You are on page 1of 27

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107

PENGHARGAAN Bersyukur ke hadirat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat menyiapkan kerja kursus pendek pengurusan bilik darjah dan tingkah laku dengan jayanya. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada pensyarah pembimbing, En. Aznan Bin Mat Akhir kerana membimbing saya dalam melaksanakan tugasan ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakanrakan sekelas saya yang banyak membantu dalam menghasilkan kerja kursus ini. Tidak lupa saya ucapkan setinggi-tinggi terima kasih dengan warga S.K Yan Kechil kerana banyak membantu saya dalam menjalankan kajian kes ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang membantu saya tidak kira secara langsung dan tidak langsung. Jasa dan budi anda semua tidak saya lupakan. Akhir kata daripada saya, semoga semua yang terlibat di dalam pelaksanaan kerja kursus ini dirahmati Allah S.W.T. Saya berharap kerja kursus ini akan menjadi satu medan buat saya sebagai seorang bakal guru untuk membentuk peribadi yang sesuai sebelum bertugas dan saya juga mendoakan kepada rakan rakan saya agar mereka dapat mengambil seberapa banyak ilmu pengetahuan yang semasa proses menyiapkan tugasan ini. Insya-Allah. Sekian terima kasih.

Yang benar, Mohammad Falakhuddin Bin Haron (1P7D-MT/PJ/BM)

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


PENGENALAN Dewasa ini, masalah disiplin dalam kalangan murid-murid sekolah sama ada sekolah rendah ataupun sekolah menengah semakin hangat diperkatakan dalam media massa terutamanya di dada-dada akhbar, kaca televisyen dan lain-lain lagi. Peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak ini menimbulkan tanda tanya dan meresahkan semua pihak terutamanya ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat. Semua pihak mula bingung memikirkan mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Masalah ini semakin sukar untuk dibendung terutamanya gejala ponteng sekolah. Gejala ponteng sekolah ini mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai cendawan tumbuh selepas hujan walaupun berbagaibagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. Gejala tidak sihat ini juga telah menjadi penyebab kepada pembabitan utama murid-murid dalam pelbagai kegiatan berunsur negatif seperti penagihan dadah, minuman keras, samseng, seks bebas, buli dan judi. Penguatkuasaan peraturan sekolah semata-mata tidak

memadai bagi menangani masalah gejala ponteng sekolah, namun masyarakat khususnya ibu bapa dan murid juga perlu diberikan kesedaran mendalam menangani masalah ini. Tambahan pula pada era globalisasi ini, kemajuan dalam bidang teknologi maklumat agak membimbangkan beberapa pihak terutamanya ibu bapa dan guru. Hal ini kerana dengan adanya alat-alat teknologi yang canggih seperti internet dan telefon bimbit, murid-murid akan lebih mudah terpengaruh dengan perkara-perkara negatif. Mereka akan menjadikan alat-alat canggih ini sebagai medium untuk mereka melakukan perkara negatif seperti menyebarkan gambar-gambar yang tidak senonoh, melayari laman web lucah dan sebagainya. Memang tidak dapat dinafikan bahawa gejala kemerosotan disiplin dan tingkah laku murid sering dikaitkan dengan teori psikologi perkembangan remaja. Remaja dalam lingkungan umur antara 10 hingga 18 tahun dianggap masa yang paling kritikal dalam peringkat perkembangan manusia.

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


Oleh itu, semua pihak terutamanya ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan masalah disiplin murid-murid di sekolah dapat diatasi daripada terus berlarutan, bukannya dengan menuding jari menyalahkan antara satu sama lain. Berdasarkan kerja kursus individu bagi subjek Bimbingan dan Kaunseling (EDU 3107), kami guru pelatih perlu membuat tugasan yang mana berasaskan 4 aspek orientasi Khidmat Bimbingan & Kaunseling semasa menjalani latihan praktikum, kami perlu membincangkan persoalan-persoalan seperti berikut : a. Sejauh manakah penglibatan Guru Biasa sebagai Guru Pembimbing dalam aspek mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. b. Bandingbeza teori-teori kaunseling. (Teori Behavioris, Teori Pemusatan Perseorangan dan Terapi Rasional Emotif)

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


SEJAUH MANAKAH GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING DALAM ASPEK MENGENALPASTIKAN MASALAH YANG BERLAKU DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH Selepas meneliti laporan orientasi khidmat bimbingan dan kaunseling, kita sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan sebagai guru pembimbing untuk mengenalpasti masalah yang berlaku dalam kalangan pelajar sekolah. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Saya bimbang jika masalah pelajar ini dibiarkan akan berlarutan sehingga mereka memasuki sekolah menengah dan ke peringkat lebih tinggi. Masalah yang dikenal pasti di sekolah saya ialah kes ponteng sekolah. Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah keluarga seseorang murid itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anakanak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar. Selepas meneliti satu per satu permasalahan berkaitan pelajar, saya merasakan bahawa kita sebagai guru biasa juga boleh berperanan sebagai guru pembimbing. Jangan terlalu mengharapkan kepada guru bimbingan dan kaunseling sahaja apabila masalah seperti ponteng sekolah ini berlaku di sekolah yang kita mengajar. Antara cara mengatasi masalah ini ialah menggunakan pendekatan penyayang sepertimana yang dinyatakan oleh Abdul Rahman al Nahlawi bahawa sifat kasih sayang terhadap kanak-kanak merupakan kecenderungan asasi dalam fitrah manusia dan binatang. (http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%20%20Mah yuddin%20Ashaari.pdf). Pendekatan penyayang ini mungkin boleh membantu murid untuk berubah kepada lebih baik kerana melalui perbincangan bersama guru bimbingan dan kaunseling. Saya berpendapat bahawa hukuman yang dikenakan ke atas murid dengan merotan di khalayak ramai tidak sewajarnya kerana hal ini boleh mengakibatkan emosinya terganggu walaupun tujuan sebenar pihak sekolah adalah
4

