You are on page 1of 6

Tindakan Guru mengatasi masalah isu budaya kepada murid.

Antara peranan guru dalam pengurusan bilik darjah ialah yang pertama guru haruslah memahami murid-muridnya dengan cara mendapatkan maklumat dan data murid-muridnya. Dalam diri setiap murid, mereka merupakan individu yang berlainan yang mempunyai latar belakang, minat, kebolehan, pengalaman, budaya, dan pengetahuan sedia ada yang berbeza. Maka adalah penting bagi seseorang guru untuk mengenali dan memahami diri murid-muridnya itu agar dapat memberikan pertimbangan yang sewajarnya. Dengan itu guru akan dapat merancang pengajaran dalam mencari strategi yang sesuai dan terbaik untuk digunakan dalam pengajaran bilik darjah. Guru boleh mendapatkan maklumat murid dengan cara berbual secara langsung dengan murid-murid dan mendapatkan rekod murid daripada ibu bapa dan gurunya yang terdahulu. Guru perlu mengetahui akan minat, sikap, dan keupayaan murid dalam pelajarann supaya guru dapat memenuhi keperluan murid. Yang kedua guru perlu menyusun atur dan merancang persekitaran bilik darjah dan rutin harian yang kondusif. Guru boleh bekerjasama dengan murid-murid bagi mengambil bahagian dalam menyusun aturkan fasiliti bilik darjah dan persekitaran yang baik. Semua perabut perlulah mencukupi dan dalam keadaaan yang baik serta boleh digunakan. Papan kenyataan perlulah diletakkan di tempat yang bersesuaian dan hasil kerja murid dipamerkan dan makluman penting kepada murid-murid. Selain itu, guru juga hendaklah menerangkan dan menjelaskan akan penggunaan alat pengukuran dan penilaian pembelajaran seperti latihan, ujian, laporan projek, folio dan sebagainya bagi membentuk persekitaran dan rutin bilik darjah yang baik. Guru juga perlu mewujudkan komunikasi yang baik dengan ibubapa atau penjaga murid-murid bagi membuka peluang kepada ibu bapa untuk terlibat dengan aktiviti dan pengalaman pembelajaran murid. Ianya juga dapat membantu guru mengawal tingkah laku murid dan membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka dalam pembelajaran. Guru juga boleh meningkatkan prestasi pengajaran dan pengurusan dengan cara melakukan refleksi dan kajian tindakan dan mengambil kira tentang apa yang baru diketahui dan yakin dengan amalan pengajaran harian yang dilaksanakan. Model 5S iaitu sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal boleh dipalikasikan oleh guru dengan kerjasama dengan murid-murid dalam pengurusan bilik darjah. Sisih itu merujuk kepada menyisih dan membuang bahan lama yang sudah

rosak, susun itu ialah menyusun dan mengatur perabut, bahan belajar dengan kemas, sapu ialah membersihkan bilik darjah dengan rapi, seragam ialah pelihara keceriaan bilik darjah, dan sentiasa amal pula merujuk kepada amalan yang berterusan dengan pemantauan.

