dan firman-Nya lagi :

l.1. _.l _.l > < | _>l!, _. _. !.lL. .1 !.l-> .,ll
!..Ll. `. _ _.1l ..| l ... __
Bermaksud :
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan
oleh Allah membunuhnya kecuali Dengan alasan yang benar. dan sesiapa
yang dibunuh secara zalim, maka Sesungguhnya Kami telah menjadikan
warisannya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau
Dalam menuntut balas bunuh itu, kerana Sesungguhnya ia adalah mendapat
sepenuh-penuh pertolongan (menurut hukum Syara).

(Surah al-Isr', 17 : 33)

Jaminan yang diberikan Nabi S.A.W. sebagai bukti iltizamnya dilaksanakan
sepenuhnya oleh Baginda. Bahkan Baginda turut menutup segala ruang atau
jalan yang menyebabkan berlakunya pembunuhan dan korban jiwa tanpa
alasan yang benar. Sebagai contoh, Baginda menamatkan pertelagahan antara
puak serta kabilah Arab lalu seterusnya mendamaikan serta
mempersaudarakan mereka. Sebelum kedatangan Islam, pertelagahan
seumpama ini lazimnya mencetuskan peperangan yang amat sukar dihentikan
dan berlanjutan untuk tempoh yang panjang selain mengakibatkan
pertumpahan darah. Hal ini sebagaimana dapat dilihat dalam peperangan yang
membabitkan puak Aus dan Khazraj (Perang Bu`ath) dan puak Bakar dengan
Taghlib (Perang Basus). Konsep kesucian hidup atau nyawa begitu asing bagi
masyarakat ketika itu. Hal ini antara lain disebabkan pergantungan penuh dan
ketaksuban mereka terhadap kabilah masing-masing. Dengan yang demikian,
setiap nyawa yang terkorban dalam kalangan mereka merupakan musibah
yang mencalar maruah serta kehormatan dan mesti dibalas sebagai suatu
bentuk pembelaan. Maka tersemailah budaya membalas dendam yang
sentiasa sahaja menjerumuskan mereka dalam pelbagai bentuk pertelagahan,
perbalahan, dan peperangan. Keadaan tidak selamat seumpama ini sudah
tentu menyebabkan banyak nyawa yang terkorban dan ratusan keluarga yang
musnah.

Nabi S.A.W. merupakan individu pertama yang menegaskan dan menunaikan
hak paling asas ini kepada setiap lapisan masyarakat Baginda. Perlindungan

7

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
nyawa atau diri diberikan Nabi S.A.W. bukan sahaja kepada umat Islam
bahkan juga rakyat bukan Islam, khususnya yang terlibat dalam Perjanjian
Zimmah. Hal ini berikutan kesediaan mereka untuk membayar jizyah dan
beriltizam dengan undang-undang negara Islam yang tertentu. Jaminan
terhadap keselamatan nyawa diberikan Nabi S.A.W. bukan sahaja semasa
keadaan aman bahkan juga ketika tercetusnya peperangan. Terdapat banyak
riwayat yang menyebut tentang peringatan yang diberikan Nabi S.A.W. kepada
para sahabat yang memimpin tentera agar tidak mengorbankan nyawa
kumpulan bukan pejuang atau penempur seperti kanak-kanak, wanita, dan
golongan tua selain tidak mengganggu mereka yang berada di dalam rumah
ibadat. Justeru itu, dalam peperangan yang tercetus antara tentera Islam
dengan tentera musuh, dianggarkan kehilangan nyawa di kedua-dua pihak
hanya seramai 1,018 orang. Selain itu, seluruh Semenanjung Arab diletakkan
di bawah kekuasaan pusat yang telah berjaya mewujudkan keamanan di
kawasan yang sering berlaku peperangan dan pertelingkahan kaum yang
menyebabkan kematian saban tahun. Demikian pula dengan pihak musuh
yang ditawan. Baginda lazimnya membebaskan mereka dengan segera, sama
ada dengan bayaran tebusan atau juga dengan syarat-syarat tertentu. Sebagai
contoh ialah mengajar kemahiran membaca dan menulis kepada anak-anak
kaum Ansar seperti dalam Perang Badar. Demikian juga dalam Perang Banu
Mustaliq dan Perang Hunain. Pembebasan segera tawanan dilakukan tanpa
sebarang pembayaran wang tebusan. Sementara dalam Perang Banu
Qainuqa` dan Perang Banu Nadir, seluruh kaum dibenarkan meninggalkan
Madinah bersama-sama dengan harta dan ternakan mereka.
5


6.0. SUMBER DAN KONSEP HAK ASASI MANUSIA MENGIKUT ISLAM
6

Hak asasi manusia bermaksud hak-hak yang telah dikurniakan oleh Allah
S.W.T. sebagai pencipta kepada manusia sebagai ciptaanNya. Ia bukan hasil
atau buah fikiran manusia, ia telah ditentukan dalam kitab suci al-Qur`an dan
dijelaskan melalui sunnah Rasulullah S.A.W melalui risalahnya ke dunia ini. Al-
Qur`an dan Sunnah menyentuh banyak sekali perihal yang bersangkutan
dengan hak asasi manusia sebagaimana yang dinyatakan berikut:
1. Terdapat sejumlah 40 ayat al-Qur`an mengenai paksaan dan pemaksaan.
Daripada jumlah itu, 10 ayat bersifat melarang paksaan, bermaksud
sebagai jaminan kebebasan berfikir dan menganut agama. Antara ayat-
ayat itu ialah melalui kenyataan al-Qur`an :

5
Wan Roslili binti Majid; Khutbah Wada : Pedoman Berharga Umat Akhir Zaman. Laman Web IKIM 10/02/2012
6
Haji Hassan bin Ab Rahman; Hak Asasi Manusia Mengikut Perspektif Islam.


8

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
:| _ _ . _,,. .:l _. _-l
Bermaksud :
Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah
nyata kebenaran dan kesesatan.
(al-Baqarah, 2 : 256)

Selain itu, Allah SWT juga berfirman :

.! :>. _!.l _.> .>, _,..`. __

Bermaksud :
Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka
menjadi orang-orang yang beriman.
(Yunus, 10 : 99)

_ _>l _. `>, _. ,!: _.`,l _. ,!: >,l
Bermaksud :
Dan katakanlah (wahai Muhammad) kebenaran itu ialah yang datang dari
Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman hendaklah ia beriman
dan sesiapa yang mahu kufur dan ingkar biarkanlah mengingkarinya.

(Surah al-Kahfi, 18 : 29)

2. Islam menjamin keadilan dan mengaplikasikan tindakan secara adil serta
menolak kezaliman. Sesungguhnya tidak ada beza antara lelaki dan
perempuan ataupun antara Muslim dan bukan Muslim ataupun antara
orang dewasa dan kanak-kanak. Jika dihitungkan terdapat 320 ayat
dalam pelbagai aspek menyentuh mengenai kezaliman dan mereka yang
melakukan kezaliman. Terdapat pula kira-kira 54 ayat yang menyangkut
perihal keadilan dalam pelbagai aspek termasuklah aspek pengadilan.
3. Islam memerintahkan setiap manusia menghormati dan menjaga
kehidupannya sebagai suatu nikmat Allah. Maka mestilah ada faktor-
faktor yang diperlukan bagi menentukan dan menjamin kehidupan yang
sejahtera kepada umat manusia. Terdapat 70 ayat mengenai bunuh dan
pembunuhan. Antaranya Allah S.W.T. berfirman :

9

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
_. _. !.. ,-, _ . :!. _ _ !..! _. _!.l !-,.> _.
!>!,> !,.! !,> _!.l !-,.>
Bermaksud :
Bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada
sebarang alasan yang membolehkannya membunuh orang itu ataupun
kerana melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia
membunuh manusia seluruhnya dan sesiapa yang menjaga keselamatan
hidup seorang manusia, maka seolah-olah ia menjaga keselamatan
manusia semuanya.
(al-Maidah, 5 : 32)

