You are on page 1of 14

Bahan Berita (News Item).

Pilih mana-mana news item berikut bagi menjawab SOALAH 1 (WAJIB)


BHUBANESHWAR: Kereta api penumpang terbabas dan melanggar lima gajah yang melintas landasan kereta api di timur India. Jurucakap perkhidmatan kereta api R.N. Mohapatra berkata, kereta api itu merempuh haiwan terbabit pada awal hari ini di kawasan hutan Rambha, kira-kira 180 kilomemeter selatan Bhubaneshwar ibu wilayah Orissa. Ketua Pemeliharaan Jabatan Haiwan dan Hidupan Liar, J.D. Sharma menuduh pihak berkuasa kereta api mengabaikan amaran supaya kenderaan terbabit diperlahankan kerana gajah sedang melalui kawasan berkenaan. Mohapatra berkata, amaran itu hadir terlalu lewat. AP Kuala Lumpur: Kerajaan menaikkan kadar pelepasan cukai daripada RM1,000 kepada RM3,000 untuk ibu bapa yang mempunyai anak mengikuti bidang sains dan teknologi di sekolah menengah dan program matrikulasi. Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) untuk pelajar aliran sains di Tingkatan Empat dan Lima turut dinaikkan daripada RM70 kepada RM200 sebulan, manakala Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU) bagi pelajar tingkatan enam ditambah RM110 kepada RM300 sebulan. Sebahagian 61 perakuan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata ia sebahagian daripada 61 perakuan yang dilaksanakan secara bersama antara sektor awam, khususnya Kementerian Pelajaran, Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), swasta serta masyarakat bagi meningkatkan minat pelajar terhadap sains dan teknologi. Katanya, perakuan itu menjadi sebahagian daripada inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2015 dan dalam gelombang utama, Kementerian Pelajaran akan melaksanakan 15 perakuan termasuk menyemak semula hala tuju pendidikan sains dan teknologi (S&T) dan definisi dasarnya. Beliau yang juga Menteri Pelajaran, berkata waktu mengajar bagi semua mata pelajaran sains tulen ditambah daripada empat kepada lima waktu seminggu. Selain itu, penggunaan pendekatan pembelajaran inkuiri penemuan dan pemantauan dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) serta mewujudkan semula Peperiksaan Berpusat Amali Sains pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai galakan kepada minat pelajar, katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan Kempen Kesedaran Pembudayaan Sains dan Teknologi dan Pelancaran Buku Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera, di Petrosains, KLCC, di sini semalam. Muhyiddin berkata, menyedari kepentingan sumbangan pendidikan terhadap S&T, sistem pendidikan negara sedang dikemaskini dengan penyerapan elemen bidang itu dalam

pendidikan sama ada prasekolah, sekolah rendah dan menengah serta institusi pengajian tinggi (IPT). Katanya, ia juga bertujuan memastikan kualiti, asas dan standard pendidikan negara dapat disamakan dengan penanda aras seperti Trend Kajian Matematik dan Sains Antarabangsa (TIMSS) dan Program Penilaian Pelajar Antara-bangsa (PISA

LHDN catat kutipan cukai RM124.69 Jumlah diraih tertinggi dalam sejarah percukaian negara Ipoh: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mencatatkan kutipan cukai RM124.69 bilion setakat kelmarin, jumlah tertinggi pernah dicatatkan dalam sejarah percukaian negara. Ia menunjukkan peningkatan 13.76 peratus berbanding RM109.61 bilion yang dikutip tahun lalu serta jauh lebih tinggi berbanding kutipan RM86.49 bilion pada 2010, selain turut melepasi sasaran awal Kementerian Kewangan bagi kutipan tahun ini sebanyak RM109 bilion serta sasaran disemak semula berjumlah RM123.82 bilion. Pencapaian membanggakan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (gambar), berkata ia adalah pencapaian yang membanggakan, tambahan pula masih ada tiga hari lagi sebelum memasuki tahun baru. Pertumbuhan yang begitu tinggi kerana kita sudah menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) bagi LHDN meliputi 10 aspek yang dipantau setiap dua minggu oleh Jawatankuasa Pemantauan KPI bagi memastikan sasaran diperoleh, katanya pada sidang media, di sini semalam. Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun berkata, kejayaan itu turut disumbangkan faktor pengukuhan penguatkuasaan menerusi kaedah audit yang menyaksikan sebanyak 1.89 juta kes membabitkan cukai berjumlah RM2.94 bilion berjaya diselesaikan iaitu peningkatan penyelesaian 50.4 peratus kes berbanding tahun lalu. Pada masa sama, katanya, pasukan siasatan LHDN berjaya menyelesaikan kes berprofail tinggi membabitkan kutipan berjumlah RM653 juta. Beliau berkata, ia juga disumbangkan peningkatan pemantauan bagi aktiviti pungutan dengan mengenal pasti dan memantau bayaran anggaran cukai syarikat, individu dan potongan cukai bulanan bagi penggajian selain memantau kes tunggakan hasil serta mengambil tindakan terhadap kes tunggakan semasa. Khidmat cekap Husni berkata, tindakan LHDN meningkatkan kecekapan dalam perkhidmatan kepada pembayar cukai termasuk menyediakan perkhidmatan elektronik e-filing, mempercepat