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


untuk memberikan pengajaran kepadanya sekali gus kepada murid-murid yang lain. Sepatutnya pihak sekolah harus memberikan perhatian kepada murid tersebut dengan membuat siasatan penyebab murid itu tidak hadir ke sekolah dan sebagainya. Bukan dengan mengambil tindakan yang drastik tanpa usul periksa iaitu merotan di depan semua orang. Tindakan ini boleh juga dikatakan menjatuhkan maruah seseorang. Dalam hubungan kasih sayang guru kepada muridnya, Ibnu Khaldun telah menegaskan dalam kitabnya Al Muqaddimmah hukuman yang terlalu keras ketika mengajar membahayakan murid, lebih-lebih lagi kanak-kanak kecil, murid-murid hamba atau khadam (orang suruhan) yang tidak berbakat, jika diasuh dengan cara menggunakan kekerasan dan paksaan akan sebati dengan kekerasan pula. Ibnu Khaldun berpendapat bahawa kesan pendidikan dengan kekerasan akan merosakkan sifat-sifat kemanusiaan pada diri kanak-kanak, sama ada perseorangan atau social, bila mereka dikasari timbul dalam diri kanak-kanak untuk

mempertahankan diri, menjaga maruah dan kehormatan. Seperti kes murid yang ponteng sekolah ini, selepas dikasari dengan merotannya, telah timbul dalam dirinya untuk mempertahankan diri, menjaga maruah dan mendapat kehormatan orang lain dengan menunjukkan sikap gangsterisme serta membuli rakan-rakan-rakan lain. Guru biasa boleh mengaplikasikan pendekatan penyayang ini untuk membantu murid berubah kepada arah kebaikan kerana pendekatan ini mudah untuk dilaksanakan dengan menjadi pendengar secara empatik. Secara tidak langsung, guru dapat mendekatkan diri dengan murid dan mengenal lebih mendalam. Murid akan merasakan bahawa sebenarnya orang sekelilingnya sangat mengambil berat terhadap dirinya dan menyayanginya. Murid itu juga akan meletakkan kepercayaan sepenuhnya terhadap kita sebagai gurunya untuk dia meluahkan perasaan. Seterusnya, cara yang boleh diambil untuk mengatasi masalah murid yang ponteng sekolah ialah dengan membuat perjumpaan waris. Melalui perjumpaan waris, guru boleh membincangkan masalah yang dihadapi oleh murid ini. Guru haruslah menjelaskan bahawa murid ini mempunyai masalah yang berkaitan dengan latar belakang keluarga dan perlu diberi perhatian serius oleh ibubapa mereka sendiri. Kita perlu sedar bahawa kewujudan bimbingan dan kaunseling ini bukanlah sekadar untuk memberikan bimbingan dan kaunseling kepada murid-murid, namun kita boleh menjadikan sebagai medium untuk guru, ibu bapa duduk bersama-sama
5

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


anak-anak mereka mendapatkan bimbingan dan kaunseling. Bukan menjadi satu kesalahan jika ibu bapa juga meminta untuk dibimbing dan mendapatkan nasihat daripada orang yang lebih berpengalaman seperti guru bagi mengatasi masalah mereka dengan anak-anak mereka. Tambahan pula, anak-anak ini lebih banyak meluangkan masa di sekolah bersama-sama guru mereka berbanding berada di rumah. Oleh itu, guru sering dikatakan sebagai ibu bapa yang kedua kepada muridmurid di sekolah. Berbalik kepada masalah ponteng sekolah ini, dengan membuat perjumpaan waris, guru boleh menceritakan bahawa perubahan murid di sekolah begitu ketara lebih-lebih lagi kehadirannya ke sekolah. Melalui perjumpaan ini, guru boleh cuba untuk selongkar dengan lebih mendalam mengenai keadaan situasi keluarga murid, seterusnya memberikan nasihat yang sepatutnya kepada ibu bapa ini supaya mereka sedar mereka masih perlu bersama-sama memikul

tanggungjawab sebagai ibu bapa kepada murid tersebut dalam mendidiknya ke arah kebaikan. Maka, hasil daripada perbincangan ini sedikit sebanyak boleh membantu untuk mengatasi masalah murid ini. Selain itu, secara tidak langsung, ibu bapa akan menyedari bahawa institusi sesebuah kekeluargaan adalah merupakan wadah penting dalam membantu ahli-ahlinya menghadapi pancaroba dalam kehidupan. Menurut Everts (1994), terdapat tiga tugas dan peranan keluarga iaitu membantu ahli-ahli keluarga dalam memenuhi kehendak-kehendak individu serta

perkembangan diri, membimbing dan mengawasi tingkah laku ahli-ahlinya, dan akhir sekali ialah mendidik individu menjadi warganegara yang bertanggungjawab. Oleh itu, peranan yang dimainkan oleh kedua ibu bapa perlu diberi perhatian kerana ianya penting bagi menentukan keberkesan sesebuah institusi keluarga. Selain itu, cara yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah ponteng sekolah ini ialah dengan memanggil murid untuk mengadakan sesi kaunseling secara individu. Menurut Cottle dan Downie (1970), kaunseling di bawah bimbingan secara individu merujuk kepada proses perbincangan antara seorang kaunselor dan seorang kliennya, yang mana kaunselor berusaha menolong kliennya memahami diri sendiri dan menerima masalah yang dihadapinya, sehingga dia membuat pertimbangan dan mengambil keputusan daripada pilihan-pilihan yang boleh membantunya mengatasi masalah. Kita harus sedar bahawa sesi kaunseling tidak semestinya boleh dikendalikan oleh guru bimbingan dan kaunseling sahaja, tetapi
6

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


sebaliknya kita sebagai guru biasa juga boleh memainkan peranan tersebut dalam mengatasi masalah yang berlaku dalam kalangan murid-murid di sekolah seperti kes ponteng sekolah ini. Berkemungkinan daripada sesi kaunseling secara individu ini boleh dapat membantu murid daripada terus-menerus bekelakuan negatif di sekolah. Hal ini kerana sesi kaunseling individu ini akan membuat murid itu membina kemahiran dan keyakinan untuk menyelesaikan masalah diri sendiri serta membantu murid supaya membuat keputusan secara rasional dan praktikal. Secara tidak langsung akan menjalinkan hubungan baik di antara kita dan murid berkenaan sekali gus mengubah pemikiran tidak rasionalnya yang mana murid membuat andaian dengan mengatakan bahawa semua guru telah membenci dan tidak menyayangi dirinya. Maka, di sekolah tiada seorang pun yang dia boleh bergantung harap dan percayai. Merujuk kepada Pietrofesa (1971) telah menyenaraikan empat jenis kaunseling individu iaitu kaunseling krisis, kaunseling pembekal kemudahan, kaunseling pencegahan dan kaunseling perkembangan. Berdasarkan permasalahan oleh murid tersebut, saya merasakan jenis kaunseling yang sesuai adalah kaunseling perkembangan yang mana kaunseling ini akan menolong murid itu membina konsep diri dan perkembangan individu dalam hubungannya dengan orang lain dan persekitaran. Cara yang seterusnya yang akan mengatasi masalah murid yang ponteng sekolah ini adalah peranan guru mata pelajaran bagi kelas subjek ini. Sebagaimana yang kita tahu, tugas sebagai seorang guru adalah memberikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang terbaik kepada murid-murid. Oleh itu, bagi murid ini, saya berpendapat berkemungkinan keinginannya untuk ke sekolah ini terbantut kerana semua guru mata pelajaran di kelas tersebut telah menjadikannya sasaran semasa P&P dijalankan. Hal ini sedikit sebanyak boleh mengganggu emosinya untuk belajar. Murid tersebut merasakan guru-gurunya sengaja menjadikan dirinya sebagai bahan untuk ditertewakan oleh rakan-rakan kerana murid itu sedia maklum pencapaiannya dalam bidang akademik tidak cemerlang seperti rakan yang lain. Selain itu, melalui pemerhatian, P&P yang dijalankan dalam kelas murid itu agak membosankan bagi kelas yang muridnya lemah seperti subjek ini. Berdasarkan pembacaan dan pengalaman yang ada, murid-murid ini lebih mudah faham sesuatu jika mereka belajar daripada aktiviti yang menarik seperti bermain. Maka, sebagai
7