Cadangan Mengatasi 1 Masalah Disiplin Dengan Menggunakan 2 Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah. Model Disiplin Asertif Canter dan Model Pengurusan Kelompok Kounin. Model Disiplin Asertif Canter telah dibentuk oleh Lee dan Marlene Canter. Mereka telah melakukan pemerhatian ke atas guru-guru di dalam bilik darjah dan mereka memasukkan tindakan guru-guru tersebut dalam model yang dibentuk oleh mereka. Model ini mengenai hak guru dan murid yang perlu diberikan antara satu sama lain iaitu guru mempunyai hak untuk mengajar dalam keadaan baik, tenang, selesa, dan tanpa gangguan dan juga murid-murid mempunyai hak untuk belajar dalam suasana yang tenang dan teratur. Model ini menggunakan peneguhan terhadap tingkah laku yang diingini dan penerimaan murid terhadap akibat daripada tingkah laku yang ditunjukkan. Guru berhak menetapkan peraturan dalam bilik darjah dan murid harus mematuhinya. Antara cara yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dengan menggunakan moel pengurusan disiplin bilik darjah ini ialah dengan menggunakan Hierarki Tindakan Pembetulan Canter. Canter menasihatkan guru agar membuat hierarki disiplin mengikut keutamaan beserta dengan tindakan pembetulan dan akibat yang akan dilakukan terhadap murid tersebut. Pada kali pertama jika terdapat murid yang gemar mengganggu dan mengacau rakannya semasa seisi pengajaran dan pembelajaran berlangsung seperti yang berlaku pada murid-murid Puan Tuty Rafna dan Puan Siti Nur Hazwani, guru perlu menegur dan mengatakan kepada murid tersebut bahawa peraturan kelas kita ialah jangan ganggu rakan. Ini adalah amaran daripada saya. Kemudian jika masih lagi berlaku untuk kali yang kedua dan ketiga, guru perlu menegurnya lagi dengan mengatakan peraturan kelas kita ialah jangan ganggu rakan! Awak telah memilih untuk time out 5 minit di belakang kelas. Time out itu merupakan masa untuk bertenang yang diberikan oleh guru kepada seseorang murid yang dalam

keadaan tidak selesa dan tidak tenang. Pada kali keempat jika murid tersebut masih mengganggu rakannya, guru perlu mengatakn kepada murid tersebut awak tahu akan peraturan kelas kita jika mengganggu rakan lain. Awak telah memilih untuk menelefon ibu awak. Kemudian guru harus menelefon ibu kepada murid tersebut untuk memaklumkan perkara tersebut kepada ibunya dan adalah lebih berkesan lagi jika guru mengarahkan murid tersebut untuk menelefon dan memberitahu sendiri kepada ibunya akan kesalahan disiplin yang telah dilakukan oleh dirinya itu. Tetapi, jika murid tersebut masih melakukan kesalahan yang sama, guru hendaklah mengatakan peraturan kelas kita ialah jangan mengganggu rakan. Awak telah memilih untuk berjumpa dengan guru besar. Kemudian jika murid tersebut masih mengulangi kesalahannya itu, guru harus memberitahu kepada murid tersebut bahawa guru akan membawa murid itu terus berjumpa dengan guru besar pada masa dan ketika itu juga. Untuk menjayakan hierarki disiplin ini, guru perlu menyimpan rekod kesalahan yang dilakukan oleh murid dengan menggunakan senarai nama murid. Bagi mengurangkan masalah tingkah laku murid dalam bilik darjah, guru boleh mengadakan pelbagai aktiviti yang dapat menyibukkan diri murid dengan melibatkan murid dalam aktiviti pembelajaran yang menarik. Semasa guru memberikan aktiviti secara berkelompok, guru harus memendekkan penerangan yang diberikan oleh guru kepada murid agar masa yang ada dapat digunakan oleh murid untuk berkolaborasi dan menambahkan ilmu pengetahuan. Namun begitu, guru hendaklah memastikan agar aktiviti tersebut tidak menggunakan masa yang terlalu lama bagi mengelakkan muridmurid berasa bosan dan dengan itu akan timbul masalah salah laku dalam bilik darjah seperti bising dan menggganggu rakan serta berjalan-jalan ke tempat duduk rakannya. Model Pengurusan Kelompok Kounin ini mengutamakan keupayaan guru untuk mengurus kumpulan dan mengurus pelajaran dalam bilik darjah. Dengan menggunakan model jenis ini, guru berkemampuan untuk mengendalikan lebih daripada satu isu dan keadaan dalam satu-satu masa, kelancaran aktiviti dapat berlaku dengan baik, mengekalkan fokus murid dan mengpelbagaikan teknik pengajaran.

Kesimpulan.