prosedur pembayaran balik serta meningkatkan bilangan ejen kutipan kepada 11 bank dan Pos Malaysia, juga antara faktor penyumbang kepada peningkatan kutipan cukai tahun ini.

Temuramah eklusif dengan Dr Marty Natalegawa, Menteri Luar Indonesia


Permasalahan tidak sampai tahap jejas hubungan kerajaan Jakarta: Segala isu dan salah faham antara Malaysia dan Indonesia tidak boleh dibiarkan menjejaskan keakraban hubungan dinikmati rakyat dan kerajaan kedua-dua negara. Malah, Indonesia berpendapat perspektif bahawa hubungan kedua-dua negara hanya menjadi perhatian apabila tercetus sesuatu isu juga perlu ditolak. Menteri Luar Indonesia, Dr Marty Natalegawa, berkata semua pihak perlu bijak membezakan antara tanggapan umum dengan hakikat sebenar kerana keakraban kedua-dua negara mencakupi ruang lingkup luas, daripada bilateral hingga ke peringkat global. Tak jejas hubungan Dalam banyak keadaan, wujud tanggapan hubungan Malaysia-Indonesia hanya menjadi perhatian apabila tercetus sesuatu isu, tidak kiralah sama ada nelayan memasuki sempadan perairan atau hal membabitkan rakyat. Semua itu tidak sampai ke tahap yang menjejaskan hubungan sesama kerajaan. Kita tidak boleh membiarkan insiden atau isu semasa membentuk pandangan masyarakat terhadap hubungan kita dan demi masa depan bersama, perspektif ini harus diperbaiki, katanya dalam pertemuan eksklusif dengan BH di pejabatnya di Jakarta, baru-baru ini. BanjirdiTerengganu,Kelantansemakinpulih Keadaan banjir di dua negeri di Pantai Timur semakin pulih dengan jumlah mangsa keseluruhan di Terengganu dan Kelantan seramai 3,171 orang berbanding 16,083 malam tadi. Menurut Portal Banjir Negeri Terengganu, jumlah mangsa yang masih berada di pusat penempatan banjir sehingga pukul 8.30 pagi ini adalah seramai 2,617 berbanding 15,529 petang semalam. Menurut portal itu lagi, empat daripada tujuh daerah yang mengalami banjir telah pulih dengan daerah terbaru Hulu Terengganu. Mangsa yang masih berada di pusat penempatan ialah Dungun 1,915 melibatkan 549 keluarga, Kemaman 557 orang (156 keluarga) dan Kuala Terengganu 145 orang (31 keluarga). Sementara itu, 11 pusat penempatan masih beroperasi iaitu Dungun (tujuh), Kemaman (tiga) dan Kuala Terengganu (satu). BERNAMA