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


seorang guru, kita haruslah merancang sesi pengajaran dan pembelajaran yang mungkin akan menarik minat subjek ini untuk datang ke sekolah dan akan merasa satu kerugian jika ketinggalan di dalam kelas. Guru perlu merancang

pembelajarannya secara sistematik sebelum memasuki ke bilik darjah. Perancangan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang dibuat oleh guru perlu mengambil pertimbangan dari segi objektif pembelajaran, isi pengajaran, bahanbahan bantu mengajar, aktiviti pembelajaran dan pengurusan kemudahan. Semasa membuat perancangan P&P ini, perkara yang paling utama yang perlu diambil perhatian ialah objektif pembelajaran yang mana guru haruslah memastikan bahawa ianya ditentukan berdasarkan kepada sasaran sukatan pelajaran, pengetahuan sedia ada murid dan tahap kebolehan mereka. Objektif pembelajaran biasanya disediakan berdasarkan prinsip bertingkah laku, iaitu perubahan tingkah laku murid dapat dikesan secara eksplisit selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah selesai dijalankan. Pemilihan isi pembelajaran yang telah dipilih untuk disampaikan hendaklah boleh membantu murid-murid mencapai objektif pembelajaran mereka. Pemilihan strategi dan kaedah mengajar pula berkait rapat dengan pencapaian objektif pembelajaran. Strategi dan kaedah pengajaran yang sesuai membolehkan guru merancang isi pembelajaran lebih sistematik dan mampu menarik minat murid ini meneruskan pembelajaran di dalam kelas termasuklah murid-murid yang lain sekali gus mencapai objektif pembelajaran yang dikehendaki. Selain itu,

perancangan pengajaran ini meliputi usaha memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar yang akan digunakan semasa sesi P&P dijalankan di dalam kelas oleh guru ataupun murid-murid. Dengan adanya bahan bantu mengajar ini, sesi P&P yang dijalankan akan bertambah menarik dan menyeronokkan murid-murid untuk belajar.(http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html). Sebagai guru biasa dan bukannya guru bimbingan dan kaunseling yang terlatih, kita boleh juga membantu, membimbing murid-murid mengatasi masalah dan membuat keputusan. Guru hendaklah sentiasa peka dan mengambil berat tentang setiap pergerakan dan tingkah laku murid-murid terutamanya murid-murid di dalam kelas yang kita mengajar. Sebagai contoh, guru kurang memberikan perhatian terhadap tingakah laku murid di dalam kelas selama ini dan telah bertindak
8

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


secara drastik dengan terus membawa masalah ponteng sekolah ini ke pihak atasan. Kita sedia maklum bahawa murid-murid yang bermasalah disiplin ini akan dikenakan hukuman yang keras seperti dirotan jika dibawa ke pihak atasan iaitu Lembaga Disiplin Sekolah dan Guru Besar. Hal ini kerana pihak atasan beranggapan murid ini telah melakukan kesalahan disiplin yang teruk sekiranya mereka ini telah dibawa untuk dirujuk ke pihak atasan untuk diambil tindakan. Tindakan yang sepatutnya diambil oleh kita sebagai guru biasa untuk murid ini ialah mengenal pasti perubahan yang ketara yang dapat dilihat daripada tingkah laku murid ini, sebagai contoh murid tersebut mula tidak menumpu perhatian semasa P&P dijalankan, kerap tidur di dalam kelas, bergaduh dan membuli murid-murid lain dan sebagainya. Selepas membuat beberapa pemerhatian terhadap murid ini, guru boleh beranjak kepada langkah yang seterusnya iaitu memainkan peranannya sebagai pembimbing, dengan menyelami masalah yang menyebabkan subjek bertindak sedemikian dan seterusnya membimbing subjek mencari cara

menyelesaikan masalah secara positif supaya murid ini tidak mengulangi sikap negatifnya itu. Bagi murid yang telah mengalami masalah sosioemosi ini, seperti rasa malu, kecewa, marah dan sebagainya, kita hendaklah membimbing murid ini supaya dapat membina sifat keyakinan diri semula dan menyertai aktiviti pembelajaran secara aktif dengan murid-murid yang lain. Memang tidak dapat dinafikan, kita sebagai guru mempunyai pengalaman hidup yang lebih banyak jika dibandingkan dengan murid-murid. Maka, guru boleh menggunakan pengalamannya yang lepas dan pengetahuan yang sedia ada tentang asam garam kehidupan ini, untuk membimbing murid tersebut membuat keputusan yang bijaksana dan rasional dalam mengatasi masalah seperti masalah

keluarganya. Namun, kita perlu ingat dan tahu bahawa kita hanya memberikan cadangan kepada murid ini mengenai cara mengatasinya, tetapi hak untuk membuat keputusan adalah di tangan murid itu sendiri. Guru perlu memastikan keputusan yang dipilih oleh murid ini perlulah berasaskan nilai-nilai murni dan agama.

