You are on page 1of 16

Lontar Peluru

Pengenalan
Sebagai acara padang dalam sukan olahraga, lontar peluru terus menjadi salah satu acara yang dipertandingkan dalam kebanyakan perjumpaan olahraga. Oleh sebab acara ini disertai oleh lelaki dan wanita, bermakna penyertaan agak meluas. Teknik lontaran juga diperbaiki dan disesuaikan dari semasa ke semasa bagi menjamin kelicinan dan peningkatan dalam lontarannya. Begitu juga dengan kaedah latihan yang diadakan bagi mereka yang mengambil bahagian dalam acara ini, turut ditingkatkan termasuk penekanan terhadap jenis, latihan, tempoh latihan aktiviti-aktiviti sampingan, serta pemakanan. Lontar peluru merupakan acara lontar yang paling mudah dilakukan

berbandingkan dengan tiga acara lontaran yang lain. Walaupun sebilangan besar daripada peserta dan pemenang acara ini pada peringkat antarabangsa, terdiri daripada peserta yang berbadan besar, tegap, berat dan kuat, tetapi ini bukanlah sesuatu yang menjadi syarat utama yang menentukan penyertaan atau kejayaan seseorang dalam acara ini. Pelontar peluru harus mampu mengenal pasti dan mengaplikasi teknik dan gaya lontaran yang baik yang diperolehi melalui latihan bersistem di bawah pengawasan jurulatih khusus untuk acara ini.

Sejarah
1. Acara lontar peluru adalah satu acara olahraga iaitu acara padang yang melibatkan dari segi melontar dalam pergerakan menolak satu bola logam besi berat sejauh yang boleh.

2. Asal usul acara lontar peluru tidak mempunyai sejarah yang lama jika dibandingkan dengan acara merejam lembing dan melempar cakera. Mengikut sejarah, aktiviti melontar batu telah dijadikan pertandingan bermula pada abad ke-19.

3. Orang Scotland dan Ireland telah dianggap sebagai golongan pertama yang mencipta acara lontar peluru, berdasarkan pertandingan melontar batu yang mereka lakukan ketika itu. Bagaimanapun, acara lontar peluru tidak dapat diterima sebagai acara sukan di kedua-dua buah negara ini.

4. Setelah diperkenalkan di Amerika Syarikat, acara lontar peluru telah mendapat sambutan di beberapa kejohanan sukan olahraga. Sebagai sebuah negara yang mengambil berat tentang kegiatan sukan, Amerika Syarikat telah menganggap kegiatan sukan sebagai sangat menarik, dan akhirnya menjadi acara olahraga yang dipertandingkan.Dari sini, bermulalah sejarah baru bagi acara lontar peluru.

Kawasan Lontaran
Beberapa peraturan yang berkaitan dengan kawasan lontaran telah dicipta. Pada mulanya kawasan lontaran berbentuk segi empat sama dengan ukuran 7 kaki x 7 kaki. Dengan ini, acara lontar peluru telah diperkenalkan ke negara-negara lain seperti Greek. Acara ini telah diterima untuk dipertandingkan di Sukan Olimpik moden tahun1896. Malah bentuk kawasan lontaran ini terus digunakan untuk Sukan Olimpik pada tahun 1900 dan 1904. Pada tahun1909, bentuk kawasan telah ditukar kepada bentuk bulatan yang berdiameter 7 kaki, dengan bahagian hadapan tempat melakukan lontaran diletakkan papan yang seakan-akan penanda, yang terdapat pada kawasan lontaran seperti yang diguna pakai sekarang. Namun begitu, tiada peraturan yang tetap berhubung teknik melontar peluru. Kawasan lontaran peluru disediakan khas bagi membolehkan setiap peserta acara ini melakukan lontaran. Kawasan ini berbentuk bulat dan dipagari oleh garisan sekelilingnya setebal lima sentimeter. Saiz bulatan ini ialah 2.135 meter pada diameternya yang diukur dari sebelah luar garisan. Pada bahagian hadapan bulatan lontaran ini dipasangkan papan penahan untuk menentukan sama ada kaki peserta menyentuh ataupun melepasi papan penahan yang mengakibatkan lontarannya akan dibatalkan. Pada bahagian tengah bulatan lontaran disediakan satu garisan lurus yang merentangi dan membahagikan bultan ini kepada dua bahagian selari dengan kawasan pendaratan peluru dihadapannya. Peserta hendaklah membuat lontaran dari dalam bulatan ini tanpa memijak garisan yang mengelilingi bulatan ini.