KENINGAU 29 Dis. - Kerajaan Barisan Nasional (BN) berada pada landasan terbaik bukan sahaja untuk mengekalkan mandat yang diperoleh dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, malah mampu mendapat kemenangan lebih besar, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Menurut Timbalan Perdana Menteri, BN telah bangkit daripada lena dan zon selesa selepas mendapat isyarat rakyat daripada tsunami politik 2008 dengan melakukan transformasi ke arah lebih baik dalam parti, kerajaan dan kebajikan rakyat. Menurutnya, keyakinan itu bukan berasaskan kepada perasaan 'syok sendiri' tetapi dibuktikan melalui analisis banyak pihak berkecuali termasuk dari dalam dan luar negara bahawa BN pada hari ini lebih kukuh dan baik berbanding sebelum pilihan raya lalu. "UMNO telah meminda perlembagaan menjadi lebih inklusif, terbuka, malah parti-parti komponen lain juga telah memantapkan kekuatan bagi memastikan tiadanya isu-isu dalaman. "Dalam lapan pilihan raya kecil yang lalu, terbukti rakyat di mana sahaja telah memberikan sokongan kepada BN dan umumnya penerimaan mereka kepada dasar-dasar kerajaan semakin meningkat," katanya. Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) kali ke-15 di sini hari ini. Yang turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman; Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dan pimpinan parti-parti komponen lain. Tambah Muhyiddin, kerajaan melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melaksanakan transformasi yang lebih memfokuskan kepada inisiatif membela rakyat melalui gagasan 1Malaysia yang diterjemahkan dalam dasar-dasar yang menyentuh denyut nadi setiap kelompok masyarakat. "Pada masa ini negara mencatat pencapaian luar biasa dalam ekonomi sama ada domestik atau pelaburan luar negara seperti hasil pendapatan semakin bertambah, pungutan cukai meningkat, ekonomi juga berkembang lebih lima peratus dan ini diakui oleh Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. "Ini adalah antara perkara asas yang jelas membuktikan bahawa kedudukan BN semakin kukuh dan rakyat menerima baik segala dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. "Di mana sahaja kita turun, kita mendapat respons amat positif daripada pelbagai latar belakang dan bagi saya suasana ini amat baik," katanya CHOLULA, Mexico 29 Dis. - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional. Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico.

Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin. Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap. Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal. Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu. April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut. AFP

KUALA LUMPUR: Ratusan penduduk Bukit Setiawangsa dikejutkan dengan bencana tanah runtuh yang mengakibatkan sebahagian besar benteng konkrit yang dibina pada lereng bukit terbabit runtuh, semalam. Benteng konkrit setinggi kira-kira bangunan 25 tingkat itu dilaporkan tiba-tiba jatuh dan menimbus satu-satunya jalan keluar masuk ke Taman Puncak Setiawangsa, kira-kira pukul 10 malam tadi. Malah, sehingga lewat malam tadi, pergerakan tanah di situ masih berlaku dan situasi difahamkan kritikal hingga memaksa sekurang-kurangnya penghuni di empat banglo mewah di puncak bukit berkenaan di arahkan keluar. Difahamkan antara penghuni yang terlibat adalah keluarga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique; keluarga Duta Khas Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis serta seorang warga asing bernama Maulana. Penolong Pengerusi Persatuan Penduduk Puncak Setiawangsa, Fauziah Jamaluddin, berkata hanya penghuni di perumahan Jalan Puncak 2 yang terlibat dalam kejadian itu dan mereka telah diarahkan keluar segera. "Sekurang-kurangnya ada 15 rumah mewah di jalan berkenaan dan mereka yang terjejas akibat tanah runtuh di benteng terbabit. "Lebih kurang 200 rumah lagi di sini tidak terbabit tetapi satu-satunya jalan yang menghubungkan Taman Puncak Perdana tertimbus dan setakat ini kami masih belum dimaklumkan keadaan sebenar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam. Difahamkan, rumah milik individu bernama Maulana paling terjejas teruk kerana terletak paling tepi dan berdekatan dengan lereng tersebut. Penyewa yang menyewa di situ juga dikatakan telah pun berpindah awal disebabkan berlaku keretakan teruk pada kediaman mewah itu.

Tambah Fauziah, tiada kejadian hujan lebat dalam tempoh dua hari ini malah pihak berkuasa tempatan juga sering menyelia keadaaan benteng konkrit berkenaan. Sementara Ketua Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu. Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini. Tambang feri separuh harga bermula 1 Januari LABUAN: Semua penumpang perkhidmatan feri kenderaan, feri ekspres dan bot laju bakal menikmati tambang separuh harga atau 50 peratus bermula 1 Januari tahun depan. Pegawai perhubungan awam kanan Perbadanan Labuan, Jah Murniwaty Markum kelmarin berkata harga tambang itu meliputi penumpang yang hendak keluar dari pulau ini atau hendak ke sini dari Sabah mahupun Sarawak. Subsidi tambang 50 peratus ini juga diberikan kepada semua jenis kenderaan komersil yang berdaftar dengan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) yang menggunakan perkhidmatan feri kenderaan. Pemberian subsidi tambang kepada kenderaan komersil itu adalah bagi laluan feri kenderaan Menumbok-Labuan dan Labuan-Menumbok. Ia bertujuan mengurangkan harga barangan dan bahan binaan yang dibawa masuk ke Labuan, katanya. Jah berkata, pemberian subsidi tambang itu diharap dapat mengurangkan kos perjalanan pengangkutan laut yang ditanggung oleh rakyat negara ini ke destinasi yang menghubungkan Labuan dengan Sabah dan Sarawak. Manakala, separuh harga tambang lagi akan dibayar oleh kerajaan persekutuan dan dituntut oleh pengusaha feri dan bot laju menggunakan senarai yang telah disahkan oleh pegawai kerajaan yang dilantik di destinasi yang berkenaan. Tuntutan yang dikemukakan oleh pengusaha feri dan bot laju di kaunter Terminal Feri Antarabangsa Labuan akan dibayar oleh kerajaan melalui anak syarikat Perbadanan Labuan iaitu LDAH (Labuan) Sdn Bhd. Pemberian subsidi tambang ini adalah lanjutan daripada Bajet 2013 yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini, katanya. Antara destinasi yang terlibat di dalam pemberian subsidi ini ialah Labuan, Menumbok, Kota Kinabalu, Sipitang, Limbang dan Lawas. Seluruh lapisan masyarakat diseru untuk menyambut baik pemberian subsidi ini memandangkan pengangkutan laut merupakan pengangkutan utama di pulau ini, selain pengangkutan udara.