Selain itu, terdapat 20 ayat al-Qur`an yang menegaskan berkenaan
kehormatan dan kemuliaan manusia. Antaranya ayat al-Qur`an ada
menyebut :
.1l !.. _., :, ..l.- _ l `>,l .. _. .,,Ll
`..l. _ls ,: _.. !.1l> ,.. _
Bermaksud :
Dan sesungguhnya Kami memuliakan anak-anak Adam dan Kami beri
mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut dan
Kami memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik,
serta Kami lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak
makhluk-makhluk yang Kami ciptakan.
(Surah al-Isr, 17 : 70)
4. Terdapat 150 ayat al-Qur`an mengenai manusia dan proses kejadiannya
termasuklah tentang persamaannya berasaskan persamaan faktor-faktor
asas kejadian manusia. Allah S.W.T. berfirman :
!!., '_!.l !.| >..1l> _. : _.. >..l-> !,`-: _!, !-.l |
>. ..s < >1. | < ,ls ,,> _
Bermaksud :
Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari lelaki
dan perempuan dan Kami menjadikan kamu berbagai-bagai dan bersuku,

10

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
berpuak, supaya kamu berkenal-kenalan dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah S.W.T.
ialah orang yang lebih taqwa di antara kamu.
(Surah al-Hujurat, 49 : 13)
Rasulullah S.A.W. juga pernah menjelaskan bahawa manusia itu sama
sahaja seperti persamaan susunan baris gigi.
5. Semasa Rasulullah S.A.W. menunaikan Haji Wida, sebelum
kewafatannya, Baginda berucap panjang dan dalam ucapannya itu
Baginda menggariskan asas-asas hak asasi manusia. Pernyataan
Rasulullah S.A.W. diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim
menjelaskan darah manusia, harta-harta mereka, kehormatan mereka ke
atas manusia lain adalah haram seperti haramnya hari ini, di negeri
(bumi) ini dan pada bulan ini. Kenyataan ini menjelaskan inti pati
mengenai hak asasi manusia di dalam Islam.
Hak-hak yang diberikan oleh raja atau badan perundangan boleh ditarik balik
semudah ia diberikan, tetapi tiada individu atau institusi yang mempunyai
kuasa untuk menarik balik hak-hak yang telah dikurniakan oleh Allah kepada
manusia. Piagam dan perisytiharan-perisytiharan serta resolusi Bangsa-
Bangsa Bersatu tidak boleh di banding dengan hak-hak yang telah ditetapkan
oleh Allah. Mematuhi dan menjaga hak-hak yang Allah tetapkan adalah
menjadi sebahagian daripada akidah Islam. Semua orang Islam dan
pemerintah yang mendakwa dirinya seorang Islam mesti menerima dan
mengiktiraf serta menguatkuasakan hak-hak yang telah ditetapkan oleh Allah
tanpa gagal

Pada dasarnya hak asasi manusia menurut ajaran Islam akan terlaksana
seandainya pihak-pihak yang berkewajipan menunaikan kewajipannya. Justeru
Islam lebih menekankan pendekatan menunaikan kewajipan dan bukan
menuntut hak. Fenomena kebangkitan menuntut hak adalah bukti atau petanda
bahawa ada pihak yang tidak menunaikan kewajipannya hingga
mengakibatkan ada pihak yang kehilangan hak mereka. Hak-hak asasi tersebut
adalah sesuatu yang dimiliki oleh setiap manusia dan dijamin oleh Syariah.
Namun, seandainya perkara yang dituntut itu bertentangan dengan hukum
syarak, maka ia bukanlah suatu hak sebaliknya suatu kebatilan. Justeru hak
asasi dalam Islam adalah berpaksikan tasawwur atau worldview Islam, berbeza
dengan konsep hak asasi yang difahami oleh pemikir-pemikir Barat yang
berlandaskan nafsu syahwat dan logik akal pemikiran manusia semata-mata.

7.0. DEKLARASI HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT (DHAMS)

11

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Bagi memahami Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (DHAMS), adalah perlu
untuk melihat dari sudut sejarah dan bagaimana ia digubal. DHAMS telah
diterima pakai oleh perhimpunan agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
pada 10 Disember 1948 dengan 48 undi menyokong dan 8 berkecuali
sementara itu tiada undi menentang.
7
Negara-negara yang berkecuali ialah
Saudi Arabia, Afrika Selatan dan negara-negara blok komunis (Kesatuan
Soviet Russia (USSR), Poland, Czechoslavakia dan Yugoslavia).
DHAMS telah digubal mengikut kehendak Kuasa-Kuasa yang menang Perang
Dunia Kedua iaitu Amerika Syarikat, Great Britain, Kesatuan Soviet Russia,
Perancis dan China. Dalam erti kata lain ia adalah suatu Deklarasi yang
berasaskan liberalisma Amerika, pragmatisma Inggeris, kemanusiaan Perancis
dan komunisma Soviet dan China.
8
Ia mengandungi senarai lengkap dua
katogeri hak-hak asasi manusia yang utama iaitu hak-hak sivil dan politik
(artikel 3 hingga 21) dan kebudayaan, sosio-ekonomi (artikel 22 hingga 27).
Berhubung dengan hak-hak sivil dan politik terdapat peruntukan-perutukan
yang dengan jelas menyebut hak untuk kebebasan, larangan penyiksaan,
larangan penangkapan dan tahanan sewenang-wenangnya, hak untuk
perbicaraan yang adil, kebebasan untuk berfikir dan agama, kebebasan untuk
berbeza pendapat, ekspresi, berkumpul secara aman, hak untuk mengambil
bahagian dalam kerajaan dan hak untuk demokrasi. Manakala berhubung
dengan hak-hak kebudayaan dan sosio-ekonomi terdapat peruntukan-
peruntukan bagi hak-hak keselamatan sosial, berkerja, pendidikan dan budaya
kehidupan.
Secara amnya konsep hak asasi manusia yang digariskan di dalam DHAMS
adalah berdasarkan konsep hak asasi Barat dengan penekanan dan
kepentingan diberikan kepada hak-hak sivil dan politik daripada kebudayaan
dan sosio-ekonomi. Langsung tidak dinyatakan hak-hak masyarakat. Sebabnya
ialah negara-negara sosialis walaupun memberikan bantahan yang kuat
terhadap kurangnya penekanan diberikan kepada hak-hak kebudayaan dan
sosio-ekonomi pada masa yang material adalah kumpulan minoriti. Oleh itu
apa yang mereka mampu lakukan adalah berkecuali. Manakala negara-negara
dunia ketiga, kebanyakannya dipelopori negara-negara latin Amerika yang
dipengaruh oleh negara-negara Barat.
8.0. PENDEKATAN ISLAM DALAM MEMARTABATKAN HAK KEMANUSIAAN
INSAN

7
(General Assembly Resolution 217A (111); UN Doc.A/810 at 71.)
8
(S.A. Farrar, Revelation, Philosophy and International Human Rights: Reconciling The Irreconcilable? 13 IIUMLJ Vol.13, No.2
2005 at p.262-263)

