You are on page 1of 1

Mengawet Mayat

Keputusan
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-33 yang bersidang pada 11 Oct 1993 telah membincangkan Mengawet Mayat. Muzakarah telah memutuskan bahawa mengawet mayat atas sebab-sebab yang mendesak hukumnya adalah harus.

English Version
Preservation of Corpse Decision: The 33rd Muzakarah (Conference) of the Fatwa Committee of the National Council for Islamic Religious Affairs Malaysia held on 11th October 1993 has discussed preservation of corpse. The Committee has decided that preservation of corpse in extreme situation is permissible. Keterangan/Hujah: Persoalan ini dikemukakan ekoran daripada penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dalam perkhidmatan Pengaman Bangsa-bangsa Bersatu dan apabila anggota tentera Malaysia yang bertugas terbunuh. Perkhidmatan tentera Malaysia terpaksa menghadapi pelbagai kesulitan untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia, seperti perjalanan yang jauh yang terpaksa dilalui dan peraturan serta syarat pihak syarikat penerbangan luar negeri yang menetapkan peraturan mayat mesti diawet. Permasalahan ini melibatkan soal menyiksa mayat kerana mayat dibiar terlalu lama sebelum dikebumikan. Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-8 yang bersidang pada 24-25 September 1984 telah memutuskan bahawa pemindahan mayat dari satu negeri ke satu negeri yang lain adalah harus sekiranya keadaan memerlukan (darurat) tetapi mestilah dipastikan simati dipindahkan dalam keadaan yang baik dan sempurna. Islam menggesa orang yang masih hidup supaya menjaga kemuliaan, hak-hak dan kehormatan orang yang telah mati sepertimana Firman Allah S.W.T.: Maksudnya: Dan Sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda Yang baik-baik serta Kami telah lebihkan mereka Dengan selebihlebihnya atas banyak makhluk-makhluk Yang telah Kami ciptakan. (Surah al-Israa: ayat 70)

You might also like