You are on page 1of 15

1.0 Pendahuluan KOMSAS ialah pendekatan baru dalam pengajaran Kesusasteraan Melayu, sistem pendidikan kebangsaan.

Dalam pengajaran Bahasa Melayu, KOMSAS diharapkan akan dapat memberikan sumbangan ke arah pemantapan rohani dan emosi. Kesusasteraan Melayu telah dijadikan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu bagi menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Pengajaran kesusasteraan Melayu mencakupi pendedahan dan apresiasi karya karya sastera daripada pelbagai genre seperti puisi tradisional, prosa tradisional, puisi moden, drama, cerpen, sajak dan novel. Kesemua bahan sastera tersebut diselitkan dalam bidang kemahiran berbahasa yang meliputi bidang interpersonal, maklumat dan estetika. Melalui pendedahan dan penelitian karya seperti itu, pelajar diharapkan dapat mengenal dan menikmati karya sastera negara. Selain menggalakkan lagi minat membaca pelajar, karya tersebut dapat juga menjadi saluran bagi pelajar memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini. Pengajaran Komsas dalam P&P Bahasa Melayu akan menghasilkan dua impak yang mendalam dalam proses pembelajaran bahasa. Dua impak tersebut ialah menjadikan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia lebih menarik dan pada masa yang sama, memberikan kesan emosi yang sekali gus akan menjadikan seolah-olah pelajar berkenaan mempelajari kesusasteraan Ini sejajar dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI).Pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan diharapkan dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya dari segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Konsep bersepadu dalam Pendidikan Komsas pula meliputi dua aspek iaitu:

Aspek ilmu yang mana ia menyatupadukan ilmu kesusasteraan dengan ilmu bahasa. Pelajar-pelajar akan diajar berkaitan dengan Kesusasteraan epti tma, plot, gaya bahasa dan sebagainya.

Aspek penyepaduan dalam aspek bahan pengajaran di mana dalam pengajaran Bahasa Melayu, bahan-bahan kesusasteraan seperti cerpen, sajak, novel dan sebagainya boleh digunakan sebagai bahan pengajaran.

Matlamat

pengajaran

dan

pembelajaran

Komsas

ialah

diharapkan

dapat

mempertingkatkan keupayaan pelajar di dalam penguasaan aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Ia juga mengutamakan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan dan penghayatan. Secara umumnya matlamat pengajaran Komsas ialah: Bahan-bahan yang berunsur kesusasteraan dapat menarik daya kesedaran pelajar-pelajar terhadap bahan-bahan yang bercorak kesusasteraan kerana bahan-bahan kesusasteraan itu mempunyai nilai keindahan terutama dari segi perkataan, bunyi bahasa dan teknik pengolahan bahan-bahan kesusasteraan. Pelajar-pelajar dapat mengenal bahan-bahan yang bercorak kesusasteraan dan bukan kesusasteraan. Pelajar-pelajar dikenalkan dengan keindahan dan keistimewaan bahasa di dalam sesuatu hasil kesusasteraan.

Bahan kesusasteraan dapat menyampaikan ilmu pengetahuan di samping dapat menghiburkan perasaan pelajar.

Pendedahan bahan kesusasteraan akan dapat menanam sikap suka membaca di dalam diri pelajar.

Kebanyakkan bahan kesusasteraan mencerminkan peristiwa atau perlakuan manusia Pengolahan bahan kesusasteraan secara didaktik dapat mengubah sikap pelajar-pelajar.

Pelajar dapat menilai dengan mudah tentang sesuatu bahan kesusasteraan itu sama ada baik, menarik atau kurang menarik. Penilaian ini menggambarkan emosi, perasaan dan prasangka mereka.

Melalui pengajaran dan pembelajaran Komsas, ia dapat membantu pelajar mengenali sistem sosial dan sosiobudaya di sekeliling mereka atau sekitarnya.

