You are on page 1of 8

Bidang 1 : Perkembangan Diri Kepercayaan Kepada Tuhan Keyakinan wujudnya tuhan sebagai pencipta alam danmematuhi Segala Suruhan-Nya

berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara. Keyakinan wujudnya Tuhan mematuhi segala suruhan-Nya Amanah Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain. Sikap bertanggungjawab boleh menimbulkan kepercayaan/keyakinan orang lain Harga diri Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan. memulia maruah diri menjaga maruah diri Bertanggungjawab Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. memikul tugas serta kewajipan melaksanakan tugas serta kewajipan Hemah Tinggi Beradab sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian . beradab sopan berbudi pekerti mulia Toleransi Kesanggupan bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup. bertolak ansur sabar mengawal diri

Berdikari Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain. Kebolehan/kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain Kerajinan Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi, dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. usaha yang berterusan semangat ketekunan/kecekalan/kegigihan/dedikasi/ berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara. Kasih sayang Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas. cinta yang mendalam cinta yang berkekalan Keadilan Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah. tindakan yang saksama atau keputusan yang saksama tidak berat sebelah Rasional Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar. boleh berfikir mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar Kesederhanaan Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain. bersikap tidak keterlaluan tanpa mengabaikan kepentingan diri sendiri dan orang lain

Bidang 2 : Kekeluargaan Kasih sayang terhadap keluarga Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga. perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam perasaan cinta, kasih dan sayang yang berkekalan Hormat dan taat kepada anggota keluarga Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga yang harmonis. memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopanuntuk mewujudkan keluarga yanga harmonis Mengekalkan tradisi kekeluargaan Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga. menerima, menghormati dan mengamalkan kebiasaan, adat dan kepercayaan diwarisi Tanggungjawab terhadap keluarga Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga dan menjaga maruah keluarga. kewajipan terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej keluarga dan menjaga maruah keluarga.

Bidang 3 : Alam Sekitar Menyayangi dan menghargai alam sekitar Kesedaran tentang perlunya memelihara alam sekitar dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem. memelihara alam sekitar memulihara alam sekitar/sekeliling Keharmonian antara manusia dengan alam sekitar Keadaan saling memerlukan hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara. hubungan yang harmonis antara manusia dengan alam sekeliling kualiti kehidupan manusia dan alam terpelihara Kemapanan alam sekitar Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup. pengekalan keseimbangan alam sekeliling tanggungjawab bersama Peka terhadap isu-isu alam sekitar Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya. prihatin terhadap persoalan alam sekeliling berusaha menyelesaikannya

Bidang 4 : Patriotisme Cinta akan Negara Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri. perasaan sayang dan bangga meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri Taat setia kepada raja dan Negara Kepatuhan yang berkekalan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja danNegara. kepatuhan yang berkekalan kesetiaan yang berkekalan Sanggup berkorban untuk Negara Kerelaan melakukan atau kerelaan menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara. kerelaan melakukan/kerelaan menyerahkan tanda kebaktian untuk negara

Bidang 5 : Hak Asasi Manusia Melindungi hak kanak-kanak Membela, memberi naungan, dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna. membela kanak-kanak memberi naungan kanak-kanak memelihara hak kanak-kanak Menghormati hak wanita Melindungi dan mengiktirafkan wanita sebagai individu yang boleh memberi dan sumbangan dalam pembangunan keluarga,masyarakat dan negara. melindungi wanita mengiktirafkan wanita Menghormati hak golongan kurang berupaya Memberi layanan secara bersopan kepada golongan kurang upaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan memberi layanan secara bersopan mengiktirafkan mereka sebagai insan ciptaan Tuhan Melindungi hak pengguna Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu,mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudahdieksploitasi. membela hak individu memelihara hak individu Melindungi hak pekerja Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan negara. menghormati perkhidmatan menghargai jasa mengiktiraf sumbangan

Bidang 6 : Demokrasi Mematuhi peraturan dan undang-undang Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada. menerima peraturan dan undang-undang mematuhi peraturan dan undang-undang Kebebasan bersuara Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman . kebebasan berucap mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu Kebebasan beragama Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam perlembangaan Malaysia. kebebasan menganuti mengamalkan agamanya yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia Penglibatan diri dalam pembangunan Negara Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti Pembangunan Negara dengan mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia. Kebebasan melibatkan diri dalam pelbagaiaktiviti pembangunan negara mematuhi peraturan, undang-undang dan perlembangaan Malaysia. Sikap keterbukaan Bersedia memberi dan menerima pandangan, pembaharuandan kritikan selaras dengan kebenaran fakta norma masyarakat Malaysia. memberi pandangan, pembaharuan dan kritikan menerima pandangan , pembaharuan dan kritikan

Bidang 7 : Keamanan dan keharmonian Hidup bersama secara aman Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya. hidup berbaik-baik mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup Saling membantu dan bekerjasama Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat. usaha yang baik atau usaha membina dilakukan bersama Saling menghormati antara Negara Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat. menghargai hubungan antara negara memuliakan hubungan antara negara

You might also like