You are on page 1of 7

Tajuk 3: Tekanan emosi dalam kalangan murid, punca-punca dan langkah-langkah menangani masalah gangguan tersebut.

1.0

TEKANAN EMOSI DALAM KALANGAN MURID Menurut Achmanto Mendatu (2007), gangguan emosi berkisarkan persoalan perasaan takut dan cemas. Kamus dewan edisi keempat mendefinisikan tekanan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan, yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu. Selain itu, ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-faktor intelektual dan kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Tekanan emosi ini akan menimbulkan pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Tekanan emosi adalah satu perkara yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

2.0

Punca Tekanan Emosi dalam kalangan Murid Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya tekanan emosi dalam kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga, pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lainlain lagi.Pertelingkahan suami isteri boleh mendatangkan tekanan emosi kepada kedua -dua pihak dan akan mengganggu tugas -tugas harian mereka. Kanak kanak yang tidak menunjukkan kemajuan di sekolah akan merunsingkan fikiran ibu bapanya dan sering menyebabkan berlakunya stress dikalangan ibu bapa tersebut.(http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204tekanan-emosi-pada-kanak-kanak.html). Tekanan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah kesesakan didalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan
1

murid untuk melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi mereka. Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan emosi. Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami tekanan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain. Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi, murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain lagi. Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan membawa keadaan tekanan emosi dan penyesuaian kanakkanak yang tidak stabil. Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di
2

antara satu dengan lain. Sesetengahnya ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian kanakkanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi salah satu punca tekanan emosi dalam kalangan kanak-kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati, boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai oleh kawankawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tandatanda tekanan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku murid di dalam kelas.

3.0

Langkah-langlakah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang boleh diambil oleh guru,ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti mengamalkan amalan sikap kepimpinan demokratik, kerja kumpulan dan sebagainya.
3

3.1 Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimnana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

3.2 Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampilkan diri kehadapan bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam dalam diri mereka.

3.3 Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Percakapan guru yang boleh mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adalah diklasifikasikan di bawah kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala, selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman dikenakan perlu adil dan bersesuaian.

3.4 . Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam, penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru

menggalakkan mereka menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama muridmurid yang lain. Guru harus juga mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah tersebut. Cara ini dapat mengelakkan murid yang bermasalah mengalami tekanan emosi. Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik,

membangunkan kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

3.5 . Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir bagaimana memperbaiki diri dengan menukarkannya kepada

kemenangan, dan bukan bimbang atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk menentang emosi yang kurang sihat ini. Muridmurid yang mengalami tekanan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan daripada ahli psikologi dan kaunselor yang berkelayakan atau bertauliah. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka. Perbincanga antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.

3.6

Peranan ibu bapa dan guru

Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang mengalami tekanan emosi. Ibubapa juga perlu memberikan beberapa tunjuk ajar tentang cara menguruskan emosi masing-masing.Guru atau ibubapa tidak harus memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok. Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu. Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu. Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami tekanan emosi.Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif. 4.0 Kesimpulan Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid yang gagal menguruskan emosi mereka dengan berkesan. Langkahlangkah di atas ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya.

5.0 Rujukan Boon Pong Ying, Noriati A. Rashid, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad, Zuraidah A. Majid (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Selangor.Oxford Fajar Sdn Bhd.

Hussein Ahmad & Mohamed Yusoff Mohd Nor (2003), Fenomena Sekolah Kecil dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Kuala Lumpur. Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.

Kamus Dewan (2007), Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/penafian/569-faktor-tekanan.html dilayari pada 25/7/2012 http://www.hamidarshat.com/anak-penjagaan-informasi-167/204-tekanan-emosi-padakanak-kanak.html dilayari pada 25/7/2012 http://cikgusemasa.blogspot.com/2011/05/guru-dan-cabaran-semasa-bab-3gangguan.html dilayari pada 25/7/2012

You might also like