You are on page 1of 3

LANGKAH PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Mata Pelajaran Tahun Tema Tajuk Masa Objektif

: Bahasa Melayu :5 : Kebudayaan : Sambutan Hari Raya Aidilfitri : 60 minit : Pada akhir pelajaran murid dapat: i. Menyatakan pengalaman masing-masing semasa

menyambut Hari Raya Aidilfitri. ii. Membaca dan menyebut persediaan sebelum sambutan perayaan. iii. Menulis dan melengkapkan ayat menggunakan kata hubung yang sesuai.

Langkah/masa

Isi Pelajaran Memahami teks "Sambutan Hari Raya Aidilfitri"

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran

Catatan

Langkah 1 (15 minit)

1) Guru mengedarkan teks keseluruh kelas serta memilih wakil murid untuk membaca teks dengan kuat. 2) Dua orang murid membaca teks secara mekanis dan murid yang lain mendengar dan meneliti teks sambil

memahami petikan. Persediaan Menyambut Hari Raya Aidilfitri. 3) Guru menanyakan beberapa persediaan sebelum menyambut hari raya berdasarkan teks. 4) Beberapa orang murid memberi respon dan menjawab soalan guru. Langkah 2 (15 minit) Tayangan power point 1) Guru menayangkan power point tentang persiapan menyambut hari raya untuk mengukuhkan pengetahuan murid. 2) Murid melihat paparan power point untuk memahaminya. Konsep Kata Hubung 3) Guru menerangkan konsep kata hubung serta contoh ayat dalam teks menggunakan power point. 4) Murid membaca kata hubung dan contoh ayat yang dipaparkan beramai-ramai. Langkah 3 (10 minit) Membina ayat menggunakan kata hubung 1) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dibekalkan

dengan alat tulis serta manila kad. 2) Murid berbincang bersama ahli kumpulan dan membina ayat menggunakan kata hubung. 3) Guru memberikan penerangan dan bimbingan untuk kumpulan lemah. 4) Wakil kumpulan yang dipilih membentangkan hasil kerja di hadapan kelas. Langkah 4 (10 minit) Melengkapkan cerita menggunakan kata hubung 1) Guru mengedarkan lembaran kerja ke seluruh kelas. 2) Murid membaca untuk memahami petikan dan melengkapkan jawapan. 3) Guru bersama murid berbincang dan menyemak jawapan bagi setiap soalan yang diberikan.

You might also like