12

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Mengikut Maudoodi sebenarnya dunia Barat tidak mengenali konsep human
and civil rights hinggalah ke kurun ke-17 malah di akhir kurun ke-18 barulah
konsep ini mendapat tempat di dalam perlembagaan Amerika dan Perancis.
C.C Weeramantry, seorang bekas hakim Mahkamah Agung Sri Lanka dan
Professor Undang-Undang di Universiti Monash, Australia serta pernah
menjadi Timbalan Presiden Mahkamah Keadilan Antarabangsa di The Hague,
dalam bukunya Islamic Jurisprudence : An International Perspective telah
mengakui bahawa Islam telah mengiktiraf hak asasi manusia 1,000 tahun lebih
awal daripada Barat.
Langkah-langkah awal untuk menginstitusikan hak kemanusiaan insan boleh
dilihat daripada Perlembagaan (Piagam) Madinah yang dibentuk oleh Nabi
Muhammad S.A.W. pada awal abad ke-7 bagi umat Islam dan bukan Islam
setelah tertubuhnya negara Islam yang pertama itu di Madinah. Perlembagaan
Madinah mengandungi 47 Fasal yang antaranya mengandungi perkara-perkara
yang berkaitan dengan hak asasi manusia. Hak untuk bebas beragama
misalnya diberi dan diamalkan oleh penduduk Madinah ketika itu khususnya
melalui Fasal 25. Walaupun Rasulullah S.A.W. menerbitkan konsep ummah
namun konsep itu tidak mengetepikan identiti dan agama kaum lain.
Khutbah wada atau khutbah terakhir yang disampaikan oleh Nabi S.A.W. pada
penghujung hayat Baginda, iaitu pada tahun 10H. dirakam oleh sejarah
sebagai deklarasi ulung perlindungan hak insan. Pada masa yang sama,
khutbah berkenaan membentuk garis panduan penting dalam pengurusan
aspek-aspek utama dalam kehidupan seperti perundangan, ekonomi, siasah,
kekeluargaan dan kemasyarakatan. Antara ciri penting yang membezakan
kandungan Khutbah Wada dengan instrumen hak asasi manusia barat ialah
khutbah Nabi S.A.W. berasaskan wahyu dan bertujuan mentaati serta
menunaikan hak Allah S.W.T. yang menjamin kemaslahatan umum (maslahah
`ammah). Sebaliknya ada antara bentuk perjuangan hak asasi manusia yang
dilaung-laungkan dan dipertahankan pihak barat bertentangan sama sekali
dengan hak Allah S.W.T. dan kemaslahatan masyarakat umum.
9.0. KEBEBASAN MUTLAK MENERUSI HAM
Fahaman HAM secara Liberalisme ini menegaskan kepentingan bahawa
manusia mempunyai kebebasan diri untuk menjalani kehidupan tanpa
sebarang ikatan dengan sebarang bentuk tradisi, termasuk Tuhan dan agama.
Hal ini menjadikan manusia hidup tanpa garis panduan terhadap apa yang
dilakukannya dan seterusnya mewujudkan pemikiran kontemporari yang
meraikan kepelbagaian budaya, amalan dan prinsip. Interaksi global juga telah
menyebabkan manusia menjadi objek konsumer yang diperdagangkan
menerusi hedonisme anjuran Barat. Secara dasarnya, globalisasi yang

13

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
merupakan produk Liberalisme ini telah mencabul kedaulatan sesebuah negara
dan bangsa sama ada dari segi agama, budaya, bahasa dan juga undang-
undang.
Sebagai contoh, golongan ini memperjuangkan hak kebebasan seks dan hak
kebebasan orientasi seks seperti lesbian dan homoseksual, hak untuk
berpakaian dan bersosial, hak pengguguran anak, hak perkahwinan sejenis,
hak menceroboh atas nama penentangan keganasan dan berbagai hak lagi.
Bagi merealisasikan keinginan mereka, golongan ini mentafsirkan hukum
agama mengikut rasional akal dan realiti semasa. Mereka yang berpegang
teguh pada agama dikatakan golongan fundamentalis yang kolot dan jumud
atau terikat dengan autoritarianisme agama kerana tidak mengikut peredaran
masa.
Tanpa membicara lebih jauh, melihat kepada asas pemikiran dan falsafah
kedua-dua hak ini sahaja, percanggahan asas antara UDHR & HAM Barat
dengan prinsip Kemanusiaan Islam dapat dilihat secara nyata

HAM Barat dan UDHR amat berbeza dari prinsip kemanusiaan Islam
kerana asas fahaman HAM Barat yang berpaksi kepada
ANTHROPOCENTRIC, di mana manusia menjadi penentu nilai kerana
akal dan nafsu manusialah yang menjadi pertimbangan utama.
Sebaliknya, hak kemanusiaan insan yang menjadi asas pandangan hidup
umat Islam adalah berpaksi pada THEOCENTRIC ajaran wahyu al-
Qur`an dan assunnah menjadi penentu sistem nilai.
Percanggahan Asas ini membawa Natijah yang berbeza -
Di negara-negara yang majoriti penduduknya Islam, bukan Islam
berpeluang mencapai kuasa politik atau ekonomi dengan hebat.
Sebaliknya di negara-negara yang umat Islam adalah minoriti, mereka
ditindas dengan dahsyat sekali sehingga hilang kuasa politik dan melarat
di tanah air sendiri. Bahkan di kebanyakan negara imigran yang dikuasai
oleh kelompok Barat anak tempatan disisihkan dari Politik atau kuasa
politik mereka terhakis sama sekali. Lihat sahaja apa yang berlaku di
Amerika Syarikat atau Australia yang mengetepikan penglibatan rakyat
tempatan dalam pembentukan negara mereka. Setelah beratus tahun
pembentukan Negara, namun tiada seorang pun penduduk tempatan
berpeluang untuk menjadi anggota pentadbiran tertinggi Negara. Mereka

14

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
mendabik dada menjadi juara dalam hak asasi manusia, tetapi dalam
masa yang sama penduduk asal tempatan tertindas.
HAM Barat masih belum mengenali nilai baik / buruk; atas nama HAM
dan kebebasan asasi, segala yang membangkitkan selera manusia boleh
dibenarkan tanpa difikirkan lagi persoalan nilai baik / buruk dan adab.
Akibatnya hubungan dan kelahiran luar nikah adalah perkara biasa
perkahwinan sesama jenis, pertukaran jantina secara sesuka hati dan
berbagai bentuk salah laku seksual.
Fahaman HAM Barat pada era Liberalisme ini telah tersebar luas secara
pantas, sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat dan proses
globalisasi. Ia telah meresap masuk dalam pemikiran masyarakat Islam dan
penularannya berlaku secara halus sama ada secara disedari atau tidak
disedari oleh umat Islam kerana ia diolah secara rasional. Sekiranya ia tidak
dibanteras dengan berkesan, ia boleh menjejaskan akidah umat Islam itu
sendiri. Penerimaan prinsip HAM Barat sebagai sebahagian cara hidup pada
peringkat global tanpa mengira latar belakang ras, etnik, agama, warna kulit,
dan jantina memburukkan lagi keadaan ini. Dalam konteks ini, golongan remaja
tidak terlepas daripada menerima corak pemikiran sebegini sehingga ramai
yang telah menjadi mangsa eksploitasi agenda Barat / Yahudi dan seterusnya
menyebabkan mereka terjebak dalam kancah gejala sosial. Hari ini HAM tidak
lagi dipandang sebagai sekadar kefahaman individualisme dan liberalisme.
Tetapi dilihat secara kemanusiaan sejagat (humanistic) dengan mengangkat
hak-hak dan martabat asasi manusia tanpa mengira latar belakang ras, etnik,
agama, warna kulit dan jantina. HAM disifatkan sebagai suatu standard umum
atau penanda aras utama dalam pencapaian prestasi kemanusiaan seluruh
masyarakat dan negara di dunia.


