You are on page 1of 10

Pengenalan Malaysia adalah sebuah negara yang diduduki oleh pelbagai kumpulan etnik .

Melayu, Cina dan India adalah kumpulan etnik yang terbesar di bumi yang kita cintai ini. Selain itu, kaum minority seperti Senani, Baba dan Nyonya ,Orang Asli di Semenanjung dan bumiputra seperti orang Iban, Dayak, Murut, Dusun dan Kadazan terdapat di Sarawak dan Sabah juga penduduk Malaysia. Oleh kerana setiap kaum dan etnik mempunyai cara hidup, agama dan kebudayaan yang berbeza, ini menyebabkan negara kita Malaysia menjadi sebuah negara yang majmuk, di mana setiap kaum mempunyai cara hidup sendiri yang unik. Dari segi perayaan, Melayu meraikan Hari Raya Aidiftri, Cina menyembut Hari Raya Cina pada hujung bulan Januari atau awal bulan Februari, India pula meraikan Deepavali. Bumiputra di Sarawak dan Sabah juga menyambut Hari Gawai. Begitu juga bagi kaum minoriti , mereka juga ada perayaan sendiri yang tersendiri. Ini menunjukkan, walaupun Malaysia adalah sebuah negara yang diduduki orang etnik yang berlainan dan mempunyai kebudayaan sendiri, namum setiap kaum menghormati sesama diri. Sikap hormat-menghormati ini menjamin perpaduan negara. Kini kita hidup di tanah air yang aman damai ini, adalah hasil daripada perpaduan rakyat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, selepas Sabah dan Sarawak menyertai Tanah Melayu. Kerajaan dapat menjamin rakyatnya hidup aman damai, perpaduan rakyatnya amat penting. Untuk menyatukan rakyat, salah satu faktor penting adalah Pendidikan. Pendidikan negara telah menagambil masa yang lama untuk menyatupadukan kaum-kaum yang berlainan. Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Melayu, Cina dan India mendapat pendidikan yang berbeza. Cina dan Melayu lebih mementingkan pendidikan, Cina dan Melayu lebih maju dari segi pendididkan. Oleh kerana setiap etnik mempunyai kebudayaan yang berbeza, dan di antara kaum-kaum ini terdapat perbezaan fizikal dari segi tempat tinggal , seperti Cina tinggal di kawasan bandar, Melayu di kampung tradisi dan kampung nelayan, India di estate-estate . Faktor ini menyebabkan jurang besar di antara kaum, seterusnya menghalang perpaduan rakyat.

Untuk memupuk semangat patriotik dan perpaduan rakyat Malaysia, kerajaan telah merangka Rukun Negara pada tahun 1970, yang dijadikan dasar pendidikan, kewarganegaraan, pembangunan dan perkembangan masyarakat. Prinsip Rukun Negara 1. 2. 3. 4. 5. Kepercayaan kepada Tuhan Kesetiaan kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembaga Kedaulatan Undang-undang Kesopanan dan Kesusilaan

Bedasarkan prinsip Rukun Negara ini, salah satu keazaman kerajaan Malaysia ialah memupuk kesepaduan kaum yang merangkumi kesefahaman, toleransi dan perpaduan antara kaum .

Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Negara telah diumumkan secara rasmi. Matlamat Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik. Salah satu ciri dalam Matlamat Pendidikan Negara ialah memupuk perpaduan di kalangan rakyat yang berbilang kaum. Selain daripada perkembangan potensi individu secara seimbang, Malaysia juga mengharap melalui proses pendidikan untuk melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersikap toleransi dengan mewujudkan perpaduan rakyat dalam berbilang kaum.

2. Kekuatan dan Kelemahan Dasar Pendidikan Negara

2.1 Pengenalan Sebelum negara kita mencapa kemerdekaan, pihak British telah menwujudkan 5 aliran sekolah, iaitu Inggeris, Melayu, Cina, India dan Agama.

Pihak British sedar, untuk menyatupadukan masyarakat yang berbilang kaum ini, satu sistem pendidikan yang bercorak kebangsaan harus dirangka.Kemudian Rancangan Cheessmen mencadangkan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penyatuan sistem persekolahan, Sebelum dan selepas negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, kerajaan pada masa itu sedar, betapa pentingnya untuk membentuk sebuah negara yang bersatu-padu, maju dan progresif, beberapa laporan pendidikan telah dibentangkan.

2.1.1 Laporan Barnes, 1950 Satu jawatankuasa yang diketuai oleh L.J.Barnes telah ditubuhkan pada Ogos 1950 bagi mengkaji masa depan sistem pendidikan Tanah Melayu. Namun, laporan yang dikemukakan kepada Kerajaan British pada tahun 1951ini dibantah oleh kaum Melayu, Cina dan India,.