KOTA KINABALU: Tanda tanya mengenai penemuan seekor ikan lumba-lumba akhirnya terjawab setelah mamalia terbabit didapati tersesat ke perairan berhampiran Tuaran, Rabu lepas. SEPASUKAN anggota agensi penyelamat hidupan liar melakukan usaha memindahkan mamalia berkenaan. Ikan lumba-lumba jenis Spinner atau nama sainstifiknya Stenella longirostris dengan kepanjangan 2 meter dan berat kira-kira 70 kilogram itu difahamkan ditemui terdampar di Pulau Gandang, Teluk Selama berhampiran Kampung Serusop, Tuaran sebelum diselamatkan. Mamalia berusia sekitar tujuh tahun berkenaan bagaimanapun kini dalam keadaan selamat dan ditempatkan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Menurut Pengarah Institut Penyelidikan Borneo Marin di UMS, Prof Dr Saleem Mustafa, pihaknya masih mengesan punca sebenar insiden terbabit namun tidak menolak ia berikutan faktor kepenatan mamalia berkenaan.

Mengikut kajian, ada beberapa sebab mengapa kejadian itu berlaku termasuklah mamalia itu termakan makanan bertoksin, kepenatan terlampau dan mempunyai kecederaan. Bagaimanapun, ikan lumba-lumba yang ditemui itu telah dibawa ke Insititut Penyelidikan Borneo Marin UMS dan dipindahkan ke tangki lebih besar. Saya berpendapat mamalia ini kini berada dalam keadaan selamat namun begitu kami akan terus berkerjasama dengan pelbagai agensi seperti Jabatan Hidupan Liar dalam setiap perkembangan, katanya. Balai bomba dan penyelamat akan dibina di Beluran, kata Ronald

BELURAN: Pembinaan sebuah Balai Bomba dan Penyelamat di daerah ini akan dilakukan dalam Rancangan Pusingan Kedua pada tahun depan. Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee berkata beliau difahamkan bahawa Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan persekutuan telah bersetuju untuk menyenaraikan pembinaan kemudahan tersebut untuk daerah Beluran. Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua Dewan Rakyat berkata usaha membina balai bomba dan penyelamat itu di peringkat terakhir membabitkan soal tapak dan tanah sedang giat diurus oleh Pejabat Daerah Beluran. Jika urusan berjalan lancar, fasa pembinaan kemudahan yang amat diperlukan di daerah ini akan dimulakan pada tahun depan, katanya ketika berucap pada Majlis Taklimat Pencegahan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat di Kampung Kolapis, kelmarin. Menurutnya, kemudahan Balai Bomba dan Penyelamat amat diperlukan bagi menampung keperluan lebih 100,000 penduduk di kawasan parlimen Beluran. Beliau menambah pembinaan kemudahan itu selari dengan pembangunan di daerah ini terutama pembinaan lebih banyak bangunan kedai. Sebab itu keperluan sebuah balai bomba dan penyelamat di daerah ini adalah mendesak, katanya. Ronald berkata pada masa sekarang, hanya terdapat satu Pasukan Bomba Sukarela di parlimen Beluran yang berpusat di Kampung Pulau Keniogan. Beliau berharap lebih banyak Pasukan Bomba Sukarela sedemikian dibentuk oleh penduduk di daerah ini bagi membolehkan tindakan memadam api dapat dilakukan dengan cepat jika berlaku di kawasan tugasan pasukan itu. Katanya, pasukan sukarela ini penting untuk mengawal kebakaran merebak sementara menunggu kedatangan pasukan bomba dari kawasan berhampiran iaitu di Kinabatangan dan Sandakan. Tambahnya, beberapa insiden kebakaran berlaku di pekan Beluran dan Telupid sejak beberapa tahun kebelakangan ini dapat dikurangkan risiko kematian mangsa dan jumlah harta benda yang musnah jika terdapat sebuah balai bomba dan penyelamat di daerah ini. Terbaharu, katanya, kebakaran di bangunan kedai di Pekan Beluran telah meragut tiga nyawa dan kerugian harga benda.

