You are on page 1of 6

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Dalam bahagian ini, penyelidik akan menjelaskan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan metodologi kajian yang aan dijalankan iaitu mengumpul dan menganalisa data yang diperolehi. Metodologi penyelidikan memberikan panduan dalam pelaksanaan penyelidikan. Ianya merangkumi rekabentuk kajian, populasi kajian, sampel kajian, lokasi kajian, alat yang digunakan, proses pengumpulan data, prosedur kajian dan prosedur analisis data yang dikutip.

3.2

Rekabentuk Kajian

Penyelidik akan menggunakan pendekatan kualitatif secara menyeluruh dalam kajian ini. Penyelidikan kualitatif menurut Creswell (1994) adalah sebagai satu proses inkuiri untuk memahami masalah social atau masalah manuasia, berdasarkan gambaran menyeluruh dan kompleks melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan dalam keadaan sebenar dan semulajadi. Menurut Punch (2003), pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif boleh berbentuk struktur dan separa struktur (fleksibel). Pendekatan analisis kualitatif adalah sangat kaya dengan huraian dan tafsiran keadaan, serta konteks masalah (Schostak, 2006). Instrument kajian yang digunakan adalah menerusi pemerhatian, temubual atau soal selidik serta ujian. Dalam kajian ini, penyelidik telah memilih kaedah pemerhatian dan temubual separa berstruktur sebgai kaedah pengumpulan maklumat yang bertujuaan mengenalpasti faktor masalah tidak boleh mengunting dalam kalangan kanak-kanak yang dikaji. Melalui kaedah ini setiap sesi temubual dirakam dan kemudiannya ditranskripsikan ke dalam bentuk teks. Program pendidikan awal kanak-kanak sangat berkait rapat dengan dunia realiti, sehubungan dengan itu penyelidik membahaskan konteks tersebut dalam bentuk persoalan. Kajian kes boleh digunakan untuk membekalkan deskripsi tentang apa yang dilakukan oleh kanak-kanak ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi tujuan kajian ini, penyelidik membuat pemerhatian ke atas aktiviti yang dilakukan terutama aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus. Bukti pemerhatian yang dilakukan adalah sangat penting dan sah merupakan sebahagian daripada kes, bukti pemerhatian ini adalah lebih terperinci dan menjadi asa yang kukuh dalam eleman penyelidikan.

3.3

Lokasi Kajian

Lokasi kajian ini dipilih adalah berdasarkan terdapatnya populasi yang bertepatan dengan tujuan kajian, yang dijangka dapat menjawab persoalan kajian. Lokasi kajian merupakan sebuah Tadika Al-Hannah yang merupakan salah satu cawangan tadika milik Al-Hannah EduKids yang terletak di Seksyen 7, Bandar Mahkota Cheras, Cheras, Selangor. Institusi merupakan salah satu tadika yang dimiliki oleh Puan Fadzilatularmy binti Jamaluddin. Lokasi ini bertepatan dengan batasan kajian dan kehendak kajian.

Rajah 3.1: Peta Lokasi

3.4

Sampel Kajian

Menurut Mohd. Majid Konting (2004), persampelan merupakan strategi penyelidikan di mana penyelidik boleh mendapat maklumat mengenai sesuatu populasi tersebut. Sebahagian individu diambil melalui persampelan bagi mewakili sesuatu populasi yang dikaji. Menurut John W. Crewell (2005), dalam sesetengah kajian, penyelidik kualitatif boleh mengkaji seseorang individu atau dua atau 30 atau 40 orang sampel. Umur Jantina

Lelaki 4 tahun 5 tahun 6 tahun 1 14 15

Perempuan 3 10 17

Jadual 3.1: Bilangan kanak-kanak di Tadika Al-Hannah Oleh itu, kajian ini hanya melibatkan empat orang murid Tadika Al-Hannah di Bandar Mahkota Cheras. Jumlah sampel ini dipilih berdasarkan masa, kemudahan dan keupayaan yang terhad. Menurut Sidek (2002), sampel yang kecil adalah bersesuaian dengan kajian yang melibatkan teknik yang kompleks. Syed Arabi (1992) pula mengatakan bahawa pada dasarnya persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang penyelidik untuk memperolehi maklumat daripada sampel yang dapat mewakili kumpulan kajian. Jantina Responden Lelaki A B C D Jadual 3.2: Responden yang terlibat Perempuan

