You are on page 1of 29

APAM ICE CREAM CORNETTO

Assalamualaikum

Selamat pagi dan selamat berhujung minggu buat semua teman-teman yang di sayangi.. Apa khabar ye semua pagi ni?

Harapan ita biarlah kita semua sihat, ceria dan bahagia menjalani kehidupan seharian di samping insan-insan yang di sayangi... Sebelum tu... ita nak minta maaf sebab semalam dah janji nak masukkan resepi ni malam, tapi.. seperti kata perpatah kita hanya merancang tuhan jua yang menentukan... Kerana beberapa sebab yang tak dapat di elak.. terpaksalah tertunda hingga ke pagi ni.. Maaf sekali lagi ye!

Hari ni, tak boleh nak sembang banyak-banyak, kerana banyak sangat tugas yang menanti. Lagi pula minggu ni minggu peperiksaan. Rasa-rasa anak-anak rakan-rakan ita juga sibuk membuat

persiapan bagi menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun. Kita sebagai ibu hanya mampu doakan yang terbaik buat anak-anak. Semoga mereka dapat memahami kehendak soalan dan dapat menjawab setiap soalan dengan tepat sebagaimana yang dikehendaki.

Baiklah, kita terus kepada sajian kita pagi ni.. Apam ice cream cornetto, resepi ni pernah muncul sedikit masa dahulu.. pada era kegemilangan

apam dot-dot dan apam mekar. Tapi oleh kerana penangan apam dot-dot lebih berpengaruh dan diminati ramai, kemunculannya apam ice cream tidak di ambil endah.. dan kurang mendapat sambutan.. Kini sekali lagi apam ini muncul, tapi bersama penampilan istimewa dan berwajah baru. Bertopingkan coklat dan taburan kacang hazel atau badam, kemunculannya kali ni di pentas maya, membuka banyak mata... WOW! hebat dan cukup bergaya sekali... Hinggakan ita turut terheret ke kancah femenomenanya kali ini. Sampai tidur malam pun terigauigau.. dek panahan pandangan pertama..

Resepi apam ice cream ini telah dikongsikan oleh Mama Fami, beliau mendapat inspirasi dari seorang teman beliau iaitu Erna. Menurut Erna resepi daripada ibu mertua beliau. Terima kasih

kepada kepada Erna dan ibu mertua beliau dan jutaan terima kasih juga buat Mama Fami kerana sudi kongsikan untuk rujukan kita bersama. Idea untuk menyalutkan coklat pada apam ini pula ita tak pasti daripada siapa, tapi ianya telah muncul sedikit masa dahulu, dan sekarang telah muncul kembali. Rasa-rasa dah ramai juga kawan-kawan yang membuat apam ini dan ada yang menjadikan ianya sebagai sumber pendapatan sampingan..

Kenapa kita tak mau mencuba! sedangkan cara membuatnya cukup mudah dan bahan-banhan pula cukup simple!

Rasanya juga sedap! ditambah pula dengan salutan coklat dan taburan badam pasti terasa kelainan bila menikmatinya.. Teksturnya sedikit keras bila dah sejuk.. oleh itu ita cadangkan kepada teman-teman yang nak mencuba, tambahkan sedikit ovelatte untuk mendapatkan apam yang lembut dan gebu. Apa tunggu lagi jom lah kita intai resepi yang mudah dan simple ni...

APAM ICE CREAM CORNETTO

Dari resepi APAM ICE CREAM By: Ibu mertua Erna Dikongsikan oleh : Mama Fami Mula-mula kita sediakan kon atau kelonsong dia dahulu. Ada beberapa kaedah untuk membuat kon, dan ikutlah kaedah yang anda selesa. Boleh ikut cara yang mudah dari mama fahmi dan rujuk lah di Fotopages beliau. Atau boleh ikut kaedah yang dikongsikan oleh Chef Amer semasa ita mengikuti kelas coklat beliau. Tak kisah lah kaedah mana pun yang pasti ianya tidak terburai bila kita mengukus dan pastikan bucu kon tertutup rapat supaya tidak bocor dan adunan menitis keluar.

1. Bahan yang kita perlukan ialah kertas bungkus nasi lemak atau kertas burger atau kertas

minyak. Pisau, gunting dan solotape. 2. Ambil sekeping kertas burger ukuran standard

3. Lipat kertas membentuk segitiga memanjang 4. Terbalikkan kertas dan lipat pula bahagian belakangnya. Kaedah seperti melipat kertas tisu.