Keupayaan guru untuk mengurus bilik darjah dan tingkah laku murid merupakan perkara yang penting dan perlu bagi menjamin keselesaan dan persekitaran bilik darjah yang kondusif dan selesa. Guru perlu mengambil kira akan ciri fizikal yang baik, faktor emosi murid-murid, suasana sosial, serta peraturan dan rutin yang dilaksanakan. Guru perlulah mengenal pasti akan masalah dan punca berlakunya masalah tingkah laku yang timbul agar dapat ditangani dengan segera. Peraturan yang jelas, ringkas, dan penting perlulah dilaksanakan oleh guru agar bilik darjah berada dalam keadaan yang terkawal. Terdapat beberapa Model Pengurusan Disiplin Bilik Darjah yang boleh digunakan oleh guru bagi mengatasi masalah disiplin yang berlaku dalam bilik darjah. Guru perlulah melakukan sesuatu dan mengambil tindakan terhadap salah laku murid agar tidak mengganggu seisi pengajaran dan pembelajaran yang sedang berlangsung. Rujukan. Abdullah Sani Yahya. (2007). Guru sebagai Pemimpin. Selangor: PTS Professional. Akhiar Pardi. (2012). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Kuala Lumpur: Freemind Horizons Sdn. Bhd. Edmund T. Emmer. (1997). Classroom Management For Secondary Teachers. United States: Viacom Company. Haliza Hamzah. (2009). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd. http://nidapink90.blogspot.com/2012/09/tugasan-kerja-kursus-pengurusan-bilik.html

Menangani Masalah Disiplin Murid

Guru di kota mungkin akan berhadapan dengan masalah disiplin seperti keterlibatan murid dalam kegiatan merempit, berlepak di pasar raya atau menghabiskan masa melayari internet di pusat siber. Manakala guru di kampung pula mungkin akan berhadapan dengan murid yang ponteng sekolah dengan alasan membantu keluarga menoreh getah, menangkap ikan atau melepak di simpang-simpang jalan. Walau apa sahaja jenis atau bentuk kesalahan yang dilakukan, guru terutamanya guru permulaan harus bijak menggunakan pelbagai strategi untuk menanganinya. Mengenali murid Seseorang guru harus mengenali murid muridnya secara lebih dekat dengan penuh kemesraan. Ini bukan bermakna kita tidak boleh memarahi mereka. Minat dam masalah muri-murid harus dihayati dan ditangani. Tunjukkan kepada muridmurid melalui tindakan dan perawakan bahawa guru ialah rakan pembimbing mereka yang sentiasa mempunyai sifat keterbukaan dalam sebarang masalah. Memanglah diakui bahawa proses ini bukannya cepat tetapi memakan masa yang panjang dan guru seharusnya banyak bersabar dan harus cekal dalam menghadapi sebarang cabaran. Komitmen yang ikhlas Dalam sebarang tindakan guru seharusnya dapat mempamerkan komitmen yang sepenuhnya dengan seikhlas mungkin. Murid-murid dapat menilai diri guru sama ada pengajaran yang dilakukan hanya sekadar memenuhi masa mengajar dan

menghabiskan sukatan pelajaran atau mampu memberi bimbingan dengan sepenuh hati. Dalam hal ini guru seharusnya mahir dalam sesi pengajarannya, mempunyai peribadi yang mulia dengan sedikit unsur-unsur kecindan yang mampu memecah kesunyian dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Memang penat, letih dan kadangkala membosankan apabila menghadapi karenah seperti ini, tetapi ingat anda telah membuat pilihan guru sebagai profesion anda. Ia bukannya mudah sepertimana yang disangkakan sehinggakan anda sanggup meninggalkan profesion lama semata-mata untuk menjadi guru yang mungkin pada ketika itu membayangkan kerja guru mudah, tidak meletihkan banyak cuti dan bermacam-macam lagi. Insya-Allah dengan azam baru, guru-guru permulaan akan terus menyemai bakti mendidik anak-anak bangsa.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/385-info-ringkas/6893menangani-masalah-disiplin-murid.html

You might also like