10.0. HAK ASASI MANUSIA DALAM PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Tiada terdapat istilah hak asasi manusia dalam Perlembagaan Persekutuan.
Yang ada hanyalah hak kebebasan asasi. Namun ia tidak bermakna hak asasi
manusia tidak dipedulikan oleh Negara Malaysia, malah agenda Perlembagaan
Persekutuan secara keseluruhannya adalah membela hak asasi manusia.
Persoalan yang perlu diperhalusi adalah hak asasi manusia yang bagaimana
yang dimartabatkan oleh Perlembagaan Persekutuan? Ternyata apa saja
bentuk pelindungan hak yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan
dan undang-undang adalah hak asasi manusia yang perlu dipelihara dan
dihormati oleh semua pihak. Walau bagaimanapun tidak semua perkara yang

15

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
dianggap sebagai hak asasi oleh kelompok masyarakat tertentu diiktiraf
sebagai hak asasi atau ham kebebasan asasi di Negara ini.
Walaupun Bahagian II Perlembagaan Persekutuan menyenaraikan secara
khusus mengenai prinsip-prinsip hak kebebasan, namun ia jauh dari pemikiran
hak kebebasan mutlak yang cuba dikembangkan di Negara ini. Terdapat
berbagai sekatan undang-undang terhadap hak kebebasan asasi sebagaimana
yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Justeru, setiap individu
atau kelompok tidak boleh menuntut hak kebebasan secara mutlak mengikut
pemikiran dan nafsu mereka sendiri kerana hak yang dituntut itu kemungkinan
akan menjejaskan hak orang atau pihak lain. Sebagai contoh, banyak aduan
dan tuntutan yang dibuat oleh pihak tertentu mengenai hak mereka untuk
mendirikan kuil, patung atau rumah penyembahan mereka di merata tempat di
bawah skop hak kebebasan beragama, namun hak tersebut tidaklah sampai ke
tahap membenarkan undang-undang perbandaran atau majlis tempatan
dilanggar. Prinsip kedaulatan undang-undang perlu terus dipelihara dan
dihormati. Perkara 11 mengenai kebebasan beragama menggariskan berbagai
had dan sekatan, termasuk sekatan dan kawalan (restrict and control)
pengembangan agama atau doktrin asing kepada penganut agama Islam.









BAHAGIAN II
KEBEBASAN ASASI
Perkara 5. Kebebasan diri
(1) Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali
mengikut undang-undang.

16

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
(2) Jika pengaduan dibuat kepada Mahkamah Tinggi atau mana-mana hakim Mahkamah Tinggi
menyatakan bahawa seseorang sedang ditahan dengan menyalahi undang-undang, maka
mahkamah itu hendaklah menyiasat pengaduan itu dan, melainkan jika mahkamah itu berpuas
hati bahawa tahanan itu adalah sah, hendaklah memerintahkan supaya orang itu dibawa ke
hadapan mahkamah itu dan melepaskannya.
(3) Jika seseorang ditangkap maka dia hendaklah diberitahu dengan seberapa segera yang boleh
alasan-alasan dia ditangkap dan dia hendaklah dibenarkan berunding dengan dan dibela oleh
seorang pengamal undang-undang pilihannya.
(4) Jika seseorang ditangkap dan tidak dilepaskan, maka orang itu hendaklah tanpa kelengahan
yang tidak munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak
termasuk masa apa-apa perjalanan yang perlu) dibawa ke hadapan majistret dan orang itu tidak
boleh ditahan dalam jagaan selanjutnya tanpa kebenaran majistret itu:
Dengan syarat bahawa Fasal ini tidaklah terpakai bagi penangkapan atau penahanan mana-mana
orang di bawah undang-undang yang sedia ada yang berhubungan dengan kediaman terhad, dan
kesemua peruntukan Fasal ini hendaklah disifatkan telah menjadi suatu bahagian perlu Perkara ini
mulai dari hari Merdeka:
Dengan syarat selanjutnya bahawa dalam pemakaiannya bagi seseorang, selain seorang
warganegara, yang ditangkap atau ditahan di bawah undang-undang yang berhubungan dengan
imigresen, Fasal ini hendaklah dibaca seolah-olah perkataan "tanpa kelengahan yang tidak
munasabah, dan walau bagaimanapun dalam tempoh dua puluh empat jam (tidak termasuk masa
apa-apa perjalanan yang perlu)" telah digantikan dengan perkataan "dalam tempoh empat belas
hari":
Dan dengan syarat selanjutnya bahawa dalam hal penangkapan bagi sesuatu kesalahan yang
boleh dibicarakan oleh mahkamah Syariah, sebutan dalam Fasal ini mengenai majistret hendaklah
ditafsirkan sebagai termasuk sebutan mengenai hakim mahkamah Syariah.
Perkara 6. Keabdian dan kerja paksa dilarang.
(1) Tiada seorang pun boleh ditahan sebagai abdi.
(2) Segala bentuk kerja paksa adalah dilarang, tetapi Parlimen boleh melalui undang-undang
membuat peruntukan mengenai perkhidmatan wajib bagi maksud-maksud negara.
(3) Kerja atau khidmat yang dikehendaki daripada mana-mana orang sebagai akibat daripada
sesuatu sabitan atau dapatan bahawa dia bersalah di mahkamah tidaklah dikira sebagai kerja
paksa mengikut pengertian Perkara ini, dengan syarat kerja atau khidmat itu dijalankan di bawah
pengawasan dan kawalan suatu pihak berkuasa awam.
(4) Jika menurut mana-mana undang-undang bertulis kesemua atau mana-mana bahagian
daripada fungsi mana-mana pihak berkuasa awam dikehendaki dijalankan oleh suatu pihak
berkuasa awam yang lain, bagi maksud membolehkan fungsi-fungsi itu dilaksanakan, maka

17

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
pekerja-pekerja pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut adalah terikat untuk berkhidmat
dengan pihak berkuasa awam yang kedua disebut, dan perkhidmatan mereka dengan pihak
berkuasa awam yang kedua disebut itu tidaklah dikira sebagai kerja paksa mengikut pengertian
Perkara ini, dan tiada seorang pun pekerja itu berhak menuntut apa-apa hak sama ada daripada
pihak berkuasa awam yang mula-mula disebut atau kedua disebut itu oleh sebab pertukaran
pekerjaannya.
Perkara 7. Perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan
perbicaraan berulang.
(1) Tiada seorang pun boleh dihukum kerana sesuatu perbuatan atau peninggalan yang tidak
boleh dihukum menurut undang-undang pada masa perbuatan atau peninggalan itu dilakukan
atau dibuat, dan tiada seorang pun boleh menanggung hukuman yang lebih berat kerana sesuatu
kesalahan daripada yang telah ditetapkan oleh undang-undang pada masa kesalahan itu
dilakukan.
(2) Seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan atau disabitkan atas sesuatu
kesalahan tidak boleh dibicarakan semula kerana kesalahan yang sama kecuali jika sabitan atau
pembebasan itu telah dibatalkan dan perbicaraan semula diperintahkan oleh suatu mahkamah
yang lebih atas daripada mahkamah yang telah membebaskan atau mensabitkannya itu.
Perkara 8. Kesamarataan.
(1) Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan yang
sama rata di sisi undang-undang.
(2) Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Perlembagaan ini tidak boleh ada
diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir
atau jantina dalam mana-mana undang-undang atau dalam pelantikan kepada apa-apa jawatan
atau pekerjaan di bawah sesuatu pihak berkuasa awam atau dalam pentadbiran mana-mana
undang-undang yang berhubungan dengan pemerolehan, pemegangan atau pelupusan harta atau
berhubungan dengan penubuhan atau penjalanan apa-apa pertukangan, perniagaan, profesion,
kerjaya atau pekerjaan.
(3) Tidak boleh ada diskriminasi yang memihak kepada mana-mana orang atas alasan bahawa dia
seorang rakyat Raja bagi mana-mana Negeri.
(4) Tiada pihak berkuasa awam boleh mendiskriminasikan mana-mana orang atas alasan bahawa
dia bermastautin atau menjalankan perniagaan di mana-mana bahagian Persekutuan di luar
bidang kuasa pihak berkuasa itu.
(5) Perkara ini tidak menidaksahkan atau melarang
(a) apa-apa peruntukan yang mengawal selia undang-undang diri;