Kawasan Pendaratan
Satu kawasan khas hendaklah disediakan bagi membolehkan peluru yang dilontar mendarat atau dijatuhkan. Kawasan ini hendaklah bebas daripada sebarang gangguan. Kawasan ini dirintangi oleh dua garisan lurus yang ditandakan pada sudut 40 pada tengah bulatan lontaran. Panjang kedua-dua garisan ini tetap iaitu bergantung kepada peringkat pertandingan yang diadakan serta peserta yang mengambil bahagian. Setiap lontaran yang dibuat oleh peserta hendaklah mendarat atau terjatuh di dalam kawasan tersebut. Sekiranya, peluru terjatuh di luar kawasan atau di atas garisan yang memagarinya, maka lontaran itu dianggap batal. Oleh itu peserta hendaklah memastikan supaya setiap lontaran yang dibuat akan mendarat di dalam kawasan yang dikhaskan.

Aspek Penting dalam Lontar Peluru


I. Cara memegang dan menempatkan peluru pada bahu harus dilakukan dengan betul sebelum gerakan ke belakang dimulakan II. Gerakan berjingkit (shift) ke belakang jangan lakukan terlalu tinggi iaitu lakukan seberapa rendah yang boleh III. Semasa gerakan meluncur ke belakang dilakukan peluru hendaklah berada di bahu dan siku tangan setiasa di belakang peluru. Sebelum peluru lepas daripada bahu pandangan hendaklah ditumpukan ke arah sudut lontaran

Peralatan dan Kelengkapan


Lontar peluru yang merupakan satu lagi acara lontaran dalam sukan olahraga diadakan dengan menggunakan peralatan tertentu dan di dalam kawasan khas yang disediakan di kawasan yang bebas daripada sebarang halangan atau gangguan. Dalam melaksanakan acara ini, peserta serta pegawai pertandingan harus juga memberikan perhatian pada keselamatan sama ada kepada peserta itu sendiri, atau peserta lain ataupun orang ramai.

Peluru
Ia diperbuat daripada besi pejal berbentuk bulat dan licin. Bulatan peluru mestilah diperbuat dari gelung besi, keluli atau bahan-bahan yang sesuai dan bahagian atasnya mestilah sama rata dengan tanah di luar. Bahagian dalam bulatan dibuat dengan simen atau lain bahan yang kukuh dan tidak licin. Berat peluru untuk peserta lelaki adalah 7.257kg dan bagi wanita adalah 4.005kg manakala ukuran diameter adalah antara 110130mm dan 95-110mm. Bagi peserta remaja pula adalah 5kg. Perbezaan berat peluru perlu bagi memudahkan lontaran dibuat mengikut keupayaan peserta berdasarkan peringkat umur. Berat Peluru 1. 2. 3. DEWASA WANITA REMAJA 7. 257 kg 4. 005 kg 3. 000 kg

Pita Pengukur
Pita ini digunakan untuk mengukur jarak lompatan yang dibuat oleh seseorang peserta. Ukuran dibuat dari titik tengah bulatan tetapi bacaan hanya diambil dari papan penanda hingga kesan tempat peluru mendarat.

Kasut Berpaku (spike)


Kasut berpaku yang sesuai boleh digunakan untuk lontar peluru jika gelenggang yang digunakan adalah padang berumput. Tetapi jika gelanggang diperbuat daripada simen konkrit kasut sukan sukan biasa adalah digalakkan dan sesuai untuk dipakai.

