You are on page 1of 5

UNIVERSITI TUNKU ABDUL RAHMAN

MPW 2133
PENGAJIAN MALAYSIA

SEMESTER JANUARI 2009

PANDUAN MENJAWAB TUGASAN BERKUMPULAN

ARAHAN DAN PANDUAN AM :

• Tugasan ini berasaskan kepada satu soalan yang akan dibuat secara
berkumpulan.
• Saiz kumpulan 5 orang (dari kursus yang sama).

1. Tugasan yang disampaikan harus ditaip dengan menggunakan Times New


Roman bersaiz 12 point, langkau dua barisan (double spacing), dan perenggan
yang diseragamkan di kiri dan kanannya (justify) pada kertas A4 berwarna putih
pada sebelah muka kertas sahaja.
2. Pastikan muka hadapan tugasan anda dinyatakan dengan jelas perkara seperti
nama universiti, nama fakulti, nama kursus, tajuk tugasan, nama pensyarah,
nama pelajar (disusun mengikut huruf pertama nama), nombor matrik, major dan
tahun pengajian pelajar .
3. Senarai isi kandungan perlu dicatatkan bersama nombor muka surat pada
helaian pertama.
4. Semua tugasan mesti mempunyai format berikut: Muka Hadapan, Pengenalan,
Kandungan dan Analisis, Penutup, Rujukan dan Lampiran (jika ada).
5. Penghuraian isi kandungan mesti melebihi 2500 patah perkataan, minima 15
muka surat (tidak termasuk muka hadapan, rujukan dan lampiran) dengan
kandungan untuk Bahagian b sekurang-kurangnya 10 muka surat.
6. Semua rujukan dan nota kaki mestilah berasaskan format American Psychology
Association (APA). Seperti contoh:

(Nama penulis) (Tahun) (Judul Buku)

Asnarulkhadi, A. S. & Jayum, A. J. (ed.). (1997). Kenegaraan Malaysia.


Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

(Tempat ) (Penerbit)

1
Rujukan

Contoh :

Buku:

Asnarulkhadi, A. S. & Jayum, A. J. (ed.). (1997). Kenegaraan Malaysia.


Serdang : Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Internet:

_____. (2006). Warisan budaya Malaysia – adat resam, Di petik pada 7 Oktober
2006. dari http://www.idesa.net.my.

Artikel dari majalah:

Goodstein, C. (1995, September 12). Healers from the deep. American Health, 34,
35, 39.

Artikel dari surat khabar:

Fernandez, T. (2007, October 4). Keep this neighbour at arm’s length. The Sun. p.26.

Petikan (dalam esei):

_________________ (Asnarulkhadi dan Jayum, 1997)

Lampiran - Keratan Akhbar


Petikan Ucapan
Soalan Soal Selidik / Temuramah, dll.

7. Plagiarisme tidak dibenarkan, dianggap sebagai tidak sah dan tidak akan
diberikan sebarang markah. Petikan kata-kata, pandangan ataupun tulisan orang
lain perlu diberi pengiktirafan rujukan kepada penulis atau rujukan. Sekiranya
tiada sumber rujukan, tugasan dianggap tidah sah.
8. Tugasan mestilah dihantar pada minggu keenam. Tugasan yang tidak
menepati masa tidak akan dilayan dan tidak diberi markah.
9. Pembahagian markah seperti berikut:

Aspek Markah
Pengenalan 2.5
Huraian 10
Kandungan/Analisis 30
Kesimpulan 2.5
Format dan Mutu Kerja 5
Jumlah 50

2
Tajuk Tugasan : Bertulis (50 m)

1 a. Galurkan peristiwa yang membawa penjajahan Jepun di Tanah Melayu.


b. Zaman pendudukan Jepun lebih banyak membawa kesan positif berbanding
kesan negatif kepada masyarakat di Tanah Melayu .
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta – fakta yang
berkaitan.