18

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
(b) apa-apa peruntukan atau amalan yang mengehadkan jawatan atau pekerjaan yang berkaitan
dengan hal ehwal mana-mana agama, atau sesuatu institusi yang diuruskan oleh sekumpulan
orang yang menganuti mana-mana agama, kepada orang yang menganuti agama itu;
(c) apa-apa peruntukan bagi perlindungan, kesentosaan atau pemajuan orang asli Semenanjung
Tanah Melayu (termasuk perizaban tanah) atau perizaban bagi orang asli suatu perkadaran yang
munasabah daripada jawatan-jawatan yang sesuai dalam perkhidmatan awam;
(d) apa-apa peruntukan yang menetapkan kemastautinan di sesuatu Negeri atau di sebahagian
sesuatu Negeri sebagai suatu kelayakan bagi pemilihan atau pelantikan kepada mana-mana pihak
berkuasa yang mempunyai bidang kuasa hanya di Negeri atau di bahagian itu sahaja, atau bagi
pengundian dalam pemilihan itu;
(e) apa-apa peruntukan Perlembagaan sesuatu Negeri, yang adalah atau yang bersamaan dengan
suatu peruntukan yang berkuat kuasa sebaik sebelum Hari Merdeka;
(f) apa-apa peruntukan yang mengehadkan pengambilan masuk tentera ke dalam Rejimen Askar
Melayu kepada orang Melayu.
Perkara 9. Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak.
(1) Tiada seorang pun warganegara boleh dibuang negeri dari atau ditahan masuk ke Persekutuan.
(2) Tertakluk kepada Fasal (3) dan kepada mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, ketenteraman awam, kesihatan awam,
atau penghukuman pesalah, tiap-tiap warganegara berhak bergerak dengan bebas di seluruh
Persekutuan dan bermastautin di mana-mana bahagiannya.
(3) Selagi mana-mana Negeri lain berada dalam kedudukan istimewa di bawah Perlembagan ini
berbanding dengan Negeri-Negeri Tanah Melayu, Parlimen boleh melalui undang-undang
mengenakan sekatan-sekatan, antara Negeri itu dengan Negeri-Negeri yang lain, ke atas hak-hak
yang diberikan oleh Fasal (2) berkenaan dengan pergerakan dan kemastautinan.
Perkara 10. Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan.
(1) Tertakluk kepada Fasal (2), (3) dan (4)
(a) tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara;
(b) semua warganegara berhak untuk berhimpun secara aman dan tanpa senjata;
(c) semua warganegara berhak untuk membentuk persatuan.
(2) Parlimen boleh melalui undang-undang mengenakan
(a) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya
perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana
bahagiannya, hubungan baik dengan negara-negara lain, ketenteraman awam atau prinsip moral

19

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
dan sekatan-sekatan yang bertujuan untuk melindungi keistimewaan Parlimen atau mana-mana
Dewan Undangan atau untuk membuat peruntukan menentang penghinaan mahkamah, fitnah,
atau pengapian apa-apa kesalahan;
(b) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya
perlu atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persektuan atau mana-mana bahagiannya
atau ketenteraman awam;
(c) ke atas hak yang diberikan oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu
atau suai manfaat demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,
ketenteraman awam atau prinsip moral.
(3) Sekatan-sekatan ke atas hak untuk membentuk persatuan yang diberikan oleh perenggan (c)
Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
perburuhan atau pendidikan.
(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-
mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasal (2)(a), Parlimen boleh meluluskan
undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan,
kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III, Perkara
152, 153 atau 181 melainkan yang berhubungan dengan pelaksanaannya sebagaimana yang
dinyatakan dalam undang-undang itu.
Perkara 11. Kebebasan beragama.
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal
(4), mengembangkannya.
(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas
kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.
(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;
(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau khairat; dan
(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya mengikut undang-
undang.
(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,
Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.

20

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana
undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip
moral.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.
(1) Tanpa menjejaskan keluasan Perkara 8, tidak boleh ada diskriminasi terhadap mana-mana
warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir
(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak
berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran
fi; atau
(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi
penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi
pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di
dalam atau di luar Persekutuan).
(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi
pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi
semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan
institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah
bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam
menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu
dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana
yang perlu bagi maksud itu.
(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil
bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya
sendiri.
(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah
ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.
Perkara 13. Hak terhadap harta.
(1) Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang.
(2) Tiada undang-undang boleh memperuntukkan pengambilan atau penggunaan harta dengan
paksa tanpa pampasan yang memadai



21

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor





11.0. GERAKAN LIBERALISME MENGHAKIS KEDAULATAN ISLAM
1. Malaysia dianggap sebagai sebuah Negara Sekular; walaupun
Perlembagaan Persekutuan (Perkara 3(1)) memartabatkan Islam sebagai
Agama Negara, Malaysia masih dianggap sebagai Negara Demokrasi
Sekular dengan Islam sebagai Agama Rasmi. Nilai baik-buruk dan
agama tidak dianggap menjadi aspek penting dalam kehidupan dan
pemerintahan Negara.
2. Prinsip dan ajaran Islam sering disisihkan dalam penggubalan dasar
atau undang-undang, malah HAM dijunjung dan dijadikan rujukan utama.
Walaupun YDPA bersumpah atas nama Allah untuk memelihara agama
Islam (Perkara 37), kedaulatan prinsip Islam dan Syariah sering
diketepikan apabila berhadapan dengan pelbagai tuntutan atas nama HR
atau UDHRHal ketuhanan dan keagamaan dilihat dari perspektif HAM
dan hak kebebasan beragama dan jauh sama sekali dari prinsip
kepatuhan dan penyerahan kepada kekuasaan Ilahi. Di atas kepura-
puraan hak kebebasan beragama, ajaran dan pegangan Islam mengenai
nature kemanusiaan cuba dihapuskan dari pemikiran umat Islam dan
digantikan dengan keagungan kekuatan daya intelektual manusia.
Keagamaan hanya dieksploit untuk menghentam Islam dengan berbagai
gambaran negatif seperti ekstremis, fundamentalis, penindas terhadap
wanita, kelompok gay, lesbian, minoriti dan segala bentuk gambaran yang
buruk. Malah sebahagian besar masyarakat bukan Islam beranggapan
adalah suatu hak kebebasan beragama untuk bebas dari sebarang
prinsip yang bersandarkan ajaran Islam.
3. Hak Kesamarataan agama (Equality of Religion)
Kedaulatan Islam sebagai agama Negara seterusnya dicabar dengan
aliran perjuangan untuk mendapatkan hak kesamarataan agama. Suatu
suruhanjaya yang dinamakan Suruhanjaya antara Agama (Inter-faith
Commission-IFC) telah dicadangkan penubuhannya sebagai sebuah
badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang termasuk ke
atas agama Islam. IFC bertindak dan berfungsi sebagai badan yang

22

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
mendengar kes-kes berkaitan hak individu dalam mengamalkan
kebebasan beragama. Mereka beranggapan kedudukan agama Islam
adalah sama dengan agama-agama lain di sisi perlembagaan negara.
Walaupun pada tahun 2005, pihak kerajaan telah menangguhkan
kelulusan penubuhan IFC, namun perjuangan IFC ini telah meresap dan
merebak ke dalam masyarakat melalui suara-suara pelbagai NGO
sekular. Mereka menuntut pelbagai perkara berkaitan keagamaan hingga
ke tahap
Dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-
rumah sembahan bukan Islam Mutakhir terdapat beberapa buah
kerajaan yang bertindak menubuhkan Institusi Bukan Islam dengan
menggunakan peruntukan Negara atau negeri walau pun tidak ada
peruntukan undang-undang yang membolehkan wang dari kumpulan
disatukan Negeri atau Negara digunakan untuk kepentingan agama
lain.
Mahkamah Syariah hanya fokus kepada hal-hal personal penganut
agama Islam sahaja. Tafsiran Muslim atau orang Islam disemak
semula supaya hanya setakat mereka yang profess the religion of
Islam;
4. Hak Kebebasan Beragama
Seseorang kanak-kanak boleh memilih agamanya sendiri bila
mencapai umur 18 tahun untuk memenuhi Child Right Convention
Hak kebebasan untuk murtad tanpa tindakan undang-undang dan
sekiranya perlu, kes pertukaran agama dikendalikan di mahkamah
sivil;
Terjemahan Bible dalam bahasa Melayu hendaklah dibenarkan untuk
diedarkan secara terbuka;
5. Hak Kebebasan Beragama: Nama Suci Allah Dicemari
Nama suci Allah direndahkan kepada hanya sekadar terjemahan kepada
perkataan god dan boleh digunakan oleh agama lain sekalipun ia
bercanggah dengan ajaran Islam. Dalam penghakiman kes Titular
Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur v Menteri Dalam
Negeri & Kerajaan Malaysia-
that Article 3(1) of the Federal Constitution which states that Islam is the
religion of the Federation does not empower and/or authorise the