Jika terdapat balai bomba dan penyelamat di daerah ini, risiko kehilangan nyawa dan jumlah harta benda yang musnah dapat ditangani, katanya. Dalam pada itu, Ronald memuji usaha Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Kampung Kolapis dan pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat kerana telah menjalankan kursus mencegah kebakaran di kampung itu. Menurutnya kursus tersebut akan membantu penduduk kampung melakukan usaha mencegah kebakaran di masa akan datang.

ALOR SETAR: Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah hari ini berkenan menyampaikan bantuan persekolahan kepada 306 orang anak yatim dari empat daerah di Kedah. Penyampaian bantuan sumbangan Yayasan Anak-Anak Yatim Sultanah Bahiyah (YASH) itu berlangsung di Istana Seri Pelangi di sini. Anak-anak yatim terbabit adalah pelajar sekolah rendah dan menengah dari daerah Kuala Muda, Sik, Baling dan Kota Setar. Pada majlis itu baginda juga berkenan memberi sumbangan khas kepada anakanak yatim yang memperoleh keputusan cemerlang dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2012. Ahli Lembaga Pengarah YASH, Datuk Rosli Awang berkata, sumbangan itu bertujuan meringankan beban keluarga anak-anak yatim dalam menyediakan persiapan persekolahan. Raja Permaisuri Agong sangat prihatin dan sentiasa meluangkan masa untuk anakanak yatim dan menyalurkan bantuan melalui YASH bagi meringankan beban keluarga-keluarga miskin, katanya kepada pemberita selepas majlis itu. Seorang ibu tunggal, Safinar Mohammad Yusof, 39, amat bersyukur kerana tiga anaknya yang berumur tujuh hingga 17 tahun mendapat bantuan itu. "Sejak kematian suami Julai lepas, saya mengambil upah menoreh getah dan dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan itulah digunakan bagi belanja harian dan persekolah anak-anak saya," katanya. Siti Rozizawati Zaidi, 28, yang memperoleh pendapatan RM20 sehari dengan mengambil upah membersih sayur di sebuah kedai di Baling jelas amat terharu dengan bantuan yang amat diperlukan anaknya. "Terima kasih kepada Raja Permaisuri atas keprihatinan baginda terhadap anakanak yatim," katanya yang berpisah dengan suaminya hampir empat tahun lalu. BERNAMA

Kerajaan pusat peruntuk RM492,200 hargai pelajar cemerlang dapat 5A 30th December, 2012

BACHOK: Kerajaan pusat memperuntukkan RM492,200 menerusi wang ihsan bagi program anugerah kecemerlangan pelajar yang mendapat 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2012 di semua sekolah di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata seramai 4,922 pelajar masing-masing menerima RM100 menerusi majlis penyampaian yang diadakan di setiap kawasan Parlimen sepanjang bulan ini. Program itu dilaksanakan dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Kelantan, katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pengagihan kecemerlangan UPSR di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Bachok di sini, kelmarin. Turut hadir Pengarah Pelajaran Negeri, Hussain Awang. Seramai 665 pelajar cemerlang Tahun Enam dari 34 sekolah rendah di Bachok menerima sumbangan wang ihsan yang diagihkan secara tunai berjumlah RM66,500. Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata pemberian itu sebagai menghargai kesungguhan pelajar mengharumkan nama Kelantan yang berupaya berada di tangga kedua cemerlang selepas Putrajaya dalam UPSR tahun ini. Selain itu katanya, pihaknya juga bercadang akan turut memberi sumbangan kepada pelajar cemerlang dalam peperiksaan menengah rendah, pelajar tingkatan enam dan bakal penuntut universiti. Awang Adek menegaskan bahawa perbelanjaan wang ihsan digunakan sebaik mungkin dengan pengagihannya dilaksanakan secara telus dan adil serta lengkap dengan laporan auditnya. Ini adalah wang rakyat dan saya bertanggungjawab memegang amanah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentadbir wang berkenaan bagi keperluan rakyat berasaskan prosedur yang diputuskan di peringkat jawatankuasa pengagihan, katanya.