Cadangan-cadangan Laporan Barnes: a. Sekolah vernakular digantikan dengan sekolah kebangsaan. b. Sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan. c. Sekolah rendah Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah menengah Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar. d. Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun. Kekuatan Laporan Barnes adalah sekolah kebangsaan dibuka kepada semua kaum dan diajar oleh guru dari pelbagai kaum dan keturunan dan Semua murid diberi pelajaran percuma di sekolah rendah selama 6 tahun. Namun, Melayu membantah kedudukan Melayu tergugat akibat pada peringkat menengah, Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar.Cina pula menganggap kebudayaan dan Bahasa Cina yang dibanggakan telah diancam sebab Bahasa Cina tidak dijadikan bahasa pengantar, dan bagi India, kedudukan sekolah Tamil tidak dikaji oleh kerajaan.

2.1.2 Laporan Fenn-Wu, 1951 Pada tahun 1951, Jawatankuasa ini diketuai oleh Dr. W.P. Fenn dan Dr. Wu Teh-Yao ditubuhkan untuk mengkaji kedudukan sekolah-sekolah Cina. Tugas utama jawatankuasa ini adalah mengkaji kemungkinan menjadikan sekolah Cina yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan Bahasa Cina sebagai satu matapelajaran pilihan. Cadangan-cadangan yang dikemukakan : a. Sekolah Cina dikekalkan tetapi kurikulumnya berdasarkan latar belakang tempatan. b. Sekolah Cina menyokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar supaya perpaduan di antara kaum tidak terjejas. Kekuatan Laporan Fenn-Wu adalah kekalkan sekolah Cina dan sekolah Cina sokong konsep penggunaan 3 bahasa sebagai bahasa pengantar.Tetapi ia tidak diterima oleh UMNO sebab kerana tidak menguntungkan orang Melayu, ini adalah kelemahannya.

2.1.3 Ordinan Pelajaran, 1952 Jwatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu pada bulan September 1952. Ia mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952 Antara cadangannya ialah: a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan. d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Kekuatan 3 Ordinan Pelajaran, 1952 adalah penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Juga, pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. Namun , Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan, adalah kelemahannya. 2.1.4 Laporan Razak, 1956 Untuk mengkaji Ordinan Pelajaran 1952. Jawatankuasa Razak yang dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussein ditubuhkan pada 30 September 1955. Laporan Razak yang dikemukakan pada bulan April 1956. Isi kandungan Laporan Razak Sekolah rendah a. Sekolah rendah dibahagikan kepada Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Cina dan Tamil sebagai bahasa pengantar. b. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris merupakan matapelajaran wajib. c. Murid keturunan Cina dan Tamil di sekolah aliran Inggeris diberi peluang mempelajari bahasa ibundanya jika ada 15 orang atau lebih murid ingin belajar. d. Guru-guru mestilah mempunyai Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun dan separuh masa 2 tahun. 2. Sekolah menengah a. Sekolah menengah dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu sekolah menengah rendah (3 tahun), sekolah menengah atas (2 tahun) dan pra-U (2 tahun). b. Satu jenis sekolah menengah sahaja yang Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai matapelajaran wajib. c. Terbuka kepada semua kaum dan menggunakan sukatan yang sama. d. Bagi memasuki sekolah menengah, mesti lulus peperiksaan memasuki sekolah menengah. 3. Sistem peperiksaan a. Sekolah menengah rendah

Peperiksaan di peringkat Tingkatan 3 (peperiksaan bersama) dan mesti lulus Sijil Rendah Pelajaran (SRP/LCE) bagi memasuki sekolah menengah atas. b. Sekolah menengah atas Peperiksaan bersama di Tingkatan 5 untuk memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu yang sama taraf dengan Cambridge Overseas Certificate. c. Pra-U Peperiksaan di Pra-U tahun kedua untuk memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP/HSC) untuk memasuki universiti. Laporan Razak telah diluluskan pada April 1957 dan dikuatkuasakan sebagai Ordinan Pelajaran 1957. Laporan Razak ditentang oleh orang Melayu kerana tiada ketegasan dalam pelaksanaan bahasa kebangsaan. Orang Cina menentang kerana sesetengah cadangan dikatakan mengabaikan pendidikan Bahasa Cina.

Kekuatan Laporan Razak

Pada mulanya, Laporan Razak mencadangkan Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Umum, manakala bahasa pengantar Cina, Tamil dan Inggeris digunakan di Sekolah Jenis Umum. Walaupun sekolahsekolah peringkat rendah menggunakan bahasa pengantar yang berbeza, tetapi sukatan pelajaran dan sistem pendidikan adalah disamakan.

Pada tahun 1957, Bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan di Malaysia. Oleh itu, Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa pengantar di sekolah dan juga bahasa pengantar utama di negara ini. Ini menyebabkan selepas peringkat

sekolah rendah, Sekolah Menengah Kebangsaan perlu menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah.

