You are on page 1of 5

TAJUK CERPEN: ANAK-ANAK PEJUANG PENGARANG: GHAZALI LATEH

Teknologi kian berleluasa dan semakin moden di segenap pelusuk dunia. Namun begitu, cerpen masih lagi menjadi sambutan hangat dalam kalangan penulis sebagai medium penglahiran idea dan pemikiran untuk menggambarkan cara hidup, budi bahasa,kesopanan dan pemikiran masyarakat dalam generasi masyarakat kini. Melalui cerpen, pelbagai aspek kehidupan yang berkisarkan kepada persoalan bahasa, kesantunan bahasa dan ketinggian budi serta prinsip kehidupan sesuatu masyarakat diterapkan. Dengan ini, saya telah memilih cerpen kesasteraan SPM iaitu Anak-anak Pejuang oleh Ghazali Lateh sebagai rujukan dan analisis tugasan kerja kursus ini.

Setiap cerpen pastinya akan menerapkan sifat kesantunan bahasa dalam sistem komunikasi yang digunakan. Namun begitu, adakah pembaca memahami apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan? Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai halus (budi bahasa atau budi pekerti), beradab,sopan. Oleh itu kata kesantunan boleh diringkaskan sebagai sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan. Kebiasaannya kesantunan bahasa merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik,sopan,beradab dengan memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang sedang berbicara dengannya. Ini menupakan salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun. Sebagai contoh yang dapat dipetik dari cerpen ini, karakter menggunakangaya bahasa yang santun di mana ianya sesuai dalam berbicara dan perbualan mereka dan menunjukkan penghormatan. Sebagai contohnya melalui watak Abdul Rahman dan Abdul Razak .Mereka merupakan dua beradik yang menetap di Kuala Lumpur kerana bekerja di sana. Mereka melayan ayahnya yang sudah berusia itu dengan penuh sopan denggan menggunakan panggilan ayah . Mereka juga taat terhadap orang tua itu dengan menggunakan tutur kata yang sopan . Contoh dialog yang dapat dipetik dari cerpen ini ialah, Kami boleh balik setiap bulan untuk menjenguk ayah (m/s71).

Abdul Rahman dan Abdul Razak juga menunjukkan penghormatan sesama sendiri dalam perbualan mereka . Hal ini juga berkait rapat dengan adab dan budaya masyarakat melayu yang menerapkan sikap beradab sopan ketika bertutur terutama dengan golongan yang lebih dewasa iaitu menggunakan intonasi yang lembut. Oleh yang demikian juga Malaysia telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni sebagai usaha untuk memupuk kesedaran pentingnya budi bahasa dalam kehidupan bermasyarakat.

Selain daripada itu, gaya bahasa merupakan penyeri dalam penyampaian sesebuah cerpen. Setiap cerpen mempunyai menyampaian yang berbeza dimanakan gaya bahasa membawakan keistimewaan tersendiri kepada cerpen tersebut. Hal ini demikian kerana melalui pemilihan diksi yang tepat mampu memberi kesan yang maksimum kepada pembaca. Perkataan itu mungkin puitis atau indah, bersifat klasik atau penulis menggunakan bahasa asing. Dalam cerpen ini, penulis menggunakan kata-kata yang mudah difahami oleh masyarakat kerana diksi tersebut penggunaan kata sehari-harian. Contohnya , Jika mereka tidak pulang, dia yang akan pergi . Simile pula bermaksud perumpamaan atau suatu perbandingan dengan menggunakan kata seperti, bagai, umpama dan macam. Contoh yang boleh diambil dalam cerpen ini ialah seperti barisan askar yang berbondang bondang menuju ke medan perang .Penulis juga sering menggunakan penggunaan kata ganda . Misalnya mundar-mandir,anak-anaknya, sekali-sekala dan bebayang. Hiperbola pula bermaksud gaya perbandingan yang menyatakan sesuatu secara berlebih-lebihan. Contoh yang dapat dipetik melalui cerpen Anak-anak Pejuang ini ialah bebayang mula rebah merentasi laman rumah yang semakin dipenuhi semak (halaman 70). Aliterasi pula bermaksud pengulangan bunyi konsonan yang sama secara berturutan dalam satu baris. Sebagai contoh, dalam samar -samar malam, Pak Denan berjalan ke simpang jalan. Disini berlaku pengulangan konsonan M sebanyak enam kali. Justeru, terdapat pelbagai jenis gaya bahasa lain dan kesemuanya merupakan teras utama dalam memberi keberkesanan yang mantap dalam penyampaian sesuatu mesej kepada pembaca.

Seterusnya, beralih kepada sistem sapaan atau sistem panggilan. Umumnya bahasa sapaan berkait rapat dengan kata ganti nama diri . Kesalahan penggunaan kata sapaan ini boleh menimbulkan hubungan yang tidak harmoni di antara penutur dan pendengar. Kata sapaan ini juga berfungsi untuk memperlihatkan kesopanan seseorang dalam menggunakan bahasa tersebut. Penggunaan kata ganti nama ini diberi perhatian khusus bersesuaian dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. Kata sapaan yang digunakan dalam cerpen ini iaitu kata sapaan keluarga sedarah, dimana Abdul Rahman dan Abdul Razak memanggil bapanya ayah . Kata sapaan ayah merupakan asas dalam sistem panggilan dalam keluarga. Bukan itu sahaja, sistem panggilan kekeluargaan antara Abdul Razak dan Abdul Rahman iaitu adik dan abang juga merupakan kata sapaan keluarga sedarah. Kata sapaan dalam kalangan masyarat pula bergantung kepada peringkat umur dan keakraban hubungan mereka. Contohnya panggilan yang digunakan oleh Ah Bee, seorang penjual sayur terhadap Pak Denan. Pak Nan, malam-malam mana mau pergi,tegur Ah Bee dari atas lori kecilnya(halaman 74). Kesimpulannya kesantunan bahasa boleh diringkaskan sebagai kesopanan dan kehalusan bahasa yang digunakan oleh seseorang ketika berkomunikasi dengan syarat penggunaannya mestilah bersesuaian dengan struktur masyarakatnya.

