Professional Documents
Culture Documents
Pemenang pingat emas iaitu Ethel Catherwood dari Kanada membuat gaya gunting di Sukan Olimpik Musim Panas 1928. Rekodnya ialah 1.59 meter.
Isi kandungan
[sorok]
1 Peraturan 2 Gaya-gaya 3 Latihan dan Alat Bantu 4 Gaya Fosbury 5 Jaguh Negara Malaysia dan Kejayaan
[sunting] Peraturan
Acara lompat tinggi begitu popular dalam mana-mana kejohanan sukan olahraga. Ia adalah salah satu acara padang yang memerlukan para peserta melompat melepasi palang. Palang tersebut diletakkan di antara dua tiang tegak. Dalam pertandingan, palang akan dinaikkan setelah peserta berjaya melepasi ketinggian palang yang diletakkan. Setiap peserta akan diberi peluang sebanyak tiga kali untuk melakukan lompatan lompatan melepasi sesuatu ketinggian palang. Sekiranya peserta gagal sebanyak tiga kali berturut-turut, maka dia dikira gagal. Para peserta yang menyertai acara ini perlu melompat setinggi yang dapat dilakukan, untuk menentukan kemenangan mereka dalam acara tersebut.
[sunting] Gaya-gaya
Asas lompatan yang baik adalah kebolehan peserta untuk menukar momentum tegak yang akan menaikkan badan peserta melepasi palang. Oleh itu, penujuan dan lonjakan yang tepat sangat penting dalam acara lompat tinggi. Gaya-gaya lompat tinggi yang biasa digunakan oleh peserta ialah gaya gunting, gaya timur, gaya guling barat, gaya pelana, dan gaya Fosbury Flop. Dalam abad ke-19 , peserta lompat tinggi melompat dan mendarat di atas tanah yang berumput dengan menggunakan gaya gunting, iaitu dengan cara membelakang. Gaya ini banyak mendatangkan kecederaan kepada para peserta. Peserta yang menggunakan gaya Fosbury Flop telah berjaya mencatatkan rekod dalam acara lompat tinggi. Biasanya atlet yang mengambil bahagian dalam acara lompat tinggi mempunyai susuk badan yang kurus dan tinggi lampai.
begitu, negara Malaysia masih lagi mencari bakat-bakat, yang dapat diketengahkan di peringkat kejohanan yang lebih tinggi, bagi mewarisi peninggalan atlet sekarang, pada masa hadapan.