5. Potong kertas dengan pisau 6. Untuk bahagian yang satu lagi ratakan dan potong lebihan dengan gunting, biarkan ia sama saiznya.

7. Kita akan dapat 3 lipatan kertas berbentuk segitiga memanjang yang sama saiznya 8. Pegang kertas dalam kedudukan seperti dalam gambar di sebelah

9. Tarik hujung segitiga biarkan ia selari dengan hujung yang satu lagi. Sebelah tangan pegang pada sebelah bawah kon. Dan sebelah tangan lagi pegang di sebelah atas kon dan terus mengulung.

10. Bahagian yang lebih di lipatkan ke dalam kelonsong dan kemaskan, jika terlalu panjang bolehlah dipotong sedikit.

11. Kemaskan lipatan dengan solotape supaya lipatan tidak terbuka ketika mengukus 12. Pastikan bucu bawah kon tertutup rapat supaya adunan tidak bocor. Jika ada lubang bolehlah solotapekan.

Panaskan kukusan terlebih dahulu. Balut tutup kukusan dengan towel supaya air pada tutup kukusan tidak menitis di atas apam kita nanti.

Api jangan terlalu besar. Jika besar apam akan mekar setaman pulak! Sekarang kita sediakan bahan-bahan adunan. Adunan dapat banyak tau! kalau keluarga tak ramai buat 1/2 adunan sahaja. 3 cawan tepung gandum ~ diayak 4 biji telur 2 cawan gula kastor 3/4 cawan air ice cream soda 1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan Kon kertas secukupnya Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit * tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut Masukkan tepung yang dah di ayak kan kaup balik hingga rata. Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka. gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Susun kon dalam kukusan. Letakkan dalam lubang kukus. Jangan tutup semua lubang tau! pastikan ada lubang untuk wap panas mengalir ke atas.

Untuk yang ni ambil perhatian sikit ye.. Kukus yang kita beli biasanya ada 3 bekas dan satu tutup kan? ok! kita kena guna semuanya sekali. Bekas bawah kita letakkan air dan panaskan atas dapur. Kemudian letakkan bekas kedua dan biarkan kosong. Bekas ketiga baru kita susunkan kon dan isikan adunan dalam kon tu. Adunan tu ita tuang selapis demi selapis mengikut warna berselang seli. Untuk lebih mudah masukkan adunan dalam piping bag, kemudian paipkan selapis-selapis berselang seli. Kemudian kita tutup kukus. Jika kon terlalu tinggi potong sedikit muncungnya supaya mudah di tutup. Pastikan tutup kukusan di balut dengan kain supaya wap air tidak menitis atas apam. Kemudian kita kukus lah adunan kita dengan api sederhana selama 15-20 minit atau sehingga apam kita masak. Bila apam dah masak keluarkan dari kukus dan biarkan ia sejuk Jangan buka kon tu dahulu ye, sebab kita belum curahkan coklat di atasnya.

Sebelum kita cairkan coklat kita panggang dahulu badam atau kacang hazel yang nak kita taburkan nanti. Sebenarnya boleh gunakan apa-apa sahaja kacang yang kita suka. Nak letak

coklat rice atau coklat cip pon boleh. Nak tabur manik warna warni pun boleh. Apa-apa lah kan janji sedap dan menarik perhatian kanak-kanak amnya. Untuk memangang kacang, masukkan kacang dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 15-20 minit.

Sekarang kita cairkan coklat. Gunakan kaedah double boiler. Coklat pula tak kisah kita nak gunakan Dark coklat atau Milk coklat. Terpulang pada citarasa

masing-masing. Bila coklat dah cair dan apam dah sejuk, kita curahkan coklat atas apam yang dalam kon tadi (sebab tu ita kata jangan buka kon dahulu sebab nanti kita nak curah coklat) Kemudian kita taburkan pula kacang yang kita dah panggang tadi. kacang tu kita tumbuk kasar dahulu. Kalau nak letak sebiji-sebiji pon ok! ikut kita. Kemudian simpan sebentar dalam peti ais supaya coklat mengeras. Kejap aje tau! hingga coklat keras aje..

Dah siap... Selamat mencuba dan mengambil tempahan.. hehe

You might also like