Gelanggang
Ia terdiri daripada bulatan melontar dan kawasan mendarat. Bulatan melontar dikelilingi oleh satu garisan bulat meliputi kawasan yang berdiameter 2.135 meter. Di bahagian hadapan kawasan melontar dipasang papan penahan untuk menentukan sama ada lontaran sah atau batal. Jika peserta memijak atau kaki melepasi papan penahan, lontaran dikira batal. Kawasan pendaratan peluru hendaklah bebas daripada halangan dan gangguan. Ia bersudut 400 dari titik tengah bulatan melontar. Setiap lontaran hendaklah jatuh di dalam kawasan pendaratan ini, lontaran yang keluar atau mengenai garisan dibatalkan.

Gelanggang Lontar Peluru

Fasa-fasa Latihan

Fasa-fasa peluru peringkat pergerakan melontar peluru biasanya terdiri daripada: 1) Pegangan peluru 2) Lakuan sedia 3) Lungsuran 4) Kilasan badan 5) Lontaran 6) Pulihan

Kaedah Memegang Peluru


Cara memegang peluru perlu diberikan keutamaan oleh peserta. Terdapat dua acara untuk memegang peluru iaitu : i. Menggunakan tiga jari Cara mudah dan selamat untuk memegang peluru adalah dengan meletakkan peluru pada tapak tangan iaitu di bawah pangkal jari. Peluru mesti dipegang pada dasar tiga jari tengah manakala ibu jari dan kelengkeng jari bertindak sebagai penyokong. Jari kelengkeng boleh dibengkokkan atau diluruskan berhampiran dengan tiga jari tengah.

ii.

Menggunakan lima jari Kelima-lima jari digunakan. Ibu jari dan jari kelengkeng mengimbangi kedudukan peluru. Teknik disyorkan untuk para pelajar sekolah rendah.

Peserta tidak boleh memegang peluru di tapak tagan. Ini merupakan kesalahan biasa yang dibuat oleh kebanyakan peseta baru yang baru belajar melontar peluru.

Teknik Lontaran
Terdapat beberapa teknik yang boleh digunakan untuk melontar peluru, antaranya ialah teknik berdiri, teknik lontaran sisi, teknik O Brien dan teknik membelakangi kawasan lontaran (step-back).

Teknik Berdiri
Untuk mendapat pergerakan tangan dan bahu yang betul, boleh dilakukan dengan teknik berdiri sebagai satu latihan. Berikutan adalah cara lontaran dalam teknik berdiri; Berdiri dengan luas kaki lebih kuran 30cm, tangan memegang peluru di bawah dagu sehingga bersentuhan dengan tengkuk. Siku tangan tang memegang peluru hendaklah keluar dan mendatar. Pusingkan sedikit arah ke kanan dan bawakan tangan kiri menyilang ke kanan Bawakan kembali tangan kiri dengan cepat ke arah kiri, manakala kaki diluruskan dan peluru ditolak keluar Tangan diluruskan mengikut arah lontaran peluru manakala tangan kiri membantu mengimbang tangan

Teknik lontaran sisi


Berdiri dengan kedudukan kaki selangkah ke belakang dari garisan tengah bulatan lontaran. Tentukan kedudukan peluu adalah selesa dan kaki kanan diangkat Letakkan kaki kiri pada gelanggang dan pusingkan sedikit bahu ke hadapan Luruskan kaki kiri dan bersedia untuk membuat lontaran Pusingkan tapak kaki kanan dan angkat tumit serta tolak peluru keluar