23

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Respondents to prohibit the Applicant from using the word "Allah" in
"Herald - The Catholic Weekly Hakim Lau Bee Lan
Penggunaan kalimah Allah dibenarkan kerana tiada bukti yang
menyatakan keselamatan negara akan terjejas seperti Perkara 11(5)
dan tidak bercanggah dengan Perkara 3(1), 10, 11 dan 12
Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan, Pemohon gagal
menunjukkan bahawa penggunaan kalimah Allah adalah ajaran asas
(integral part) ajaran Kristian. Ia hanya sekadar untuk penggunaan
terjemahan, itupun- terjemahan yang salah.
Sebaliknya bagi orang Islam- Allah adalah nama khas bagi Tuhan yang
satu, pegangan aqidah yang utama dan sangat fundamental dalam ajaran
Islam. Ia bukan sekadar terjemahan dari bahasa Arab. Nama khas Allah
termaktub dalam al Quran dan dimartabatkan dalam Perlembagaan
Persekutuan.
6. Kelirukan Umat Islam dengan menyalahgunakan nama Allah
Tragedi 12 umat Islam termasuk kanak-kanak (bukan jumlah sebenar)
menyertai Thanksgiving Dinner anjuran Harapan Komuniti di Dewan
Dream Centre, milik Damansara Utama Methodist Church (DUMC)
membuktikan kejayaan Kristian mempengaruhi sebilangan umat Islam
untuk terpengaruh dengan diayah Kristian menerusi penyalahgunaan
nama suci Allah. Perkara 11(4) Perlembagaan sepatutnya boleh
digunakan sebagai asas untuk mengambil tindakan terhadap kegiatan
penyebaran agama bukan Islam di kalangan umat Islam, namun
keengganan umat Islam untuk bekerja sama menghalang kesempurnaan
siasatan. Selangor telah pun mempunyai Enakmen kawalan
Pengembangan Agama Bukan Islam. Cubaan untuk
menguatkuasakannya menerima reaksi di luar jangkaan. Umat Islam
sendiri menentangnya.
7. Titah Sultan membela JAIS dikritik, diayah Kristian dibela.
Sebagai ketua Agama Islam, Sultan Selangor memiliki kuasa mutlak
untuk menegur pihak tertentu supaya menghormati undang-undang
kawalan agama yang berkuat kuasa di negeri Selangor. Kelompok yang
berpegang kepada aqidah kebebasan beragama, mengkritik baginda
Sultan atas sifat baginda sebagai Ketua Agama yang mempunyai kuasa
mutlak.Pendekatan politik dalam menangani isu DUMC ternyata
membiarkan aqidah umat Islam tercemar. Kumpulan mahasiswa UIAM
berdemonstrasi membantah siasatan terhadap seorang Profesor yang
beragama Islam dan mengajar di UIAM atas dasar kebebasan akademik.

24

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
8. Hak Kebebasan Beragama...Bebas Untuk Murtad?
Dalam kes Lina Joy lwn Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
dan lain-lain [2007] 4 MLJ 585, Richard Malanjum HB (Sabah &
Sarawak) (dissenting) antara lain menyatakan
Dan dalam perkara-perkara hak-hak asasi mestilah terdapatnya sejauh
yang mungkin pemberian kuasa yang jelas untuk mengehadkan atau
perlanggaran hak kebebasan asasi. Tiada mahkamah atau pihak
berkuasa seharusnya dengan senang dibenarkan memiliki kuasa tersirat
untuk mengehadkan hak-hak perlembagaan yang telah diberikan
Murtad dianggap suatu hak kebebasan beragama seperti yang dijamin
dalam perlembagaan dan sebarang peraturan atau undang-undang yang
berkenaan isu tersebut adalah mengehadkan hak-hak yang diberikan,
suatu diskriminasi serta melanggar kebebasan asasi yang termaktub
dalam Perlembagaan.
9. Hak Kebebasan Berfikir dan Bersuara; Institusi Fatwa Dicabar
Hak kebebasan berfikir dan bersuara juga diperluaskan dalam hal ehwal
agama Islam. Hal ehwal pentadbiran agama Islam dan pelaksanaan
undang-undang Syariah sering kali dipertikaikan.Kononnya manifestasi
hak kebebasan berfikir dan bersuara di bawah Perkara 19 UDHR.
Sulaiman Takrib v Kerajaan Negeri Terengganu [2009] 2 CLJ 54
Dalam kes ini peguam-peguam yang mendakwa diri mereka Kumpulan
artikel 11 (Hak Kebebasan Beragama) bertindak bagi pihak pengikut
ajaran sesat Ayah Pin dan Abdul Kahar (mendakwa dirinya Rasul Melayu)
mencabar Institusi Fatwa dan berhujah mengenai hak kebebasan berfikir
di kalangan umat Islam serta bebas dari terikat kepada sebarang
pendapat pihak berkuasa Agama Islam seperti mufti. Kuasa Pihak
Berkuasa Agama Negeri untuk bertindak terhadap mereka yang
melanggar Fatwa.
Implikasinya orang Islam boleh menggunakan akal fikirannya sendiri
untuk menentukan bentuk pegangan dan ajaran agama yang dipegang
atau diamalkan.Namun begitu, tuntutan mereka telah ditolak oleh
Mahkamah tertinggi Negara yang memberikan tafsiran yang luas kepada
frasa creation of offences against the precept of that religion
10. KedaulatanUndang-Undang Syariah Dicabar

25

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Pada 25 Ogos 2009, SIS Forum dan Joint Action Group for Gender
Equality (JAG) telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri
bertajuk Justice for Kartika (Keadilan untuk Kartika) bagi mendesak
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri memansuhkan undang-
undang jenayah Syariah yang sedang berkuat kuasa di negara ini.
Tuntutan ini adalah sebahagian daripada bantahan terhadap hukuman
sebat yang dijatuhkan ke atas pesalah jenayah Syariah wanita. Tuntutan
sebegini adalah tindakan biadab yang menafikan kedaulatan undang-
undang Syariah yang diwarisi sejak berzaman dan dijamin oleh
Perlembagaan Persekutuan. Tuntutan atas nama HAM....
As a signatory to the United Nations Convention on the Elimination of All
Forms of Discrimination Against Women (CEDAW) since 1995, Malaysia
is commited to uphold respect and equality for women. This commitment
is complimented by Malaysias obligation under the Universal Periodic
Review whereby Malaysias delegation had during the UPR process in
February 2009 reaffirmed Malaysias respect for human rights long
established given the countrys character as a melting pot of various
cultures, religions and ethnicities.
In the long term, we urge the Government to conduct a comprehensive
review of the Syariah Criminal laws of this country, with a view repeal
such laws, thus enabling all Malaysians to be governed by a single Penal
Code under federal administration.
11. Liberalisme sosial
Penguatkuasaan undang-undang moral berasaskan Syariah yang telah
berkuat kuasa dalam masyarakat Melayu sejak zaman berzaman
ditohmah sebagai moral policing
In 2005, Sisters in Islam, a member of JAG submitted a memorandum to
be Government to reiterate its call for the Syariah Criminal Offences laws
to be repealed on the grounds that they have no basis in Islamic legal
theory and practice; they conflict with the Federal Constitutional and that
they conflict or overlap with the Penal Code and other federal laws. SIS
had commissioned two reviews by Professor Muhammad Hashim Kamali
and Professor Shad Saleem Faruqi and these have been shared with the
Government.
12. Institusi Islam dan Ulama Dicemuh

