You are on page 1of 9

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA PENTAKSIRAN KERJA KURSUS - PROJEK (JST, Soalan Tugasan dan

Rubrik Pemarkahan) Mata Pelajaran/ Kursus : Kod Kursus : Program : Kumpulan yang terlibat : KOKURIKULUM : OLAHRAGA WAJ 3112 Tempoh Pelaksanaan : Semester /Tahun : PPG SEMESTER 4 ( AMBILAN JUN 2011 ) Unit : BM1, BM2, BM3, BM4, MAT1, MAT2, MAT3, MAT4, MAT5, MAT6, MAT7, PIM 1, PIM2, PIM3, PIM4,SN1, SN2, PK, BI, PRA, MZ (21 unit) UNIT KOKURIKULUM, IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA Disediakan oleh : Ketua Pensyarah Olahraga Nama & Tandatangan : ( SHAHRIN BIN ABIDIN ) Tarikh : ( EN. HISHAMUDDIN B. BASIRON ) ( MOHAMAD ROSLI B. BADRON) Disemak oleh : Penyelaras Sukan & Permainan Disahkan oleh : Ketua Unit Kokurikulum Tarikh Mula : 22/2/2013 ( Interaksi ke 2) Tarikh Hantar : 20/4/2013 ( Interaksi ke 5) Semester 1 / 2013

PPG

Disediakan oleh : Perakuan :

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PEREMPUAN MELAYU, MELAKA JADUAL SPESIFIKASI TUGASAN PROJEK WAJ 3112 JABATAN / UNIT MATA PELAJARAN KUMPULAN SEMESTER : KOKURIKULUM : KOKURIKULUM OLAHRAGA : PPG BM1, BM2, BM3, BM4, MAT1, MAT2, MAT3, MAT4, MAT5, MAT6, MAT7, PIM 1, PIM2, PIM3, PIM4,SN1, SN2, PK, BI, PRA, MZ (21 unit)- KOHOT 1 ( AMBILAN JUN 2011 ) :4

Spesifikasi Tugasan TUGASAN Tajuk Kemahiran asas olahraga Asas kejurulatihan/ kemahiran utama Lompat jauh Lontar peluru Lari pecut 100m Melaksanakan/ Membantu tugas kepegawaian/pengurusan olahraga yang betul dalam situasi pertandingan. Menjawab soalan ujian bertulis Pengurusan dan pengelolaan pertandingan Menyediakan kertas kerja projek individu Mengurus dan mengelolakan projek / pertandingan Melibatkan diri dalam aktiviti kelas. Meningkatkan sikap kebertanggungjawaban dan kepimpinan. Menanamkan sikap positif. 15 % 10% 20% Dalam tugasan utama. Penilaian berterusan oleh pensyarah. Penglibatan/ Pembentangan/OLL Tugasan pengurusan/kepegawaian dalam projek. Ujian objektif Ujian Akhir Kursus Menyediakan kertas kerja projek olahraga. Pelaksanaan pengurusan atau pengelolaan pertandingan. Penglibatan , kehadiran dan pemerhatian pensyarah ketika memantau aktiviti termasuk latihan semasa interaksi. WAJARAN CATATAN

Kepegawaian & undang-undang

15% 20%

Sahsiah

20%

JPT TUGASAN PROJEK KOKURIKULUM OLAHRAGA (WAJ 3112) PPG SEM. 4 2013 JABATAN/UNIT TAJUK Tarikh mula Serahan tugasan : : : : UNIT KOKURIKULUM PERANCANGAN & PELAN TINDAKAN PENGLIBATAN PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH KE KEJOHANANAN BALAPAN DAN PADANG MSS ZON/KAWASAN 2013 23 Feb 2013 (Interaksi ke 2) Fasa 1 (Mengumpul maklumat) Fasa 2 ( Perancangan & Persediaan) Fasa 3 (Refleksi & Laporan lengkap) Tarikh Akhir Serahan : 20 April 2013 (Interaksi ke 5) : 23 Feb hingga 15 Mac 2013 : 15 Mac hingga 30 Mac 2013 : 1 April hingga 19 April 2013

Tarikh serahan tertakluk kepada perubahan (jika ada). HASIL PEMBELAJARAN :

1. Menganalisa konsep, matlamat dan strategi pelaksanaan olahraga di sekolah. 2. Mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran asas dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti olahraga. 3. Membentuk kemahiran bagi menilai pencapaian bakat dan potensi pelajar dalam olahraga. 4. Membentuk sikap dan nilai positif yang berterusan dalam kepimpinan dan aktiviti olahraga. Kerja kursus ini menilai hasil pembelajaran 1, 2 , 3 dan 4.