Setiap cerpen pastinya akan menerapkan beberapa nilai murni yang boleh diteladani oleh pembaca berdasarkan watak-watak dalam cerpen tersebut. Namun adakah pembaca benar-benar memahami apakah yang dimaksudkan dengan nilai murni ? Nilai murni dapat didefinisikan sebagai perlakuan yang baik, peradaban dan tatasusila individu manusia dalam hubungannya sesama manusia, alam dan juga tuhan. Antara nilai murni yang terkandung dalam cerpen Anak-anak Pejuang ialah nilai baik hati. Nilai ini dapat dilihat melalui watak Ah Bee dimana Ah Bee dan adiknya tidak pernah lupa jasa Pak Denan dan ada sahaja sumbangan yang dihulurkan. Ah Bee juga telah membawa Pak Denan ke Kuala Lumpur untuk mengikuti perarakan sambutan kemerdekaan. Nilai murni lain yang ingin ditekankan dalam cerpen ini ialah semangat cinta akan Negara iaitu semangat patriotik. Maksudnya perasaan sayang dan bangga kepada Negara serta meletakkan kepentingan Negara sebagai nombor satu, melebihi kepentingan sendiri. Nilai murni sanggup berkorban untuk Negara dengan merelakan melakukan atau menyerahkan

sesuatu sebagai tanda berbakti untuk Negara Malaysia juga diterapkan dalam watak Pak Denan. Nilai murni ini dapat dilihat melalui sikap Pak Denan yang mempunyai semangat patriotism yang tinggi dan menghormati perjuangan tokoh Negara. Bukan itu sahaja, nilai hormat dan taat kepada ahli keluarga juga terkandung dalam cerpen ini. Perasaan cinta, kasih dan sayang anak-anak Pak Denan terhadap ayahnya dimana mereka sering pulang ke kampung melihat Pak Denan setiap bulan. Ianya juga merupakan nilai tanggungjawab terhadap keluarga dimana ianya merupakan kewajiban setiap individu terhadap keluarga,sebagai anak untuk pulang melihat orang tua meskipun mereka itu golongan elit seperti yang ditunjukkan oleh watak Abdul Rahman, anak sulung Pak Denan. Secara keseluruhannya, nilai murni merupakan nilai yang positif yang boleh diterima oleh masyarakat.

Kesimpulannya, terdapat beberapa pengajaran yang boleh dijadikan iktibar kepada para pembaca. Antaranya ialah kita mestilah menanam semangat patriotik yang tinggi dalam diri. Meskipun Negara kita, Malaysia sudah bebas daripada segala jajahan , hidup aman dan harmoni namun kita mestilah mengenang semangat pejuang Negara yang telah menggadai nyawa mereka demi keamanan Negara kita sehingga generasi kini. Sebagai contohnya melalui cerpen ini , Pak Denan berjalan gagah di barisan hadapan lengkap berbaju Melayu dan bertengkolok. Di pinggangnya tersisip sebuah keris. Tidak ubah seperti seorang pahlawan bersiap ke medan juang.Cuma langkahnya nampak goyang kerana bertongkat. Pengajaran lain ialah seorang anak haruslah menunaikan tanggungjawab terhadap orang tuanya. Melalui cerpen ini anak-anaknya sering pulang ke kampung melihatnya. Sebagai anak, kita mestilah sentiasa menunjukkan kasih sayang, mengambil berat dan bertanya khabar orang tua kita mestikan mereka tinggal berjauhan dengan kita.

RUJUKAN

1. Azmar. (2011, September 21). Ruangan Perkongsian Minda Sastera SPM . Retrieved Mac 2, 2013, from Biodata penulis novel Dari Lembah ke Puncak: http://azmar-pb.blogspot.com/2011/09/biodata-penulis-novel-dari-lembahke.html

2. Farhan, C. (2011, April 17). Bersama Menuju Kegemilangan. Retrieved Februari 25, 2013, from Blog Bahasa Melayu Cikgu Farhan:

file:///E:/IPG/PISMP/BM%20KOMUNIKATIF/ASSIGNMENT/BERSAMA%20M ENUJU%20KEGEMILANGAN%20!!%20%20Analisis%20Cerpen%20%20Anak-Anak%20Pejuang.htm

3. Lateh, G. (2010). Anak-anak Pejuang. In DBP, Anak Global (p. 342). DBP & KPM.

4. Razme, N. A. (2012, Oktober 16). Retrieved Februari 20, 2013, from Sastera Melayu Jiwaku: http://sasteramelayujiwaku.blogspot.com/2012/10/cerpen-

anak-anak-pejuang-ghazali-lateh.html

You might also like