You are on page 1of 3

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO` USMAN AWANG JALAN LAYANG, TAMAN PERLING, 81200 JOHOR BAHRU, JOHOR DARUL

TAZIM TEL : 07- 241 6481 FAX : 07-241 6772 http://www.smkdua2.blogspot.com

BERILMU BERHEMAH BERTAQWA

SEJARAH SMK DATO' USMAN AWANG Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Usman Awang, Jalan Layang, Johor Bahru yang pada awalnya dikenali sebagai SMK Perling 2 mula dibina pada 21 Ogos 1998 di atas keluasan tanah 12.474 ekar oleh kontraktor Utama Bakti Insani Sdn. Bhd. Pembinaan bangunan sekolah yang terdiri daripada 4 blok bangunan iaitu Arif, Bijak, Cerdik, dan Dedikasi ini telah siap sepenuhnya pada 15 Oktober 2000. SMK Dato' Usman Awang telah memulakan sesi persekolahan pada 3 Januari 2001. Pada permulaan sekolah ini dibuka hanya terdapat pelajar Tingkatan Peralihan, Tingkatan Satu, Tingkatan Dua, dan Tingkatan Empat , Pelajar-pelajar yang belajar di sekolah ini pada asalnya dari SMK Seri Perling. Terdapat lebih kurang 1042 pelajar, iaitu 552 orang lelaki dan 490 orang perempuan telah memulakan sesi persekolahan mereka di sekolah ini. Sejumlah 55 orang guru, iaitu 19 guru lelaki dan 36 guru perempuan telah memulakan tugas menggerakkan sesi persekolahan pada tahun pertama. Ketika baru dibuka, sekolah ini telah diterajui oleh Tn, Hj. Md. Amin bin Anis. Dalam bidang kurikulum, peperiksaan awam pertama PMR dan SPM telah diduduki oleh pelajar sekolah ini pada tahun 2002. SMK Dato' Usman Awang telah meraih tempat pertama dalam kalangan sekolah baharu di daerah Johor Bahru dalam peperiksaan PMR dan tempat kedua dalam peperiksaan SPM. Hal ini merupakan hasil usaha guru-guru sekolah ini yang berusaha sedaya upaya untuk menghasilkan pelajar-pelajar terbaik dalam peperiksaan. Pada 1 Januari 2004, kepimpinan sekolah ini telah diterajui oleh Pengetua yang baru, iaitu Pn. Nilam Binti Othman. Seterusnya, mulai 1 Jun 2004, perkembangan yang berlaku ialah sebilangan pelajar SMK Dato Usman Awang telah berpindah ke SMK. Bukit Indah yang baru dibuka. Mereka terdiri daripada 157 orang pelajar lelaki dan 112 orang pelajar perempuan. Kemudian, pada Januari 2007, SMK. Seri Perling 2 bertukar nama kepada SMK Dato' Usman Awang, Johor Bahru sebagai satu usaha mengabadikan nama besar Sasterawan Negara yang juga anak jati negeri Johor. Majlis pertukaran nama telah dirasmikan oleh YB. Datuk Nur Jazlan bin Tan Sri Mohamed, Ahli Parlimen Pulai. Walaubagaimanapun, pada 1 Julai 2009, Pn. Nilam Bt Othman telah dinaikkan pangkat ke DG52 dan bertukar ke SMK Tmn Universiti, Johor Bahru. Sekolah ini telah mendapat pengetua yang ketiga iaitu Pn. Maimunah Bt AW Zakaria. Sebelum ini, beliau berkhidmat sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Kompleks Sultan Abu Bakar, Gelang Patah Johor, Pada 1 Julai 2010, Pn. Maimunah Bt AW Zakaria yang berpindah ke Matrik Gambang sebagai pensyarah dan digantikan dengan Tn. Hj A. Manaf Bin Muslimin. Pada 1 Ogos 2011, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Pegawai Pelajaran di PPD Kluang. Kini, SMK Dato' Usman Awang diterajui oleh Puan Woo Sow Pheng sebagai Pengetua yang kelima

Buat masa ini, SMK. Dato' Usman Awang mempunyai lebih kurang 2120 orang pelajar, 124 orang guru dan 13 orang kakitangan sokongan.

You might also like