Bahan-bahan kesusasteraan yang mempunyai keindahan tersendiri dari segi tema, persoalan, teknik dan bahasa akan memberi peluang kepada pelajar menikmati dan menghayati bahan-bahan berunsur kesusasteraan. Manakala objektif-objektif pengajaran Komsas pula ialah: i) Menerapkan minat membaca pelbagai bahan sastera di kalangan pelajar. ii) Mempertingkatkan kemahiran berbahasa di samping seronok membaca. iii)Meransang kemahiran menilai dan mengkritik pelbagai karya sastera. iv) Memupuk semangat yakin diri. v) Pelajar dapat melahirkan perasaan simpati, sedih dan gembira. vi) Bahan kesusasteraan dapat membantu membetulkan rentak bahasa, intonasi dan kemahiran lisan pelajar. vii) Pelajar berpeluang mengenali kebudayaannya atau kebudayaan asing di luar masyarakatnya.

2.0 Sinopsis Cerpen Tina Cerita ini mengisahkan pelajar yang bernama Haidi. Di sekolah baru, Haidi bertemu dengan seorang pelajar perempuan (Kursiah) yang mempunyai wajah dan perawakan fizikal yang mirip wajah arwah adiknya, Sutina (Tina). Tina telah meninggal dunia kerana menghidap penyakit jantung berlubang. Kemunculan Kursiah menyebabkan Haidi terkenang semula peristiwa semasa ia bersama sama dengan Tina bermain laying laying di padang. Haidi berusaha untuk berkenalan dengan Kursiah. Akhirnya Haidi berkesempatan berbual bual dengan Kursiah pada waktu rehat di kantin sekolah. Haidi tidak kecewa walaupun pada mulanya Kursiah tidak melayannya dengan mesra.

Pada hari sukan, barulah Haidi mengetahui nama budak perempuan itu, iaitu Kursiah. Secara kebetulan Kursiah serumah dengan Haidi. Kursiah merupakan pelari jarak jauh rumah Hijau. Dia mengambil bahagian dalam acara 5000 meter larian perempuan terbuka. Haidi membayangkan sekiranya Tina masih hidup, tentulah dia sebaya dengan Kursiah. Haidi memberikan kata kata peransang kepada Kursiah dan berjanji akan memberinya wang sebanyak lima ringgit jika dia mendapat tempat pertama dalan acara larian tersebut. Kursiah mendapat tempat pertama dalam acara larian itu tetapi dia jatuh pengsan selepas melepasi garisan penamat.Haidi tergamam apabila beberapa orang ahli PBSM mengusung Kursiah di atas tandu. Haidi tidak dapat mengawal perasaan lalu menjerit menyuruh Kursiah segera dihantarkan ke hospital. Dia tidak mahu Kursiah menerima nasib seperti Tina. Rakan rakannya yang lain tercengang cengang melihat kelakuan Haidi. Haidi berdoa semoga Kursiah tidak mati supaya Kursiah dapat menjadi pengganti adiknya,Tina.

3.0 Pengajaran 1. Kita perlu reda atas sesuatu kemalangan yang menimpa.Contohnya Hadi yang reda dengan kematian adiknya Tina yang menghidap penyakit Jantung. 2. Kita jangan mudah berputus asa seperti Haidi untuk mengenali Kursiah. Sikap yang ditunjukkan oleh Hadi haruslah kita contohi kerana beliau telah berusaha untuk mengenali Kursiah. 3. Kita perlu berusaha bersungguh sungguh untuk mencapai sesuatu kejayaan. Sikap ini ditunjukkan oleh Kursiah yang telah berusaha bersungguh sungguh untuk berjaya di dalam acara 5000m yang disertainya. 4. Kita perlu mempunyai semangat kesukanan yang tinggi dan harus ditanam dalam jiwa seperti Kursiah. Semangat ini juga perlu kita pupuk di dalam jiwa kita dalam setiap apa

yang ingin kita laksanakan. 5. Kita perlu yakin bahawa hidup dan mati seseorang ditentukan Allah. Tanpa kepercayaan kepada yang maha Esa tidak berertilah kehidupan seseorang insan.