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


PERBANDINGAN TEORI BEHAVIORIS & TERAPI RASIONAL EMOTIF Teori adalah satu andaian yang mengandungi beberapa idea untuk menjelaskan sesuatu kejadian atau sesuatu fenomena. Fungsi sesuatu teori itu ialah untuk: (a) menjelaskan sesuatu kejadian yang berlaku setelah membuat beberapa pemerhatian; (b) menggunakan sesuatu teori untuk menguasai keadaan tertentu; dan (c) menggunakan sesuatu teori untuk membuat ramalan. Sama ada kaunseling memerlukan teori atau tidak bergantung kepada individu pengamal profesion kaunseling itu sendiri. Misalnya, Arnold Lazarus (1981) mengatakan bahawa kaunselor atau terapis tidak memerlukan teori. Ada pula yang mengatakan bahawa pandangan sesuatu teori itu diberikan taraf kepentingan yang begitu tinggi yang tidak sepatutnya (Smith & Glass, 1977). Pandangan begitu berasaskan dakwaan bahawa semua kaunselor dan ahli terapis melakukan aktiviti yang sama, mendapat keputusan yang sama, malah ada yang menggunakan teknikteknik yang tidak bersangkut paut dengan teori yang didukungnya. Ini bermakna teori yang didukungnya itu nampaknya tidak memberi apa-apa faedah. Jerome Frank (1971), pula berpendapat bahawa teori amat penting kepada orang yang mengamalkannya. Baginya, teori itu penting sebab ia memberi erti, keyakinan, dan halatuju kepada kaunselor. Jadi, kita boleh membuat kesimpulan daripada keterangan Frank bahawa teori memberi fokus kepada kaunselor tentang apa yang dilakukannya terhadap kliennya. Dengan demikian, kaunselor dapat memberi sepenuh perhatian dan tenaga terhadap apa yang difikirkannya menjadi punca masalah yang dialami oleh kliennya.

10

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


Teori Behavioris, Teori Rasional Emotif dan Teori Pemusatan Perorangan adalah antara teori-toeri kaunseling yang sering diperbincangkan. Kamus Dewan (1986) telah mendefinisikan teori sebagai pendapat yang dikemukan untuk menerangkan sesuatu ilmu pengetahuan ataupun asas-asas kasar yang menjadi dasar pembentukan sesuatu pengetahuan. Hal ini bermakna teori merupakan suatu penerangan terhadap sesuatu perkara dan akibatnya boleh didasarkan kepada tindakan masa hadapan. Muhd Mansur Abdullah ( dalam Sapora Sipon & Hapshah Yusof 1987) pula mengatakan bahawa hampir keseluruhan teori kaunseling membicarakan tentang manusia mengubah tingkah laku yang juga meliputi teori pembelajaran dan teori keperibadian, maka ia menjadi saling berkaitan antara satu sama lain. Teori dalam kaunseling juga memainkan peranan yang sangat penting kerana kaunseling yang berlandaskan teori yang baik akan dapat menghasilkan rawatan yang berkesan dan diterima ramai. Perkara ini diperkuatkan lagi oleh pandangan Gill dan Johnson (1977) yang menjelaskan sekiranya kelompok ingin menjadi lebih kreatif, ia memerlukan asas teoritikal yang kuat dan perlu diterjemahkan dan dipraktikkan dalam latar belakang sesi kelompok yang sebenar. Setiap teori yang dinyatakan diatas mempunyai keunikan dan pendekatan yang berbeza-beza mengikut klien. Teori-teori ini dapat dibezakan dari pelbagai aspek seperti pandangan sesuatu teori terhadap manusia, pendekatan yang digunakan oleh kaunselor dan kekuatan serta kelemahan teori tersebut. Saya telah memilih untuk mengulas 2 daripada 3 teori yang telah dinyatakan iaitu teori Bahavioris dan teori Rasional Emotif( Kognitif ) mengenai 3 aspek iaitu; a) pandangan teori terhadap manusia b) pendekatan yang digunakan kaunselor c) kekuatan dan kelemahan teori

11

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


Teori Behavioris Teori behavioris ini bermula dalam tahun 50-an dan awal 60-an. Pengasas teori ini ialah Burrhus Frederick (B.F.) Skinner. Beliau dilahirkan pada tahun 1904 di Susquehana, Pennsylvania. Beliau mempunyai latar belakang kawalan tingkah laku yang ketat. Pada masa kecil, Skinner mempunyai tarikan kepada benda-benda yang mekanikal. Apabila dewasa, beliau mempunyai minat mereka cipta alatan. Beliau berpen dapat bahawa tingkah laku dan personaliti ditentukan oleh keadaan atau kejadian yang lalu dan yang ada pada masa sekarang dan bukan terpengaruh oleh tarikan dalaman.Beliau juga berpendapat bahawa pakar psikologi patut memberi perhatian kepada tingkah laku yang dilihat dan diterangkan. Mereka yang bertanggungjawab dan memperluaskan terhadap teori

kaunseling tingkahlaku ini ialah Dolland & Miller, 1950; Wolpe, 1958, 1969; Ullmann & Krasner, 1965;Phillips & Wiener, 1966; Stampfl & Levis, 1967; Lazarus, 1968; Bandura, 1969;Krumboltz & Thoresen, 1969; Beck, dan Eysenck. Teori ini bersandarkan kepada teori pembelajaran yang mana ia memberi tumpuan kepada tingkah laku berdasarkan kepada prinsip-prinsip pembelajaran manusia. Kaunseling behavioris ini adalah satu proses yang memerlukan pengenepian pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang tepat.Tujuan pendekatan tingkah laku ini adalah menolong manusia sama ada memilikitingkah laku yang telah diubahsuai bertindak balas atau menghapuskan segala respon yang salah itu agar dia lebih efektif atau semakin berkurangnya tingkah laku ketewasan-kendirinya sebagai hasilnya. Justeru itu disyorkan agar ahli psikologi patut memberikan perhatian dan penumpuan kepada tingkah laku yang dapat dilihat dan boleh diterangkan. Teori kaunseling ini secara relatifnya adalah pendekatan baru yang berlandaskan kepada teori-teori terdahulu, iaitu teori pembelajaran yang dikenal sebagai fahaman tingkah laku. Berdasarkan teori inilah tingkah laku pada dasarnya mempunyai kaitan dengan perubahan tingkah laku seseorang. Selagi tidak

12

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


mengetepikan cara klien merasai dan memikirkannya, kaunselor tingkahlaku menekankan kepada beberapa tingkah laku yang khusus, dan menumpukan bahawa ia adalah perubahan tingkah laku dalam cara manusia itu berfikir dan merasai tentang diri. Pendekatan ini berpendapat bahawa tingkahlaku dan personaliti adalah ditentukan oleh keadaan ataupun kejadian masa lalu dan juga kejadian yang terjadi mengubah tingkah laku yang tidak terselindung kliennya. Matlamat utama

pendekatan ini ialah menekankan kepada tanda yang beralih; kadang-kadang diandaikan bahawa perubahan terhadap tingkah laku tanpa berselindung ituakan mengakibatkan tindak balas berfikir, tetapi ramai kaunselor tingkah laku yang tidakmemikirkan tentang tingkah laku subjektif kliennya. Tanda-tanda peralihan dirujukkan kepada penghapusan masalah tingkah laku klien. Oleh yang demikian, kaunseling atau terapi tingkah laku menekankan kepada dimensi kognitif manusia dan memberi beberapa cara berorientasikan tindakan dalam mengambil langkah tertentu bagi mengubah tingkah laku mereka yang tidak wajar.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA Teori behavioris menganggap manusia sama sahaja, tidak ada yang baik dan tidak ada yang jahat. Semasa lahirnya mereka adalah saksama, masing-masing mempunyai potensi seimbang ke arah menjadi sama ada baik ataupun jahat. Hasilnya,ahli-ahli teori behavioris tidak sepenuhnya memberikan definisi tabiat asas kemanusiaan itu yang boleh membantu teori-teori mereka sendiri.