2 a. Huraikan faktor-faktor terbentuknya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.(NNMB)


b. Antara empat kuasa asing yang menjajah negara ini, penjajah Inggeris paling
banyak meninggalkan impak kepada negara.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta – fakta yang
berkaitan

3. a. Jelaskan fungsi-fungsi dan kuasa Parlimen.


b. Pemerintahan kerajaan Malaysia adalah berteraskan konsep demokrasi
berparlimen.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

4. a. Huraikan Dasar Wanita Negara.


b. Kaum wanita sudah setanding dengan kaum lelaki di negara ini.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

5. a. Malaysia sebuah negara majmuk. Huraikan.


b. Sejak merdeka, kerajaan dikatakan telah berjaya membentuk perpaduan dalam
kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

6. a. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perjuangan semangat kebangsaan di


Tanah Melayu.
b. Faktor perpaduan dan parti politik berasaskan kaum menyebabkan Tanah Melayu
berjaya mencapai kemerdekaan.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

7. a. Huraikan struktur mahkamah di Malaysia dan peranannya.


b. Kebebasan badan kehakiman dapat dilihat pada kedudukannya yang tidak
memihak dan bebas daripada kawalan dua badan yang lain.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

8. a. Jelaskan peranan Kerajaan Tempatan atau Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).


b. Ketidakseragaman pentadbiran merupakan masalah utama Kerajaan Tempatan di
negara kita.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

3
9. a. Huraikan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia pelbagai
kaum dalam membentuk hubungan yang intim.
b. Pembentukan Bangsa Malaysia memerlukan pengorbanan dan kompromi semua
lapisan masyarakat.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

10. a. Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia sejak Perdana Menteri pertama
sehingga Perdana Menteri sekarang.
b. Malaysia perlu mengamalkan dasar berkecuali dalam hal-hal tertentu.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

11. a. Jelaskan badan perundangan (legislatif) di Malaysia.


b. Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi menjamin keamanan
dan kesejahteraan rakyat.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

12. a. Jelaskan proses pembentukan Malaysia.


b. Pelbagai cabaran dihadapi dalam usaha pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

13. a. Huraikan Dasar Pendidikan Kebangsaan.


b.“School are the ideal place to promote racial integration.” (The Star, 7.01.2009)
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

14. a. Huraikan kebebasan asasi yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.


b. Jaminan hak rakyat dan peruntukkan kebebasan asasi dalam Perlembagaan
Persekutuan mempunyai batasan tertentu.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

15. a. Jelaskan konsep dan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN).


b. Pelan Integriti Nasional (PIN) mampu mewujudkan masyarakat yang berintegriti.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

16. a. Huraikan proses Pilihan Raya Umum di Malaysia.


b. Parti-parti politik yang bertanding dalam pilihan raya perlulah diberi peluang
yang adil dan sama rata semasa berkempen bagi memberi gambaran yang jelas
kepada pengundi.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta yang
berkaitan.

4
17. a. Jelaskan perbezaan di antara Dasar Persyarikatan Negara dan Dasar
Penswastaan Negara.
b. Sungguhpun penswastaan mempunyai kesan positif, namun penswastaan
Insitut Jantung Negara (IJN) dikhuatiri akan menimbulkan lebih banyak
kesan negatif.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta berkaitan.

18. a. Jelaskan beberapa proses integrasi berlandaskan model kontak di antara


kumpulan etnik atau ras yang berbeza.
b. Masalah integrasi nasional yang wujud di negara kita dapat diatasi menerusi
Dasar Ekonomi Baru (DEB) semata-mata.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta berkaitan.

19. a. Jelaskan faktor-faktor penting yang menentukan penggubalan dasar luar Malaysia.
b. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah berjaya menjadi agen keamanan
antarabangsa.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta berkaitan.

20. a. Huraikan kepentingan Dasar Sosial Negara kita.


b. Rasuah merupakan ’wabak kanser’ yang akan memusnahkan struktur masyarakat
secara dalaman. Namun, penyakit sosial tersebut dapat diatasi menerusi Pelan
Integrasi Nasional yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia.
Jelaskan pandangan kumpulan anda selepas menganalisis fakta-fakta berkaitan.

You might also like