3.5

Instrumen Kajian

a) Borang soal selidik atau temu bual dengan guru dan kanak-kanak tadika. Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan temubual dengan guru dan kanakkanak tadika. Sebahagian temubual ini adalah berkisar tentang kemahiran

menggunting dalam kalangan kanak-kanak tadika. (LAMPIRAN A dan LAMPIRAN B)

b) Senarai semak. Senarai semak merupakan pemerhatian berstruktur yang mengandungi spesifikasi item yang berkaitan dengan kemahiarn motor halus seseorang. Ia boleh dilakukan secara semulajadi tanpa meletakkan kanak-kanak menggunting. Penyelidik dapat

mengenalpasti keperluan individu melalui senarai semak. Penyelidik boleh membuat sendiri item senarai semak mengikut tujuan kajian. (LAMPIRAN C)

c)

Borang Ujian Kemahiran Menggunting

Borang ini digunakan semasa pengkaji menjalankan ujian ke atas kanak-kanak bagi menguji tahap kemahiran kanak-kanak tersebuta dalam menggunting. Ujian dilakukan dengan menggunakan 5 bentuk ujian iaitu menggunting garisan lurus (LAMPIRAN D), garisan zig-zag (LAMPIRAN E), garisan bengkang-bengkok (LAMPIRAN F), bentuk-bentuk geometri mudah (LAMPIRAN G) dan juga bentuk-bentuk kreatif (LAMPIRAN H)yang lebih rumit dan kompleks. Semasa ujian dijalankan pengkaji bukan sahaja menilai dan memerhati hasil guntingan kanak-kanak bahkan memerhati cara kanak-kanak memegang gunting, postur tubuh badan semasa menggunting dan sebagainya.

3.6

Prosedur Kajian

Penyelidik telah menjalankan beberapa langkah untuk melancarkan proses penyelidikan ini iaitu dengan:

a) Mendapatkan borang pengesahan sebagai pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Fakulti Pendididikan dan Pembangunan Manusia b) Menyediakan kertas cadangan, instrument kajian dan perbincangan bersama penasihat kursus serta penyelia yang dilantik. c) Mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan dan pentadbiran tadika yang terlibat. Carta aliran prosedur kajian Fasa 1: Pemerhatian sebelum kajian dijalankan. Pemerhatian dalam kelas. Mengenal pasti sampel kajian. Fasa 2: Menjalankan aktiviti. Mengumpulkan data. Fasa 3: Menganalis Data.

3.7

Kesimpulan

Dalam bab ini secara keseluruhannya adalah berkisarkan tentang jenis metodologi yang digunakan untuk mendapatkan data yang diperlukan untuk menjawab beberapa persoalan kajian yang telah diutarakan dalam kajian ini. Metodologi yang digunakan telah digusun bagi mengikut prosedur dan keutamaan dalam kajian. Aspek-aspek yang dibincangkan dalam bab metodologi ini adalah terdiri daripada reka bentuk kajian, lokasi kajian, populasi kajian, sampel kajian, pengumpulan data, dan analisis data. Penyelidik juga telah membuat penjelasan secara terperinci dalam aspek tersebut untuk memberi kefahaman tentang langkah-langkah pengutipan data daripada peringkat akhir hingga akhir. Pemilihan kaedah pengutipan data ini adalah berdasarkan persoalan kajian dan pertisipan yang terlibat dalam kajian. Secara amnya, kajian ini berfokuskan kepada kanak-kanak taska. Bagi mengukuhkan dapatan yang digunakan penyelidik juga telah mengulas dan memberi maksud bagi setiap kaedah yang digunakan tersebut.

You might also like