30th December, 2012 KOTA KINABALU : Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) diseru untuk terus komited dan relevan dan diterima umum dalam memperkasakan aktivitinya menerusi pelbagai aplikasi serta pendekatan terkini dan moden. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Haji Aman berkata pendekatan-pendekatan tersebut termasuklah meningkatkan peningkatan teknologi terkini menerusi Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) seiring dengan kemajuan teknologi. Penguasaan dalam bidang itu, beliau berkata, adalah amat penting dalam usaha bagi memudahkan urusan penyampaian dakwah dan pemerolehan informasi dengan cepat dan pantas.

Ini bermakna, teknologi serba canggih perlu dimanfaatkan sepenuhnya kerana ia menyediakan banyak ruang bagi kita untuk berdakwah secara bersepadu, jelas beliau. Beliau berkata sedemikian ketika menyampaikan ucapannya merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Perwakilan USIA kali ke-26 di Dewan Utama, Bangunan Ibu Pejabat USIA di sini kelmarin. Teks ucapan beliau telah disampaikan timbalan beliau yang juga merangkap Menteri Pertanian Dan Industri Makanan, Datuk Seri Hj Yahya Hussin. Selain itu, tambah beliau, USIA juga perlu meneroka pelbagai disiplin ilmu seperti pengurusan, sains dan teknologi melalui pendekatan pro-aktif, efektif dan inovatif dalam menjayakan misiUSIA kepada golongan sasar. Dengan kepelbagaian ilmu seperti ini, kita akan berupaya memberi kefahaman dalam menjayakan misi USIA kepada golongan sasaran dengan lebih efektif dan berkualiti, kata beliau. Hadir sama, Yang Dipertua USIA, Tun Hj Sakaran Dandai, yang mana disertai hampir 500 ahli dan perwakilan USIA iaitu dari 27 bahagian di seluruh negeri hadir sama dalam majlis itu.

Cuepacs mahu k'jaan umum jadual gaji secepat mungkin 30th December, 2012 KUALA LUMPUR:Cuepacs kelmarin mahu kerajaan mengumumkan jadual gaji yang lengkap untuk pekerja sektor awam secepat mungkin bagi memastikan mereka dapat menikmati pergerakan gaji yang mantap. Setiausaha Agung kongres itu Loke Yim Pheng berkata dengan adanya jadual gaji yang baru, ia juga dapat mengatasi masalah pekerja yang akan menghadapi masalah mencapai tahap gaji maksimum atau gaji mati tahun depan. Awal tahun depan, dianggarkan hampir 50,000 penjawat awam akan menikmati gaji maksimum, kalau mereka tidak ada jadual gaji yang lengkap, bermakna mereka tidak dapat pergerakan gaji, katanya kepada Bernama di sini. Sementara itu, Loke yang juga Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) berkata cadangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengambil guru dari India yang mahir dalam Bahasa Inggeris mengajar di sini merupakan cadangan yang baik. Beliau berkata kemasukan guru dari negara luar dapat berkongsi kepakaran dan idea serta amalan baik dengan guru di negara ini bagi melahirkan pelajar

yang kreatif dan inovatif. Tetapi, untuk jangka panjang, kita perlu membina dan membentuk satu kumpulan guru yang betul-betul berkualiti dan bertaraf antarabangsa, justeru mereka juga boleh berkongsi idea, kefasihan dalam Bahasa Inggeris dengan negara luar, katanya.