26

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Atas nama HAM Pelbagai isu yang menyentuh kedaulatan Islam dan
undang-undang Syariah diperdebatkan secara umum sarat dengan
cemuhan dan prejudis. Para ulama dianggap kolot, institusi Islam difitnah
sebagai mempromosi ekstremis dan ala taliban. Tafsiran liberal yang
bertentangan dengan Al-Quran dan as-Sunnah serta disiplin jurisprudens
hukum dilakukan.
13. Memorandum HINDRAF
SERIOUS HUMAN RIGHTS VIOLATIONS AFFECTINGTHE ETHNIC
INDIAN COMMUNITY IN MALAYSIA
50 YEARS OF HUMAN RIGHTS VIOLATIONS AND THE ETHNIC
COMMUNITY REMAINS A PERMANENTLY COLONIZED COMMUNITY
APPOINTMENT OF A SPECIAL RAPPORTEUR ON HUMAN RIGTHS
AND FUNDAMENTAL FREEDOMS AFFECTING THE ETHNIC
MALAYSIAN INDIAN COMMUNITY
No Freedom of religion, thought or conscience. Citizens are denied their
right to renounce their religion/revert to original faith; Demolition of places
of worships, particularly belonging to Hindus; No new allocation for funds
and grant of land for construction of places of worships for non-Muslims;
and Non-Muslims are compelled to seek redress in Muslim Syariah Courts
should either one of the spouse converted to Islam and Islamic laws are
deliberately imposed on non-Muslims.
14. Malaysia: Model Kemanusiaan Berasaskan Ajaran Islam
Berbeza dengan beberapa negara bangsa lain yang mencapai
kemerdekaan sezaman dengan negara kita, Malaysia telah mencapai
kedaulatan penuh berlandaskan sifat dan rasa kemanusiaan yang amat
tinggi. Pengorbanan tinggi umat Melayu Islam untuk menerima semua
penduduk Tanah Melayu tanpa mengira agama, bangsa, asal dan
keturunan adalah berlandaskan ajaran Islam mengenai rasa kemanusiaan
yang amat mulia.Bagi Demokrasi Liberal era ini juga dikenali sebagai
The End of History.Melayu/Islam Hulurkan tangan Persaudaraan,
Yahudi ...? Berbeza dengan negara zionis Israel yang diwujudkan oleh
penjajah British dan Amerika untuk menempatkan kaum Yahudi di bumi
Palestin hingga menghancurkan Negara Palestin dan hingga ke saat ini
menindas dan membunuh umat Islam, umat Melayu Islam menghulurkan
tangan persaudaraan kepada semua kaum lain yang menjadi
warganegara Malaysia untuk membina sebuah negara Malaysia dengan
memartabatkan Islam sebagai Agama Negara. Sekalipun Islam

27

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
dimartabatkan sebagai Agama Negara, namun agama-agama lain bebas
diamalkan.
15. Seks Bebas dan Orientasi Seks
Di satu pihak mereka mencela Islam kerana menghalang hubungan seks
bebas. Sedangkan dari aspek lain mereka cuba menjadi pembela kepada
mangsa sexual abuse yang berlaku secara meluas di kalangan pemimpin
agama sebuah agama. Hinggakan SUHAKAM tunduk kepada teguran
UPR; Semasa UPR 2009, apabila Malaysia telah ditegur atas isu gagal
memberikan hak asasi kepada LGBT.
SUHAKAM mencadangkan supaya kumpulan LGBT tidak seharusnya
diketepikan dari segi perlindungan hak asasi mereka dan Undang-undang
yang menjejaskan hak mereka, seperti Akta Kesalahan Kecil 1955,
hendaklah disemak semula kerana ia didapati mendiskriminasi golongan
LGBT. Sexuality Merdeka: Lambang Kejayaan Liberty / Liberalisme.
Kebebasan Sex hanya dihalang di kalangan umat Islam, Namun umat
Islam sentiasa terdedah dan ramai yang gagal menjauhkan diri dari sex
bebas. Lebih dahsyat dari itu tuntutan hak kebebasan orientasi sex juga
menjadi agenda puak liberal sedangkan amalan sedemikian adalah
kesalahan jenayah di Negara ini.
Tiada bantahan dari Liberalist dan Mahasiswa?
Kelompok umat Islam yang condong kepada Demokrasi Liberal tidak
bersuara membantah perayaan Sexuality Merdeka yang dianjurkan pada
musin haji dan hari raya idul adha. Mahasiswa hatta di institusi
pengajian Islam juga tidak bersuara. Sedangkan JAIS dihentam hebat
ketika menyelamatkan umat Islam dari dipesongkan aqidah mereka pada
bulan Ramadhan
16. Faktor Persepsi Negatif Umat Islam terhadap HAM.
Negara-negara yang menjadikan Islam sebagai dasar utama Negara
mempunyai persepsi negatif terhadap HAM Barat bukan hanya berkaitan
isu hak untuk murtad, malah lebih luas dari itu, prinsip-prinsip kewajipan
dan hak yang digariskan oleh pencipta manusia di dalam al Quran jauh
lebih sempurna daripada UDHR atau HAM Barat. Wajarkah Islam
menoleh kepada suatu prinsip yang penuh dengan kekurangan
sedangkan di tangan mereka sudah ada suatu prinsip yang lengkap dan
sempurna. Apa yang ditawarkan oleh HAM Barat dan UDHR kini
hanyalah untuk merawat beberapa aspek kecederaan di negara-negara
umat Islam yang pada hakikatnya berpunca dari kebiadaban dan

28

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
kelemahan Barat itu sendiri semasa era kolonialisme dan imperialisme
yang berpaksikan sekularisme dan kapitalisme Barat. Kini Barat sedang
mengulangi kebiadaban tersebut atas nama penghapusan terrorisme.
Sedangkan Nabi s.a.w. bukan sahaja sekadar menyatakan deklarasi
terhadap tanggungjawab memelihara nyawa, bahkan sejarah telah
membuktikan bahawa Baginda benar-benar menunaikan kewajipan
manusiawi, iaitu memberikan ruang dan hak untuk hidup kepada setiap
individu; Islam dan bukan Islam.
Sebaliknya, hari ini meskipun kita mempunyai sedemikian banyak
instrumen berhubung HAM yang hanya pada zahirnya atau teorinya
sahaja menjamin hak asasi setiap individu termasuk hak untuk
meneruskan kehidupan dan dijamin keselamatan diri, namun hakikatnya,
terdapat kumpulan manusia yang dirampas dan dinafikan sama sekali hak
asasi mereka.
17. Hari ini, dalam era UDHR diagungkan, GAZA menjadi penjara terbesar
dunia dan proses penghapusan etnik secara berleluasa sedang
berlangsung di sana. Atas nama HAM, manusia tertindas. Manusia
sejagat akan selamanya dinafikan hak asasi mereka untuk hidup selagi
adanya golongan yang bertopengkan HAM demi memenuhi kerakusan
nafsu dan muslihat jahat mereka untuk menyesatkan manusia dari
kawalan Agama terutama sekali Islam.
18. Palestin : Di mana UDHR dan HAM?
Pada saat ini Palestin telah berjuang lebih 60 tahun untuk mendapatkan
hak mereka untuk hidup aman dan damai dalam sebuah negara yang
merdeka. Sejak 20 tahun lalu Sabra dan Shatila menjadi bukti penindasan
kejam dan tindakan tidak berperikemanusiaan terhadap rakyat Palestin di
Lubnan. Dalam peristiwa tersebut, iaitu pada 16-18 September 1982,
orang awam Palestin dan Lubnan; lelaki, wanita dan kanak-kanak
seramai lebih kurang 35000 orang disembelih oleh kumpulan militia
Tentera Kristian Lubnan, dengan kerjasama Kumpulan Pertahanan Israel
yang mengawal kem pelarian Sabra dan Shatila.
Apabila Rom menakluki Palestin, orang Yahudi diusir sehingga memaksa
mereka merempat ke seluruh pelosok dunia dalam istilah yang dikenali
sebagai diaspora Yahudi. Namun apabila Khalifah `Umar bin al-
Khattab menakluki Palestin, orang Kristian dan Yahudi dibenarkan untuk
terus menetap di Palestin. Apabila Salahuddin al-Ayyubi menakluki
Palestin, masyarakat bukan Islam telah diberikan perlindungan. Apabila
King Richard cuba menawan Jurusalem pembunuhan beramai-ramai