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang kaum, oleh itu dengan melalui penggunaan Bahasa Kebangsaan, mestilah dapat menyatupadukan masyarakat

di Malaysia. Penggunaan satu bahasa dapat mengeratkan hubungan antara kaum dengan lain dan juga dapat mengelakkan salah faham dengan kaum yang lain. Dengan begitu, ini adalah salah satu tujuan untuk perpaduan antara kaum di negara ini.

Laporan Razak 1956 juga membentuk satu identiti yang sama bagi generasi berbilang kaum. Oleh itu satu sukatan pelajaran yang sama perlu digubal untuk semua sekolah rendah. Isi kandungan buku-buku teks juga mengandungi unsurunsur kehidupan di Tanah Melayu. Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris menjadikan mata pelajaran wajib di semua sekolah. Dalam pada itu, pelajar juga akan menduduki peperiksaan akhir yang selaras. Langkah tersebut merupakan satu langkah untuk mencapai matlamat perpaduan kaum.

Tujuan Laporan Razak adalah untuk mengeratkan perpaduan di antara tiga kaum utama (Cina, Melayu dan Indian) sebagai rumpun bangsa di Tanah Melayu. Selain itu, sistem pendidikan dalam laporan ini mewujudkan masyarakat yang berdisplin, bertolenransi dan juga progresif.

Kelemahan Laporan Razak

Didapati Laporan Razak ini mempunyai sistem pendidikan yang tidak begitu sempurna. Laporan Razak memaktubkan bahawa satu peperiksaan pemilihan pada akhir kursus sekolah rendah untuk kemasukan ke sekolah-sekolah menengah akan diberi kepada murid-murid. Bagi sesiapa yang lulus dalam peperiksaan ini, mereka akan dapat meneruskan pelajaran ke sekolah menengah. Tetapi sesiapa yang gagal akan diberi sekeping Sijil Tamat Sekolah Rendah.

Dengan syarat yang agak sukar masuk ke sekolah menengah menyebabkan ramai orang tidak dapat menyambungkan pelajarannya ke sekolah menengah. Ini menjadikan faktor kelemahan dalam Laporan Razak. Dalam Falsafah

Pendidikan Negara bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga masyarakat dan negara. Tetapi sistem pendidikan dalam laporan ini tidak menyediakan banyak peluang bagi kebanyakan murid untuk meneruskan pelajaran mereka ke peringkat menengah.

Kelemahan seterusnya ialah menamatkan bantuan separuh yang diberikan pada sekolah menengah yang tidak mengikuti Sistem Pendidikan Negara.

2.1.5 Laporan Rahman Talib, 1960 Jawatankuasa Penyemak Pelajaran ditubuhkan pada tahun 1959 bagi mengkaji semula perlaksanaan Laporan Razak dan langkah-langkah bagi mewujudkan satu sistem pendidikan kebangsaan. Jawatankuasa ini diketuai oleh Abdul Rahman bin Haji Talib. Candangan Rahman Talib: Bahasa kebangsaan a. Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. b. Peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. c. Semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah. Kelas peralihan Kelas peralihan diadakan bagi pelajar dari SRJK(C) dan SRJK(T) yang ingin bertukar ke sekolah menengah aliran Melayu atau Inggeris. Kenaikan automatik a. Kenaikan darjah secara automatik di semua sekolah rendah dan sekolah menengah bantuan kerajaan.

b. Peluang pendidikan selama 9 tahun disediakan secara automatik iaitu 6 tahun sekolah rendah dan 3 tahun sekolah menengah rendahPelajaran percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira bahasa pengantarnya. Matapelajaran akhlak a. Murid beragama Islam Pendidikan Islam. b. Murid bukan beragama Islam Pendidikan Moral. Antara kekutan Laporan Rahman Talib, 1960 adalah Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi.Juga peperiksaan awam diadakan dalam Bahasa Melayu. Ini menunjukkan kerajaan mementingkan Bahasa Malaysia dan berhasrat untuk menjadikannya sebagai bahasa yang ditutur dan digunakaan oleh semua lapisan masyarakat pada masa depan. Jika semua kaum mempunyai satu bahasa yang sama dalam komunikasi hariannya, matlamat perpaduan rakyat mesti tercapai. Satu lagi kekuatan adalah, matapelajaran akhlak diperkenalkan, sama ada pendidikan Islam bagi muslim atau Pendidikan Moral bagi pelajar bukan islam, motifnya adalah sama, iaitu membimbing anak-anak kita menjauhi gejala negetif. Kelemahannya adalah semua calon mesti lulus Bahasa Melayu sebelum masuk ke sekolah menengah.Ini akan membuang masa seseorang pelajar. Jika pelajar gagal dalam Bahasa Melayu, dia harus dibenarkan masuk ke sekolah menengah, belajar di kelas peralihan dahulu, dan asas Bahasa Melayu dikukuhkan di peringkat kelas peralihan.

You might also like