4.0 Teknik Dalam pengajaran yang saya rancang, saya menggunakan teknik kerusi panas sebagai teknik utama p&p. Kerusi panas ialah suatu teknik yang digunakan oleh pelakon pelakon dalam latihan penghayatan watak dalan sesuatu lakonan. Dalam teknik ini, pelakon atau seseorang yang akan memegang sesuatu watak itu diminta mengkaji dan menghayati watak yang akan dilakonkan sama ada dari segi emosi, penampilan fizikal, gaya dan tutur kata. Sebagai teknik pengajaran, kerusi panas ialah tempat duduk yang diletakkan di hadapan kelas, di mana seorang pelajar yang dipilih berdasarkan watak dalam cerpen atau novel akan duduk di situ. Pelajar yang duduk di kerusi panas itu, sebelum ini diminta menghayati dan mengenali watak yang dipegangnya itu secara terperinci. Dalam aktiviti seterusnya, pelajar lain akan menanyakan soalan soalan berkenaan watak tersebut, manakala pelajar yang duduk di kerusi panas itu akan menjelaskannya. Teknik ini amat berguna untuk membolehkan pelajar pelajar mengimbas kembali pengetahuan mereka berdasarkan cerpen yang telah mereka baca di rumah. Teknik penyoalan boleh digunakan untuk mencungkil idea murid. Aktiviti kerusi panas amat sesuai untuk tujuan mencungkil sejauhmana pemahaman pelajar mengenai teks yang sedang dibincangkan. Beberapa orang pelajar lain akan mengajukan beberapa soalan dan pelajar itu tidak boleh memberikan jawapan tidak tahu sewaktu sesi kerusi panas dijalankan. Penyoalan juga boleh digunakan untuk murid menjawab bahagian pemahaman. Ini akan memudahkan guru mengenalpasti apakah objektif pelajarannya telah tercapai atau sebaliknya.

Saya juga lebih banyak menggunakan teknik perbincangan di dalam kumpulan. Teknik ini saya gunakan untuk membolehkan wujudnya kerjasama di kalangan pelajar- pelajar.Menerusi perbincangan, pelajar akan mengeluarkan idea masing masing dan dapat mengelakkan sikap mementingkan diri sendiri ketika berada di dalam kumpulan.

5.0 Rancangan Pengajaran Harian

Mata Pelajaran Tingkatan Masa Tajuk Topik Hasil Pembelajaran (Objektif)

: : : : : :

Strategi Pengajaran Kemahiran Generik KBKK

Bahasa Melayu 2 Bistari 80 minit Pemahaman Prosa Moden Tina Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, diberi bahan edaran, para pelajar dapat: i. menyatakan persoalan, watak dan perwatakan, serta pengajaran yang terdapat dalam cerita Mama dengan cara melengkapkan lembaran pengurusan grafik dalam masa yang ditetapkan tanpa bantuan guru. ii. menjawab soalan pemahaman (KBKK dan KOMSAS) berdasarkan teks dalam masa yang ditetapkan tanpa rujuk. i. Direktif Penerangan ii. Koperatif Kerja Kumpulan i. ii. iii. iv. v. vi. i. ii. iii. Mengenal pasti Membuat perkaitan Mengeluarkan idea Menganalisis Menyelesaikan masalah Mengaplikasi Berbahasa Interpersonal Intrapersonal

Kecerdasan Pelbagai :

iv. v. vi.

Kinestatik Imaginasi/Ruang Logikal

Penerapan Nilai Alat Berfikir Media Pengajaran Pengetahuan Sedia Ada

: : : :

Bekerjasama i. Soalan dan penyoalan ii. Daya ingatan i. Petikan Teks Tina ii. Lembaran Pengurusan Grafik iii. Kertas Latihan Pelajar telah pun membaca cerita Mama sebelum memulakan pembelajaran.

Langkah/ Masa (Peristiwa Pengajaran) Set Induksi (10 minit) (Menarik Perhatian) (Mengimbau Pengetahuan Sedia Ada) (Menyampaikan Objektif)

Isi Pelajaran Guru

Aktiviti P & P Pelajar

Media Pengajaran

Kemahiran Gener

Pengenalan tajuk pembelajaran

1. Guru bertanya kepada 1. Pelajar menjawab pelajar sama ada pernah pertanyaan guru. membaca cerpen Tina. 2. Pelajar 2. Guru mengimbau menceritakan babakkembali babak-babak babak penting untuk penting dalam cerita dikongsi bersama. tersebut. 3. Pelajar mendengar 3. Guru menyatakan tajuk penjelasan guru. pembelajaran hari ini.