PeruntukanRM226jutakepadaGiatMaratahundepan-Hasan KUALA PILAH 30 Dis. - Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan RM226 juta tahun depan kepada GiatMara, agensi latihan di bawah kementerian itu, untuk belanja mengurus 231 pusat latihan di seluruh negara termasuk ibu pejabat. Timbalan Menterinya, Datuk Hasan Malek berkata, kementerian itu juga menyediakan RM10 juta tahun depan pada menjayakan program inkubator, iaitu untuk lepasan GiatMara yang cenderung ke arah menjadi usahawan. "Bagi Negeri Sembilan, RM390,000 pada 2013 untuk program inkubator bagi seramai 60 orang lepasan GiatMara yang masing-masing akan menerima peruntukan bernilai RM6,500. "Di Parlimen Kuala Pilah sahaja sejumlah RM117,000 akan diperuntukkan untuk menjayakan program inkubator pada tahun depan" katanya kepada pemberita selepas majlis graduasi GiatMara Negeri Sembilan sesi Januari dan Julai 2012 di sini, hari ini. BERNAMA CHOLULA, Mexico 29 Dis. - Ahli arkeologi di Mexico, menemukan rangka 12 kanak-kanak dan seorang dewasa yang dipercayai ditanam 800 tahun lalu, kata pakar Institut Antropologi dan Sejarah Nasional. Rangka-rangka itu ditemui ketika ahli arkeologi berkenaan memantau pemasangan sistem perparitan di kawasan perumahan di Cholula, kira-kira 120 kilometer dari ibu negara Mexico. Tengkorak pertama ditemui pada 8 Disember lalu dan pakar kemudian berjaya menggali kesemua 12 rangka, kelmarin. Ahli arkeologi, Ashuni Romero Butron berkata, rangka manusia tersebut ditemui beberapa sentimeter di bawah satu bahagian yang diturap. Beliau berkata, kebanyakan 12 rangka manusia tersebut lengkap dan jantina mereka akan ditentukan selepas pemeriksaan di makmal. Etnik rangka manusia itu juga masih belum ditentukan, namun Butron menyatakan kawasan itu diduduki oleh etnik Tolteca-Chichimeca dan Olmeca-Xicalanca kira-kira 800 tahun lalu. April lalu, satu lagi kawasan pengebumian yang mengandungi 17 rangka manusia yang dipercayai berusia 700 tahun telah ditemui berdekatan kawasan tersebut. AFP

JOHOR BAHRU - Desakan supaya Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah berundur daripada jawatannya tidak relevan. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, ini kerana Sultan Ahmad Shah mempunyai rangkaian bola sepak yang bagus, bukan sahaja pada peringkat Asia, malah global. Menurut beliau, sekalipun baginda meletakkan jawatan dan digantikan dengan individu lain, ia belum tentu mampu mengubah senario dalam industri bola sepak negara. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak tetapi perlu diakui bahawa Presiden FAM sekarang mempunyai banyak kelebihan memandangkan pengalaman dan pengetahuannya dalam arena bola sepak menjangkaui peringkat antarabangsa. Tambahan pula bola sepak adalah sukan yang paling mahal untuk dikendalikan. Jadi, kita memerlukan seseorang yang benar-benar faham tentang selok-belok sukan ini," katanya di sini semalam. Beliau mengulas desakan sekumpulan penyokong bola sepak negara supaya kepimpinan tertinggi FAM dirombak termasuk Sultan Ahmad Shah berundur sebagai Presiden. Razali yang ditemui selepas melawat tapak Fiesta Get Together di Dataran MBJB, di sini semalam berkata, jika Sultan Ahmad Shah bersetuju untuk berundur, perlu diingat bahawa bakal pengganti baginda kelak bakal memikul satu tanggungjawab yang amat besar. Menurutnya, masalah yang berlaku kini sebenarnya disebabkan FAM kekurangan barisan pemain pelapis yang berbakat dan jika isu itu diatasi, ia mampu meningkatkan mutu bola sepak tempatan. Justeru itu perlu adanya satu program atau projek khas bagi mencungkil bakat-bakat tersebut kerana saya percaya terdapat ramai pemain bintang dalam kalangan peminat sukan ini di Malaysia," katanya. Sementara itu, mengulas fenomena yang dicetuskan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Razali berharap agar ia dapat dijadikan contoh oleh persatuan negeri lain dalam memartabatkan sukan bola sepak. Usaha yang dilakukan oleh Presiden PBNJ, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim harus diberi pujian yang tinggi. Tindakan proaktif beliau bukan sahaja memberi impak kepada semangat kesukanan di peringkat negeri, malah ia begitu memberi kesan sehingga ke seluruh negara. Saya pasti peminat bola sepak Malaysia menanti-nantikan aksi pasukan Harimau Selatan pada saingan musim akan datang," katanya SpekulasiMaradonalatihskuadIraqberakhir

