You are on page 1of 2

Kompos adalah sejenis baja organik yang boleh memperbaiki struktur tanah.

Ianya terhasil daripada proses pereputan sisa bahan organan oleh mikroorganisma. Proses pereputan ini adalah penting kerana ia menukar sisa organik daripada menjadi bahan pencemar alam kepada bahan yang berguna. Walau bagaimanapun kualiti baja kompos bergantung kepada cara membuatnya. Perhatian perlu diberi ke atas perkara-perkara berikut untuk menghasilkan baja kompos yang berkualiti.

Bahan-bahan Untuk Kompos

1. Sisa Bahan Berkarbon

Jerami padi, habuk kayu, daun tebu, batang kekacang, batang keledek, daun kering, batang jagung yang dicincang, empulur jagung, rumput kering, hancuran kertas dan lain-lain.

2. Sisa Bahan Bernitrogen

Najis haiwan, hampa padi, rumpai segar, sisa sayuran, sampah sarap dan lainlain.

Bahan utama membuat kompos, iaitu sampah itu sendiri. Ada dua jenis sampah iaitu organik dan bukan organik. Sampah diasingkan berdasarkan jenisnya. 1. sampah organik dijadikan bahan kompos adalah sampah bukan hijau (daun kering, rumput kering, serbuk gergaji, serutan kayu, sekam, jerami, kulit jagung, kertas yang tidak berkarbon, tangkai sayuran) dan sampah hijau (sayuran, buah-buahan, potongan rumput segar, daun segar, sampah dapur, hampas teh/kopi, kulit telur, tinja ternakan 2.sampah bukan organik adalah plastik, stereoform, kertas (berkarbon), logam, dan kaca. Selain itu ada bahan-bahan yang sebaiknya tidak dibuat kompos iaitu: 1. Daging, ikan, kulit udang, tulang, susu, keju, lemak/minyak, hampas kelapa, sisa sayuran yang bersantan (menyebabkan munculnya lalat). 2. Kotoran anjing & kucing (kemungkinan membawa penyakit). 3. Tanaman yang berhama 4. Ranting, dahan, dan batang kayu yang tidak mudah hancur dalam kompos (mengundang rayap). Bahan pemula sebagai pengurai sampah menjadi kompos. Bahan pemula siap pakai seperti EM4 (effective microorganism 4) Pemula buatan sendiri ini biasa disebut dengan MOL (micro organisme local). Kita boleh membuat MOL dari nasi, yang baru maupun basi. Langkah-langkah membuat MOL yang merupakan bahan pemula dalam pengomposan: 1. Nasi (baru maupun basi) dibentuk bulat sebesar bola ping-pong sebanyak 4 ketul.

2. Diperam selama tiga hari sampai keluar kelompok kulat yang berwarna kuning, jingga, dan abu-abu. 3. Bola nasi berkulat kemudian dimasukkan ke dalam botol/bekas plastik. 4. Tuang air satu gayung yang sudah dicampur gula sebanyak empat sendok makan ke dalam botol/bekas yang berisi nasi berkulat. 5. Peram lagi selama satu minggu. Campuran nasi dan air gula tersebut akan berbau masam manis seperti tapai. 6. MOL sudah sedia digunakan sebagai bahan pemula untuk membuat kompos dengan dicampur air. Perbandingan MOL dengan air dalam julat nisbah 1:5. Bekas untuk memproses sampah menjadi kompos adalah karung guni beras. Jenis sampah sebagai bahan kompos adalah sampah coklat kaya kandungan karbon (C) yang merupakan sumber energi makanan untuk mikrob. Sampah hijau mengandung nitrogen (N) yang diperlukan oleh mikrob untuk tumbuh dan berkembang biak. Sampah organik secara semulajadi akan mengalami penguraian oleh ratusan jenis mikrob, enzim, kulat, dan binatang tanah. Proses penguraian memerlukan suhu tertentu, kelembapan, dan oksigen (udara segar).

You might also like