OBJEKTIF: Pada akhir tugasan projek ini, pelajar dapat : 1. Bersedia melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran asas pengurusan kokurikulum olahraga, serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran asas olahraga. 2. Memupuk dan menghayati nilai-nilai murni serta unsur pemupukan kesenian kebudayaan, khidmat masyarakat, alam sekitar, patriotisme, perpaduan kaum dan integrasi nasional. 3. Mendapat pengalaman baru dan pelbagai melalui penglibatan aktif dalam olahraga. 4. Meningkatkan keupayaan kendiri dalam penggunaan multimedia dan kemudahan teknologi ke arah kecemerlangan pendidikan melalui kokurikulum olahraga. SOALAN TUGASAN Tajuk Kerja Kursus Projek : 1. PERANCANGAN & PELAN TINDAKAN PENGLIBATAN PASUKAN OLAHRAGA SEKOLAH KE KEJOHANANAN BALAPAN PADANG MSS ZON/KAWASAN 2013 Tajuk tugasan anda dicadangkan mengandungi : a) Butiran maklumat dan acara kejohanan b) Penyertaan & penglibatan pasukan sekolah anda. c) Perancangan pelan tindakan yang mesti diambil. d) Kriteria pemilihan peserta. e) Pilih 1 acara utama sama ada 100 m / lontar peluru / lompat jauh. Rancangkan secara bertulis satu sesi latihan 1 jam untuk peserta yang dipilih. f) Laporan dan refleksi. g) Lampiran yang berkaitan.

Bagi melaksanakan tugasan ini, pelajar diminta : Secara individu 1. Menghasilkan kertas cadangan persediaan & penyertaan pasukan olahraga sekolah anda seperti tajuk kerja kursus projek yang dinyatakan. 2. Bekerjasama dengan guru-guru lain di sekolah anda untuk mengumpul maklumat, merancang dan membantu melaksanakan pengurusan projek yang dinyatakan. Penglibatan anda sebagai jurulatih, guru pengiring atau pegawai teknikal adalah bonus dan boleh dimasukkan dalam laporan. 3. Menyediakan laporan dan dokumentasi lengkap perjalanan pengurusan dan pelaksanaan projek tersebut termasuk refleksi INDIVIDU. 4. Menyerahkan dokumen tersebut kepada pensyarah masing-masing pada tarikh yang ditetapkan. Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus 1. Tugasan ini ialah tugasan individu. 2. Panjang tugasan anda tidak melebihi 15 muka surat tidak termasuk lampiran. 3. Format penulisan adalah seperti yang berikut : a. Fon Arial b. Saiz huruf 12. c. Langkau satu setengah baris. d. Rujukan mengikut format APA. e. Lampiran. 4. Amalan plagiat tidak dibenarkan. 5. Tugasan sepatutnya mengandungi rajah, jadual dan grafik. 6. Hasil tugasan perlu diserahkan kepada pensyarah mengikut format berikut: a. Hasil tugasan perlu difailkan dan bahagian kulit hadapan hendaklah dilengkapkan dengan maklumat yang berikut : i. Nama Guru Pelatih dan No. Kad Pengenalan ii. Nama Pensyarah iii. Nama Kursus iv. Tahun Pengajian 7. Tugasan ini membawa wajaran markah 40%. 8. Bahan-bahan bukti yang digunakan untuk menjelaskan tugasan projek hendaklah disertakan dalam lampiran.

