You are on page 1of 2

TEKS PENGACARA MAJLIS PERHIMPUNAN RASMI SEKOLAH

1. 2.

3.

Beri arahan untuk murid diam, luruskan barisan dan bersedia. Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t dan selamat pagi. Yang berusaha Tuan Guru Besar, En Shahrir Bin Hj Othman, barisan kepimpinan pentadbir sekolah; GPK Pentadbiran - Pn Norkhairi Binti Nawawi GPK HEM - Pn Mahani Binti Sulaiman GPK Kokurikulum - Pn Siti Ruhani Binti Abu Bakar Yang dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakanrakan pelajar sekalian. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, maka dapat kita berhimpun dan berkumpul pada pagi Isnin yang indah ini. Bacaan Doa Untuk memberkati perhimpunan kita pada pagi ini, saya mempersilakan saudara ___________________ untuk melafazkan doa. Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudara _______________ atas bacaan doa sebentar tadi. Nyanyian Lagu Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Kebesaran Negeri Pahang dan lagu sekolah, Ilmu Kunci Kesejahteraan. Semua guru dan murid diminta berdiri tegak dan bersedia untuk menyanyi bersama dengan iringan muzik. Terima kasih kepada guru-guru dan murid-murid atas nyanyian sebentar tadi. Laporan guru bertugas Seterusnya, saya mempersilakan Encik/Puan _______________ untuk memberikan laporan bertugas mingguan. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan ______________ atas laporan yang disampaikan tadi.

4.

5.

6.

7.

8. 9.

Ucapan guru (jika ada) 10. Seterusnya, saya mempersilakan mana-mana guru yang ingin menyampaikan info/maklumat kepada murid-murid. (Sekiranya ada) 11. Terima kasih diucapkan kepada Encik/Puan _________________. Ucapan Guru besar/Pentadbir 12. Seterusnya, saya mempersilakan tuan guru besar/guru penolong kanan pentadbiran/guru penolong kanan HEM/guru penolong kanan kokurikulum untuk menyampaikan ucapan. 13. Saya bagi pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan yang disampaikan oleh tuan guru besar/guru penolong kanan sebentar tadi. Semoga nasihat, teguran, amanat itu dapat kita jadikan panduan untuk merealisasikan kecemerlangan. Bacaan ikrar 14. Perhimpunan kita sampai ke penghujungnya. Murid-murid diminta berdiri untuk bacaan ikrar. 15. Bacaan ikrar akan diketuai oleh saudara/saudari ______________________. Dipersilakan. Bersurai 16. Murid-murid boleh bergerak ke kelas dalam keadaan berbaris sambil bertasbih.

You might also like