KBKK: Mengenal pasti Membuat perkaitan Kecerdasan pelbagai: Berbahasa Intrapersonal

Langkah 1

Membaca dan 1. Guru menyuruh pelajar 1. Pelajar membuka memahami membuka buku teks buku teks Antologi

Petikan Teks Tina

Kecerdasan pelbagai: Berbahasa

(15 minit) (Menyampaikan Bahan Rangsangan)

petikan teks Antologi Anak Bumi cerpen Tina Tercinta.

Anak Bumi Tercinta. (Lampiran 1)

Intrapersonal

2. Pelajar yang 2. Guru memilih seorang terpilih membaca pelajar untuk membaca petikan prosa moden suatu petikan daripada Tina. prosa Moden Tina. 3. Guru meminta pelajar yang lain mendengar dengan teliti.

Langkah 2 (25 minit) (Menyediakan Bahan sangan) (Menilai Pencapaian)

Persoalan, Watak dan Perwatakan, dan Nilai

1. Guru mengarahkan 1. Pelajar berkumpul pelajar berbincang tentang dalam kumpulan persoalan, watak dan masing-masing. perwatakan, serta nilai yang terkandung dalam 2. Setiap kumpulan petikan yang dibaca. melantik pencatat dan pelapor masing2. Pelajar dibahagikan masing. kepada beberapa kumpulan. 3. Pelajar mengajukan 3. Guru sentiasa pertanyaan kepada memberikan bimbingan guru jika menghadapi dan menjawab setiap masalah. pertanyaan yang diajukan oleh pelajar.

KBKK: Menganalisis Membuat penilaian Menyelesaikan masalah Mengeluarkan idea Kecerdasan pelbagai: Berbahasa Intrapersonal

Alat Berfikir: Soalan dan Penyoalan menguji daya Ingatan Nilai: Bekerjasama

Langkah 3 (20 minit) (Memberikan Maklum Balas)

Pembentangan Hasil Kerja Kumpulan

1. Guru meminta wakil 1. Wakil setiap setiap kumpulan kumpulan membuat melaporkan hasil pelaporan. perbincangan kumpulan. 2. Pelajar daripada 2. Guru memberikan kumpulan yang lain komen serta penjelasan mendengar dengan

Aktiviti kerusi Kecerdasan pelbagai: panas Berbahasa Interpersonal Nilai: Bekerjasama

(Menampilkan Pencapaian)

terhadap hasil kerja pelajar.

teliti.

3. Pelajar mendengar 3. Guru menjalankan ulasan guru. aktiviti kerusi panas dengan mengarahkan 4. Pelajar yang seorang pelajar ke hadapandipilih ke hadapan kelas. kelas untuk memulakan aktitiviti 4. Guru mengarahkan kerusi panas. pelajar lain menyoal pelajar di hadapan kelas. 5.Pelajar pelajar menjalankan aktiviti kerusi panas.

Penutup (10 minit) (Pengukuhan)

Kesimpulan & 1. Guru membuat 1. Pelajar mendengar Kertas Latihan Latihan kesimpulan - menyatakan nasihat guru. (Lampiran 2) Pengukuhan pengajaran yang perlu diberikan perhatian. 2. Pelajar menjawab soalan dalam masa 2. Guru mengedarkan yang ditetapkan. latihan untuk disiapkan dalam masa lima minit.

KBKK: Mengaplikasi Kecerdasan pelbagai: Intrapersonal

5.0 Penutup Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan emosi. Pengurusan emosi yang betul membolehkan manusia mengawal sikap dan perasaannya, memahami orang lain, dan seterusnya berjaya pula menjalinkan hubungan positif sesama insan. Sebagai contoh, dalam Puisi Buat Mama penyajak melukiskan bagaimana perpisahan yang terjadi menyebabkan

pengorbanan dan nilai kasih sayang seorang ibu kepada anak tiada dapat diukur dengan katakata. Jika diteliti, kesusasteraan Melayu mempunyai sumber yang kaya dengan nilai dan emosi. Malahan, kesusasteraan Melayu patut dimanfaatkan untuk membentuk keperibadian generasi muda. Karya-karya kesusasteraan Melayu yang bermutu tinggi waima yang berupa novel, cerpen, drama, sajak, syair dan prosa tradisional bukan sahaja berperanan sebagai wahana tetapi mampu menggilap potensi diri murid. Seseorang murid yang menghayati watak dan perwatakan dalam sesebuah karya yang dibacanya dapat memperkembang emosinya sendiri. Contohnya watak dalam novel Seteguh Karang ada memperlihatkan emosi seperti simpati, sedih, kecewa, pasrah dan sebagainya. Dengan itu, pembaca yang menjiwainya akan turut beremosi dan bersimpati terhadap watak-watak yang terdapat dalam novel tersebut.

Dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengajaran kesusasteraan Melayu dalam Bahasa Melayu ialah unsur yang paling sesuai bagi menerapkan kecerdasan jasmani. Perkembangan daripada segi jasmani boleh diterapkan melalui teknik-teknik yang biasa digunakan oleh guru yang terlatih seperti teknik penggunaan deria, main peranan, simulasi, bercerita, lakonan waima secara spontan atau berskrip, pentomin, boneka, perbincangan, permainan bahasa kesusasteraan, dan kuiz. Murid-murid yang didedahkan dengan pelbagai teknik dalam pengajaran kesusasteraan Melayu secara tidak langsung berupaya dalam pergerakan. Malah mereka akan lebih aktif. Selain itu, perkembangan daripada segi jasmani ini bukan sahaja melibatkan aktiviti di dalam bilik darjah, malahan melalui pelbagai aktiviti di luar kelas. Contohnya apabila pihak sekolah mengadakan aktiviti seperti pertandingan pementasan drama, teater atau sebagainya yang melibatkan murid untuk bergiat secara aktif dalam sesuatu aktiviti yang telah dijalankan.

Teknik sosiodrama, misalnya yang dilaksanakan oleh guru adalah untuk mewujudkan perhubungan antara insan dan masyarakat. Antara langkah yang boleh dijalankan adalah dengan meminta murid mengemukakan sesuatu masalah. Selepas itu, guru akan meminta murid agar melakonkan permasalahan seperti yang difikirkan oleh mereka. Kemudiannya, mereka akan

berbincang tentang hasil perlakuan tersebut. Melalui aktiviti ini, murid akan belajar untuk bergerak secara berkumpulan, tidak kira kumpulan itu besar ataupun kecil, semata-mata untuk meningkat persefahaman pada kalangan mereka yang terlibat. Dengan demikian, bakat dan kebolehan murid dapat dicungkil.

Daripada apa yang telah dibincangan sebelum ini, pendeknya, pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk melahirkan murid yang memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.

Di samping itu, pendidikan bahasa dipercayai dapat juga dijadikan sebagai wahana ilmu, fikiran dan perasaan bagi pelbagai bangsa di Malaysia. Hal ini juga bermakna bahawa Bahasa Melayu yang merupakan mata pelajaran teras di semua sekolah rendah dan menengah tidak bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang termaktub dalam Akta Pendidikan 1996. Malah, bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan rakyat di Malaysia serta sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua rakyat dalam satu wawasan. Selain itu, bahasa Melayu yang mempunyai potensi untuk dimartabatkan dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi itu berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan kebitaraan, kerasionalan, keintelektualan, kekreatifan, kesaintifikan, dan kerohanian rakyat. Sejajar dengan itu, sesuailah fokus utama pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk memenuhi hasrat Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM). Hasrat ini telah digubal berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, iaitu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Lebih-lebih lagi hakikatnya, pendidikan Bahasa Melayu KBSM yang meliputi tingkatan satu hingga lima menjanjikan hasrat untuk terus meningkatkan penguasaan kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,

kemahiran membaca, dan kemahiran menulis pada kalangan remaja serta memupuk kepekaan terhadap variasi bahasa dalam pelbagai keadaan, sistem bahasa dan gaya bahasa yang indah. Malahan, pendidikan Bahasa Melayu KBSM juga menanam kesedaran terhadap unsur dan nilai kemanusiaan secara menyeluruh melalui pembacaan bahan ilmu dan hasil kesusasteraan Melayu (Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia Tingkatan V, 1992: vii). Bahkan, pendidikan Bahasa Melayu KBSM sememangnya sudah lama menjadikan kesusasteraan Melayu sebagai unsur atau komponen penting dalam programnya. Selain itu, kesusasteraan disifatkan berupaya untuk menjadikan seseorang itu lebih peka, lebih prihatin terhadap pengolahan bahasa, di samping membantunya untuk menghayati pengalaman, pengamatan, sensitiviti, tafsiran, aliran perasaan dan daya intelek, dan pemikiran pengarang terhadap berbagai-bagai fenomena kehidupan di sebalik struktur kata-kata yang indah itu.