Teknik membelakangi kawasan lontaran


Teknik ini merupakan gaya yang lebih maju dan mempunyai kelebihan jika dapat dipelajari dan diaplikasikan. Langkah-langkah teknik ini adalah ; Mulakan dengan membelakangi arah membuat lontaran Bongkokkan badan dan lutut kanana serta luruskan kaki kiri di belakang Kaki kiri diangkat sedikit Turunkan kaki kiri berhampiran dengan papan penahan dalam kawasan lontaran Pusingkan bahu dan pinggang ke arah lontaran Tolak peluru keluar dengan kuat

Teknik OBrien
Teknik ini merupakan teknik digunakan oleh atlet-atlet peringkat tinggi yang mempunyai kemahiran lontaran yang tinggi serta berpengalaman. Cara melakukan teknik OBrien adalah seperti berikut ; Berdiri dengan membelakangi arah lontaran dan kaki kanan bersentuh dengan garisan belakang Bongkokkan badan dan angkat kaki kiri serta rapatkan dengan kaki kanan Mulakan langkah dengan kaki kanan Bengkokkan lutut kanan dengan ayunkan tangan kiri keluar Pusingkan bahu dan pinggang dan tolak serta lepaskan peluru dengan kuat Lakukan lajakan ayunan dengan memindahkan berat badan ke hadapan dan imbangkan dengan tangan kiri

Rajah 1.6 Gerakan dalam Teknik OBrien

Undang-undang dan Peraturan


Peluru hendaklah dipegang dengan tapak tangan dan disokong oleh jari serta menyentuh rongga tulang selangka berhampiran leher Peluru ditolak dari kedudukan atas bahu Peserta diberikan enam kali percubaan lontaran sekiranya jumlah peserta tidak melebihi lapan orang Peserta yang melakukan lontaran paling jauh dikira sebagai pemenang Lontaran hendaklah dibuat dalam bulatan atau kawasan lontaran dan peluru mesti mendarat di dalam kawasan mendarat. Lontaran yang keluar dari kawasan mendarat dikira batal. Peserta tidak dibenarkan meninggalkan kawasan lontaran sebelum peluru mendarat Peserta dibenarkan keluar dari sebelah belakang bulatan lontaran. Sekiranya peserta keluar dari sebelah hadapan, lontaran itu dibatalkan Peserta tidak dibenarkan memijak atau menyentuh papan penanda semasa membuat lontaran Terdapat empat orang pengadil yang terlibat iaitu pengadil pertama menentukan cara dan kedudukan peluru, pengadil kedua mengawasi kedudukan kaki peserta, pengadil ketiga dan keempat mengawasi tempat peluru mendarat.

Rajah 1.8 : Kedudukan Pengadil

Kesalahan Biasa
1. Pergerakan sangat keras. 2. Semasa lunsuran,peserta suka melompat. 3. Semasa lunsuran,peserta meninggikan badan. 4. Semasa kilasan badan,peserta berhenti selepas lunsuran dan kemudian baru berkilas. 5. Semasa membaling,peserta membaling dalam keadaan kaki berdiri yang hampir lurus(tiada tekanan) 6. Selepas membaling,peserta masih terdiri di atas kaki yang berdiri.(Tekanan atau lunjakan dari kaki belakang tidak cukup kencang) 7. Selepas membaling,peserta tidak ikut lajak pergerakan.(badan tidak terkawal) 8. Selepas membaling mata peserta tidak ikut memerhati penerbangan peluru.

Matlamat Pembelajaran
I. Atlet lontar peluru dapat mempraktikkan aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial (JERIS) yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

II.

Atlet lontar peluru dapat mempunyai corak orientasi matlamat tugasan yang tinggi dan akan lebih bermotivasi melibatkan diri dalam sukan olahraga lontar peluru

Objektif Pembelajaran
I. Membina kekuatan konponen otot secara umum dan khusus di bahagian bahu, tangan, pinggang dan kaki. II. III. IV. V. VI. Membina kuasa eksplosif otot bahu, pinggang dan akki. Membina daya tahan otot umum dan spesifik. Membina kelajuan. Meningkatkan fleksibiliti. Meningkatkan keupayaan sisitem kardiorepiratori.

You might also like