Bagaimanapun,Dustin dan George menyenaraikan empat andaian berhubung dengan tabiat kemanusiaan dan bagaimana manusia berubah yang menjadi inti kepada kaunseling behavioris itu sendiri. 1.Manusia itu dilihat sebagai manusia biasa, tidak ada yang sepenuh-

penuhnya jahat atau sepenuhnya baik, tetapi adalah sebagai organism berpengalaman yang mempunyai potensi kepada semua jenis tingkah laku.

13

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


2.Manusia berkeupayaan memaham konsep serta mengawal tingkah lakunyasendiri. 3.Manusia berupaya memperolehi tingkah lakunya yang baru. 4.Manusia mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi tingkah laku

lainsebagaimana ia dipengaruhi oleh orang lain terhadap tingkah lakunya sendiri. Bagi kaunselor behavioris, individu adalah hasill daripada pengalaman. Ahliahli behavioris melihat tingkah laku yang salah terima itu sebagai seseorang yang mempelajari tingkah lakunya, perkembangan dan pembaikannya adalah sama dengan sebarang tingkah laku lain. Satu implikasi daripada pandangan begini ialah tidak adanya tingkah laku yang salah terima bagi diri mereka itu. Selain itu sesuatu tingkahlaku itu menjadi wajar disebabkan seseorang itu menganggapnya tidak begitu.Setengah-setengah tingkah laku mungkin dianggap wajar di rumah, tetapi tidak wajar disekolah, begitu juga sebaliknya. Implikasi kedua terhadap tingkah laku salah terima begini ialah sebagai pembelajaran bahawa sesuatu idea yang dibawakan oleh tingkah laku bagi satu hasil yang memuaskan atau menolong mengurangkan hasil-hasil yang tidak memuaskan itu daripada terus meningkat. Oleh kerana tingkah laku salah terima ini dipelajari, mungkin juga tidak perlu di pelajari. Dalam hubungan dengan tingkah laku begini bagi terapi, ahli-ahli tingkah laku selalunya menganggapkan paradigma-tindak balas-pendorong merupakan corak asas pembelajaran bagi semua manusia. Setiap manusia itu bertindak secara teorinya meramalkan cara untuk apa juga pemberian rangsangan, bergantung kepada pengalaman-pengalaman masa lalunya serta gerak rangsangnya. Dalam hal ini, seseorang manusia tidak berbeza daripada haiwan melainkan tindak balasnya terhadap rangsangannya sahaja yang lebih kompleks dan ia terjadi pada tahap lebih tinggi daripada sudut organisasinya dan pengkonsepsiannya. Perlakuan atau tingkah laku itu adalah berfungsi daripada rangsangan.

Pengurangan ini merupakan faktor-faktor kompleks yang mempengaruhi tindak balas manusia terhadap rangsangan serta membenarkan ahli-ahli tingkah laku menumpukan masalah-masalah yang khusus seperti tindak balas terhadap set rangsangan yang tersedia itu.
14

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR Adalah penting bagi seseorang kaunselor itu menentukan tingkah laku yang manakah yang tidak boleh diubahsuaikan dan dalam situasi bagaimana pula tingkah laku begitu boleh berlaku. Kebanyakan perangai salah laku mempunyai perasaan resah dan gelisah di peringkat pangkalnya. Perasaan takut ataupun resah adalah merupakan satu emosi yang dialami dan merupakan tindak balas terhadap penggerak nuetral yangdiberikan oleh kaunselor dan ia dibuat beberapa kali dengan rasa kesakitan. Mengikut kaunseling Wolpe, penumpuan terhadap membasmi tindak resah pada kelemahan dilakukan dengan cara memperkenalkan satu tindak balas yang lebih bersaingan. Menurutnya lagi jika tindak balas penentang kepada tindak balas resah boleh dibuat dan diwujudkan dalam bentuk mendorongkan terhasilnya keresahan, ini mungkin akan melemahkan tindak balas penggerak kebimbangan itu sendiri. Ada beberapa tindak balas yang boleh digunakan dalam proses kaunseling mengikut Osipow & Walsh (1970) dan Patterson (1973). 1.Mengenal pasti kawasan penggerak yang berkaitan dengan tidak balas resah dan salah laku berikutnya. 2.Klien diajarkan merelakskan tubuhnya serta menggalakkan dia mempraktikkan tatacara releks di luar temu bual. Tindak balas releks digunakan untuk bersemuka dan melemahkan tindak balas penggerak-resah. 3.Dalam satu keadaan releks, kaunselor menyuruh kliennya menggambarkan urutan kejadian atau peristiwa yang berkaitan dengan tindak balas resah. 4.Perkembangan proses selanjutnya dihentikan apabila klien mengalami resah. 5.Klien mampu mengawal tindak balas resah dengan melawannya semula bersama releksasi yang diperolehi, asertif ataupun tindak balas seksual.

15

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


Kaunselor behavioris selalunya kurang mengambil berat terhadap proses, sebaliknya memusatkan segalanya pada matlamat kaunselingnya. Apabila matlamat kaunseling sudah dikenal pasti semasa proses terapinya oleh klien, keadaan baru bagi pembelajaran tercipta. Rasionalnya, semua tingkah laku adalah dipelajari termasuk juga tingkah laku yang tidak diterima itu sendiri. Kaunseling behavioris, suatu proses yang memerlukan pengetepian

pembelajaran yang tidak diterima serta mengilatkan lagi pengalaman pembelajaran yang membolehkan klien mempelajari tindak balas yang betul dan tepat. Blackham dan Silberman (1975) telah memberikan enam langkah bagi menambahkan frekuensi atau meneguhkan lagi tingkah laku yang diingini. 1.Mengenalpasti dan mencatatkan tingkah laku yang akan diubahnya dalam bentuk pelaksanaan. 2.Mencapai garis dasar hasrat tingkah laku yang diingini. 3.Mengatur suasana di mana sasaran tingkah laku iu boleh wujud. 4.Mengenalpasti potensi rangsangan dan perkara-perkara yang boleh

memperkuatkan dorongan. 5.Memperkuatkan keinginan sasaran tingkah laku atau penganggaran sesuatu kejayaan. 6.Menilai kesan peraturan rawatan dengan melihat pembaikan pada rekod perubahan pada sasaran tingkah laku itu. Walau hampir semua para ahli kaunselor behavioris mempercayai matlamat kaunseling mesti diperbaiki mengikut individu kliennya, terapi ini boleh dikatakan mempunyai lima matlamat umum: 1.Meminda tingkah laku yang tidak diterima oleh semasa berterapi. 2.Membantu klien mempelajari dengan lebih berkesan akan proses membuat keputusan.

