You are on page 1of 4

AMALI 2: ACID DAN BES Tujuan Mengenalpasti nilai kepekatan asid dan mendapatkan jisim atom relatif unsur.

Pernyataan Masalah Berapakah jumlah KA1 yang diperlukan untuk meneutralkan 25cm3 KA2? Hipotesis Teori 25cm3 KA2 memerlukan 4.20cm3 KA1 untuk peneutralan. Tindak balas peneutralan boleh ditakrifkan sebagai tindak balas antara sesuatu asid dan sesuatu bes untuk menghasil air dan garam. Asid + bes air + garam Pada titik neutral, jumlah bilangan ion H+ adalah sama dengan jumlah bilangan ion OH-. Sebaik sahaja penunjuk fenoltalein berubah warnanya, keadaan ini bermaksud kuantiti asid yang ditambah adalah cukup untuk meneutralkan kuantiti alkali yang disediakan. Kemolaran bes dapat diperolehi daripada persamaan M1V1 = M2V2. Bahan dan Radas Pipette, burette, kelalang kon, silinder penyukat, jubin putih, larutan KA1, larutan KA2, penunjuk fenoltalein, air suling Prosedur 1. 25 cm3 KA2 dipipet ke dalam kelalang kon. 2. 25 cm3 KA1 disediakan dalam burette. 3. Beberapa titis penunjuk fenoltalein dititis ke dalam KA2. 4. KA2 yang ditambah beberapa titis penunjuk fenoltalein dititratkan dengan KA1 sehingga mencapai tahap keseimbangan. 5. Radas disusun seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1. 6. Bacaan pada burette direkodkan seperti di dalam jadual yang dicadangkan. 7. Langkah 1 hingga 5 diulangkan untuk mendapat bacaan yang lebih tepat dan purata jumlah KA1 yang digunakan untuk meneutralkan KA2 dikira.

Langkah berjagajaga

1. Kedudukan mata mesti bertentangan tepat dengan skala apabila mengambil bacaan untuk mengelakkan ralat paralaks.

2. Semasa mengambil bacaan, pastikan mata berada pada aras yang sama dengan bahagian bawah meniskus.

3. Sarung tangan harus digunakan ketika mengendalikan larutan asid dan alkali. Keputusan Titrat Bacaan awal Bacaan akhir Jumlah KA1 yang digunakan 25.00cm3 KA2 memerlukan 4.20cm3 KA1 untuk peneutralan. Perbincangan 1. Bahan kimia dalam burette iaitu KA1 adalah asid manakala bahan kimia dalam kelalang kon iaitu KA2 adalah bes. Ini adalah kerana warna penunjuk fenoltalein dalam larutan asid ialah tidak berwarna manakala warna penunjuk fenoltalein dalam larutan bes ialah warna merah jambu. 1 50.00 46.00 4.00 2 50.00 45.50 4.50 3 50.00 45.90 4.10 Purata 50.00 45.80 4.20

2. Keseimbangan telah dicapai ketika larutan KA2 mengalami perubahan warna dari merah jambu kepada tiada warna.

Soalan

a. Kirakan nilai purata bagi bacaan di atas. Nilai purata bacaan awal = = 50.00 cm3 Nilai purata bacaan akhir = = 45.80 cm3 Nilai purata jumlah KA1 yang digunakan = = 4.20 cm3

b. Tuliskan persamaan seimbang bagi tindak balas kimia di atas. KA1 + KA2 KA1KA2 (Garam) + H2O (Air) c. Kirakan kemolaran KA2 jika kemolaran yang digunakan di dalam KA1 ialah 0.5M. M1V1 = M2V2 0.5M X 25.0 cm3 = M2 X 4.2 cm3 M2 = = 2.976M

d. Kirakan Jisim Molekul Relatif KA1 dan KA2. Jisim Molekul Relatif KA1 = 1 + 35.5 = 36.5 g

Jisim Molekul Relatif KA2 = 23 + 16 + 1 = 40 g

e. Cadangkan elemen bagi KA1. Asid Hidroklorik, HCl. f. Cadangkan elemen bagi KA2. Natrium hidroksida, NaOH

g. Tuliskan persamaan seimbang sebenar tindak balas ini. NaOH (ak) + HCl (ak) H2O (ce) + NaCl (ak)

Kesimpulan

25cm3 KA2 memerlukan 4.2cm3 KA1 untuk peneutralan. Hipotesis adalah diterima.

You might also like