Dalam perpektif tersebut jugalah ternyata bahawa fungsi bahasa Melayu yang semakin meluas, sesuai dengan tarafnya sebagai bahasa rasmi negara dan seperti yang terkandung dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM menekankan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang lebih bermutu. Murid-murid bukan sahaja perlu menguasai kecekapan berbahasa dan ketepatan berkomunikasi, tetapi juga perlu memahami sistem bahasa Melayu yang mampu mengungkapkan segala bidang ilmu dan kegiatan harian selaras dengan peranannya sebagai bahasa perpaduan rakyat, bahasa perhubungan utama dan bahasa ilmu pengetahuan yang mencerminkan akal budi dan pemikiran rakyat. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan Melayu disediakan bagi memenuhi keperluan murid dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Rentetan itu, kesusasteraan Melayu telah dijadikan sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu bagi menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu mencakupi pendedahan apresiasi karya-karya kesusasteraan Melayu daripada pelbagai genre seperti puisi tradisional, puisi moden, prosa klasik, drama, cerpen dan novel. Melalui pendedahan dan penelitian karya-karya seperti itu, murid diharapkan dapat mengenal dan menikmati karya-karya kesusasteraan Melayu negara.

Selain menggalakkan lagi minat membaca murid, karya tersebut dapat juga menjadi wahana bagi murid memahami budaya dan cita rasa masyarakat negara ini. Murid diharapkan juga akan berminat untuk berkarya bagi melahirkan idea dan cita rasa mereka sendiri. Justeru, dengan usaha yang demikian akan mempertingkatkan kemahiran berbahasa murid. Dengan yang demikian dan seperti yang telah dijelaskan, hasrat pendidikan yang ingin dicapai melalui FPK ialah pembentukan individu yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dan bersepadu daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Pengajaran dan pembelajaran komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu diharapkan dapat menyokong teras pembentukan individu ini, terutamanya daripada segi pemupukan ilmu, kemahiran dan nilai yang berkaitan dengan aspek intelek dan emosi. Penerapan elemen-elemen ini dalam karya kesusasteraan Melayu yang terpilih mampu menjadikan murid insan yang berfikir tentang kebaikan, kehalusan budi pekerti, kesantunan berbahasa, kecekalan hati, keindahan seni dan kebenaran, dan seterusnya menghargai kehidupan dan nilai kemanusiaan.

Oleh itu, keistimewaan unsur atau komponen kesusasteraan Melayu dan manfaat daripada penggunaannya dalam pendidikan Bahasa Melayu KBSM tidak dapat diragukan lagi.

Lampiran 2 Jawab soalan soalan di bawah. 1. Siapakah dia yang dilihat oleh penulis ? A seorang budak perempuan yang sedang bermain layang layang B seorang budak perempuan yang selalu menggangu fikirannya C seorang budak yang seiras adik angkatnya, Tina Dseorang budak perempuan yang berperawakan seperti adiknya, Tina

2. Frasa semakin kubesarkan hajat memaparkan keinginan penulis untuk.......

A berjumpa dan berbual dengan dia B bertemu dengan adiknya Tina C berbual bual dengan adiknya, Tina D menyatakan masalahnya

3. Frasa pokok pokok yang longlai dipuput bayu ialah gaya bahasa....

A imejan B simile C metafora D personafikasi

Semakin kubesarkan hajat, semakin membesarlah wajah Tina dalam benakku.Abang tak ajak Tina main layang layang?Tak boleh. Tina tidak tidak boleh main panas.....

4. Apakah teknik plot yang digunakan oleh pengarang dalam cerpen di atas ? A kejutan B imbas kembali C imbas muka D monolog dalaman

You might also like