16

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


3.Mencegah dan melindungi dari masalah masa depan. 4.Menyelesaikan tingkah laku yang bermasalah khas, seperti yang diminta oleh klien. 5.Mencapai perubahan-perubahan tingkah laku yang diterjemahkan kepada tindakan dalam hidup seseorang.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN TEORI Kelebihan teori behavioris ini adalah menggalakkan klien untuk sedar akan tingkah laku yang perlu diubah. Melalui teori ini juga, klien mampu untuk menilai perubahan tingkah laku untuk menjadikannya satu yang lazim dalam kehidupan harian. Contohnya apabila klien sedar akan perlakuannya yang negatif dan menyebabkan impak kepada orang lain, klien akan mengubah tingkah lakunya menjadi positif dan diterima oleh orang lain. Justeru itu, klien akan mula menyedari kekuatan pengukuhan dalam kelompok sebagai satu sumber sokongan psikologi dan sosial. Klien akan mudah untuk berusaha membentuk, meneguh, meninggalkan atau mengubahsuai tingkah laku mereka dalam persekitaran Kelemahan yang paling kerap didengar ialah teori behavioris hanya sesuai mengubah tingkah laku biasa yang belum berakar umbi dalam diri seseorang. Kaunseling behavioris tidak menganalisa dengan mendalam tingkah laku tersebut, ia hanya bersifat sementara. Dalam setengah kes, perubahan tingkah laku mungkin hanya terjadi dalam jangka masa yang singkat sahaja, selepas itu masalah akan berulang semula. Kaunseling behavioris pada dasarnya boleh mengawal dan mengubah tingkah laku, andainya kebolehan ini dimiliki oleh orang yang tidak sesuai ia akan digunakan dan dimanipulasi untuk kepentingan sesuatu golongan dan ini pasti akan mengancam kesejahteraan masyarakat.Bagaimanapun seperti yang kita maklum kaunseling tingkah laku bukanlah hanya satu pendekatan kaunseling yang ada, ia hanya salah cara yang boleh digunakan bagi mencapai matlamat murni kaunseling dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang sejahtera dan seimbang.

17

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


TEORI RASIONAL EMOTIF Teori Rasional Emotif telah diasaskan oleh Albert Ellis. Beliau dilahirkan pada tahun 1913 di Pittsburgh, Amerika Syarikat. Teori ini terbina apabila beliau mendapati bahawa teori Psikoanalasis yang dipelopori oleh Freud tidak mendalam dan adalah satu bentuk pemulihan yang tidak saintifik. Pada awal tahun 1955, beliau telah menggabungkan terapi-terapi kemanusiaan, fisolofikal dan tingkah laku dan dikenali sebagai teori emosi-rasional (RET). Semenjak itu beliau terkenal sebagai bapa kepada teori RET dan datuk kepada teori tingkah laku kognitif. Ellis berpendapat pendekatan yang dibawakan oleh Freud kurang lengkap kerana ada individu yang bertambah teruk selepas menjalani pendekatan psikoanalisis. Hipotesis RET berdasarkan bahawa emosi berpunca daripada kepercayaan, penilaian, interpretasi dan tindakan daripada situasi kehidupan. Di dalam proses teraputik emosi-rasional, klien mempelajari kemahiran yang akan digunakan untuk mengenal dan memerangi kepercayaan yang telah tertanam lama di dalam diri seseorang. Ini disebabkan oleh teori ini lebih bersifat pendidikan daripada perubatan yang direka dalam keadaan di mana kaunselornya aktif terarah dengan tepat dan mengajar. RET juga dikenali sebagai Terapi A-B-C yang mana merupakan suatu teori yang mempunyai kelainan dengan teori-teori yang lain terutamanya Teori Psikoanalisis, Teori Pemusatan Insan, Gestalt dan lain-lain lagi. Ini disebabkan oleh teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Teori ini memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Pendekatan teori ini bercorak deduktif atau mengajar, mengarah dan mengutamakan kepada pemikiran daripada kepercayaan yang tidak rasional. Terapi ini yakin bahawa setiap individu mempunyai sistem kepercayaan yang tidak rasional. Kepercayaan ini perlu dicabar dan diperbetulkan supaya dapat mewujudkan sistem kepercayaan yang baik dan rasional. Dalam konteks ini ia merupakan satu sistem pendidikan semula yang mengajar individu untuk melihat semula sistem kepercayaan yang membuatkan dirinya menderita dengan

menggantikan semula dengan satu set kepercayaan yang membawa kesejahteraan


18

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


dan kebahagiaan pada diri seseorang individu dan seterusnya kepada orang yang signifikan dengannya. Prinsip terapi RET boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang. Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Terapi ini dianggap sebagai satu proses pembelajaran kerana fungsi kaunselor yang berbagai-bagai. Kadang kala kaunselor bertindak sebagai seorang guru, yang memberi tugasan kepada pelajar iaitu klien dalam konteks terapi ini. Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional. Tingkah laku rasional ialah dilihat sebagai keberkesanan dan kemungkinan produktif, manakala tingkah laku yang tidak rasional pula hasilnya dalam keadaan tidak gembira dan menghasilkan output.

PANDANGAN TEORI TERHADAP MANUSIA Hubungan emosi dan pemikiran adalah berhubung rapat dan tidak boleh untuk dipisahkan. Oleh sebab itu segala pemikiran dan kepercayaan yang tidak rasional itu berpunca daripada proses dan pengaruh budaya dan pembelajaran . Menurut George dan Cristiani (1995) telah mengandaikan bahawa manusia

bertindak sebagai penilai, perunding dan pengawal diri. Gangguan emosi dan tingkah laku akan bermula apabila manusia menganggap beberapa keutamaan seperti keinginan untuk disayangi, diperakui kejayaan dan menganggap keutamaan tersebut sebagai keperluan yang utama. RET juga memandang bahawa manusia dilahirkan dengan diri beberapa tetapi kecenderungan akan ke arah perkembangan disebabkan dan oleh

pengiktirafan

mereka

mengkhianatinya

kecenderungan untuk berfikir tidak rasional dan contoh-contoh mengalah diri yang telah mereka pelajari.