BAGHDAD 30 Dis. - Persatuan bola sepak Iraq telah melantik jurulatih bawah 19 tahun negara itu, Hakeem Shakir sebagai ketua jurulatih skuad kebangsaan, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung pelantikan Diego Maradona. Shakir, 49, yang membawa Iraq ke pentas akhir Kejuaraan Bawah 19 Tahun AFC di Emeriyah Arab Bersatu, akan mengambil alih sementara tugas bekas bintang Brazil, Zico yang meletakkan jawatan bulan lalu. Pelantikan Shakir disahkan oleh persatuan bola sepak Iraq menerusi laman web Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC). - REUTERS TunkuIsmailyakin kemampuanJohorD.T JOHOR BAHRU - Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak bimbang dengan kekalahan pasukan bintang Johor Darul Takzim pada perlawanan akhir Jemputan Empat Penjuru Piala Tunku Mahkota kelmarin. Pada perlawanan di Stadium Tan Sri Hassan Yunos itu, Johor Darul Takzim tewas 1-2 kepada skuad adik, Johor. Tunku Ismail berkata, ini kerana menang atau kalah merupakan adat pertandingan, namun apa yang lebih penting baginya adalah kedua-dua pasukan di bawah PBNJ menunjukkan komitmen, semangat juang dan disiplin yang tinggi. Kita tidak boleh menjangkakan untuk menang 6-0 pada setiap perlawanan. Perlawanan itu hanyalah aksi pemanas badan dan melihat keberkesanan strategi yang dibuat. Saya masih percaya kita mempunyai peluang meraih kejayaan. Bagaimanapun saya gembira dengan perkembangan Johor, syabas dan ia jelas kita mempunyai dua pasukan yang mantap," katanya kepada pemberita di sini, semalam. Tunku Ismail berkata, adalah tidak adil untuk menghakimi aksi pasukan bintang Johor Darul Takzim selepas satu perlawanan yang lebih kepada sesi pemanas badan, satu kekalahan bukan bermakna ia adalah penamat bagi segala-galanya. Sementara itu, beliau turut melahirkan keyakinan pasukan Johor Darul Takzim dapat beraksi pada waktu malam di Stadium Tan Sri Hassan Yunos sebaik saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan bermula. Ia berikutan jaminan yang diberikan Tunku Ismail bahawa pihaknya sedang berusaha untuk memasang dan menaik taraf lampu limpah di stadium berkenaan mengikut spesifikasi ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Insya-Allah kita akan selesaikan masalah ini sebelum 8 Januari. Saya yakin perlawanan di Stadium Larkin pasti akan diadakan pada waktu malam," katanya ketika diminta mengulas berhubung isu lampu limpah yang tidak mengikut spesifikasi. Akhbar sebelum ini melaporkan, hanya tujuh stadium yang menjadi lokasi tuan rumah aksi Liga M menepati piawaian memiliki sekurang-kurangnya lampu limpah dengan tahap kecerahan 1,000 lux.

Stadium Tan Sri Hassan Yunos merupakan salah satu stadium yang tidak menepati piawaian ditetapkan FAM sekali gus menyebabkan perlawanan di lokasi tersebut perlu dijalankan pada waktu siang iaitu pukul 4.45 petang KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersyukur bencana tanah runtuh yang berlaku di Puncak Setiawangsa di sini tidak membabitkan sebarang kemalangan jiwa. "Saya juga berpuas hati dengan langkah penjegahan awal yang dijalankan oleh anggota keselamatan termasuk DBKL dan Jabatan Pertahanan Awam bagi memastikan keselamatan penduduk di sini terjamin. "Difahamkan IKRAM juga bertugas selama 24 jam bagi memantau proses pergerakan tanah yang masih berlaku," katanya kepada pemberita ketika melawat lokasi runtuhan di Puncak Setiawangsa, di sini sebentar tadi. Muhyiddin juga mahu laporan diserahkan kepadanya setiap hari bagi membolehkan beliau mengetahui perkembangan yang berlaku di kawasan runtuhan. Katanya, rumah banglo yang separuh musnah milik seorang pensyarah agama yang dikenali sebagai Syeikh Maulana juga akan diruntuhkan bermula esok. Manchester United ungguli EPL dengan kelebihan tujuh mata LONDON: Manchester United meneruskan saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bagi 2013 berbekalkan kelebihan tujuh mata selepas menundukkan West Bromwich (WBA) 2-0 semalam, di sebalik kemenangan 4-3 Manchester City ke atas Norwich City. Kemenangan pasukan bimbingan Alex Ferguson diperolehi selepas jaringan sendiri pemain WBA, Gareth McAuley dan penyerang sensasi Manchester United, Robin van Persie pada minit terakhir iaitu minit ke-90 perlawanan.
Van Persie yang bermula di bangku perlawanan di hadapan penyokong sendiri, Old Trafford dimasukkan pada minit ke-65 bagi menggantikan Shinji Kagawa. AP

TAMAT

You might also like