29

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
berlaku. Apabila Yahudi menceroboh bumi Palestin dengan restu Barat,
umat Islam termasuk kanak-kanak, telah ditindas, dizalimi dan dibunuh
saban hari tanpa belas kasihan hingga ke saat ini.
Perkara yang sama juga dapat dilihat di Sepanyol semasa pemerintahan
kerajaan Islam selama lebih kurang 800 tahun. Pada ketika itu, orang
Yahudi dan Kristian diberikan kebebasan untuk mengamalkan agama
mereka dan tinggal bersama-sama dengan masyarakat Islam. Namun
apabila Ferdinand dan Isabella memperoleh semula kekuasaan atas
Sepanyol, umat Islam dan orang Yahudi yang gagal melarikan diri ke
Afrika, dibunuh dan diseksa sehingga mereka menerima agama Kristian.
Oleh sebab itulah orang Yahudi dan Kristian masih wujud di Sepanyol
ketika umat Islam memerintah selama 800 tahun. Sebaliknya, apabila
orang Kristian memerintah Sepanyol, tidak seorang pun Muslim yang
boleh ditemui di negara tersebut.
Ketika pihak komunis memerintah Soviet Union, Islam telah ditindas
sehingga tiada umat Islam yang berani membuat pengakuan tentang
anutan atau kepercayaan mereka. Demikian juga keadaannya di Albania
semasa pemerintahan rejim Marxist.[1]

19. Cabaran Terkini Irshad Manji Allah Liberty and Love / Allah
Kebebasan dan Cinta
Buku ini adalah racun pemikiran yang mampu merosakkan akidah umat
Islam terutamanya generasi muda Islam. Sokongan yang ditunjukkan oleh
kumpulan Islamic Renaissance Front (IRF) terhadap buku ini dan
penerbitan serta penterjemahannya yang dibuat oleh umat Islam
membuktikan bahawa sudah terdapat pengaruh terhadap pemikiran
liberty ini. Buktinya juga dapat kita lihat apabila sebuah persatuan
undang-undang di UIAM menganjurkan satu Forum yang kononnya cuba
bersifat berfikiran terbuka dengan tajuknya LGBT : Suatu hak tau
Kesalahan? Forum berkenaan telah membuka ruang kepada Presiden
BAR Council yang memang diketahui penyokong kepada gerakan
Seksualiti Merdeka dan kehadiran beberapa orang pengamal seks
songsang gila dan berucap dalam forum tersebut. Kelompok yang
dilaknati Allah itu kononnya telah diberikan hak mereka untuk bersuara.
Nampaknya anak muda kita berbangga untuk popular dengan cara
berbaik sangka kepada kelompok yang dilaknati Allah daripada
menghormati ajaran al-Qur`an yang awal-awal lagi mencerca amalan
mereka.

30

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
Lebih mendukacitakan apabila suara IRF yang libertarian ini juga diberi
ruang oleh sebuah akhbar parti politik Islam yang sekarang ini
nampaknya begitu terbuka dengan pemikiran sesat ala Manji ini. Manji
dalam buku nya bukan hanya memberikan gambaran remeh kepada
nama suci Allah, malah juga memperlekehkan Rasululllah yang dikatakan
pernah tersasul mendengar bisikan ayat-ayat syaitan (satanic verses)
sebagaimana yang dinukilkan oleh Salman Rushdie. Selain dari menyeru
supaya umat Islam membebaskan pemikiran dari mengikuti Hadith dan
tafsir para ulama terdahulu dan melakukan ijtihad secara bebas, manji
juga menyeru supaya kelompok Islam ini ditentang atau lebih tepat lagi
diperangi sebagaimana serangan yang dibuat terhadap Stalinism,
Facism dan Nazisme. Dengan kata lain sekiranya umat Islam di
Malaydsia masih berpegang dengan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah,
kita akan berhadapan dengan risiko diperangi oleh pihak yang menentang
Islam atas seruan Manji ini. Pohon dijauhi Allah dari malapetaka ini!

12.0. KESIMPULAN
Umat Islam di Malaysia kini sedang berhadapan dengan krisis yang amat
besar. Gejala sosial di kalangan umat Islam akibat dari kegagalan
memartabatkan agama Islam sebagai agama Negara sebagaimana yang
diikrarkan oleh Ketua Utama Negara Yang Dipertuan Agong (YDPA)
mengundang berbagai bencana sosial dan kehilangan penguasaan ekonomi
yang seolah-olahnya mustahil untuk diperolehi semula. Prof Ulung Negara
berkata :
Umat Melayu Islam di Asia Tenggara tentunya tidak terlepas daripada
cengkaman krisis-krisis besar itu, dan implikasi ke atas sistem pendidikan
yang mampu mendepani krisis-krisis besar itu amat serius. Di samping krisis-
krisis dalam era globalisasi atau era dominasi sistem kapitalisme dan
liberalisme ini, terdapat juga cabaran merebaknya gerakan Kristianisasi,
aliran liberalisme atau neo-modernisme di kalangan cendekiawan Melayu
Islam di satu pihak, dan ektremisme kelompok-kelompok Muslim radikal di
pihak yang lain. Pada masa yang sama aliran budaya hedonistik,
konsumeristik, individualistik serta ketagihan dadah atau narkotika dan
ketagihan budaya maya di alam siber di kalangan remaja, peningkatan
jenayah seks, gejala pembuangan anak dan lain-lain gejala sosial yang
mengerikan ternyata semakin meluas. Ringkasnya umat manusia dan umat
Islam sedang berada dalam satu era pancaroba yang disebut oleh Alan
Greenspan sebagai The Age of Turbulence(Greenspan, 2008), suatu zaman
dalam mana kecemerlangan sains moden dan sekular telah mencapai

31

Hak Asasi & Kebebasan Diri Perspektif Syara Dan Humanisme : Satu Analisis Perbandingan
Jabatan Agama Islam Selangor
kemuncak kegemilangannya dari segi ciptaan-ciptaan dan penemuan-
penemuan saintifik yang menakjubkan (dan yang amat bermanfaat), tetapi
kekufuran, keegoan dan keangkuhan akal (reason) bebasnya telah mencipta
pelbagai jenis malapetaka ekonomi, politik, budaya, intelektual dan moral
kerana membelakangi petunjuk Allah S.W.T., bimbingan para Rasul, hukum-
hukum Allah S.W.T. dan ajaran-ajaran agama Allah S.W.T. Tamadun timpang
dan cacat ini didirikan atas sistem pendidikan moden sekular Barat, yang
kemudian diterapkan di negara-negara orang Islam termasuk dunia Melayu
Islam.

You might also like