19

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


Menurut Gerald Corey (1996) pula mendapati bahawa terapi RET

berlandaskan kepada andaian bahawa manusia dilahirkan dengan keupayaan untuk berfikiran secara rasional dan tidak rasional. Manusia berupaya untuk memelihara dirinya, bergembira, berfikir, menterjemahkan diri, sayang menyayangi,

berkomunikasi dengan orang lain, berkembang dan mengiktiraf diri sendiri. Manusia juga berkecenderungan untuk merosakkan dirinya, tidak mahu berfikir, suka menangguh untuk membuat sesuatu, mengulangi kesilapan, tidak sabar,

mementingkan kesempurnaan semata-mata, selalu menyalahkan diri sendiri, cuba mengelakkan pengikhtirafan dan pertumbuhan potensi. Hackey dan Cormier (1995) berpendapat bahawa RET, membuat andaian tentang gangguan emosi manusia adalah disebabkan oleh pemikiran yang tidak rasional. Hubungan antara emosi dan pemikiran terlalu rapat sehingga tidak boleh dipisahkan kedua-duanya. Manusia juga dilahirkan dengan suatu potensi untuk berfikiran secara lurus dan rasional dan juga secara tidak rasional. Manusia sendirilah yang menyebabkan dirinya merasa terganggu dan gangguan itu bukanlah disebabkan oleh sumber-sumber luaran tetapi berpunca dari diri individu itu sendiri. Ee Ah Meng (1991) berpendapat bahawa terapi RET yang dikembangkan oleh Ellis dalam tahun 1950 an adalah berdasarkan kepada kepercayaan bahawa manusia perlu mengubah cara berfikir supaya boleh memperbetulkan pemikiran yang tidak rasional. Baginya manusia dilahirkan dalam dunia yang tidak rasional dan manusia menjadi semakin tidak rasional apabila berada dalam sistem kepercayaan mereka. Menurut teori RET, seseorang yang bermasalah akan mempunyai suatu sistem kepercayaan atau suatu belief system yang penuh dengan kepercayaan yang tidak rasional mengenai perkara yang dilihat atau dialaminya. Albert Ellis telah memberikan beberapa idea tentang pemikiran yang tidak rasional, antaranya adalah seseorang individu mempercayai bahawa ia mesti disayangi oleh orang-orang penting atau signifikan kepada dirinya seperti ibubapa, adik-beradik dan rakanrakan. Individu juga percaya bahawa ia mesti membuktikan bahawa ia seorang yang berkebolehan dan berkemampuan. Seseorang individu juga mempercayai bahawa jika terdapat individu yang lain melakukan kesalahan atau tidak berlaku adil, maka
20

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


seharusnya ia dikutuk dan menyalahkan dirinya dan dilihat sebagai orang yang tidak baik. Masa lampau juga dianggap sangat penting kerana ia mempengaruhi hidup seseorang individu. Ellis mempercayai bahawa masa lampau itulah yang akan menentukan perasaan seseorang individu pada masa kini.

PENDEKATAN / TEKNIK-TEKNIK YANG DIGUNAKAN KAUNSELOR Teori Emosi Rasional telah memberikan beberapa teknik kepada kaunselor iaitu teknik kognitif, teknik emotif dan teknik behavioral. Teknik kognitif iaitu menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tak rasional melalui A-B-C-D-E. A bermaksud peristiwa yang menggerakkan, B pula sistem kepercayaan manakala C bermaksud akibat seterusnya D bermaksud mencabar kepercayaan tidak rasional dan E mempunyai maksud kesan. Contohnya, seorang murid yang telah gagal dalam peperiksaan UPSR berasa amat kecewa (C) kerana dia mempercayai (B) bahawa masa depannya sudah terjejas dan bukan kerana peristiwa gagal dalam UPSR (A). Dalam hal ini kaunselor hendaklah membetulkan sistem kepecayaan (B) yang tidak rasional itu iaitu dengan mengatakan masa hadapan tidak terjejas selama-lamanya kerana dia boleh mengambil peperiksaan PMR dan mendapat kecemerlangan jika berusaha.Kepercayaan baharu ini adalah lebih rasional dan situasi ini dinamakan D. Setelah mencapai D (kepercayaan rasional) klien akan mengalami perasaan E iaitu kesan di mana klien berasa tenang dan lega. Suasana empatiy6 perlu disediakan agar klien dapat merasai kaunselor sedang mendengar apa yang disampaikan. Terapi RET biasanya menjelaskan tujuan terapi sebelum meneroka kepada masalah. Kaunselor juga perlu mewujudkan suasana yang selesa kepada klien dan meminta klien mencerita mengenai persoalan yang ingin dibincangkan. Selepas bertanya klien apa yang hendak dibincangkan, kaunselor seterusnya kenalpasti peristiwa yang berlaku A, sistem kepercayaan klien, kesan kepada emosi dan tingkahlaku. Terapi RET membenarkan kaunselor megngunakan teknik secara fleksibel. Kaunselor boleh menggunakan teknik dan prosedur secara elektrik. Kesemua teknik tingkahlaku boleh digunakan oleh kaunselor RET. Tambahan itu Ellis menggunakan

21

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


berbagai kaedah megajar klien seperti menggunakan pamlet, buku, perakam kaset, filem, projektor, komputer danlainnya. Untuk menunjukkan pemikiran tidak rasional klien yang mengganggu kehidupannya. Ellis merasakan teknik seperti kartarsis, analisis mimpi, perkaitan bebas, interpretasi penentangan dan analisis transferen berjaya membantu klien mengenali pemikirannya yang tidak rasional tetap mengambil masa yang lama.

Selepas itu kaunselor RET mula memainkan peranan yang aktif dari segi mengajar semula klien. Kaunselor menunjukkan punca ketidak rasionalan pemikiran yang menjadi gangguan hidupnya. Klien ditunjukkan ayat-ayat yang tidak rasional dan tidak logik yang selama ini telah dihayati oleh klien. Kaunselor akan cuba membuangkan idea-idea ini dari pemikiran klien, menunjukkan bagaimana berfikir semula. Ellis juga menekankan penggunaan tugasan kerja rumah yang diberi oleh kaunselor. Kerja rumah ini termasuk memberi kerja untuk dicuba oleh klien di luar sesi, menggalakkan klien mengambil risiko atau membiarkan klien merasa gagal semasa mencuba sesuatu tingkahlaku.