TUGASAN YANG BAIK HARUS MENUNJUKKAN KRITERIA YANG BERIKUT : 1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, sesuai, konsisten, terperinci dan realistik. 2. Bukti seperti lampiran borang, jadual, bahan yang menyokong hendaklah dikemukakan. 3. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren. 4. Wujud impak sumbangan atau khidmat anda untuk pembangunan sukan keseluruhan.

Tugasan disediakan oleh :

Disemak oleh :

Pemeriksa Dalaman. Disahkan oleh :

( Ketua Unit )

PERATURAN MEMBERI MARKAH (PMM) KERJA KURSUS PROJEK KOKURIKULUM OLAHRAGA PPG SEMESTER 4 2013 SKALA AMAT CEMERLANG 90- 100 WAJARAN 40 % Liputan dan Kandungan 36 40 % Liputan yang tepat, sesuai, relevan, terperinci dan realistik. Skop pengurusan mencakupi semua aspek tanpa kecacatan. Ada hubungkait antara setiap proses dan mematuhi prosedur semasa. Kualiti Reviu Analisa dan ulasan yang tepat dan menarik. Ada janaan idea yang kreatif dan mampu menganalisa isu dengan cara yang sepatutnya. Organisasi Susun atur terbaik, logikal dan konsisten. Idea dikembangkan secara menyeluruh dengan penjelasan , contoh dan huraian tambahan. Kualiti Sumber Kemahiran membuat rujukan sumber bercetak, dalam talian ataupun pakar. Liputan dan Kandungan CEMERLANG 80 - 89 32 35 % Liputan yang tepat, relevan, mencukupi dan realistik. Skop pengurusan mencakupi semua aspek. Ada hubungkait yang jelas antara setiap proses. Kualiti Reviu Analisa dan ulasan yang baik. Ada janaan idea yang padat dan tepat. Organisasi Susun atur baik, konsisten dengan kesilapan minimum. Idea dikembangkan dengan baik dengan fakta dan contoh sekadar ada. Kualiti Sumber Kemahiran membuat rujukan sumber bercetak, dalam talian ataupun pakar dengan kesilapan yang minimum. KRITERIA

Liputan dan Kandungan Liputan tajuk tugasan yang relevan dan baik. Skop pengurusan sekadar mencukupi. Ada hubungkait antara setiap proses tetapi kurang jelas. KEPUJIAN 65-79 26 31 % Kualiti Reviu Analisa dan ulasan yang baik. Kurang janaan idea kreatif dan hanya menganalisa isu sekadar asas sahaja. Organisasi Susun atur agak baik dengan beberapa kesilapan . Idea kurang berkembang. Maklumat, fakta dan contoh yang tidak mencukupi. Kualiti Sumber Kemahiran membuat rujukan sekadar dari sumber bercetak atau dalam talian sahaja. Liputan dan Kandungan Liputan yang sekadar mencukupi. Skop pengurusan sekadar cukup syarat. Ada pertindanan bidang tugas atau spesifikasi tugas yang kurang jelas. LULUS 50-64 20 25 % Kualiti Reviu Analisa dan ulasan idea sekadar mencukupi. Janaan idea sekadar mencukupi dan tidak menganalisa isu dengan cara yang sepatutnya. Organisasi Susun atur sekadar memuaskan dengan beberapa kesilapan signifikan. Idea tidak dikembangkan secara menyeluruh.

Kualiti Sumber Kurang berkemahiran membuat rujukan sumber bercetak atau dalam talian.

Liputan dan Kandungan GAGAL 0 - 49 < 20 % Liputan kandungan yang tidak cukup dan tidak relevan. Kurang idea yang memberi makna. Kualiti Reviu Sedikit atau tiada reviu bahan lain. Analisa idea yang tidak logik dan tidak meyakinkan. Organisasi Susun atur lemah dan pelbagai kesilapan yang nyata. Idea tidak dikembangkan secara menyeluruh dan tiada penjelasan lanjut atau contoh. Kualiti Sumber Tiada rujukan sumber bercetak, dalam talian ataupun pakar.

Disediakan oleh :

Disahkan oleh :

( EN. SHAHRIN BIN ABIDIN ) Pensyarah Penyelaras Kursus ,

( MOHAMAD ROSLI BIN BADRON ) Ketua Unit Kokurikulum.

You might also like