Kerja rumah juga termasuk melakukan kerja-kerja kognitif seperti membaca bahan khusus seperti borang menolong sendiri untuk menganalisis konsep ABC dan bekerja kearah mempertikaikan pemikiran yang tidak rasional. Hasilnya klien diharapkan dapat mengantikan falsafah yang tidak rasional kepada yang rasional dan logik. Tambahan itu kaunselor mengarah klien kepada idea-idea utama yang tidak rasional yang telah menjadi budaya pemikiran masyarakat dan memberikan idaea yang rasional serta menewrkan perlindungan kepada gangguan pada masa akan datang.

22

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


KELEBIHAN & KELEMAHAN TEORI Teori Rasional Emotif bermatlamat untuk mengajar klien berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih antara tingkah laku negatif dan tingkah laku positif. Dengan kata lain mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing-masing dan konsekuen tingkah laku yang berikutan. Secara amnya, dapat dilihat pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Oleh itu, penyelesaian masalah juga dapat dilakukan dengan segera. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain dan kebiasaannya klien akan merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir. Hal ini kerana melalui Teori Rasional Emotif klien diajar untuk menerima diri sendiri. Khayalan rasional emotif melatih klien untuk berfikir, berasa dan bertindak sama seperti dalam realiti kehidupan masing-masing. Walaupun Teori Rasional Emotif mempunyai banyak kekuatan, ia juga tetap memiliki kelemahan yang tersendiri. Antaranya teori ini kurang sesuai bagi klien yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang mengalami kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania. Walau bagaimanapun terdapat klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, biarpun terdapat juga klien yang tidak begitu sesuai untuk dibantu dengan kaedah yang sedemikian yang berasaskan kepada logik kerana aras kognitif mereka yang rendah. Seperti sesetengah kes pula, terdapat setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali untuk dicapai. Klien juga ada yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik dengan baik. Berbeza pula dengan setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

23

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


REFLEKSI Saya amat bersyukur kerana kerja kursus ini tiba pada masa yang sesuai iaitu pada awal semester. Pada masa inilah, kita mempunyai masa yang lebih lapang dan banyak. Oleh itu, kerja kursus ini tidak banyak memberi tekanan kepada saya. Dalam kerja kursus ini berfokus dalam aspek orientasi khidmat bimbingan & kaunseling. Dalam tugasan ini, saya perlu menyediakan satu laporan mengenai aspek orientasi perkhidmatan dan contoh-contoh program yang dianjurkan oleh unit bimbingan kaunseling sekolah. Ini tidak dapat dinafikan bahawa kerja kursus ini adalah sangat menarik perhatian saya. Dengan ini, saya mendapat peluang untuk mengkaji teori-teori kaunseling yang berguna. Saya juga berharap saya dapat memahami lebih banyak maklumat tentang orientasi khidmat bimbingan & kaunseling supaya menggunakan pada pelajar-pelajar masa depan. Semasa menerima kerja kursus ini, En. Aznan Bin Mat Akhir telah memberi penerangan yang sangat jelas kepada saya. Dengan itu, saya bermula mendapatkan pelbagai sumber maklumat daripada perpustakaan, laman web serta menanya soalan pada pensyarah. Dalam proses ini, masalah yang dihadapi oleh saya ialah memahami maklumat-maklumat yang dapat dicari kerana kebanyakkan maklumat ini adalah dalam bahasa Inggeris. Akhir kata, saya ingin meminta maaf ke atas kesilapan yang saya telah

lakukan kepada ahli kumpulan saya dan rakan-rakan sekalian. Saya juga ingin berucap terima kasih kepada mereka dan pensyarah kerana memberi sokongan dan bantuan kepada saya untuk menghabiskan kerja kursus ini.

24

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


BIBLIOGRAFI

Strategi Pendekatan Penyayang dalam Pendidikan, Haji Mahyuddin bin Ashaari. http://i-epistemology.net/attachments/1133_jp-v9n3%20Strategi%20Pendekatan%20Penyayang%20Dalam%20Pendidikan%20%20Mahyuddin%20Ashaari.pdf. Dilayari pada 11 Februari 2013.

Peranan Ibu Bapa dalam Menangani Masalah Sosial Remaja, Sapora Sipon. http://ddms.usim.edu.my/bitstream/handle/123456789/2729/Peranan%20Ibu %20Bapa%20Dalam%20Menangani%20Masalah%20Sosial%20Remaja.pdf? sequence=1. Dilayari pada 14 Februari 2013.

Lima

Peranan

Guru

Sebagai

Pembimbing

di

Bilik

Darjah.

http://treebuilder.blogspot.com/2010/11/lima-peranan-guru-sebagaipembimbing-di.html. Dilayari pada 14 Februari 2013.

Mook Soon Sang. (2010). Bimbingan & Kaunseling Kanak-kanak. Selangor : Siri Pengajian Profesional.

25

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107


BORANG REKOD KOLABORASI NAMA OPSYEN AMBILAN MATA PELAJARAN : MOHAMMAD FALAKHUDDIN BIN HARON : MT/PJ/BM : JANUARI 2010 : EDU 3107 BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK PENSYARAH PEMBIMBING : EN. AZNAN BIN MAT AKHIR

TARIKH

PERKARA YANG DIBINCANGKAN

CATATAN

TANDATANGAN

20/1/2013

Menerima soalan tugasan dan taklimat daripada pensyarah mata pelajaran daripada pensyarah mata pelajaran En.Aznan B. Mat Akhir

Tugasan perlu dihantar selewat lewatnya pada 17 Feb 2013.

22/1/2013

Memahami kehendak soalan tugasan

Membuat jadual kerja

25/1/2013 10/2/2013

Memikirkan model-model yang releven untuk diaplikasikan dalam menangani masalah kajian kes

Membuat perbincangan bersama rakan

26

BIMBINGAN & KAUNSELING KANAK-KANAK EDU 3107

11/2/2011 14/2/2013

Membuat tugasan mengikut jadual kerja yang ditetepkan

15/2/2013

Menyusun tugasan Membetul Membuat pemeriksaan tugasan dari terakhir terhadap tugasan segi ejaan Membuat penyusanan tugasan Menyiapkan tugasan Memeriksa tugasan

16/2/2013

17/2/2013

Menjilid tugasan Menghantar tugasan

Menghantar tugasan kepada pensyarah pembimbing

27

You might also like